Sudah berapa banyak duit anda laburkan untuk kecantikan kulit anda? Pastinya telah menelan belanja yang besar. Produk yang ada di pasaran juga bukannya murah.
Bukan mudah menjadi seorang wanita ini. Daripada hujung rambut sampailah ke hujung kaki, semuanya harus dijaga. Di antara penjagaan yang paling dititik beratkan adalah penjagaan kulit muka. Kalau kulit muka breakout, mesti anda rasa kurang cantik dan hilang keyakinan diri. Betul tak?
AMALAN YANG MEMBANTU MERAWAT KULIT MUKA DARI DALAM
Untuk mendapatkan kulit cantik secara semula jadi, anda mestilah sentiasa melakukan rutin asas seperti melindungi kulit daripada cahaya matahari, membersih serta melembap kulit anda. Para hijabi tentunya sudah biasa melakukan perkara ini setiap hari kan? Tetapi tahukah anda selain menggunakan ‘skincare’, ada beberapa perkara yang boleh membantu merawat kulit anda dari dalam? Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diamalkan:
1. PENGAMBILAN NUTRISI
Sumber gambar dari pexels
“Diri anda adalah apa yang anda makan”. Oleh itu, anda perlu menjaga dan cakna dengan jenis makanan yang bagus untuk kulit dan tidak bagus. Umummengetahuibahawamakananbergorengmempunyaikandunganlemakyangtinggi. Menurut perkongsian daripada Dewi Magazine, makanan segera dan bergoreng boleh menyebabkan keradangan pada kulit. Pengambilan nutrisi yang seimbang, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin E merupakan antioksidan semulajadi yang baik untuk kulit. Berikut merupakan contoh makanan yang mempunyai nutrisi yang tinggi:
bayam
tomato
brokoli
ikan
badam
2. Pengambilan Kolagen
Sumber gambar dari google
Kolagen bertindak untuk melambatkan penuaan dengan mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda. Siapa sahaja yang taknak kelihatan muda kan? Pasti anda tersipu malu apabila orang lain menegur anda mempunyai ‘baby face‘.
Untuk pengetahuan anda, penghasilan kolagen dalam badan kita akan berkurangan dek usia, oleh itu anda perlu mengambil suplemen kolagen untuk mengekalkan kulit anjal dan kelihatan lebih muda. Menurut mstar, pengambilankolagensecara teratur danberpanjanganbukansahajabolehmenjadikankulitlebihcantik,malahmenjadikannyalebih menawan dankurangsensitif.
3. GAYA HIDUP SIHAT
Sumber gambar dari google
Perkara paling penting yang membantu merawat kulit dari dalam adalah menjalani gaya hidup sihat. Didik diri anda untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya sekali sehari. Bukan sahaja senaman penting untuk kesihatan, malahan juga kecantikan.
Senaman memberikan banyak manfaat di antaranya boleh meningkatkan metabolisme badan anda dan menghalang lemak daripada terkumpul dalam badan. Bersenam juga meningkatkan peredaran darah, menjadikan kulit anda lebih sihat dan segar. Jadiwalaupunandaberpeluh,kulitandakekalsegarselepasbersenam.
Persatuan Jantung Amerika (AHA) menyarankan orang dewasa untuk bersenam 150 minit seminggu atau 30 minit sehari. Kalau anda rasa terlalu ‘malas’ dan ‘berat’ untuk melakukan senaman, anda boleh memilih cara lain seperti zumba, senam robik ataupun menari. Dengan cara ini, anda tidak lah terasa begitu penat kerana anda ‘menikmati’ aktiviti mengeluarkan peluh tersebut.
4. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
Sumber gambar dari google
Selama ini mesti anda rasa pengambilan gula hanya memberi kesan kepada kesihatan kan? Namun sebenarnya, pengambilan gula juga tidak bagus untuk kulit muka anda. Menurut Dr. Nicholas Perricone dari Total Dermatology, paras gula yang tinggi boleh menyebabkan keradangan dalam badan termasuk kulit. Keradangan pada kulit muka boleh merosakkan kolagen dan elastin yang mengekalkan kecantikan semula jadi kulit anda seterusnya menyebabkan penuaan. Oleh itu, penting untuk anda mengelakkan pengambilan gula berlebihan untuk merawat kecantikan semulajadi kulit dari dalam.
Menurut laman My Health Kementerian Kesihatan Malaysia, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan. Di antaranya ialah:
Tanamkan tabiat minum air kosong.
Elakkan minuman manis antara waktu makan dan sebelum tidur.
Jika anda perlu meletakkan gula ataupun susu pekat ke dalam minuman anda, hadkan kepada 1 sudu teh sahaja.
Apabila memesan minuman, terutamanya di kedai makan ataupun ‘mamak’ minta mereka kurangkan gula atau susu pekat manis.
Amalkan menyemak kandungan gula pada label minuman.
Kurangkan minum minuman bergula seperti air bergas, minuman keras, cendol, dan ais batu campur (ABC).
5. TIDUR DAN REHAT SECUKUPNYA
Sumber gambar dari pexels
Pasti anda pernah melalui saat di mana tidak cukup rehat dan tidur disebabkan beban kerja yang banyak. Kurang tidur sebenarnya meningkatkan tahap ‘kortisol’ iaitu hormon yang dihasilkan apabila anda stress. Tekanan akibat kurang tidur boleh menjejaskan peredaran darah seterusya menjadikan kulit anda kelihatan pucat dan tua.
Tidur yang cukup adalah salah satu cara untuk menjaga kecantikan kulit anda dari dalam. Walaubagaimanapun,denganmengambilkirakeperluandanaktivitiyangberbezasetiaporang,jumlahrehat yang diperlukanjuga adalah berbeza-beza. Tambahan itu, kulit kita menghasilkan kolagen baru semasa kita tidur. Sebahagian besar kolagen dalam kulit menjadi tegang dan mampu menghilangkan kedutan.
Tidur yang cukup juga menjadikan kulit glowing atau berseri kerana proses peredaran darah yang mencukupi telah sampai ke kulit kita apabila kita tidur. Jumlah darah yang mencukupi tersebut telah mengembalikan ke’serian’ pada kulit muka.
Tidak guna hanya menjaga kecantikan daripada luaran sahaja. Anda juga perlu rajin mengamalkan penjagaan kulit dari dalaman ini. Barulah cantik luar dan dalam!
Jika kita lihat, golongan selebriti, pempengaruh mahupun public figure. Mereka sentiasa menatarias wajah untuk tampil elegan dan menawan dikhalayak ramai. Namun, pernahkah hijabi terfikir adakah mereka ini tidak pernah mempunyai masalah kulit? Bagaimana golongan ini mengekalkan kulit wajah yang sihat dan sentiasa cantik?
Hijabista sempat menemubual penyanyi yang mempunyai vokal serta kelunakkan suara yang tidak perlu dipertikaikan lagi iaitu Ernie Zakri dan bertanyakan tentang beberapa perkara berhubung kecantikan kulit wajah dan ini respon yang dikongsikan Ernie khas buat pembaca dan peminatnya di Hijabista!
Cara Atasi Masalah Kulit Ala Ernie Zakri?
Secara semulajadinya, saya tidak pernah menghadapi masalah kulit yang serius, kulit saya adalah jenis normal. Tetapi kadangkala ada juga naik jerawat satu dua dan itu adalah perkara biasa bagi kulit normal.
Ernie Pernah Hadapi Masalah Kulit Kusam Dan Teruk, Ketika Mengandung Akibat Perubahan Hormon
Tapi semasa saya mengandungkan anak saya yang pertama, Nur Khawla Soleha dahulu saya mempunyai masalah kulit ketika saya mengandung.
Perasaan pertama kali berdepan dengan masalah kulit yang agak kronik ketika itu, sudah tentu membuatkan saya terus down. Tetapi saya bersyukur kerana ada support system yang baik iaitu suami saya ketika itu.
“Sebab ketika hamil, kita tidak boleh mengambil ubat-ubatan untuk merawat kukit wajah, kita juga tak boleh apply krim sebarangan pada wajah kita.
“Jadi nak tak nak saya tetap kena jalani fasa itu dan saya faham perasaan mereka yang mempunyai masalah kulit dan mempunyai keinginan untuk memulihkan kulit wajah mereka.
“Perkara yang paling penting adalah, jangan dengar cakap orang. Kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya masalah kukit yang kita hadapi dan berpunca daripada apa.
“Jadi, bila kita dah berjumpa especially keluarga atau kawan-kawan kita selalunya mereka suggest, kau pakai itu elok, kau pakai ini elok untuk selesaikan masalah kulit yang kita hadapi. Jangan dengar atau terpengaruh ya!
“Kita kena pergi kepada yang pakar, minta nasihat mereka dan mungkin pakar lebih sesuai untuk membantu kita. Itu lebih baik, kerana kadang-kadang bila kita cuba pakai produk yang dicadangkan dengan sembrono sahaja, kita akan merisikokan keadaan kulit muka kita dan keadaan akan menjadi lebih teruk,” jelas Ernie.
Pening kepala sudah semestinya menganggu aktiviti seharian terutama sekali nak buat kerja! Siapa antara kita pernah menarik rambut untuk melegakan sakit kepala? Jika anda salah seorang daripada individu tersebut, disarankan untuk berhentikan perkara tersebut. Terutama sekali wanita berhijab!
Sumber google
Semestinya untuk melegakan kesakitan kepala, ada diantara kita yang makan ubat, berehat dan menarik rambut secara cepat dan kuat yang membolehkan berlakunya letupan kecil di kepala. Memang ianya melegakan buat sementara tetapi perkara tersebut dilarang oleh doktor kerana ia akan menyebabkan sakit yang lain pula timbul.
Tular di TikTok Dr. Wan yang merupakan pegamal perubatan yang aktif di tiktok itu menegaskan agar semua tidak menarik rambut sehinggakan mengeluarkan bunyi ‘pop’ kerana ia boleh merosakkan lapisan di dalam kulit kepala anda. Ia juga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.
Sumber Tiktok Dr Wan
“Kalau menarik rambut itu mujarab, doktor tidak perlu prescribe ubat paracetamol, ubat migrain. jadi membazir duit kerajaan sahaja,” menurut Dr Wan.
Menurut Dr. Wan, bunyi ‘pop’ merupakan bunyi lapisan ‘Galea’ iaitu lapisan yang berada bawah kulit kepala yang ditarik daripada tengkorak kepala anda. Katanya, kesan daripada itu akan membuatkan kulit kepala anda terkoyak dan mengalami pendarahan dan boleh menyebabkan infection terjadi. Malah, jangkitan kuman yang dikenali sebagai Follicultis juga akan terjadi.
Sumber TikTok Dr Wan
“Daripada nak elak stres sakit kepala, terus dapat jangkitan,” katanya.
Jangkitan kuman Follicultis boleh terjadi sekiranya ada jangkitan pada folikel rambut atau masalah di kulit kepala anda. Ini juga akan menyebabkan ada memerlukan rawatan dan meminta doktor untuk memeriksa kulit kepala anda.
Menurut Dr Wan, ramai berpendapat bahawa menarik rambut ini akan melegakan migrain. Katanya, migrain ini terjadi pembuluh darah atau blood vessel mengembang di salur darah kepala. Ia akan menyebabkan reseptor sakit dan punca utama migrain atau sakit kepala itu. Dia juga menegaskan tiada istilah menarik rambut dapat melegakan atau menyihatkan migrain!
Salah satu amalan yang tidak boleh sesekali ditinggalkan setiap kali selepas solat fardu adalah membaca ayat Al-Kursi. Ada antara kita selepas sahaja memberi salam, terus ‘lompat’ membaca surah Al-Fatihah dan seterusnya membaca doa.
Sehubungan itu, selepas ini pastikan walau sibuk macam mana sekalipun, kita tetap perlu membaca ayat al-Kursi kerana itu adalah amalan yang disarankan Nabi SAW.
Sebaiknya selepas memberi salam, kita perlu membaca istighfar sekurang-kurangnya tiga kali, kemudian membaca ayat Al-Kursi serta zikir lain.
Kelebihan Amalkan Ayatul Kursi
1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi akan selalu dicintai dan dipelihara Allah Taala sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad s.a.w
2. Sesiapa yang berwuduk lalu membaca ayat Kursi, Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca hingga hari Kiamat.
3. Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah, Allah akan mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya dan semua Malaikat akan memohon keampuan dan mendoakan si pembaca.
4. Sesiapa yang sentiasa membaca ayat Kursi, Allah akan mengurniakan segala kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.
5. Membaca ayat Kursi dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi daripada segala bencana dan gangguan syaitan.
6. Sesiapa yang membaca ketika dalam kesempitan, Allah akan memberi pertolongan kepadanya.
7. Sesiapa yang pulang ke rumah, kemudian membaca ayat Kursi, Allah akan menghilangkan segala kefakiran di depan matanya.
8. Sesiapa dalam kalangan umat yang membaca ayat Kursi sebanyak 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah akan memelihara daripada kejahatan syaitan.
9. Sesiapa yang membacanya nescaya Allah akan mengutuskan Malaikat untuk menulis kebaikan dan menghapuskan keburukannya dari saat itu hingga keesokan harinya.
10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insyaAllah boleh membakar jin dan syaitan.
11. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardu, mereka akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain serta terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan.
12. Sekiranya anda membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidur, Allah akan membuka pintu rahmat serta memelihara baginya hingga Subuh.
13. Mereka yang mengamalkan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Sekadar info, ayat 255 dari Surah Al-Baqarah ini dikenali sebagai Ayat Al-Kursi. Ia juga digelar sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran. Ayat kursi merupakan ayat yang paling mulia daripada seluruh ayat yang terdapat di dalam ayat Al-Quran.
Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad s.a.w di mana turut diiringi oleh beribu-ribu Malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya.
Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’ yang bermaksud tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...