Selain darah tinggi, penyakit yang sering menyerang lelaki adalah gout. Jika mereka mengalami sakit ini memang boleh jadi tidak senang duduk dibuatnya. Bukan sahaja susah untuk bergerak, malah kalau ada yang menyentuh sedikit tubuh pun sudah terasa kesakitannya.

Mereka yang mengalami gout ini perlu menjaga pantang terutama daripada segi pemakanan. Jika silap memilih makanan, akan menyebabkan sakit ini datang lagi dan secara tidak langsung mengganggu rutin harian mereka.

Ada pelbagai cara untuk mengurangkan sakit gout dan salah satunya adalah dengan menggunakan petua secara alami. Perkongsian dari pengguna laman sosial yang menggelar dirinya Cik  Mil Neena berkongsi petua menghilangkan gout yang dialami suaminya sendiri.

Menurutnya, suaminya sudah lama mengalami gout dan setelah sebulan mengamalkan petua ini  ternyata gout yang dialami suaminya telah hilang.

Jom baca perkongsiannya.

Hari ni sy nak share satu petua bagi sapa2 yang ada gout..alhamdulillah dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout..

IKLAN

mcm2 petua tradisional dah cuba tapi tak jalan last2 tpaksa la makan ubat farmasi .. allupurinol utk turunkan paras asid urik.Goutnor 0.6mg utk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang xleh pisah dengan dua jenis ubat ni kn!

Guna Tiga Bahan Dapur

Bahan2 dia mudah saja yang pasti jus yang dihasilkan memang sedap dan inshaallah boleh diminum sebab bau dia wangi saja (tak lekat bau dalam mulut bila minum) dan tak pahit. Isteri pun curi2 minum haha..

Hanya guna tiga bahan dapur ini.

Bahan-bahan:
1 biji timun
2 batang saderi@celery
3 hirisan lemon buang biji dulu nanti pahit

IKLAN

-Saya masukn semua dalam slow juice maker (beli dalam lazada rm179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air.
-Atau bagi yang nak guna mesin pengisar.. tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
-Saya dapat dua gelas jus.

Aturan Minumnya

*Minum 2 kali sehari ya
satu gelas selepas bangun tido (awal pagi) dan satu gelas sebelum nak tido.(malam)

Tips kalu malas macam saya sebab nk kena basuh bekas2 jus jadi buat jus untuk dua hari siap2.. maknanya gandakan bahan diatas kemudian masukn dalam botol kosong. Kena pakai sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus bila nak minum tu seimbang.

IKLAN

Lihat Kesannya

Inshallah semoga berkesan untuk anda juga.

Kesan dalam masa sebulan ni.. makan udang dekat 1kg..suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lg dan rasa sakit dah kurang terutama kat tempat bengkak tu.kemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki dah menurun.

Berat dia pun turun 2kg mungkin sebab amalkan waktu pagi perut kosong dan malam sebelum tido kot jadi jus tu cuci habis dalaman dia hehe.
Cuba lah sy halalkan untuk anda kongsi dan sama2 amalkan..

Setiap penyakit ada penawarnya . Kita cuma berusaha..
bagi yang tiada gout .. jaga makan.. jangan terlalu obses dengan makanan laut mcm suami saya hehe makan berpada2 ya.