Tidak dinafikan memang wujud manusia yang seiras walaupun tidak mempunyai pertalian darah. Kata orang, dalam dunia ini ada tujuh orang yang mempunyai wajah yang sama atau seiras dengan kita.
Seperti yang tular baru-baru ini di laman TikTok, apabila ada seorang gadis yang dikatakan mirip dengan pelakon Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal.
Menurut gadis yang bernama Nurfazira Azhar Azaruddin ini, dia sudah biasa menerima komen dan digelar “kembar” Nad Zainal atau Nanad sejak di bangku sekolah lagi dan semakin kerap menerima teguran sedemikian setelah meningkat dewasa terutamanya apabila Nanad sudah mula berhijab.
@hyeisleenshop Replying to @KakMeyyyy🌸 ♬ original sound – nurfzraaa
“Masa belajar di universiti, kawan saya dekat sana pun mula perasan wajah sama macam Nad.
“Kawan-kawan sekarang pun ada juga yang cakap macam tu. Tapi apabila saya tengok balik muka sendiri tak sama pun,” ujarnya ketika ditemu bual oleh satu portal hiburan.
Artikel berkaitan: Nad Zainal Tawarkan ‘Product Review’ Sasar Bantu Usahawan Kecil
Bukan sahaja rupa paras, malah gaya pertuturan pun sama!
Ujar gadis yang menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Muamalat dari Universiti Malaya ini; dia sendiri terkejut apabila bukan sahaja rupa parasnya dikatakan sama dengan Nad Zainal malah gaya pertuturan juga pernah ditegur persis dgn pelakon Cinta Buta itu.
“Selain ditegur fasal kening, mulut, hidung, gigi… cara bercakap pun mereka kata sama. Saya terkedu juga apabila mereka cakap betul-betul sama tu,” tambahnnya lagi.
Persamaan tersebut bukan hanya diperkatakan oleh rakannya, malah dia pernah ditegur oleh netizen. Ada juga yang sampai “tag” Instagram Nad Zainal!
“Pernah sekali, saya ke sebuah restoran makanan segera dan seorang individu datang beritahu wajah saya seperti Nad Zainal.
“Selain itu, saya pernah menunaikan solat Tarawih di sebuah masjid dan direnung seorang jemaah, namun tak fikir apa, mungkin ada yang tak kena dengan wajah saya ketika itu.
“Ada juga yang ‘tag’ saya di Instagram (IG) Nad Zainal, namun setakat itu saja kerana bukan semua akui persamaan wajah saya dan Nad, ada juga mengatakan tidak sama.” ujarnya kepada Harian Metro.
Bukan untuk meraih populariti
Gadis yang mesra dipanggil Fazira ini membuat duit sampingan dengan menggunakan platform TikTok. Dia turut memanjatkan rasa syukur dan mengakui perkara tersebut sedikit sebanyak membantunya yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan.
Namun, dia akui tidak mengambil kesempatan atas ‘populariti’ yang diraih serta ia bukanlah niat asal gadis yang menetap di Ipoh, Perak ini.
“Dekat TikTok tu saya ada juga buat duit sampingan dengan jadi dropship. Memang semata-mata nak join program affiliate dan tak ada niat lain pun.
“Sambutan agak baik. Alhamdulillah ada juga yang membeli,” ujarnya lagi.
Dia juga berkongsi yang dia merupakan diantara peminat Nad Zainal malah pernah juga terserempak dengannya di sebuah pusat beli-belah, namun tidak sempat bergambar bersama.
“Secara peribadi, saya minat Nad Zainal malah kagum dengan lakonannya yang mantap. Pernah juga terserempak dengannya di sebuah pusat beli-belah, namun tak sempat bergambar bersama.
“Cuma, saya tidak berapa gemar bila orang samakan kami kerana bimbang Nad Zainal tidak selesa dengan perkara itu,” akuinya.
“Ingat Nanad tadi”
Menjengah ke ruangan komen hantaran TikTok tersebut, rata-rata netizen terkejut dan tidak menyangkal kemiripan wajahnya dengan Nad Zainal. Video tersebut kini meraih lebih 961K jumlah tontonan serta 52.8K kesukaan.
“Memang ‘sebijik’ sangat ni…”
“Tak tengok nama tiktok, mmg ingat Nanad tadi…”
“Laaaa ingtkan Nad Zainal tadi..terus baca komen rupanya seirass”
“Boleh berlakon sama jadi kembar seiras”
Artikel berkaitan: Doktor Syaki Nad Zainal Alami Penyakit Autoimun, Ketahui Penyakit Ini Biasanya Serang Pada Wanita
Untuk rekod, terdahulu Hijabista melaporkan Nad Zainal dimasukkan ke ICU Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan kini pelakon itu dilihat semakin pulih.
Sumber: Mstar, Harian Metro dan TikTok Fazira
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI