Impikan wajah putih berseri, kulit gebu dan mulus, pasti sahaja terbayang wajah wanita Korea. Lambakan produk kecantikan Korea yang tida tandingan yang menjadi kegilaan hijabi masa kini.

Namun tak kurang hebatnya produk tempatan, keberkesanannya sama seperti produk luar Negara yang pasti yang sering dititikberatkan rakyat Malaysia adalah tanda halal yang menjamin kandungan yang boleh digunakan untuk wanita muslim.

Penyelidikan selama 3 tahun berbaloi

Selepas berjaya melahirkan ramai usahawan muda yang ingin bergelar usahawan dan selebriti menerusi platform THE GIRLS REPUBLIQUE atau TGR yang dibangunkan sejak Jun 2018, kini, Datin Marlinda Rafikah Mohamad Rozi mengintai peluang dalam bidang perniagaan.

Tampil dengan produk kosmetik jenama Glassskin by Lyndarafikah, produk yang menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun itu turut diuji sendiri oleh Marlinda sebelum mengambil keputusan untuk menjual kepada umum.

“Glassskin by Lyndarafikah telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun dan diuji sendiri oleh saya selama tujuh bulan. Alhamdulillah sejak menggunakan produk ini saya mendapati kulit wajah saya semakin sihat dan berseri.

Berkongsi sedikit masalah kulit yang dihadapi pada Majlis pelancaran yang diadakan pada 10.10.22, pengasas produk ini sendiri tak terkecuali dari menghadapi masalah kulit, apatah lagi ketika itu hamil anak yang ke empat.

IKLAN

“Muka dan leher menjadi gelap dan naik jerawat, membuatkan saya tidak senang duduk dengan penampilan ketika hamil, dalam pada itu untuk mencari produk yang sesuai dengan keadaan sekarang memang payah, “ ujarnya

 

“Salah satu faktor saya mengeluarkan produk kecantikan ini kerana penjagaan kulit sangat penting untuk setiap individu. Saya juga nak didik masyarakat supaya berhenti menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone dan merkuri, tambahnya lagi.

Maklum balas positif

Meletakkan produk tempatan sebaris dengan produk antarabangsa, Datin Marlinda percaya dengan ada maklumbalas positif dari pengguna, insyallah rangkaian produk ini akan dikembangkan lagi secara meluas.

IKLAN

“Saya juga percaya produk kecantikan sentiasa ada ‘demand’ tersendiri. Satu kepuasan apabila pengguna menggunakan produk kita. Saya juga mendapat maklum balas yang positif daripada kakitangan yang telah mencuba produk ini. Rata-rata mengatakan produk ini membantu masalah jerawat yang mereka hadapi, selain muka yang kusam menjadi putih, bersih dan sihat,” katanya.

Menariknya lagi, produk kosmetik ini menggandungi bahan-bahan selamat dan berkualiti serta sesuai digunakan oleh kaum lelaki dan wanita seawal usia 16 tahun.

Tepis bahan merengsakan

Selesa dan nyaman! Pastinya itu adalah kunci untuk setiap produk kecantikan yang digunakan sebagai ritual kecantikan harian. Begitu juga set kecantikan ini yang mengandungi bahan-bahan seperti rice bran oil, Korean acacia honey, yam bean, chamomile, aloe vera, red seaweed, gotu kola, Black fern dan liquorice root. Produk ini juga bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

IKLAN

Glassskin mengandungi lima produk hebat iaitu pelembap muka, pencuci muka, serum, toner dan krim pelindung matahari atau sunscreen.

“Suami saya adalah jurutera kimia dan kilang membuat produk ini adalah bisnes keluarga yang sudah beroperasi lebih 40 tahun serta sudah menghasilkan banyak produk tempatan dan eksport ke luar negara.

“Berbekalkan pengalaman selama 40 tahun dan ditambah pula dengan bahan berkualiti tinggi yang digunakan dalam produk ini, saya yakin ramai yang akan berpuas hati kerana produk kami kerana ia setara dengan produk antarabangsa yang ada di pasaran sekarang,” katanya.

Ditanya mengenai harga untuk lima produk kecantikan Glassskin, Marlinda berkata, satu set kecantikan itu dijual dengan harga RM299. Namun sempena harga pengenalan kesemua lima produk Glassskin dijual dengan harga RM219 sahaja dalam satu kotak edisi eksklusif.

“Kami hasilkan produk ini pada harga mampu milik dan lengkap dengan pelembap muka, pencuci muka, serum, toner dan sunscreen. Produk ini setara dengan produk luar negara yang dijual pada harga tinggi,” katanya.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/LkWfixGv4AI

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI