Sumber dari Freepik

Anda pasti pernah mengalami situasi sewaktu anda sedang seronok bercuti. Setelah penat melakukan aktiviti di waktu siang, sudah tibanya masa untuk melelapkan mata. Tetapi tidak boleh! Susah sangat nak tidur!

Perkara ini sering berlaku buat sebilangan dari kita yang sukar untuk tidur di tempat baru. Tempat tidur di rumah lebih ‘memahami’ diri kita dan selesa berbanding tempat baru meski pun ia hotel 5 bintang sekalipun.

Susah betul untuk lelapkan mata

Ya, bila sudah seharian melakukan aktiviti dan keesokannya pula  kita perlu bersedia untuk melakukan aktivit, sudah pasti malam harus di penuhi dengan rehat. Tetapi kita tidak boleh membuat sedemikian kerana badan yang tidak mahu menerima tempat rehat yang baru.

Kita sudah terbiasa dengan keadaan di rumah dan kitaran masa rehat yang sudah menjadi kebiasaan buat diri ini. Tetapi apabila ia di ganggu, ‘perubahan baru’ yang berlaku pasti akan menjadi faktor utama, seperti rehat di hotel, rumah kawan, ataupun pindah di rumah baru. Jadi badan perlu menyesuaikan diri dan mengambil masa untuk serasi dengan keadaan persekitaran.

Artikel berkaitan: Nak Pergi Bercuti? Ini Cara Untuk Anda Kemas Baju Dengan Mudah Agar Tak Serabut!

Sebenarnya, terdapat kajian yang menunjukkan bagaimana persekitaran membantu dalam menyesuaikan diri untuk berehat. Maka, penyesuaian badan dengan persekitaran baru akan mengalami sindrom ‘malam pertama’ atau ‘first-night’. Sewaktu ‘malam pertama’, separuh dari otak kita akan tidur sepenuhnya tetapi sebahagian dari otak tidak tidur dan berjaga. Ianya berjaga kerana ingin mengimbas secara menyeluruh dengan keadaan sekeliling untuk keselamatan.

IKLAN

Menurut WellGood, dalam keadaan tidur, kita akan mudah terancam dan otak masih lagi cuba untuk proses dengan keadaan yang baru, jadi ‘malam pertama’ menjadi satu pelindungan secara semulajadi. Meskipun, badan kita sudah tidur sepenuhnya, minda kita masih lagi akan sedar sedikit dan tidak dapat alami tidur yang enak.

Tidur yang enak perlukan cara yang betul

Namun, bukannya anda bakal tidak rehat sepenuhnya ketika berada di tempat baru. Terdapat cara yang betul yang boleh mempengaruhi pengalaman tidur dan rehat yang sempurna ketika berada berjauhan dari rumah. Cara-cara yang yang boleh mempengaruhi bukan sekadar bantal, kain cadar, suasana bilik, malah ada juga beberapa cara lain, seperti:-

#1 Jaga rutin tidur anda

Tidur yang bagus adalah di pengaruhi dengan waktu tidur yang mencukupi. Bagi setengah orang, pastinya anda akan mempunyai rutin rehat yang ‘kukuh’, jadi semetinya anda perlu menepati rugin anda. Apa yang mempengaruhi juga adalah rutin sebelum tidur seperti memberus gigi, bila anda di atas katil, dan di bahagian mana yang anda berada di atas katil. Aktiviti di siang hari juga mempengaruhi kualiti tidur juga.

#2 Bawa ‘pembantu’ tidur

IKLAN

Apa yang di maksudkan sebagai ‘pembantu’ adalah seperti bantal, selimut, dan seangkatannya yang boleh membuatkan anda rasa seperti di rumah. Ia boleh di katakan sebagai item ‘bantal busuk’ anda yang harus di bawa ke mana-mana sahaja. Hal ini boleh membuatkan anda rasa selesa dan secara tidak langsung kurang rasa bahaya oleh kerana ia dapat memanipulasi minda anda.

#3 Buat sesuatu yang dapat tenangkan fikiran sebelum tidur

Meski pun anda telah mengikut waktu masa yang betul dan telah ada beberapa benda yang boleh bantu anda tidur, anda juga perlukan melakukan sesuatu yang boleh mempengaruhi dan menenangkan anda di tempat baru. Sebagai contoh, anda boleh mandi dengan air panas, meditasi, atau pun lakukan solat sunat juga boleh elakkan dari terdedah dengan cahaya.

#4 Kawal persekitaran anda untuk tidur yang optimum

IKLAN

Menurut pakar lagi, untuk mendapatkan tidur yang optimum anda boleh juga kawal persekitaran tempat tidur anda mengikut keselesaan. Kawal penggunaan lampu, suhu, dan juga bunyi yang berada di sekitar dapat membant lagi anda untuk mendapatkan tidur yang optimum.

Selepas ini, jika anda berada perlu pergi bekerja di luar kawasan ataupun sudah membuat perancangan untuk bercuti, anda pasti perlukan tip ini. Jadi jangan risau dan runsing jika anda seorang yang susah untuk suaikan diri di tempat lain untuk berehat.

Sumber gambar: Canva

Artikel berkaitan: Jika Susah Nak Tidur Malam, Makanlah Buah Kiwi, Confirm Lena Dibuai Mimpi Indah

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI