Macam=macam ragam OOTD selebriti kita berhari raya. Masing-masing mengenakan tema sama agar dapat sedondon dengan pasangan. Tidak kiralah bagi yang beraya secara single, bersama keluarga atau baru pertama kali bergelar suami isteri. Keterujaan meraikan Syawal ini dapat dilihat dengan busana indah yang digayakan.
Masing-masing tampil cantik, anggun dan paling penting selesa digayakan tika berkunjung ke rumah sanak saudara. Tidak kiralah ketika beraya di desa atau kota, apa yang penting saling bermaafan dan menyambung tali silaturrahim.
Ayuh kita lita #OOTD sebahagian selebriti berhijab pada hari pertama menyambut Syawal
Apabila bercakap tentang godam solekan di TikTok, semakin tidak masuk akal, semakin viral semakin ramai cenderung untuk mencuba. Baru-baru ini, pencinta kecantikan aplikasi ini itu terobsesi dengan trend concealer cermin mata, yang terdiri daripada melukis sepasang cermin mata menggunakan concealer,
Kali ini, peminat kecantikan TikTok mencuba kontur pelangi. Dipopularkan oleh TikTokers seperti @rikkisandhu dan @serenalakkiss, teknik ini melibatkan melukis jalur pemerah pipi krim, bronzer dan concealer secara strategik serta menggabungkan dan menyatukan dengan span solekan. Ia bukan hanya pipi, kerana kaedah itu digunakan untuk membentuk kontur keseluruhan muka, termasuk garis rahang, dagu, hidung dan dahi. Hasilnya? Solekan yang digunakan secara pakar, yang menyerlahkan struktur tulang dan menjadikan kulit bersinar di semua tempat yang betul. Wow bukan!
Teknik kontur pelangi dikatakan cukup memukau, video TikTokers ini raih 40k tontonan dan Rikki telah memperoleh 1.5 juta pasang mata. Pelbagai komen-komen, dengan beberapa pengikut bimbang mereka mungkin kelihatan seperti “badut” dan yang lain tanda suka dan setuju cara bagaimana proses pengadunan menarik perhatian.
Bosan cara aplikasi foundation cara lama yang memakan banyak masa jadi, anda boleh cara pengodaman terbaharu ini. Versi krim dan cecair dengan lancar ke dalam kulit dan memberikan kilauan cahaya dari dalam.
Caranya cukup mudah mulakan meleret pemerah pipi di sepanjang pipi, diikuti dengan bronzer di bawahnya dan seterusnya concealer. Kesilapan pertama saya ialah kehilangan hidung saya sepenuhnya, jadi saya terpaksa masuk semula dan memohon semula. Jom lihat kontur pelangi diaplikasi beberapa TikTokers, mungkin mengubah cara solekan anda dengan menjimatkan masa.
Ia sedikit berbeza daripada apa yang anda biasa pratikkan selama ini, biasa tetapi anda pasti menyukai getaran yang mudah dan bercahaya jadi selesaikan semuanya dengan sentuhan gincu warna natural, maskara hitam dan kening yang disikat.
Walaupun penampilan awal yang tidak bercantum cukup membimbangkan, hack kontur krim ini berfungsi untuk mengekalkan solekan dan memberikan cahaya di wajah.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebelum ini jenama ini telah mengeluarkan beg guna semula seperti beg Ikea. Dengan rekaan dan warna memang lebih kurang sama seperti jenama syarikat yang mengeuarkan baranga rumah ini. Walaupun begitu, tetapi harganya memang boleh buat kita terkedu.
Dan kali ini jenama cukup popular, Balenciaga ini sekali telah mengeluarkan bes plastik pakai buang. Beg plastik yang diberi nama “Supermarket Shoppers” hadir dengan tiga jenis rekaan yang diperbuat daripada plastik dengan sentuhan mewah kulit kambing.
Sebelum ini jenama yang sama juga telah mengeluarkan beg pasar malam dan beg toto Narita yang masing masing berharga RM40,000 dan juga telah mendapat sambutan menggalakkan.
Ketiga-tiga beg plastik ini mempunyai rekaan berbeza yang menampilkan perkataan “The Power of Dreams”, “Europe” dan logo “Double B” Balenciaga. Setiap beg hadir dengan warna berbeza. Beg pertama hadir dalam warna kuning, putih dan biru. Beg kedua hadir dalam warna “Sirop Green/Gold”. Beg ketiga pula hadir dalam warna merah dan hitam.
Koleksi beg plastik “Supermarket Shopper” ini boleh dibeli melalui laman web Balenciaga dengan harga $1,150 USD (RM4,692) untuk saiz besar dan $950 (RM3,976) untuk saiz medium.
Jadi admin nak pesan kepada peminat jenama ini bolehlah mendapatkan koleksi yang terhad ini. Mana tahu selepas ini boleh jual pula dengan harga jauh lebih mahal kepada kolektornya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Walaupun kita dalam mood berpuasa, namun dalam masa sama masih tidak lambat untuk menyambut hari ibu. Insan inilah yang paling layak dihormati walau dalam apa situasi sekalipun. Begitu juga dengan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak melupakanya ibunya walaupun dalam tempoh sukar ini. Beliau boleh dikatakan rapat dengan bondanya, Tun Rahah kerana sering memuatkan foto bersama ibu kesayangannya itu. Terbaru setelah tidak lagi bergelar Perdana Menteri, beliau kini mempunyai masa berbuka puasa dan membawa ibunya untuk bersolat terawih.
Dalam satu status yang dimuat turut di laman sosialnya, Najib memuat turut sekeping gambar beliau bersama bondanya sementara menunggu solat Isyak dan terawih malah tadi.
najib_razakAlhamdulillah berkat bulan Ramadan, dapat bersama Bonda Tun Rahah sementara menunggu masuk waktu Isyak dan solat terawih tadi.
Posting ini ternyata menarik perhatian netizen untuk memberi komen. Rata-rata memberi komen Najib seorang yang bertuah kerana masih memiliki doa dari seorang ibu.
daniasofia5209 Alhamdulilah DSN ada seorg ibu yg penyayang…doa sorg utk anak2 pasti terkabul dibulan yg mulia ini.semoga sihat kedua2nya
@hannialeesya Salam ramadhan Dato seri semoga ramadan akan lebih bermakna bersama ibu tercinta sentiasa
@amyana27074 Alhamdulillah.. Allah memberi kesempatan waktu utk DSN meluangkan waktu bersama bonda dato,dan dilapangkan waktu utk bersama jemaah menunaikan solat sunat tarawih
@siti_othman Minta Bonda doakan yg terbaik. Doa Bonda makbul
@yana_04us Doa ibu adalah sebaik baik doa. Tambah pula dalam bulan ramadan. Terima kasih utk jasa sepanjang menjadi pm. Selebihnya hanya Allah y maha mengetahui.
Umum mengetahui sebagai anak sulung, Najib memang begitu sayangkan ibunya ini. Hubungan mereka dilihat sangat akrab dan beliau begitu menyanjungi insan yang telah melahirkan dirinya itu.
Ibunya Tun Rahah adalah isteri kepada Perdana Menteri ke dua, Tun Abduk Razak Dato Haji Husein. Beliau lahir di Muar Johor dan mempunyai empat anak lelaki lain selain Najib, Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohamed Nazir dan Mohd Nazim.