Dalam rezeki kita, ada juga rezeki yang Allah peruntukkan kepada orang lain, begitulah ungkapan yang tepat bagi menggambarkan ‘rezeki’ yang tidak terjangka yang diterima penyampai radio Suria FM, DJ Lin.

Menerusi hantaran pada ruangan Instagram miliknya, Hijabista difahamkan bahawa DJ Lin telah menerima tajaan bagi menunaikan ibadah umrah di bulan mulia, Ramadan Al Mubarak.

Rezeki Datang Sekelip Mata – DJ Lin

@djlinsuriacinta 22 Mac ni, #djlin akan berangkat mengerjakan umrah☺️Bersyukur dijemput ke tanah suci di bulan #Ramadhan 😭Terimakasih @Al Ridzuan sudi sponsor Lin❤️Doakan urusan Lin dipermudahkan Allah🤲 #djlinakanmenunaikanumrah #alridzuantravelandtours #djlinnakpergiumrah ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Menerusi hantaran berkenaan, DJ Lin mendedahkan bahawa dia amat terkejut dengan rezeki Allah yang tidak sangka-sangka ini. Malah, beliau seakan tidak percaya apabila ditawarkan untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan penuh barakah dan maghfirah iaitu Ramadan.

“Rezeki ini datang dalam sekelip mata. Saya ada perjumpaan dengan ‘client’ iaitu Al Ridzuan Travel yang datang dari Pulau Pinang.

“Mereka merupakan penaja waktu solat di Suria FM. Sewaktu sedang berbual, mereka beritahu akan berangkat ke tanah suci pada bulan ramadan untuk menunaikan umrah. Tiba-tiba mereka tanya saya, sama ada saya nak turut serta,” katanya.

Pernah Berniat Mahu Tunai Umrah Di Bulan Ramadan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

Apa yang lebih memeranjatkan adalah, DJ Lin mengakui sebelumnya dia sudah memasang niat untuk menjejakkan kaki di tanah suci dan melaksanakan ibadah Umrah pada bulan suci, Ramadan. Memandangkan dia belum pernah sekali pun merasai bagaimana berpuasa di Tanah suci.

“Sejujurnya saya memang telah memasang niat untuk menunaikan ibadah umrah di bulan Ramadan. Tetapi mungkin rezeki itu belum ada. Saya tak pernah menyambut Ramadan di Mekah dan Madinah.

“Sampai sekarang saya rasa seperti tidak percaya, saya diberikan rezeki ini. Saya asyik tanya pada pemilik Al Ridzuan Travel iaitu Ustaz Ridzuan, betul ke saya akan pergi menunaikan ibadah umrah di bulan Ramadan.

“Sewaktu dia datang untuk ambil passport pun saya tanya dia sekali lagi, betul ke saya akan pergi ni. Saya rasa seperti sedang bermimpi. Tetapi dia kata Lin, ini memang realiti. Mungkin Allah berikan rezeki untuk Lin melalui Al Ridzuan Travel,” ujarnya.

Artikel berkaitan: MK Rancang Tunai Umrah Selepas ‘Syawal’ – “Mohon Doa Agar Urusan Dipermudahkan”

Tambahnya lagi, tanggungjawab berat yang digalas sebagai pengurus besar, menjadikanya sukar untuk meninggalkan anak-anak buahnya di Suria FM.

Bagaimanapun, DJ Lin menganggap rezeki yang hadir sebagai satu teguran dan panggilan dari Allah, serta merupakan peluang keemasan yang tidak mungkin dilepaskan.

Sekadar info, ini merupakan umrah kali ketiga yang akan dilaksanakan DJ Lin, kali terakhir dia mengerjakan ibadah umrah adalah pada tahun 2012.

Sumber: Instagram DJ Lin & TikTok DJ Lin

Artikel berkaitan: Tunai Umrah Tanpa Suami, Wanita ‘Terkejut’ Allah Hadirkan Kelibat Suami Di Sisi Ketika Berswafoto Sendirian

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI