Kebelakangan ini sering kita lihat, selebriti dan juga public figure tanah air kini seolah berlumba-lumba mengumpul pahala dengan acapkali mengadakan majlis-majlis ilmu di kediaman masing-masing. Malah, lebih menarik lagi apabila majlis ini turut mengumpulkan rakan-rakan artis yang tidak berhijab untuk turut sama mengumpul pahala di taman-taman syurga dunia.
Namun, masihkan hijabi ingat tentang seroang penyanyi etnik kreatif yang pernah menggegarkan industri muzik Malaysia dengan lagunya, Wassini satu ketika dahulu?
Norwahidah Abdul Wahab atau lebih mesra disapa sebagai Waheeda Wasini terus hilang gemerlapanya dalam dunia seni apabila melangsungkan perkahwinan bersama pendakwah bebas, Akhil Hayy. Hingga ada yang beranggapan bahawa kehilanganya dalam industri nyanyian tanah air ada bersangkut paut dengan larangan oleh suaminya.
Waheeda Dedahkan 10 Tahun Hilang Dari Dunia Seni Kerana Agresif Tadabbur Al-Quran!
Baru-baru ini menerusi satu temubual bersama rancangan hiburan terkemuka, Melodi Waheeda menjelaskan desas desus berhubung ‘kehilangan’ dirinya dari industri hiburan tanah air, langsung tiada kena mengena kerana dilarang oleh suaminya.
Ads
Bahkan, jelasnya punca dia mengundurkan diri dari dunia seni dan hiburan adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah dan dalam masa sama meluangkan masa menatadabbur, mempelajari serta memperbaiki bacaan Al-Quran.
Tambahnya lagi, selain itu dia juga banyak menghabiskan masa menguruskan keluarga dan anak-anak.
Ads
“Memang banyak habiskan masa dengan keluarga, jaga anak-anak tapi yang banyaknya belajar Al-Quran, nak faham Al-Quran, dalam masa 10 tahun tu agresif memahami Quran,” katanya.
Kini Waheeda Bergiat Aktif Di Belakang Tabir
Selain itu, apabila ditanya adakah pelantun lagu Wassini itu merindui kerjayanya sebagai penyanyi namun dia hanya berkata dia lebih rindu kepada kawan-kawannya yang berada dalam industri yang sama.
Ads
Waheeda turut memberitahu dia masih aktif di belakang tabir cuma dia tidak lagi membuat persembahan di khalayak ramai.
Dalam temubual sama, Waheeda turut menzahirkan rasa terharu terhadap para peminatnya yang masih mengingati dan memberi sokongan kepada dirinya meskipun setelah 10 tahun berlalu.
Tidur merupakan salah satu cara terbaik untuk kita merehatkan tubuh setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti. Biasanya anggota badan akan kembali segar keesokan harinya apabila mendapat tidur yang mencukupi. Ternyata, dalam Islam tidur juga memiliki aturan dan adab tersendiri.
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar selalu menghadap ke kanan ketika mahu tidur. Posisi tidur seperti ini tidak hanya sekadar sunnah, namun memiliki kebaikan jika dikaji secara perubatan.
Selain posisi tidur yang dianjurkan, ada pula posisi tidur yang sangat dimurkai Allah SWT. Bahkan disebut-sebut bahawa posisi ini merupakan ciri penghuni neraka. Ayuh, kita lihat cara tidur bagaimana yang patut dielakkan dan penjelasan di sebaliknya.
Ternyata posisi yang dilarang dan dimurkai ini adalah posisi meniarap. Hal ini dijelaskan Rasulullah SAW dalam hadisnya ketika Baginda mendatangi sebuah masjid. Ia melihat seorang yang tinggal di masjid Nabawi sedang tidur meniarap. Kisah yang diriwayatkan oleh Thakhfah Al-Ghifari RA salah seorang yang tinggal di Masjid Nabawi berkata,
“Aku tidur di masjid pada akhir malam, kemudian ada orang yang mendatangiku sedangkan aku tidur dengan posisi telangkup. Lalu berkata: “Bangunlah dari telangkupmu, kerana tidur yang demikian adalah tidurnya orang-orang yang dimurkai Allah.” Kemudian aku angkat kepalaku, maka ketika kulihat ia adalah Rasulullah SAW, maka akupun kemudian bangkit.” [HR. Bukhari]
Dalam riwayat lain Rasulullah SAW menjelaskan bahwa posisi tidur meniarap adalah posisi tidur para penghuni neraka. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bererti:
“Tidur meniarap adalah posisi tidurnya penghuni neraka.” [HR. Ibnu Majah]
Allah SWT dan Rasulnya tentu tidak akan melarang sesuatu hal jika hal tersebut berbahaya bagi manusia. Dari segi kesihatan, tidur dengan posisi ini juga berbahaya bagi tubuh sehingga Allah SWT melarang, bahkan memurkai posisi ini.
“Tidaklah Allah memerintahkan sesuatu kecuali padanya terdapat berbagai masalah yang tidak boleh diketahui secara menyeluruh” [Risaalah fiil Qowaaidil fiqhiyah hal. 41, Maktabah Adwa’us salaf)
Dalam ilmu perubatan moden juga membuktikan bahawa tidur meniarap memang berbahaya. Tidur ini dapat mengganggu pernafasan kerana otot dada dan organ pernafasan tidak dapat bekerja maksima kerana tehimpit. Dengan posisi tersebut dada akan tertekan dan membuat nafas menjadi sesak.
Selain bahagian pernafasan, tidur dengan posisi ini juga dapat menghimpit jantung. Dalam jangka waktu lama posisi seperti ini membahayakan kesihatan jantung.
Sememangnya tidur meniarap akan buat seseorang berasa selesa bahkan dapat membantu orang yang berdengkur tidur dengan lebih senyap namun hakikatnya ia akan mendatangkan beberapa risiko lain termasuklah:
Sakit Belakang/Masalah Tulang Belakang
Kebanyakan orang yang tidur meniarap berisiko tinggi untuk mendapat sakit belakang dan leher. Menurut pakar, tidur secara meniarap akan meletakkan tekanan yang banyak pada bahagian belakang badan dan tulang belakang. Ini kerana berat badan seseorang tertumpu pada bahagian tengah tubuh. Oleh itu, agak sukar tulang belakang untuk berada pada posisinya dan kemungkinan teralih ketika tidur.
Tekanan pada tulang belakang juga akan melemahkan badan di mana, apabila keadaan tulang belakang terjejas, kesakitan itu akan berkangkit ke bahagaian tubuh yang lain kerana tulang belakang merupakan saluran kepada sambungan saraf-saraf dalam badan seseorang.
Jaga-jaga supaya tidak diserang Herniated Disk!
Herniated Disk berlaku apabila lapisan kusyen tulang yang memelihara tulang daripada bergesel antara satu sama lain tersepit dan terkeluar daripada landasannya menyebabkan saraf terasa sakit disebabkan penolakan kusyen yang tersepit itu tadi.
Sakit Leher
Tidur dalam keadaan meniarap akan memaksa seseorang untuk memalingkan wajahnya agar boleh bernafas ketika sedang lena. Cara itu sebenarnya akan memberi tekanan kepada urat leher (seolah anda memulas tulang tengkuk) dan dalam masa yang sama menjejaskan struktur tulang belakang.
Pada awalnya mungkin anda tidak akan terasa kesakitannya namun, hari demi hari jika terus dilakukan, ia akan menyebabkan sakit leher yang kritikal.
Jejaskan Jantung & Kesihatan Otak
Tidur meniarap jejaskan kesihatan jantung dan otak kerana oksigen kurang sampai kepada kedua-dua bahagian organ tersebut.
Fungsi otak juga boleh terganggu dengan posisi ini kerana aliran darah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, begitu pula ke otak menjadi terganggu kerana terhimpitnya jantung tadi.
Untuk itu, ikuti dan jauhilah semua yang dilarang Allah. Dia tidak akan melarang sesuatu hal yang baik, namun larangan tersebut semata-mata hanya untuk kebaikan hamba-Nya. Allah pemilik alam semesta dan semua ilmu pengetahuan, tentu Dia lah yang lebih tahu.
Menghadkan Pergerakan Janin
Apabila anda berbadan dua, sudah pasti si ibu harus peka untuk mendapatkan waktu tidur yang cukup agar janin boleh membesar dengan sempurna. Tidur secara meniarap ketika hamil adalah tidak membahayakan bayi atau ibu namun, berat yang semakin bertambah pada bahagian perut sedikit sebanyak memberi efek pada stuktur tulang belakang si ibu.
Bahkan janin atau bayi dalam perut jika akan berada dalam kedudukan yang lebih selesa jika ibunya tidak tidur meniarap. Kajian perubatan yang dilakukan sekitar 2012 mendapati, ibu mengandung yang tidur secara mengereng ke sisi sebelah kiri akan meningkatkan pengaliran darah baik yang menyalurkan oksigen secukupnya kepada bayi.
Siapa sangka dalam usia mencecah lebih 50 tahun penampilan Ziana sperti tidak dimamah usia, masih cantik dan langsing. Tidak dinafikan selebriti ini dari dahulu sehingga sekarang menjaga kecantikan dak kesihatan dirinya.
Penampilan selebriti ini setiap kali muncul di khalayak ramai pasti menarik perhatian ramai. Sentiasa kelihatan fit dan bertenaga, malah kejelitaan wajahnya juga turut terserlah biarpun usia mencecah 54 tahun.
Untuk kekal dalam industri pastinya penampilan seseorang itu juga perlu dititiberatkan, begitu juga ibu kepada empat orang anak ini. Siapa sangka artis lokal yang bertaraf antarabangsa ini masih mengamalkan petua lama untuk menjaga kecantikan wajah.
Menurutnya lagi dalam satu temubual dengan Intrend penampilan dan kecantikan wajahnya dijaga oleh abahnya. Seorang lelaki yang sentiasa menjadi tulang belakang kerjayanya. Abah yang ajar cara untuk menjaga wajah! Menjaga kulit sejak belasan tahun lagi. Ziana berterima kasih kepada Abah yang dari dulu selalu mengingatkan anak- anaknya tentang penjagaan diri dan kebersihan. Penjagaan kulit dari awal usia itu penting kalau mahu kualiti kulit yang baik pada masa hadapan. Disiplin itu penting!
Masker muka dan minyak kepala sendiri, antara petua Abah yang sampai sekarang Ziana Zain amalkan. Masker muka yang dibuat oleh abahnya, mudah sahaja dengan rendamkan beras semalaman. Kemudian, kisar sehingga hancur dan gaul dengan putih telur. Biarkan di muka!
Rambut pula, kalau dulu, Abah masak minyak kelapa sendiri. Kemudian, campurkan dengan daun pandan atau bunga melur lalu dilumurkan ke kepala. Bagus untuk melebat dan menghitamkan rambut.
Berstatus ibu tunggal, Ziana Zain tetap aktif di pentas seni. Malah setiap persembahannya penuh bertenaga. Pasti Ziana Zain mempunyai persiapan dan penjagaan diri bagi mengekalkan kesihatannya. Amalkan minum jus segar seperti timun dan epal hijau setiap pagi, sekurang-kurangnya minum jus hijau seperti timun atau epal hijau untuk kekal bertenaga. Kemudian, Ziana hanya ambil sarapan ringkas seperti dua keping roti. Tengah hari dan malam, biasanya jarang ambil nasi, cukup sekadar sayur- sayuran atau lauk.
Badan mesti aktif! Kalau tak bersenam, paling penting lari keliling rumah, janji peredaran darah perlu lancar.
“Badan mesti aktif! Sekiranya tidak bersenam di gimnasium pun, berlarilah keliling rumah. Kak Ziana lakukan ini dengan lebih kerap apabila ada persembahan atau program penting,” kongsinya lagi. Penting bagi seorang penyanyi menjaga kualiti suara, bagi Ziana dia tidak pernah sentuh ais, melainkan terlalu teringin.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pasti dalam seminggu akan ada hari-hari yang anda menghadapi masalah seperti cepat lesu dan kurang fokus pada hari itu. Banyak kerja tergendala dan anda hanya mengeluh dan termenung sahaja.
Apakah kita sudah mulai menghadapi masalah seperti tiada hala tuju? Apakah mungkin stres di tempat kerja membuatkan lagi emosi terganggu?
Kehidupan adalah suatu medan peperangan untuk kita yang banyak pancaroba. Ada kalanya, semua berjalan dengan sangat baik, tetapi tidak setiap masa perkara akan jadi seperti yang kita inginkan.
Ramai yang terjejas dengan masalah tekanan mental yang mengganggu kehidupan mereka seharian. Ini kerana kebanyakan dari kita sering ‘menekan’ dan ‘memaksa’ diri untuk lakukan sesuatu benda yang terpaksa kita tempuhi.
Jadi sudah tentu anda ingin tahu apakah tanda-tanda mereka yang sering alami masalah penat mental ini bukan? Di sini kami senaraikan beberapa ciri yang ada pada seseorang yang menghadapi masalah ini.
Anda sering rasa perkara yang remeh-temeh itu sangat tidak bermanfaat dan membuang masa. Jadi kebiasaannya, anda akan memberikan reaksi yang negatif dan cepat mengeluh apabila anda yang menganggu.
Masa seolah-olah cepat sahaja berlalu, anda pula terpaksa berkejaran. Bahkan, anda pula tidak punyai masa untuk menenangkan diri sendiri dan lakukan hobi yang anda minat. Jadi masa itu hanya berlalu pantas sahaja tanpa anda sedari dan telah bazirkan sejumlah yang banyak.
Setiap apa yang anda lakukan pasti akan jadi masalah–itulah tanggapan anda buat diri sendiri. Tidak rasa yakin dan percaya pada diri kerana anda tahu ia akan salah dan tetap salah. Persoalan pada diri sering menikam seperti, “adakah aku baik”, “Kenapa aku selalu buat salah”, dan sebagainya yang boleh mengacau fikiran dan emosi.
Setelah penat menjalani kehidupan seharian, anda tidak pula dapat melelapkan mata dan rehat sepenuhnya. Ini semuanya kerana terlalu sangat memikirkan hal-hal yang menjadi kegusaran buat anda.
Terlalu bimbang akan perkara yang belum tentu terjadi, meski pun ia hanya sekecil-kecil perkara. Anda kerap berfikir dan terus berfikir tanpa memberi ruang untuk merehatkan diri seketika. Fikiran anda akan mulai kusut dan tidak boleh nak berfikir secara rasional sehinggakan diri tidak terurus.
Kadang kala, anda dengan secara tiba-tiba menitiskan air mata dan rasa seolah-olah kosong. Tanpa penjelasan yang kukuh, anda alami rasa sakit itu sendiri dan kepenatan yang anda harus tanggung.
Secara kesimpulannya, anda perlukan rehat, kenapa rehat? Salah satu punca utama adalah anda kurang memberikan ruang untuk diri anda rehat dari berfikir, membuat kerja, bahkan anda memaksa diri untuk lakukan perkara yang tidak diingini. Kami harap anda rehat secukupnya dan jumpa bersama pakar psikatris atau kaunseling untuk bantu dengan lebih mendalam.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.