Lanjutan Diskaun Saman PDRM 80% Hingga 31 Disember 2021, ramai menarik nafas lega apabila YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah mengumumkannya sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Namun sikap yang rakyat Malaysia yang sering membuat keputusan ‘last minute’, pasti pelbagai masalah akan timbul walaupun sistem portal MyBayarSaman telah dilancarkan. Masalah teknikal pasti berlaku sekiranya ada lagi sikap sebegini. Jadi bagaimana untuk mengelakkan pembayaran saman PDRM di saat-saat akhir.
Sumber gambar: Mstar
Ada segelintir rakyat Malaysia masih sanggup bersesak di IPD berbaris panjang, tetapi dalam keadaan pandemik covid-19, kita harus mencari alternatif bagi menggelakkan sebarang kecelakaan berlaku. Dengar kata masih ramai yang tak dapat akses Portal MyBayar Saman untuk dapatkan diskaun 80% sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. Mujur lelaki ini kongsi cara lain bagi memudahkan anda membayar saman PDRM, melalui mesin ATM pun cukup mudah. Jom lihat cara ini, tak sampai 5 minit dah selesai!
Orang ramai boleh menjelaskan saman melalui:
Di Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara.
Portal Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar Saman
Pejabat Pos Malaysia
ATM Maybank
Siapa yang tak dapat nak bayar saman lagi tu boleh guna kaedah ini. Hanya bayar saman di mesin ATM sahaja. Yang ni mesin ATM Maybank ya. Nak tahu caranya? Simple saja caranya, boleh rujuk langkah-langkah seperti bawah ni.
TEKAN PAYBILLS
TEKAN PEMBAYARAN SAMAN PDRM
TERUSKAN
MASUK KAN NO IC
TEKAN UTK BUAT BAYARAN
Rujuk langkah bergambar di bawah:
LANGKAH 1: Tekan Paybills
Ads
LANGKAH 2:TekanPembayaran Saman PDRM.
LANGKAH 3: Tekan Teruskan.
Ads
LANGKAH 4: Masukkan nombor IC / kad pengenalan anda.
Namun jika anda masih ada bertindak di saat-saat akhir semuanya akan tergendala. Bagi memudahkan segala urusan bertindaklah segera supaya tiada sebarang kemungkinan yang berlaku. Jom rebut peluang keemasan ni sis!
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umum mengetahui penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza kini berada di Tanah Suci Mekah sedang mengerjakan umrah bersama ahli keluarga termasuk anak kecilnya, Siti Aafiyah. Walaupun sedang kusyuk membuat ibadah, tetapi beliau tidak lupa muat turun segala aktiviti dilakukan di sana di media sosial.
Malah netizen juga tertunggu-tunggu posting terbarunya menceritakan pengalaman membawa anak kecilnya di sana. Sebelum ini memang menjadi hajatnya untuk membawa Siti Aafiyah menjejakkkan kaki ke Tanah Suci bila sampai masanya.
Nampaknya menurut Siti, Aafiyah tidak banyak ragam sepanjang berada di sana. Malah dalam posting terdahulu Siti juga mengucap syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan berada di Masjidil Haram di hujung Ramadan.
Pelantun lagu Anta Permana ini juga memberitahu Siti Aafiyah sempat mengikutnya menunaikan tawaf sunat dan jadi pengalaman sangat bermakna buat dirinya dan suami.
Selain itu netizen juga menyukai cara Siti yang dikatakan sangat humble. Penampilannya juga sangat cantik walaupun berwajah polos tanpa sebarang solekan.
Walaupun beliau seorang public figure, tetapi tidak memilih untuk berniqab menutup muka biarpun dirinya sangat dikenali di sana.
Ayuh kita lihat foto-foto menarik yang dimuat turut oleh Siti dalam laman Instagramnya.
Memang cantik sangat wajah polos Che Ta walau tanpa secalit solekan. Kulit pun flawless je. Nampak awet muda walaupun usianya dah mencecah 51 tahun, wow!
Siapa yang tak kenal dengan figura jelita bernama Che Ta atau Rozita Che Wan ini. Pesonanya sebagai seorang selebriti sememangnya tak dapat dinafikan lagi.
Sebut saja nama Che Ta pasti teringat dengan gayanya yang glamor dan tersendiri.
Penampilan isteri kepada pelakon kacak Zain Saidin ini tidak akan lengkap tanpa solekan dengan ‘trademark’ bulu matanya walau ke pasar mahupun duduk di rumah.
Itulah Che Ta yang kita kenal. Sangat sinonim dengan kecantikan dan fesyen.
Baru-baru ini tular di aplikasi Tiktok, video Che Ta berkongsi rutin penjagaan kulit wajahnya yang berjaya meraih lebih 160 ribu tontonan.
Dalam video tersebut, kelihatan Che Ta yang manis berbaju putih dan berselendang rona senada menunjukkan cara pemakaian produk penjagaan wajah daripada jenamanya sendiri.
Sebelum ini HIJABISTA ada berkongsi kisah Fynn Jamal yang sedang menanti kelahiran anak angkat keduanya. Dalam persediaan menyambut orang baru, dia telah membuat bekalan susu ibu untuk diberi kepada anak angkat keduanya itu. Dan dua hari lepas, penyanyi lagu-lagu puisi ini selamat menerima kehadiran orang baru dalam keluarga kecilnya. Bayi perempuan ini diberi nama cukup unik, Sakti Kencana Fitri. Seperti juga anak pertamanya dulu, Fynn Jamal tetap berusaha memberi susu ibu kepada Sakti. Ternyata pengalaman cukup berbeza antara keduanya.
Rata-rata followernya mengucapkan tahniah atas kehadiran Sakti dan memberi kata-kata motivasi padanya untuk terus menjaga harta tidak ternilai ini. Umum mengetahui Fynn Jamal yang mengalami masalah untuk hamil telah mengambil seorang anak angkat lelaki Bakti Arjuna Fitri. Ternyata niat Fynn menjaga dan membesarkan anak angkatnya ini satu perbuatan yang cukup mulia. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasanya kelak.
@mr_pumpkins Tahniah @fynnjamal anda dan suami menjadi insan terpilih… Doakan moga saya dan suami juga menjadi insan terpilih dan dipermudahkan urusan oleh Allah S. W. T… Aamin.
@sabrinaanaina His name has a very indonesian ring to it ? like my friends! Pray his always healthy!
@amyshiela33 Tahniah @fynnjamalterharu dan gembira dapat tau fynn dapat bby.berkat kesabaran penantian tu.
@mkthetraveller dia datang bagai sakti… tahniah kak fyn and family
Fynn juga turut berkongsi luahan hatinya mengenai kedua-dua anaknya dalam laman instagram yang turut dikongsi oleh netizen. Memanggil nama timangan Dedek dan Balong ibu ini tidak sabar untuk melihat ‘kimia’ antara keduanya bila besar nanti. Biarpun bukan dari darah dagingnya, tetapi susu badan yang diberikan oleh Fynn menyatukan kedua-duanya.
Ini perkongsian Fynn Jamal di laman IGnya dan dikongsi 36 RIBUfollowernya yang rata-rata turut tersentuh dengan kata-kata yang terucap jauh dari hati kecil Fynn.
dia pandang dedek dengan ekor mata. dia tak datang tengok, tidak juga dia buat tak tau. di lompat2 di sekitar dedek. dia tak tau nak buat reaksi macammana— sebab dia tak tau macammana nak beri reaksi pada situasi dapat adik.
dedek tak banyak aktiviti. nangis tidak, minta perhatian pun tidak. dedek baring kejung dalam bedung. tenang. setenang apabila mummy pesan dia datang untuk menjaga balong.
tak sabar nak tengok kimia kedua mereka ini. walau tak bersatu kerana darah, mereka satu kerana susu aku.
hidup, anak2ku. hidup tanpa takut. selama tuhan ada dalam degup jantung kamu; takkan tercela, walau garang mana petir dan ribut.
terima kasih balong sebab terima dedek. in your own ways, and in that quick little kiss on dedek’s forehead semalam; mummy tau balong tau she is yours.
dedek, if you read this one day; jaga balong.
dia tak tau macammana nak beritahu, but know that he needs you.
Semua followernya turut mendoakan segala urusan Fynn dipermudahkan dan ada juga yang turut menangis membaca posting ini di laman IGnya. Mereka bagaikan dapat menyelami perasaan sebenar penyanyi lagu puitis ini.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.