Ramai yang terkejut melihat penampilan penyanyi Waheeda Wassini baru-baru ini pentas Gema Gegar Vaganza 2 setelah hampir 10 tahun menghilang. Rupanya bukan sengaja dia menghilangkan tetapi mencari jawapan kepada persoalan tentang Islam. Malah sepanjang 10 tahun itu jugalah dia mengambil masa belajar tentang Al-Quran dan Sunnah.

Bersama Catriona Ross di Gema Gegar Vaganza.

Berkata kepada Sinar Hiburan Online, Waheeda menjelaskan dia juga menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu sepenuh masa dalam membesarkan anak-anak suaminya, Ustaz Akhil Hayv yang diamanahkan kepada dirinya.

Untuk pengetahuan, Waheeda yang terkenal dengan lagu Wassini ini mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pendakwah bebas, Akhil Havy dan kemudia dia terus ‘menghilangkan’ diri dari dunia seni tanah air.

“Saya berhenti sekejap daripada segala-galanya sebab mencari jawapan pada soalan, ‘kenapa aku Islam?’ sebab dalam perjalanan hidup ada banyak pertanyaan yang saya sendiri tak boleh nak jawab tapi saya mengakui saya Islam.

“Dalam masa yang sama, saya juga terlibat dengan perniagaan dan usrah.  Cuma mungkin sekarang all out untuk muzik dan perniagaan.  Usrah pun masih lagi berjalan dan dalam perancangan untuk menulis sebuah buku,” jelasnya yang juga mengakui dia merindui rakan-rakan dalam industri tetapi baginya, semua ini adalah perancangan ALLAH.

IKLAN

Menurutnya sepanjang 10 tahun itu dia sebenarnya berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

“Banyak cabaran dan dugaan sepanjang hampir 10 tahun ini.  Sehingga satu ketika saya meminta ALLAH untuk tolak saya ke mana Dia hendak tolak saya dan saya akan mengikut sahaja.

“Bermula pertemuan semula suami saya dengan Ezlynn tahun lalu, jadi dari situ ALLAH buka ruang kepada pertemuan dengan rakan-rakan artis dan pemuzik yang lain, sehinggalah rakaman dan kini serius dalam penerbitan.

IKLAN

Semua kerja ALLAH, kita tak tahu apa perancangan Dia tetapi doakan mudah-mudahan saya dapat melihat hikmah di sebaliknya dan berkembang,” ujar Waheeda lagi.

Tambah Waheeda, kehadiran dia aktif semula dalam bidang seni ini adalah dengan kefahaman yang lebih mengenai Islam dan sentiasa membawa Islam bersamanya.

IKLAN

 

 

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI