Setiap wanita berhijab pastinya mendambakan hijab yang ‘on point’, kekal terletak dan yang paling penting mudah untuk digayakan, agar penampilan tampak elegan dan kemas terutamanya bagi wanita yang bekerjaya!
Dahulunya, tudung sarung merupakan tudung yang sering dipakai oleh suri rumah atau ‘makcik bawang’, tetapi setelah direvolusi mengikut trend semasa, siapa sangka tudung sarung kini, setanding dengan tudung jenis bawal ataupun shawl yang digayakan secara harian.
Tudung Sarung ‘Sebawang’ Bawa Ideologi Moden Baru, Boleh Digayakan Sehingga 7 Stail!
Betul ke tudung sarung boleh buat sampai tujuh stail? Betul sis! Tudung sarung jenama Sebawang telah membuktikanya. Malah, penggayaan tudung sarung jenama inj lebih mudah untuk digayakan serta tidak memerlukan masa yang lama untuk dipakai.
Hijabi hanya perlu sarung sahaja dan gayakan mengikut citarasa serta kesesuaian anda. Lebih menarik lagi, hijabi tidak perlu menggosok tudung ini kerana ia direka anti-kedut!
Pengarah Urusan Sebawang, Nurul Nadiah Sazali berkata, tudung sarung Sebawang yang mengetengahkan tagline “Bukan Sekadar Tudung Sarung” kerana tudung keluaran mereka membawa satu ideologi serta revolusi baharu dalam penggayaan tudung jenis sarung.
“Saya cuba nak bawa pendekatan baharu, kerana selalunya orang ingat tudung sarung ni hanyalah untuk makcik-makcik bawang pergi merewang. Jadi saya nak orang nampak Sebawang ni sebagai salah satu ideologi baru, bahawa tudung sarung ni kita boleh pakai pergi pejabat, kita boleh pakai pergi bercuti.
“Saya sendiri pada awal tahun ini, saya pergi Turki saya tiada masalah dengan tudung. Saya gulung-gulung masuk bag je, tak risau kedut atau heboh nak menggosok,” katanya.
Ads
Tambahnya lagi, antara keistimewaan tudung jenama Sebawang adalah ia boleh digayakan sehingga enam ke tujuh stail, tertakluk kepada kreativiti si pemakainya.
“Kalau ikutkan tudung sarung kita boleh buat enam ke tujuh gaya. Satu hijab boleh dipakai bermacam gaya, boleh jadi turban, boleh disarung simple dan boleh jadi fesyen yang patuh syariah menutupi bahagian dada, jadi orang yang pergi menunaikan Haji juga boleh pakai.
Ini demikian kerana, tudung Sebawang didatangkan dalam tiga variasi iaitu Free Size, Large dan Bawal.
Tudung Sebawang Kurangkan 70 Peratus Stress Wanita Berhijab!
Selain itu, pemakaian tudung Sebawang yang begitu mudah untuk digayakan dipercayai mampu mengurangkan sebanyak 70 peratus stress dikalangan wanita berhijab, tetapi dalam masa yang sama mahu tampil fashionista dan elegan.
Ads
“Jadi kita tak mahu limitkan fesyen tudung sarung, lagi satu dia mudah. Salah satu masalah yang membuatkan wanita stress adalah, kadang-kadang tudung tak jadi, tersenget atau bila menguap pin tercabut.
“Jadi bila ada tudung sebawang ni, ia mengurangkan 70 peratus stres dalam berfesyen serta berhijab,” ujarnya.
Sekadar info, Nadiah berkata demikian ketika ditemui Hijabista pada satu majlis gilang gemilang, Pelancaran Koleksi terbaharu jenama Sebawang, yang terdiri daripada tudung dan set suit bertemakan “doll edition”.
Nadiah atau mesra disapa sebagai kak Nad merupakan seorang bekas jururawat yang mula berkecimpun dalam bisnes tudung sejak lima tahun lalu. Manakala, suaminya pula merupakan bekas tentera laut yang turut sama melepaskan tugasnya tahun lalu, demi membantu isteri tercinta.
Ads
Sekadar info, pada malam tersebut juga, Adelia Wilhemina yang juga isteri kepada vokalis band tersohor indonesia, Pasha Ungu telah diberi tanggungjawab penting sebagai pengedar rasmi dan juga founder kepada jenama Sebawang di Indonesia.
Selain menyaksikan pertunjukkan fesyen bagi koleksi terbaharu Sebawang, para tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari Pasha Ungu serta beberapa penghargaan turut diberikan kepada pengedar rasmi Sebawang.
Amacam sis? Berminat nak dapatkan koleksi tudung ini bolehlah berkunjung ke Butik Sebawang di Ukay Boulevard, Ampang atau layari laman sesawang rasmi Sebawang Malaysia.
Seorang YouTuber Inggeris, Taz, baru-baru ini memuat naik video dirinya mencuba pelbagai makanan dari seluruh dunia. Menariknya, dia menyebut tempat makan kegemarannya di London adalah di kafe Malaysia.
Dalam klip berdurasi 18 minit itu, Taz, yang mempunyai 1.52 juta pengikut, membuat vlog sendiri mencuba masakan antarabangsa selama seminggu. Dia bermula dari Brazil, Jepun, dan Lubnan sebelum tiba di destinasi terakhirnya, sebuah kafe Malaysia yang kecil dan selesa. Rakan Taz dari Malaysia, Jay, turut serta membantunya dalam mengemudi perjalanan menikmati masakan Malaysia
Pasangan itu pergi ke Pasar Queensway London dan berjalan melalui pasar, yang dipenuhi dengan restoran kecil dan penjual yang menjual hidangan dari seluruh dunia. Dia kemudian menghalakan kameranya ke sebuah restoran kecil yang terletak di sudut pasar, Normah Café.
“Ia adalah tempat kecil yang rawak, rasanya seperti saya melangkah masuk ke rumah seseorang. Suasana yang sangat asli dan sihat,” Taz menerangkan kafe Malaysia itu.
Semasa di kafe, Taz dan Jay memesan pelbagai hidangan Malaysia. Rakannya yang lain bermula dengan mencuba teh tarik kafe itu, yang Taz sebutkan sudah lama dia tidak nikmatinya.
“Oh, saya sangat suka ini. Rasanya seperti pelukan hangat,” kata Taz sambil menghirup.
“Teh yang ditarik adalah sangat terasa susu, tetapi, seperti, dengan cara yang baik. Saya sangat suka ini,” tambahnya.
Mereka kemudian mencuba salah satu hidangan sarapan paling popular di Malaysia, roti canai dengan dhal.
“Ini kelihatan luar biasa, sangat tulen dan sihat. Dan roti itu serpihan dan rangup, seperti yang sepatutnya,” Taz menerangkan.
Selepas menjamah roti canai dan teh tarik, kedua-dua sahabat itu bergerak ke mi goreng udang dan nasi lemak di kafe. Lalu Taz mencuba mi goreng udang dan ternyata dia mengisytiharkan bahawa Normah Café telah menjadi restoran kegemarannya di London.
“Saya fikir ini mungkin tempat kegemaran nombor satu saya di London untuk mendapatkan makanan, ” kata Taz kepada Jay.
Kemudiannya mereka disajikan dengan hidangan kebangsaan Malaysia, nasi lemak dengan rendang daging. Semasa mencuba sepinggan nasi lemak, Taz bertanya kepada Jay jika dia pernah bosan makan makanan Malaysia dan Jay menjawab, “Saya tidak akan pernah bosan dengan makanan.” Taz mengakhiri video dengan memberi kafe Malaysia 10 daripada 10.
Umum sedia maklum, jika bergelar selebriti perlu sentiasa tampil cantik, jelita, menawan dan sempurna di khalayak ramai. Ini demikian kerana, sebagai public figure seorang selebriti itu akan sentiasa menjadi sorotan, rujukan mahupun role-model kepada para peminatnya.
Perkara ini juga diakui oleh pelakon jelita, Riena Diana yang masih hijau dalam industri hiburan tanah air. Malah, katanya sebagai selebriti dia juga tidak terkecuali dari mengalami masalah kulit dan perlu sentiasa menitikberatkan penampilan sebelum tampil di khalayak umum.
Riena Diana Atasi Masalah Kulit Kering Dengan Dua Rutin Ini!
Jelas Riena, antara masalah kulit yang sering dihadapinya adalah mempunyai tekstur kulit kering kerana sering terdedah kepada sinaran matahari ketika menjalani pengambaran sebagai pelakon.
Justeru, untuk sentiasa tampil flawless dan mengekalkan kesegaran kulit wajah Riena sempat berkongsikan bersama Hijabista ‘Rahsia’ yang diamalkan agar masalah tersebut dapat diatasi.
“Setiap pagi bila Riena bangun, pertama sekali Riena akan cuci muka terlebih dahulu, lepas cuci muka Riena akan buat skincare routine, dan dua benda terpenting yang Riena amalkan adalah toner dan juga moisturizer.
“Dua benda ni paling penting sebab, sebenarnya kulit saya sangat kering, bila kering susah untuk make-up stay atau tahan lama pada wajah, terutamanya ketika pengambaran. Jadi bila amalkan dua rutin ini, make-up lebih smooth dan tahan lama serta tak merekah.
Menurut Riena lagi, antara petua yang diamalkan untuk menjaga kesegaran kulit wajah adalah pastikan sebelum melakukan skin routine pada wajah ambil sedikit masa untuk prep wajah dengan pek ais terlebih dahulu.
“Tapi sebelum pakai dua benda tu (toner dan moisturizer), Riena akan tempek pek ais dulu dekat muka, pek ais tu beli dekat shopee murah-murah je awak.
“Tonyoh je dekat muka sebelum pakai produk penjagaan kulit wajah. Sebab pek ais ni akan buatkan kulit wajah kita lebih segar dan bermaya,” ujarnya.
Ketika ditanya berkenaan bagaimana Riena mengekalkan make-up yang tahan lama pada wajah terutamanya pada musim-musim cuaca panas, ini respon beliau.
“Riena kalau pagi atau tak kemana-mana memang tak akan pakai make-up. Melainkan kalau keluar pada waktu tengahari atau petang, baru lah saya pakai make-up dan tips untuk make-up tahan lama ketika cuaca panas terik adalah sentiasa bawa kipas tangan, kalau tak memang make-up akan cair tau!,” seloroh Riena.
Perjalanan setiap insan itu berbeza-beza mengikut ketentuan Allah SWT. Ada yang lahir terus berada dalam dunia kemewahan dan ada juga terpaksa bermula dari bawah hidup susah sebelum berjaya seperti hari ini. Seperti perkongsian isteri Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida yang muat turut satu posting dengan throwback gambarnya sewaktu berusia 21 tahun.
Menurutnya dia teringat sewaktu bergelar gadis biasa yang tinggal di rumah flat dengan enam adik beradiknya yang semua lelaki. Mengharapkan rezeki bapanya yang bekerja sebagai pemandu teksi.
Menurutnya, waktu itu dia tidak pernah mimpikan suatu kehidupan yang gah atau mewah seperti apa yang dikecapinya hari ini. Malah dia juga tidak pernah mimpikan dirinya bakal jadi kecaman dan cemuhan masyarakat seperti yang dialaminya kini.
Apa yang diharapkan ketika itu hanyalah cara bagaimana untuk meneruskan hidup yang lebih baik memandangkan kesusahan yang dialaminya ketika itu.
Ternyata posting ini mendapat perhatian netizen. sebelum ini juga dek kerana tidak tahan cemuhan, beliau mengambil keputusan untuk deactivate akaun Instagramnya. Tetapi kemudiannya mengambil keputusan untuk aktif kembali.
Pernah tinggak di rumah flat
ketika berusia 21 tahun……
Ketika ini saya tidak pernah mengimpikan apa2 yg indah ttg hidup,perempuan biasa tinggal di rumah flat,bapa pemandu teksi ada 6 adik beradik semuanya lelaki…..
Dalam hati dan fikiran saya pun akan hidup biasa mcm orang lain,tak pernah terfikir suatu hari saya akan menjadi bahan cemuhan masyarakat……tak pernah terfikir apa2 yg buruk kecuali nak ada hidup yg lebih baik,x ada bercita2 tinggi…..
Saya sedih 2 hari ni tapi bila anak2 dah tidur semua saya fikir kenapa saya perlu bergaduh dgn semua orang dan mempertahankan diri…..(jadi saya minta maaf kepada semua yg komen saya balas mungkin agak biadap) x seharusnya saya membalas komen2 tersebut dgn emosi sbb Kita x boleh paksa manusia suka dan terima kita…
Ini mungkin ujian saya …ujian kita berbeza kan……bila kita berduit kita diuji hal begini,kalau kita bahgia kasih sayang kita diuji bab lain pula…..mcm lah org kata apa2 pun saya tidak simpan dalam hati…setiap hari saya belajar menjadi yg terbaik,ibu yg terbaik,isteri yg terbaik,sahabat yg terbaik dan seorang hamba yg terbaik di sisi tuhannya. Saya bukan artis dan saya x tahan dikecam…..
Saya tetap akan ada di @aliffsyukriterlajaklaris sbb saya kenal dia…..berkat rezeki dari Allah dan usaha dia cari rezeki selama 10 tahun setiap tahun saya dapat umrah,dapat pergi haji,tu kebesaran nikmat pada saya yg saya paling bahgia……saya selalu mendoakan yg terbaik buat dia,tapi saya lebih yakin Allah itu lebih maha mengetahui dan maha mengasihi…….
Minta maaf banyak-banyak
minta maaf sebanyak2 nya dgn hati yg paling ikhlas……supaya bangun pagi nanti saya x mau fikir hal ini lagi sbb saya masih ada anak2 yg perlu saya didik dan disayangi……..Kesilapan percakapan itu tidak disengajakan dan saya sendiri pun kadang2 terlepas cakap cuma x masuk TV je lagi……….
saja nak tambah gara2 isu ni rmaai komen nak unfollow…. tapi kan…tapi kan followers saya 2 hari ni naik 20k dah….tapi x tau lah follow nak kutuk ke nak apa?(gurau je tau sbb dah sedih2 ending ni nak bg happy sikit
Kini kita dapat melihat ramai golongan selebriti khususnya yang berhijab bergelar usahawan. Malah, mereka ini berjaya mengorak langkah dalam bidang perniagaan.Nycta Gina antara salah...