Saat berbuka puasa merupakan saat yang sangat-sangat dinantikan oleh kita semua. Sampaikan ada yang terlupa akan beberapa adab-adab yang perlu kita tahu mengenai berbuka puasa.
Walaupun ia bukanlah perkara yang wajib dilakukan tetapi dengan mengamalkan adab-adab ini, kita akan dapat pahala dan juga mampu mentarbiah diri dan orang sekeliling kita.
Mari kita lihat adab-adab berbuka puasa.
1. Menyegerakan berbuka apabila sudah masuk waktunya
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
2. Berbuka puasa secara sederhana
Firman Allah S.W.T maksudnya:
Ads
“Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al-Araf, ayat 31)
3. Berdoa ketika berbuka
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang yang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Ads
4. Berbuka dengan rutab, tamar atau air
Anas bin Malik R.A berkata:
“Rasulullah S.A.W berbuka puasa sebelum solat (Marghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” (hadis riwayat Imam Al-Tirmizi)
5. Berdoa kepada mereka yang menjamu makanan untuk berbuka
“Baginda S.A.W pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: ‘Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat’.” (Riwayat Abu Daud)
6. Bersegera mengerjakan solat Marghrib
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Jadikanlah adab-adab ini sebagai kebiasaan kita sehari-hari agar ia mengajar kita untuk menjadi Muslim dan manusia yang lebih baik, di samping menuai pahala yang melimpah-limpah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai kita yang mengidamkan wajah yang cerah dan bersih. Ramai yang mengambil keputusan untuk mengambil supplimen ataupun mengambil prosedur suntikan (oh tidak!). Tetapi kita tidak tahu sejauh mana keberkesanan kedua teknik ini pada wajah dan kesan sampingannya.
Mengapa mengambil risiko yang lebih sedangkan ada cara yang lebih selamat dan paling teruk pun muka akan menjadi sedikit kuning berbanding biasa (ini akan hilang setelah empat jam begitu).
Terdapat masker yang mampu memberikan wajah anda kecerahan yang anda mahukan. Masker ini memerlukan anda untuk menggunakan madu manuka, serbuk kunyit, oat dan lemon.
Madu Manuka berasal dari New Zealand di mana lebahnya mengambil sap dari pokok Tea Tree.
Kebaikan madu manuka:
a. Merawat jerawat dan parut
b. Melawan jangkitan kulit
c. Membersihkan liang pori sambil exfoliatingsecara natural
d. Mengekalkan kelembapan wajah
e. Menaikkan keserian dan kelembutan kulit wajah
Serbuk kunyit pula adalah rempah yang bukan sahaja untuk makan ya! Masyarakat kaum India telah lama menggunakan serbuk ini dalam rutin kecantikan mereka.
Kelebihan serbuk kunyit:
a. Mengurangkan kemerahan
b. Merawat breakout
c. Membantu menyamarkan bintik hitam
d. Mengurangkan kesan parut dan juga pigmentasi
e. Membantu menyembuhkan psoriasisdan eczema
f. Mencerah dan menyamaratakan
g. Anti-radang
Jus lemon sememangnya terkenal dengan pelbagai kebaikan. Penuh dengan vitamin C yang membantu mencerah dan menyamaratakan tona kulit. Ia juga memiliki properti anti-bakteria yang menghalang breakoutsdan seterusnya menjadi agen pengelupasan natural untuk mencerahkan wajah.
Bahan terakhir adalah oat yang mana ia menjadi bahan pelembap masker ini, juga menjadi agen pengelupasan dan pelembut wajah. Jika anda mahukan masker yang lebih refine, hancurkan oat sehingga menjadi serbuk.
Resepi masker:
3 susu besar oat (kisar sehingga menjadi tepung jika anda mahu)
1 sudu besar madu manuka
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji lemon
Cara penyediaan dan aplikasi:
a. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
b. Sapu pada wajah di sinki (untuk elakkan dari mengotori baju anda).
c. Biarkan masker selama 15 – 20 minit.
d. Basuh dengan lembut dengan air suam.
*Anda mungkin perlu membasuh wajah beberapa kali untuk menghilangkan kesan kuning dari kunyit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Diam tak diam, kini sudah hampir lapan tahun pelakon dan usahawan, Sherry Ibrahim nekad melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik dan semakin kelihatan anggun serta ayu mengayakan fesyen patuh syariah sejak bergelar selebriti berhijab.
Mengakui cukup selesa dan lebih yakin dengan penampilan sedemikian, Sherry bagaimanapun mengenang kembali detik-detik awal di mana dia juga pernah melakukan kekhilafan dengan mengenakan fesyen yang kurang sesuai buat wanita muslimah.
“Di fasa awal penghijrahan, saya juga manusia biasa yang tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan. Misalnya saya sendiri pernah terpakai seluar ketat dan bila sedar ia adalah suatu proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
“Seiring waktu saya belajar lebih banyak perkara tentang aurat wanita dan mengapa wanita perlu memelihara aurat dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah, kini tak sangka sudah lapan tahun saya mengekalkan penampilan sebegini.
“Bersyukur dikurniakan istiqamah, meski jalan yang terpaksa ditempuh bukalan mudah dan saya berharap agar peminat mendoakan agar hati saya kekal teguh dalam perjalanan mendekatkan diri padayang maha esa,” ujar bekas pramugari itu.
Selain itu, bercakap kepada HIJABISTA, Sherry turut menitipkan pandangan bahawa, sebagai masyarakat kalau boleh elakkan sikap terus menjatuhkan hukum dan melemparkan persepsi yang tidak baik, terutamanya terhadap wanita yang baru mengenakan tudung.
Kerana menurut Sherry, kesilapan yang dilakukan misalnya dalam soal pemakaian adalah satu proses yang menjadikan seseorang itu lebih peka terhadap apa yang digayakan.
“Saya sedar, kalau ada beri kritikan, itu merupakan pandangan individu dan ia sifatnya subjektif. Macam saya alhamdulillah, seru untuk mengenakan hijab itu datang secara tiba-tiba, tanpa adanya pengaruh daripada mana-mana pihak.
“Ia datang sendiri dan bersyukur kerana mendapat hidayah itu. Cuma itulah, bila ada yang kata ramai yang mula mengenakan hijab kerana ikut trend semata-mata, siapalah kita untuk menghakimi.
“Malah saya juga percaya, bagi yang bertudung pun Allah SWT tetap akan uji kita dengan cara lain,” luah Sherry.
Bayangkan rambut lembut, sihat dan berkilat terurai ke bahu anda dan terbang secara estetik ditiup angin apabila anda membuka hijab di hadapan cermin.
Sekurang-kurangnya sekali dalam hidup anda? Untuk mepamerkan rambut persis komersial TV idaman anda, apa yang anda perlukan hanya menggunakan perapi. Ya, botol perapi! Perapi boleh melakukan lebih banyak daripada melembapkan helaian rambut anda dan menjadikannya licin bak sutera. Mari lihat lima ‘beauty hack’ perapi rambut yang hanya akan membuatkan anda lebih menyukainya!
Jika anda mempunyai rambut nipis atau halus, ini adalah satu-satunya godam dandanan yang anda perlukan. Sebelum mandi, amlkan rutin ini, sapu dari pertengahan rambut ke hujung. Tanpa bilas, sapukan syampu dan basuh bersama. Skrub bertindak sebagai primer untuk rambut anda dan bukan sahaja membantu syampu menyebar secara merata tetapi juga menghalang minyak semula jadi kulit kepala daripada dilucutkan. Hasilnya? Rambut lembut dan lebat.
Petua pro: Lakukan ini seminggu sekali untuk hasil yang optimum.
Kehabisan topeng rambut kegemaran anda? Perapi rambut penyelamat keadaan. Ya, perapi anda boleh berfungsi sebagai topeng rambut. Hanya ambil perapi dan sapukan pada rambut yang baru disyampu. Biarkan selama 45-60 minit dan bilas dengan air sejuk untuk rambut licin dan berkilat.
Fungsi ajaib perapi rambut boleh membantu anda menyahjeratkan rambut anda dengan mudah dan juga mengelakkan keriting. Selain itu, ia juga mengurangkan keguguran rambut yang disebabkan oleh kerosakan. Hebat, bukan? Pada hari-hari apabila anda ingin mengurai rambut anda tanpa menggunakan syampu, cukup campurkan pam perapi dalam segelas air dan semburkan pada rambut anda sebelum menyikatnya. Menyahkusut yang mudah dan tidak menyakitkan itulah IMPIAN hijabi berhijab!
Ya, perapi anda juga boleh memulihkan berus solekan kembali seperti baharu. Selepas anda mencuci berus solekan anda, anda hanya perlukan beberapa pam perapi dan untuk bersihkan bulu berus solekan. Ini akan membentuk semula berus anda sambil melembutkannya. Voila! Anda mempunyai berus solekan yang persis kelihatan baharu.
Mencukur kulit kering adalah perkara yang tidak boleh dilakukan! Tetapi bagaimana jika anda kehabisan krim pencukur? Anda boleh menggunakan perkara terbaik seterusnya iaitu perapi rambut. Sapukan perapi sebagai krim pencukur bukan sahaja akan melembapkan kaki anda tetapi juga mencipta permukaan licin untuk pisau cukur meluncur dengan mudah, memberikan anda pencukuran yang licin dan bersih.
Perapi Terbaik untuk Rambut Kering
Perapi mampu milik ini dibuat dengan ekstrak kelapa dan gaharu. Ia membuatkan rambut anda berasa lembut dan mudah diurus juga, ia menjadikan rambut kering lebih lembap.
Perapi Terbaik untuk Rambut Rosak
Walaupun anda tidak mudah mengatasi kerosakan haba selama bertahun-tahun akibat alatan rambut, perapi ini membantu melembutkan pukulan dengan formula oat yang berkhasiat, bebas pewangi dan hypoallergenic, walaupun jenis kulit sensitif boleh menikmatinya! Perapi ini menghidrat dengan sangat baik tanpa membebankan rambut yang halus.
Perapi Terbaik untuk Rambut Berminyak
Campuran segar asid amino kelapa dan mentega marula membersihkan kulit kepala berminyak tanpa mengeringkannya. Ia melicinkan rambut keriting semula jadi. “Saya telah mengeringkan rambut saya secara semula jadi, dan ia masih licin. Love!”, ulas salah seorang pengguna perapi ini.
Perapi Ringan Terbaik
Formula Garnier yang lembut ini, melembutkan rambut dan memberikan ketidakberatan selepas bilas dengan syampunya. Selepas penggunaan berterusan, anda akan melihat penghidratan dari akar ke hujung. Hebat dengan ramuan aloe vera dengan botolnya diperbuat daripada 30% bahan kitar semula selepas pengguna.
Perapi Bajet Terbaik
Ujian pengekalan warna, dengan prestasi Makmal yang terbaik. Ramai pengguna amat berpuas hati dengan hasil kilauan yang berkekalan kepada kelembutan seperti sutera. Produk ini bukan sahaja berfungsi dengan baik untuk mengekalkan warna. Selepas dua kali bilasan, warna rambut kekal seperti baru.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.