Bagi hijabi masalah memilih warna hijab untuk disesuaikan dengan pakaian menjadi satu perkara biasa. Hal ini kerana bukan semua tudung sesuai dengan sesetengah pakaian.
Kadang-kadang sampai rasa stres memikirkan tudung mana yang sesuai dengan baju yang dipakai. Sekarang ini hijabi-hijabi mesti tengah sibuk buat persiapan baju raya bukan? Mungkin ramai hijabi yang sudah beli baju raya tapi masih tercari-cari warna tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan baju raya yang sudah dibeli atau siap ditempah.
Memang cukup struggle untuk memilih tudung yang betul-betul match dengan pakaian. Buat hijabi yang masih belum ‘jumpa’ tudung yang sesuai dengan baju, ini tip padankan warna tudung dengan baju.
Semoga contoh padanan baju dan tudung yang dikongsikan ini memberi manfaat untuk hijabi yang keliru memilih tudung untuk dipadankan dengan baju raya. Tak ada lah termenung lama sangat di kedai tudung tu kan?
Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada hijabi semua.
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof apabila rumah tangga yang dibina dilanda badai dan diuji dengan kehadiran orang ketiga iaitu penyondol Ira Kazar yang kini merupakan isteri kedua dan juga madu kepada Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.
Sejak kes ini tular di media sosial, ramai yang mula membuka mata melihat ketabahan seorang Puteri Sarah demi membesarkan kedua cahaya mata yang masih kecil tanpa kehadiran sosok yang dipanggil sebagai suami, ekoran suami yang sedang asyik dibuat cinta bersama wanita lain.
Justeru, enggan terus dibelenggu dan dihimpit duka, Sarah bangkit dan menuntut hak yang selayaknya. Malah, perjalanan hidup serta kisah peribadi sebenar Puteri Sarah dan keluarga yang tidak pernah diceritakan kepada umum sebelum ini telah diterbitkan menerusi satu naskah buku hasil tulisan Emi Anvepa.
Buku pertama berkisarkan tentang kehidupan seorang ‘Supermom’ Puteri Sarah Liyana ini amat unik dan istimewa kerana penuh dengan singkapan peristiwa, tragedi, momen-momen dan saat jatuh bangun Sarah dari dulu hingga sekarang.
Malah, Hijabista difahamkan bahawa, buat julung kalinya menerusi naskah ini, keluarga Sarah telah ‘membuka mulut’ dan mendedahkan sisi sebenar Sarah, termasuk kehidupan dan perjalanan inspiratif figura hebat ini yang tidak diketahui banyak orang.
“Sarah berharap buku ini menjadi naskhah panduan istimewa buat semua wanita di luar sana. Sebagaimana tajuk buku Puteri Sarah: Terus Melangkah, Sarah mahu mereka tidak berdiam diri, tidak mengalah, tetapi terus berjuang dan melangkah meneruskan kehidupan seperti Sarah,” ujar Sarah.
Sarah berkata demikian pada perlancaran bukunya itu, yang berlangsung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Turut bersama pada pelancaran ini adalah Reina Lum selaku editor dari sudut pandangan undang-undang dan juga penulis utama buku merangkap pengurus serta kawan rapat Sarah, Emi Anvepa.
Ketika diminta mengulas berkenaan naskah istimewa ini, Emi berkata menulis buku ini bagaikan meluahkan isi hati dan melepaskan apa yang terbuku dalam diri sejak mengenali Sarah dan menyaksikan sendiri penat jerih yang di lalui, sepanjang 5 tahun mengenalinya.
“Saya mengenali Puteri Sarah bukan sahaja sebagai pengurusnya, tetapi juga sebagai kawan rapat yang melihat sendiri pengorbanan Puteri Sarah sebagai anak seni. Jadi saya sangat memahami apa yang telah dilalui Puteri Sarah.
“Bila terpaksa imbau kembali saat-saat memori lama ketika menulis buku ni, saya menangis berkali-kali,” kata Emi yang menganggap penulisan buku ini adalah terapi baginya selepas sekian masa menyelami perasaan Puteri Sarah, terutamanya dalam menghadapi masyarakat yang ‘judgemental’.
Justeru, Emi berkata ketika menulis buku ini, dia memberikan jawapan kepada pelbagai soalan dan komen netizen di media sosial yang sebelum ini tidak terjawab. Dalam masa sama, memberi ilmu berhubung ‘Legal Education Advocate’.
Jelasnya lagi, dirinya begitu teruja dapat bekerjasama dalam penghasilan buku ini, kerana yakin buku Puteri Sarah ini dapat membantu memperkasa kaum wanita diluar sana.
“Dalam video di media sosial saya selalu tekankan wanita perlu berani dan bijak dengan melengkapkan diri dengan ilmu, kerana dengan ilmu inilah kita membina keyakinan dan keberanian dan Puteri Sarah adalah antara contoh terbaik.
“Saya yakin buku ini boleh menjadi rujukan kepada wanita untuk terus berjuang dan menyedari bahawa walau apapun keadaan dan cabaran kita, jangan mengalah, Sselagi kita terus melangkah, kita belum kalah,” ujarnya.
Sekadar info, buku keluaran Terbit Sendiri Empire dan Projek Nomad Sdn Bhd ini sudah dibuka untuk jualan ‘pre-order’ di laman web puterisarahliyana.com dengan harga promosi RM39.90 bagi 500 naskhah pertama dan akan promosi akan tamat pada hari ini 31 Mei 2023. Harga asal adalah buku ini bernilai RM49.90.
Siapa sangka baru sahaja 13 minit berlepas, pesawat Lion Air JT601 yang membawa 178 penumpang termasuk 8 anak kapal telah terhempas di Perairan Karawan Jakarta Utara. Dikatakan semua penumpang telah maut dalam kejadian yang cukup menyayat hati ini. Ternyata kehilangan mereka ini memberi kesan kepada sanak saudara serta teman-teman yang masih hidup.
Antaranya luahan hati seorang lelaki yang dikatakan bakal berkahwin dengan salah seorang pramugari Lion Air, Merry Yulyanda. Dia berkongsi luahannya di Instagram miliknya. Dia mengharap mereka akan disatukan sebagai suami isteri yang sah, tetapi maut telah memisahkan mereka sebelum keduanya mengecapi alam rumah tangga.
Setiap sujud ak salalu mendoakan kamu sayang,ak memohon dan berharap kpd Allah untk satukan kita,Sampai kmu menjadi penyemangat hidup aku dan untk cita cita kita bersama kedepan,
Kmu ingin jadi istri aku dan aku pun ingin kamu menjadi ibu buat anak kita nnti,tapi Allah berkehendak lain,stiap langkah dan tujuan ak selalu memohon kpda Allah untuk bisa bersama kmu kembali untk kita kedepan.
Kamu hrus kembali bulan april 2019 kita akan lamaran sayang kamu kembali ya sayang,gk ada seorang pun yg bisa menggantikan kmu sayang.bagai mana keadaan mu ak akan tetap trima kmu apaadanya.
Ya Allah hamba mohon semohon mohonnya lindungi mery dimana pun dia berada ya Allah,berkat syafaat rasullah dan para ulama para ambiya dan para syuhada smoga baik baik saja amin Ya Allah,Engkau Maha Segalanya Ya Allah Zat Mu Maha Agung Ya rabb. ILOVEYOU BABY
Posting yang dimuat turun ini mengundang simpati netizen. Rata-rata mendoakan yang terbaik dan mengharapkan kekasih hatinya akan kembali.
aylstr27 semoga cepat dipertemukan meskipun dalam keadaan apapun. setidaknya bisa melihatnya. tetap doakan jangan pernah putus asa ya. Allah lebih tau mana yang terbaik untuk hamba-Nya. aamiin
azzahradifitrianda Ya Allah… Semua ini sudah Kehendak Allah Swt… Dimanapun kita berada Kematian itu pun akan selalu ada… Hanya kematian yang mampu memisahkan Cinta Sejati…Semua Serahin kpd Allah Swt hanya Allah yang mampu merubah segalanya
megaulanmelan aku pasti paham persis bagaimana perasaan ka fadhil yang sabar yah ka @apryfadhil ? turut berduka atas kejadian musibah ini, dimanapun dan kapanpun kita akan bisa menerima ajal/kematian itu sudah takdir allah swt, penuh berdoa agar semuanya akan baik baik saja
yangmeishe12 Be patient ?,god always beside u both.hope that your beloved will comeback.
nadiaanzm Semoga ada keajaiban…hanya Allah yg Tau.?? semoga km sll tabah sabar dan sll berdoa untuk dia yg disana…
Tiga hari sahaja lagi, Syawal akan menutup tirainya. Sis, ada yang dah naik berat badan ke tu kerana terlampau banyak menikmati juadah hari raya? Dek kerana menghadiri jemputan rumah terbuka?
Jadi apabila Syawal berakhir nanti, jom mulakan semula rejim menurunkan berat badan untuk kembalikan stamina dan kekal cergas seperti sediakala!
Sebagai permulaanya, disini Hijabista kongsikan tiga jenis minuman yang boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih mudah dan sesuai diminum di waktu pagi. Ketika sedang bekerja pun anda masih boleh menurunkan berat badan tau, kuncinya haruslah mengamalkan minum air ini setiap pagi secara konsisten!
1. Teh Hijau
Menurut penelitian pakar, teh hijau dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan, di mana pernanan ini adalah penting khususnya bagi proses penurunan berat badan. Selain itu, teh hijau juga mengandungi Catechins iaitu bahan antioksida yang terbukti efektif dalam pembakaran lemak.
2. Lemon Suam
Air perahan jus lemon yang dicampurkan dengan air suam, sudah lama popular dan buka lagi sesuatu yang asing di kalangan pengamal diet. Ini kerana jus lemon suam merupakan antara minuman yang mempunyai kalori serendah 6 kalori bagi setiap gelas.
Malah, buah Lemon ini mempunyai banyak manfaat karena kandungan antioksida dan pectin yang tinggi di kalangan buah-buahan dan sayur-sayuran. Justeru, minuman ini bagus untuk menurunkan berat badan adalah kerana membantu badan kekal hidrat, memberikan tenaga kepada tubuh dan bebas kalori.
3. Detoks Timun dan Pudina
Segelas air dengan campuran timun dan pudina bukan sekadar menyegarkan anda di pagi hari, namun dalam masa yang sama ia juga mampu membantu hijabi untuk menurunkan berat badan dan membuat anda kekal hidrat.
Campuran air dengan daun pudina dan timun memiliki banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan, dua di antaranya adalan membantu menurunkan berat badan dan memudahkan sistem pencernaan.
4. Jus Oren
Jus oren tanpa tambahan bahan lainnya (seperti gula) adalah minuman penurun berat badan yang baik. Sebab, jus jeruk mengandung banyak vitamin penting yang diperlukan oleh tubuh badan.
Data menunjukkan bahawa orang dewasa yang mengamalkan minum jus oren asli tanpa ditambah gula, memiliki jisim tubuh dan kadar lemak yang jauh lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengamalkanya.
Malah, jus oren tidak hanya membantu menurunkan kolesterol dan tekanan darah, ia juga membantu mengurangkan radang usus dan meningkatkan imuniti badan.
Sekarang dah tau kan? Minum pun boleh kurus sis! Cuma perlu tahu minuman mana yang tepat untuk diminum secara konsisten dan membantu penurunan berat badan!
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.