Lagu Sayunk I Love You yang trending di aplikasi Tik Tok sering menjadi siulan para pelayar. Namun, bukan sekadar lagu yang menjadi perhatian pelantun suaranya, Chombi juga mendapat ‘spotlight’ sama.
Baru-baru ini penyanyi muda yang baru berusia 15 tahun itu, telah diundang menghadiri program Malaysia Hari Ini (MHI) bertujuan mempromosikan lagunya yang tersohor sehingga berjaya menembusi pasaran Indonesia.
Hantaran video yang tular dilaman Tik Tok pengguna akaun @syafiq.cools memaparkan anak kepada penyanyi Harry Khalifah itu, sedang mendendangkan lagunya secara langsung di TV3.
Chombi atau nama sebenarnya, Siti Maryam meraih pujian netizen apabila suaranya tidak berubah walaupun menyanyi secara live.
Selain pujian suara, rata-rata netizen turut memuji kecantikan kulit wajah Chombi yang dikategorikan sebagai ‘glass skin’, sehingga ada yang bertanyakan ‘rahsia’ penjagaan kulit dan rutin kecantikkan yang diamalkan Chombi.
Namun, ada juga netizen yang mengusik Chombi dengan meyatakan bahawa kulitnya bersinar seperti minyak tumpah, kerana dilihat terlalu berkilat.
Bagaimanapun, tak kisahlah muka berkilat macam lori minyak tumpah sekalipun. Janji suara sedap, empunya suara pun ada pakej lengkap, cantik hingga menjadi kegilaan ramai lelaki diluar sana.
Tidak lama selepas Halima Aden menandatangani kontrak dengan IMG pada 2016, model Muslim ini membuat kemunculannya di Minggu Fesyen New York untuk Kanye West di pentas Yeezy Season 5 dengan memakai hijab dan juga memakai kot dari koleksi Yeezy itu.
Di samping kejayaan Halima di dunia fesyen, dia juga memperjuangkan hak untuk wanita Islam. Tetapi, siapakah Halima Aden dan kenapa dia sangat dikenali serta dikagumi diseluruh dunia? Mari kita lihat 6 perkara ini tentang Halima.
#1. Dia hanya berusia 20 tahun dan sudah membuat sejarah dalam dunia modelling.
Apabila Halima menandatangani kontrak dengan IMG, dia menjadi model hijab pertama yang mencipta fenomena itu dengan agensi model paling top di dunia. Halima menulis di instagramnya selepas secara rasmi menjadi model untuk IMG dan sehingga kini Halima masih kekal memakai hijab.
Gigi Hadid, yang juga menandatangani kontrak untuk agensi IMG, segera menyambut kehadirannya dengan baik dalam keluarga agensi tersebut. Tidak lama selepas cover majalah fesyen CR Aden dikeluarkan, Gigi Hadid berkongsi foto Halima di Instagramnya. “HALIMA # CR10Paris,” katanya.
#2. Halima bersaing dalam Pertandingan Miss USA 2017.
Remaja Minnesota ini pernah menjadi tajuk utama apabila dia bertanding dalam pertandingan Miss USA dengan memakai hijab. Dia juga memakai burkini semasa sesi memakai baju renang.
Selepas pertandingan itu, dia menulis di Instagram miliknya, “Kecantikan bukanlah satu ukuran sebaliknya kita perlu meraikan semua orang dan mengalu-alukan mereka yang berbeza daripada kita. Tahun ini banyak perkara negatif berlaku, sudah tiba masanya untuk bergerak dari kebencian dan belajar menerima. Saya memilih LOVE kerana negara yang tidak berdiri bersama akan jatuh. “
Halima Aden starts off Miss Minnesota USA's swimsuit segment to big cheers from the crowd. Announcer: "She's making history tonight." pic.twitter.com/OUvbHv6xct
Menurut Halima, dia hanya mahu menyebarkan mesej positif tentang kecantikan dan kepelbagaian yang ada. Dia juga ingin menunjukkan kepada semua wanita Muslim lain bahawa masih ada ruang dan peluang untuk mereka.
#4. Dia sudah mempunyai lebih daripada 760,000 pengikut di Instagram
Selain gemar berkongsi gambar nya di instagram, Halima turut menulis kapsyen lucu dan juga kata-kata semangat yang dapat memberi inspirasi kepada semua.
#5. Dia merupakan seorang pelajar di Universiti St Cloud.
Pada tahun 2016, Halima ditemu-bual CNN dan berkata bahawa pengalamannya yang tinggal di kem pelarian menjadi ilham buat dirinya untuk menjadi Duta PBB satu hari nanti Dia mahu memberikan kembalikan hak kepada anak-anak yang menghadapi masalah yang sama.
#6. Dia ditemui selepas membuat kemunculan di perhimpunan anti-keganasan.
Halima ditemui berada di perhimpunan anti-keganasan pada September 2016 dan kemudian menjadi viral, Huffington Post menemu-bual aktivis mengenai acara tersebut. Semasa temubual, mereka melihat risalah untuk pertandingan Miss Minnesota, dan memutuskan untuk menukar fokus cerita mereka. Perkara itu membuatkan editor fesyen dan stylist Carine Roitfeld, menjadikan Halima sebagai Cover untuk majalah Fashion CR tersebut.
Ibu adalah antara figura dan sosok yang sentiasa berusaha menjaga, melindungi dan membahagiakan anak-anak mereka. Malah, apa sahaja kemahuan si anak sebolehnya akan dipenuhi agar anak-anak dapat mencapai impian dan cita-cita yang dihajati.
Begitu juga apa yang terpaksa dilalui oleh wanita separuh abad ini yang jua merupakan seorang ibu. Apabila dia nekad untuk menyerahkan seutas rantai tangan emas yang diterima daripada suami ketika ulangtahun perkahwinan mereka.
Perkara berkenaan menjadi tular di aplikasi Tik Tok menerusi akaun pengguna @asiah1106 apabila dia memuatnaik video wanita berkenaan yang datang ke kedainya untuk membeli komputer riba agar anaknya dapat menyambung pengajian.
Meski sedih dan hiba kerana terpaksa melepaskan harta paling berharga miliknya yang sarat dengan ‘sentimental value’. Namun, dia sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi permintaan anaknya itu.
“Assalamualaikum. Makcik ni nak cari laptop kat anak. Orang habaq (beritahu) ada kat sini, makcik datang nak tengok macam mana bayarannya.
“Kalau boleh tu, kalau cukup nak beli cash. Makcik kira nak bagi gelang je, gelang ni pakcik la beli untuk hari ulang tahun perkahwinan kami. Sayang la.
“Dia (anak) yang penting. Dia nak belajar. Kita berkorban. Nak tanya, tengok la, boleh ke tak boleh?” ujar wanita itu kepada peniaga kedai.
Menerusi rakaman video sama, peniaga kedai yang turut merasa sebak dan empati terhadap keadaan wanita berkenaan telah menawarkan sistem pembelian gajet secara ansuran menerusi sistem ‘Kutu Gajet’ tanpa perlu mencagarkan rantai tangan emas yang dimilikinya.
“Kalau kata makcik nak tolak gelang tu, saya rasa tak gaduh (perlu) la. Simpan la kot, ada benda lagi pentingkan nak beli? Saya rasa makcik join kutu la.
“Selain jual cash, kami buat kutu… macam kutu kain batik. Kami buat kutu gajet juga untuk telefon dan laptop. Kalau nak bayar bulan, boleh la main kutu.
“Main kutu senang sikit, tak gaduh (perlu) keluar duit seketul, cuma bayar bulan-bulan,” ujar peniaga kedai secara terperinci.
Wanita itu kemudian bersetuju untuk menerima ansuran komputer riba berkenaan mengikut kemampuanya, iaitu membayar sebanyak RM 200 setiap bulan memandangkan hanya dia sahaja yang membanting tulang demi menyara kehidupan keluarga mereka.
Jelas wanita itu lagi, suaminya kini sedang terlantar sakit dan tidak mampu membantu untuk menyara keluarga.
“Acik bajet dalam RM200 lebih sebulan. Acik seorang kerja, pakcik sakit, tak sihat,” ujarnya lagi dalam nada sebak sambil mengesat air mata.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa simpati dan mahu membantu meringankan beban wanita berkenaan.
Perkembangan terbaharu, Nor Asiah memaklumkan bahawa terdapat seorang ‘hamba Allah’ yang sudah menghulurkan bantuan dengan menghadiahkan wanita itu sebuah komputer riba untuk anaknya.
“Tak apa, dah ada orang baik sedekah komputer riba,” ujarnya di ruangan komen.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis video yang dikongsi Nor Asiah Kamis di laman TikTok itu telah meraih lebih 1.6 juta tontonan.
Ramai wanita hanya mementingkan kecantikan luaran semata hingga mengabaikan penjagaan dalaman. Orang kata penjagaan kecantikan perlu bermula daripada dalam terutamanya bahagian intim. Bahagian intim juga perlu dijaga dengan baik agar tidak berbau dan terhindar daripada jangkitan kuman. Jika anda lihat oang tua zaman dahulu, mereka amat mementingkan pengambilan air jamu.
Menurut satu perkongsian di Facebook oleh Hartini Ismail, Air jamu sebenarnya bagus untuk mencuci rahim terutamanya selepas anda didatangi haid untuk mencegah lebihan darah haid yang kotor dan tersumbat.
Meskipun lambakan air jamu dijual di pasaran, sebaiknya anda buat sendiri saja di rumah. Bukan susah pun, bahan pun murah. Malah, anda akan terasa lebih yakin kerana tiada penggunaan bahan yang terlarang di samping menjimatkan wang anda.
Ayuh kita baca perkongsian Hartini Ismail ini. Semoga bermanfaat kepada anda semua.
Selalu orang-orang tua berpesan kepada anak perempuannya supaya menjaga bahagian dalaman terutamanya bahagian paling “INTIM”
Kerana apa? Kerana di situlah terletak “RAHSIA RUMAHTANGGA”
Air jamu ini yang sangat bagus untuk cucikan rahim selepas habis haid bagi mencegah lebihan darah haid yang kotor dan tersumbat.
Minuman ni tak perlu pon untuk korang beli sebab korang boleh jer buat sendiri dekat rumah. Cukup mudah, bahan yang murah dan jimat hanya dari dapur jer yang tak dapat nak dipertikaikan sehingga turun temurun kerana kebersanannya sangat power.
Selain itu khasiat yang tersembunyi AIR JAMU CUCI RAHIM ni adalah ,
Jom sama-sama kita amalkan AIR JAMU “CUCI RAHIM” ni. Kakyaa dah amal. Korang dah ke belom? Kalau belum, jom cuba bersama.
Tips 1: Jika yang dah berkahwin boleh tambahkan 2 biji manjakani untuk merapatkan faraj (Tidak sesuai untuk yang belom berkahwin)
Tips 2: Bagi yang ada masalah keputihan boleh ditambah 2 helai daun sireh.
P/S: Cukup hanya sebulan sekali sahaja minum air jamu ini. Janganlah risau tak pahit tau wangi adalah bau dia. Hehe
Cuma jika ditambah dengan manjakani akan rasa sedikit pahit tapi tidak lah terlalu pahit sangat. Ngam-ngam jer rasa dia.
Selendang atas kepala di majlis kahwin jadi perbincangan hangat apabila gaya tetamu dikatakan boleh menenggelamkan seri pengantin. Ini adab yang wajar dijaga.