Septikal masyarakat tempatan ‘pproduk timbang kilo’ tidak selamat dipakai, Fabulove Sisters Empire tepis persepsi mereka. Mengambil haluan berbeza, menerusi jenama Kyut Skin mengeluarkan produk berasaskan bahan organik dengan bantuan teknologi kecantikan Korea.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fabulove Sisters Empire, Nur Fathini Khalilah, Kyut Skin diwujudkan dengan komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang mudah bagi keperluan penjagaan kulit harian. Ini termasuklah dengan mengintegrasikan kemajuan teknologi ke dalam produk keluaran mereka.
Tidak hanya mahu menumpukan perhatian kepada bidang penjagaan kulit, jelas Jelas Fathini yang turut popular dengan panggilan Nini Comei, Kyut Skin merupakan langkah pertama mereka dalam dunia perniagaan sebelum Fabulove Sisters Empire meneroka peluang perniagaan lain. Usaha untuk mendapatkan hasil yang berkualiti kumpulan Kyutt Skin jelajahi kilang di Korea.
“Di Kyut Skin, kami komited untuk menghasilkan produk yang inovatif, berkualiti tinggi dan penuh dengan manfaat yang akan memberikan impak positif kepada kulit anda.
“Dan atas sebab itu, kami pergi sendiri ke Korea Selatan untuk bekerjasama dengan pakar-pakar kimia terlatih bagi memastikan produk memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tertinggi,” kata Fathini.
Langkah pertama sebelum mewujudkan lebih banyak lagi cabang perniagaan lain, wujudnya perniagaan lain seperti Kyut Cafe dan Kyut Villa di Balik Pulau, Pulau Pinang. Bagi merancakkan ekonomi dan peluang pekerjaan penduduk setempat sekurang-kurangnya pada tahun hadapan.
Dan Kyut Skin adalah satu penanda aras dalam dunia kosmetik di mana produk Kyut Skin berkualiti dan proses penyelidikannya dilakukan di Korea. Malah Kyut Skin ditubuhkan bukan sahaja untuk memenuhi ruang pasaran di negara kita tetapi untuk membuka lebih banyak peluang menjana ekonomi dalam masyarakat.
“Kami sentiasa merangka perancangan rapi untuk lebih maju bukan sahaja dalam bidang pemasaran dan produk, tetapi pelbagai bidang lain juga dengan positif,” jelasnya lagi.
Formulasi produk memenuhi piawaian
Ads
Melalui kolaborasi bersama pasukan ahli kimia yang berdedikasi dan pakar-pakar terlatih, Kyut Skin memastikan produk mereka memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tinggi. Menurut Ketua Pegawai Operasi Fabulove Sisters Empire, Nur Fathin Zulaikha, Kyut Skin memberikan penekanan penuh terhadap formulasi produk yang dihasilkan.
Dan berdasarkan kualiti dan keberkesanan produk, ulas Fathin, mereka optimis akan penjualan produk tahun ini bakal mencapai sasaran RM3 juta.
“Kami sasarkan mengeluarkan lapan jenis produk, di mana empat lagi produk akan dipasarkan pada tahun hadapan.“ Untuk sasaran jualan empat produk yang ada, kami menjangkakan angka RM3 juta pada tahun ini.”
Ads
” Dengan pelbagai bentuk promosi, penambahan ejen berdaftar dan antara produk ini juga telah mula dipasarkan di beberapa buah farmasi. Bermakna semua produk dijangka akan sold out pada hujung tahun,” katanya ketika ditemui.
Terdahulu, Kyut Skin, sebuah jenama penjagaan kulit milik Fabulove Sisters Empire meraikan majlis pelancaran produk keluarannya dan seiring dengan pembukaan rasmi ruang pameran eksklusif Kyut Skin di Ampang. Antara produk keluaran Kyut Skin ialah Stik Pelindung Matahari, Oli Face Cleansing Sheet, Glowy Face Mist dan Moist Moisturiser.
Kyut Skin telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah sejak penubuhannya antaranya Anugerah Keunggulan Perniagaan Bumiputera, diikuti dengan Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider untuk stick pelindung matahari mereka. Jenama ini juga meraih penghargaan Inovasi Penjagaan Kulit Terbaik di Malaysia Best Business Awards 2023.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Selain di muka, jerawat juga boleh tumbuh di kawasan tubuh badan kita. Jadi, tidak hairanlah jika ramai yang ingin mencari petua atau jalan untuk menghilangkan jerawat pada badan. Betul ke ia ada punca anda tidak menjaga kebersihan atau hanya sekadar hormon yang berlebihan?
Pasti anda tertanya mengapa jerawat boleh muncul di badan sedangkan kalau di muka mungkin disebabkan produk yang kita pakai. Buat mereka yang belum tahu, jerawat di badan tumbuh akibat banyak faktor. Antaranya adalah daripada genetik, alahan, pakaian, ubatan serta penjagaan kulit.
Selalunya jerawat boleh tumbuh di kawasan seperti dada, belakang, pinggang, perut serta punggung. Jika anda biarkan sahaja ia akan menyebabkan kemunculan tompok hitam, parut dan keloid. Jerawat di badan juga muncul disebabkan jumlah minyak atau sebum yang berlebihan. Ini disebabkan folikel rambut di tubuh badan anda tersumbat dan membuatkan bakteria untuk hadir lalu membentuk jerawat. Jangan risau ada cara untuk anda menghilangkan jerawat menggunakan bahan di dapur sahaja!
Cara menghilangkan jerawat bada secara semulajadi di rumah
Tidak dinafikan jerawat di badan sukar untuk nampak akan tetapi pasti anda akan merasakan tidak selesa atau tidak yakin pada diri sendiri. Semestinya anda perlu mendapatkan rawatan serta merta jika mempunyai masalah jerawat. Akan tetapi, tidak salah untuk anda menggunakan cara tradisional. Jadi ini cara untuk anda menghilang jerawat di badan:
1. Timun
Timun sangat terkenal dengan kegunaannya sebagai ‘masker’ untuk lingkaran bawah mata, rupanya sayuran ini sangat bagus diletakkan pada badan dalam usaha untuk menghilangkan jerawat. Oleh kerana kandungan timun mempunyai magnesium, potasium, vitamin A,C dan K yang sangat bagus buat kulit anda. Malah dapat merawat masalah jerawat. Isu kulit yang kering juga mampu diselesaikan dengan cepat.
2. Penggunaan gel lidah buaya
Aloe vera sangat terkenal digunakan untuk kulit serta rambut sejak daripada dahulu lagi kerana sifatnya yang antiradang dan antioksidan. Ia dapat membantu untuk meredakan keradangan kulit anda akibat jerawat. Anda hanya perlu menyapukan gel tersebut di jerawat badan.
3. Menyapu minyak kelapa.
Minyak kelapa juga sangat popular untuk kulit dan rambut, minyak daripada pokok ini mempunya sifat antiradang serta antimikroba yang boleh melawan bakteria punca jerawat. Selain itu, penyapuan di kulit yang mempunyai jerawat mampu menyingkirkan bakteria serta mengecilkan folikel rambut terbuka.
4. Kunyit
Rempah kunyit mempunyai kebaikannya sendiri seperti sebatian khas kurkumin. Kurkumin mempunyai sifat antiradang dan antimikroba yang boleh bantu merawat isu jerawat. Campurkan serbuk kunyit dengan sedikit air sehingga menjadi sapuan.
5. Bawang
Anda boleh menggunakan bawang untuk menghilangkan jerawat tubuh badan. Bawang putih sangat bagus untuk mengurangkan panau. Ia mempunyai sebatian sulfu thiacremonon, di mana boleh cegah merawat jerawat dan keradangan. Anda hanya perlu kisar menjadi cair dan disapu pada kulit yang mempunyai masalah jerawat pada tubuh.
6. Amalkan air buah lemon
Buah sitrus sangat terkenal dengan sifat antiradang dan antibakteria di mana boleh membantu mengurangkan jerawat. Jadi ia sangat sesuai untuk disapukan pada kulit anda. Anda perlu ingat juga, air lemon ini berasid dan boleh menghakis kulit anda. Jadi, jangan terlampau ambil melampau takut nanti radang menjadi teruk.
Sebagai konklusi, mudah kan menggunakan bahan yang ada di rumah sahaja. Kos pun sangat rendah. Ada banyak cara yang membuatkan menghilangkan secara semula jadi. Akan tetapi anda boleh juga dapatkan rawatan kulit dengan doktor pakar. Selamat mencuba!
Agak menjengkelkan pagi yang indah ketika bersiap mahu ke tempat kerja mood dirosakkan gara-gara sebatang pin. Oleh kerana mahu cepat, pin yang dicucuk tercarik tudung satin yang sedang digayakan. Sudahlah baru beli dan harganya juga sangat mahal. Bayangkan tudung sutera atau satin tertetas hanya kerana pin tudung. Namun usah risau, bagi penggemar satin, boleh cuba tutorial hijab tanpa pin ini. Hasilnya tudung digayakan anda akan sentiasa kemas dan terjaga.
TAHUKAH ANDA?
Butang magnet! Anda hanya perlu sepasang butang magnet dan pinkan pada hijab tanpa perlu mencucuk hijab anda.
Ada beberapa jenama yang mencipta hijab tanpa pin, salah satunya adalah tudung Cakenis dari Hanis Zalikha. Cepat, mudah dan selamat digunakan.
Selepas 12 tahun persiapan, akhirnya Piala Dunia FIFA 2022 telah bermula pada hari Ahad, 20 November. Menjadikannya Piala Dunia pertama yang dianjurkan di negara Arab. Ini ditunjukkan dalam setiap aspek kejohanan, dari stadium berbentuk khemah hinggalah maskot. Tetapi kejutan berlaku apabila kejohanan bermula dengan ahli perniagaan termuda Qatar Ghanim Al Muftah membaca sepotong ayat al-Quran.
Berkongsi pentas dengan pelakon terkenal Morgan Freeman, ikon remaja Ghanim Al Muftah bercakap mengenai keterangkuman dan kepelbagaian dan kemudian membaca “(Wahai manusia! Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu boleh berkenalan. Orang yang paling baik di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.) [Surah al-Hujurat:13]
Remaja istimewa duta piala dunia FIFA
Ghanim Al Muftah dilahirkan dengan gangguan jarang berlaku yang menjejaskan tulang belakang bawah yang dipanggil Sindrom Regresi Caudal. Memandangkan sangat sedikit peluang untuk hidup oleh doktor, dia telah berjaya hidup melebihi lima belas tahun. Kemudian menamakan duta Piala Dunia FIFA.
Orang Arab dan Muslim melalui media sosial menyatakan rasa bangga mereka terhadap upacara yang dipengaruhi Arab dan cara Qatar memperkenalkan Islam kepada berbilion-bilion di seluruh dunia.
Bola Sepak menyatukan masyarakat
Morgan Freeman juga menceritakan segmen pembukaan untuk Piala Dunia FIFA dan kemudian terus menyampaikan mesejnya mengenai kemasukan sebagai keamanan. Beliau menyatakan dalam ucapannya:
“Apa yang menyatukan kita adalah lebih besar daripada apa yang memecahbelahkan kita. Kami adalah satu suku besar dan Bumi adalah khemah kami. Bersama-sama kita boleh menyeru agar semua orang bersatu,”
“Ini adalah panggilan kepada seluruh dunia. Bola sepak menyatukan rakyat dan negara. Terdapat satu benang harapan dan rasa hormat. Bola sepak meluaskan dunia, ia menyatukan negara dalam kecintaan mereka terhadap permainan yang berharga ini. Apa yang menyatukan negara, menyatukan masyarakat. Kita semua mempunyai sejarah bola sepak, begitu juga dengan Qatar.”
Segmen mereka telah berakhir dengan Freeman menghulurkan tangan untuk memegang tangan Muftah, hampir mencipta semula lukisan Kelahiran Adam.
Piala Dunia FIFA 2022 bermula pada 20 November akan dihoskan di Timur Tengah buat kali pertama dalam sejarahnya. Apabila mereka bentuk simbol Piala Dunia Qatar yang ditunggu-tunggu, jelas negara teluk itu dengan bangganya mendapat inspirasi daripada budaya Arab dan Timur Tengah.
Inspirasi dan Piala Dunia FIFA 2022
Logo
Logo ‘FIFA World Cup Qatar 2022’ direka menggunakan warna putih dan burgundy (annabi) bendera Qatar, dengan nombor 8 merujuk kepada stadium Piala Dunia yang baru dibina. Tetapi menurut penganjur, logo itu juga dengan bijak melambangkan warisan “tidak berkesudahan” yang akan ditinggalkan Piala Dunia ini di Qatar selepas tamatnya, pakaian tradisional Qatar dan juga riak bukit pasir di negara itu. Manakala motif bunga di bahagian bawah logo membangkitkan seni tradisional Arab dan dua titik di sekeliling bola sepak di kiri atas dan regangan di tengah perkataan “Qatar” menggunakan kaligrafi Arab.
Maskot
Maskot Piala Dunia “La’eeb” (perkataan bahasa Arab bermaksud pemain berkemahiran tinggi) melambangkan Ghutra dan Agal (hiasan kepala Arab) tradisional rantau Teluk yang boleh dilihat di mana-mana di jalan-jalan di Doha.
Poster
Poster rasmi, yang muncul di terminal “D-18” di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, adalah imej hitam-putih tangan yang diangkat ke langit melambai Ghutra dan Agal. Bahagian atas poster memaparkan bola sepak dengan warna bendera Qatar dan perkataan “Hayaa” (Ayuh) dengan “2022”. “Hayaa” juga merupakan gelaran rasmi yang diberikan kepada kad peminat yang ditetapkan untuk memasuki stadium dan menggunakan pengangkutan secara percuma.
Poster itu direka oleh artis Qatar, Bouthayna Al-Muftah, yang mereka tujuh poster hitam putih lain yang mewakili gerakan seni bola sepak di tengah-tengah padang pasir.
Stadium
Kebanyakan inspirasi reka bentuk stadium piala dunia diambil daripada unsur-unsur budaya rantau ini, termasuk “Al Thumama” yang mewakili Ghutra, “El-Bayt” yang diilhamkan oleh khemah Badwi, “Al Janoub” yang melambangkan bot tradisional, dan “Lusail” yang adalah serupa dengan tanglung fanar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: ALARABINUK
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang ringkas dan tidak terlalu berlebihan serta banyak perhiasan.Paling penting mengikut syariat. Berikut tujuh gaya sempurna hijabi yang sederhana...