Bagi anda yang sering memasak, pastinya tidak sahlah jika di dapur rumah anda tiada kuali yang merupakan salah satu perkakasan wajib untuk memasak. Namun, kalau tidak pandai menjaganya ia akan mudah berkarat dan rosak. Kena beli baru pula selepas itu. Hmmm…
Jika anda tidak mahu membazir, ada satu tip mudah yang boleh diamalkan bagi membuatkannya tahan lama dan masakan juga tidak mudah melekat. Rupa-rupanya kita haruslah membakarnya dahulu sebelum menggunakannya. Ikuti perkongsian oleh Wan Luqman ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
My 3rd kuali.
Baru² ni jumpa kuali saiz 13″ terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13″…Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni.
Orang putih cakap “season the wok”. Untuk ape bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna dia.
Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok dan ghairah. Haha…macam enamel wok tu. Sila sayangi kuali anda…
Ok, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Kat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu…tu lah saiz. Kebanyakan yg ada saiz 14″ 16″…saiz 13″ susah sikit nak dapat. Tapi kuali jenis ni xde dah saiz lagi kecik rasanya kat malaysia…13 kot paling kecik. Kalau dapat saiz 10″-11″, lagi comel masak nasik goreng sorang makan.
Harga dia average rm18-23. Tengok kedai dan tempat
Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang…kite kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.
Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU TU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.
Bakar seluruh permukaan kuali ye. Jangan leka dan lalai
Dah siap. Hensem kan? Biarkan dalam 10min…
Lepas 10 min, kite test season. Letak minyak sikit..
Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ye. Bukan guna tisu muka dalam kotak kat ruang tamu tu!
Test Run…goreng la pape pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke…seronok waktu ni tengok mereka berlari lara. Goreng je sampai garing ke hangus ke…
Masa ni kander goreng kobis, halia dan bawang putih je pun. Tapi bau dia masyaallah terliur! hehe
Bile dah garing kaw², buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.
Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5min. Bagi dia cool down dulu. Korang tengoklah…kuali je baru. Sudip ikat cable tie tu jugak tak tukar² hahah
Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye
Lap² bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan sapu rata ke seluruh permukaan kuali lagi sekali. Simpan
Bile kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api…siap.
Besok² nak pakai, panaskan dulu, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali…baru guna. Ini dipanggil pre season…
Ads
Buat 2-3 kali pre season, insyaallah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam kat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Konpem x melekat sampai sudah.
Ni kuali kander yang ke-2. Beli ni dulu x season pun…malas. Bila x season, dia jadi macam ni lah. Lepas pakai, cuci bersih², bila dah kering dan simpan. Akan naik karat² tu…jadi setiap kali nak pakai, kena cuci dulu.
Ads
Kuali macam ni, untuk penjagaan dia, setiap kali lepas pakai basuh lap bagi kering kemudian sapu minyak di keliling permukaan dia. Baru simpan…haaa gitulah. Ingat muka je kena jaga? Kuali kesayangan pun mesti lah kena jaga.
Kuali pun kander jaga, apetah lagi hati dinder. Lagi lah dijaga….cewaahhh. Eh?!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seperti yang semua sedia maklum, pasangan penyanyi, Azzam Sham, 25, dan Sheryl Shazwanie, 25, selamat bergelar suami isteri di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya hanya dengan sekali lafaz pada 1 Januari yang lalu.
Azzam atau nama sebenarnya, Muhammad Azzammuddin Lop Hisham menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 dan berbelas dulang hantaran. Bagaimanapun, atas permintaan keluarga, jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Pasangan ini kemudiannya diraikan dalam sebuah majlis resepsi selepas acara akad nikah selesai.
Pernah berjanji untuk mendirikan mahligai rumah tangga pada awal tahun dan berjaya mengotakannya, Azzam yang juga juara Idola Kecil musim kedua dan Big Stage musim ketiga berkata, dia bersyukur majlis perkahwinannya berjalan lancar.
“Alhamdulillah, perhubungan cinta akhirnya menyatukan kami sebagai suami isteri.
“Jujurnya, saya dan Sheryl merancang ke arah perkahwinan apabila hubungan cinta makin mekar. Saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami,” jelas Azzam.
Sama cantik sama padan, pasangan yang sedondon dalam busana berwarna putih ini juga telah berkongsi beberapa foto sekitar acara akad nikah dan majlis resepsi mereka. Memang jelas terpancar seri pengantin baru di kedua-dua wajah mempelai.
Sebagai info, Azzam dan Sheryl saling mengenali sejak 2015 namun mula akrab sejak dua tahun lalu. Mereka mengikat tali pertunangan pada penghujung September lalu.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga darah seni yang mengalir dalam diri anak perempuan kesayangan pelakon Ali Setan, Allahyarham Azmil Mustapha, Alya Iman. Pemilik nama yang sangat cantik ini bukan sahaja diaanugerahkan seraut wajah yang jelita tetapi juga bakat lakonan yang sangat bagus.
Memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai model untuk majalah dan juga untuk ruang digital bagi label jenama hijab/pakaian popular sebelum melangkah kaki sebagai seorang pelakon.
Dia kini muncul sebagai pelakon untuk watak Syakifa dalam drama Senafas Rindu di saluran Astro Ria HD lakonan bersama beberapa selebriti popular dan hebat seperti Liza Abdullah, Syafiq Kyle, Elizaberth Tan, Azizah Mahzan dan Wan Sharmila memberikan bakat yang juga sehebat arwah bapanya.
Selepas kehilangan arwah Babah yang sangat disayanginya, Alya meneruskan kehidupannya seperti biasa. Masih lagi menerima tawaran sebagai model dan juga membuat kerja berkaitan dalam bidang seni.
Bercerita bagaimana boleh terjun ke dunia lakonan, Alya memberitahu dia menerima panggilan secara mengejut dari pihak Astro.
“Pada mulanya memang was-was nk ambik tawaran berkenaan, tetapi apabila fikir balik mungkin ini rezeki Alya, takkan nak tolak begitu sahaja. Jadi Alya tetap terima tawaran berkenaan walaupun ketika shooting berkenaan tengah ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
“Alhamdulillah drama lakonan pertama Alya Senafas Rindu tengah trending No 1. Insya-Allah bulan depan Alya akan masuk set baru, tetapi buat masa ini banyak ambil jobphotoshoot sahaja,” ungkap Alya ketika dihubungi memberitahu perkembangan terkininya.
“Memang tekad Alya untuk meneruskan perjuagan dalam industri ini dan insya-Allah akan berusaha menjadi pelakon yang lebih baik,” ujarnya yang turut menjadikan arwah Babah sebagai idola dalam dunia lakonan.
Dalam salah satu posting di laman Instagramnya Alya juga ada memberitahu sudah setahun pemergian Babahnya itu (pada 14/2) dan dia masih mengingat setiap momen terakhir mereka berdua.
Sewaktu mahu mengejutkan Babahnya itu dari tidur, rupanya arwah sudah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.
Pemergian Babahnya itu Alya anggap sebagai kehilangan terbesar dalam hidupnya selama ini. Walaupun kini tanpa kehadiran Babah di sisi tetapi dia tahu Babahnya akan sentiasa ‘melihat’ dirinya dan berharap akan dapat banggakan arwah satu hari nanti.
Dia akan sentiasa merindui Babah kesayangannya itu dan berdoa semoga dapat bertemu nanti di syurga Firdausi.
Pembabitan Alya yang cantik berhijab sebagai seorang pelakon ini turut mendapat pujian netizen. Masing-masing memuji lakonannya yang sangat natural dan mengesankan.
Sebenarnya sebelum ini Alya juga pernah beberapa kali menjadi model untuk Hijabista. Masih ingat setiap kali ada sesi fotografi, Alya akan datang ditemani arwah bapanya.
Kemesraan yang ditunjukkan oleh keluarga Lesti Kejora dan Rizky Billar kembali meraih perhatian ramai. Bakal menyambut kelahiran anak kedua, pasangan yang dikenali sebagai Leslar ini berkongsi detik-detik berharga menerusi satu sesi fotografi istimewa. Dalam muat naik yang dikongsi oleh Rizky Billar di Instagramnya, jelas kelihatan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Kehadiran si kecil menambahkan lagi kebahagiaan keluarga kecil ini. Muat naik itu turut mendapat komen positif dan kata-kata sokongan daripada rakan-rakan artis.
Foto yang disiarkan pada 18 Januari 2025 itu turut meraih pujian warga maya. Rizky Billar menyampaikan mesej penuh kasih sayang kepada keluarga kecilnya yang bakal diserikan dengan kehadiran ‘orang baru’ tidak lama lagi.
Lesti Kejora mempamerkan pesona luar biasa dalam sesi fotografi itu dengan mengenakan gaun labuh ringkas, ditambah dengan blazer berbulu. Walaupun temanya sangat minimalis, ia berjaya mencipta kesan yang sangat elegan dan menawan.
Rizky Billar dan anak mereka yang digelar Abang L turut menyempurnakan penampilan mereka dengan mengenakan kemeja putih digabungkan dengan seluar hitam. Kemesraan mereka cukup menyentuh jiwa dan perasaan sekaligus menjadikan foto itu terlihat sangat indah.
Kapsyen yang ditulis hanya dengan emoji hati hati berjaya menyampaikan perasaan cinta mereka tanpa perlu menggunakan kata-kata. Hantaran itu juga berjaya meraih ribuan tanda suka dalam masa yang singkat.
Malah, dengan adanya Abang L dalam sesi fotografi itu memberi nilai tambah kepada hantaran tersebut. Terserlah kegembiraan anak sulung pasangan ini dengan kelahiran adiknya tidak lama lagi.
Dengan kebahagiaan yang terpancar, Lesti Kejora dan Rizky Billar menunjukkan betapa pentingnya ikatan kekeluargaan dalam setiap saat yang berharga.
Biarpun konsep sesi fotografi itu cukup ringkas dan sederhana namun tetap kelihatan menarik dan boleh menjadi sumber inspirasi bagi para keluarga yang ingin meraikan detik istimewa dengan cara yang unik.
Melalui kesederhanaan ini, mereka membuktikan kecantikan tidak semestinya rumit dan megah. Kesederhanaan konsep ini mengajar bahawa kecantikan boleh dicipta daripada perkara yang mudah, asalkan ia dirancang dengan penuh kasih sayang.
Selain ucapan tahniah, warga maya dan selebriti turut mendoakan agar proses bersalin Lesti lancar.
Setiap komen yang ditinggalkan menunjukkan bagaimana orang ramai menantikan kelahiran ahli baharu dalam keluarga ini.