Pasti ada dikalangan Hijabi yang mengidolakan penyanyi dan pelakon antarabangsa, Selena Gomez yang dahulu wajah comelnya sering menghiasi kaca televisyen bagi slot Disney Channel Wizards Of Waverly Place.
Namun, pernah tak Hijabi terfikir apakah amalan yang dilakukan oleh Selena Gomez atau rutin penjagaan kulit yang diamalkan kerana wajahnya masih kelihatan seperti remaja belasan tahun, meskipun usianya kini sudah pun menginjak 30 tahun.
Segala Rutin Kecantikan Selena Terbongkar Dalam GRWM!
@selenagomez6 m flight be like♬ cardigan – Taylor Swift
Terdahulu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Tik Tok miliknya, bertajuk Get Ready with Me (GRWM), Selena telah berkongsikan rutin penjagaan kulit yang diamalkan terutamanya ketika dirinya tidak mendapat rehat atau tidur yang mencukupi.
Hantaran Selena ini telah berjaya menjadi sorotan peminatnya kerana rutin ini berjaya mengaburi eyebag mahupun mata panda serta ekspresi mengantuk yang jelas terpapar pada wajah Selena.
Jadi rutin ini sesuai untuk hijabi yang perlu memulakan hari seawal pagi, kerana tip yang diamalkan Selena ini ditujukan khas untuk mereka yang mengejar masa. Jom kita soroti apakah rutin yang menjadi amalan pelantun suara bagi lagu ‘Who Says’ ini!
1. Mulakan Dengan Mencuci Muka
Sebaik sahaja bangun dari tidur, Selena terus menghilangkan rasa mengantuknya dengan spray penyegar muka, Selena menggunakan Mario Badescu Facial Spray with Aloe, Herbs, and Rosewater. Kemudian, dia mencuci muka dengan menggunakan pencuci muka iS Clinical Cleansing Complex. Setelah selesai, Selena mengeringkan wajahnya menggunakan tuala muka.
2. Atasi ‘Mata Panda’ Dengan Eye Patch!
Untuk mengembalikan raut wajah yang lebih segar, setelah mencuci muka, Selena menggunakan eye patch untuk menyamarkan lingkaran gelap di bawah mata yang membuatkan wajahnya tampak lesu dengan menggunakan Rare Beauty Hydrating Under Eye Patches.
Kemudian, sebelum menggunakan produk skincare yang lain, Selena melembapkan terlebih dahulu kulit wajahnya dengan mengaplikasikan Dermalogica Multi-Active Toner menggunakan kepingan kapas muka.
Artikel berkaitan: Cipta Look ‘Fresh & Simple’, 7 Produk Pilihan Selena Gomez Untuk Pemula. Semuanya Rare Beauty
3. Rawat Masalah Kulit Dari Dalam Gunakan Serum!
Untuk menjaga kelembapan kulitnya, selena mengaplikasikan produk Dermalogica Smart Response Serum dan Dermalogica Dynamic Skin Retinol Serum. Setelah mengoleskan serum tersebut di tapak tangan, selena menyapunya pada wajah sambil memicit lembut seluruh permukaan wajah hingga ke leher.
4. Tutup Lingkaran Gelap Bawah Mata Gunakan Concealer
Setelah selesai menyempurnakan rutin skincare, Selena mula menyolek wajahnya untuk menacap ketidaksempurnaan pada wajah. Selena sememangnya mempunyai masalah kantung mata, jadi perkara pertama yang dilakukan adalah menyamarkan ‘mata panda’ miliknya menggunakan produk dari jenama miliknya iaitu Rare Beauty Positive Light Under Eye Brightener.
Selena mengaplikasikan concealer tersebut dengan membuat titik-titik kecil di bawah mata, kemudian meratakan dengan menggunakan paddle brush agar masalah kantung mata dapat ditutup sempurna.
5. Wajah Segar Secara Instant Dengan Facemist!
Akhir sekali, setelah selesai menyolek wajahnya. Selena menutup rutin kecantikan singkat kali ini, dengan setting spray dari Rare Beauty Always An Optimist 4-in-1 Prime & Set Mist. Selain, boleh menyegarkan wajah sekelip mata, produk ini juga ternyata mampu mengekalkan make up yang dipakai untuk tahan lebih lama dan tidak mudah luntur atau merekah.
Untuk hijabi yang mempunyai masa yang terhad sebelum memulakan aktiviti harian, tetapi masih menitikberatkan penampilan rutin kecantikan ringkas dari Selena Gomez ini amat sesuai untuk diaplikasikan! Selamat mencuba.
Sumber : Tik Tok Selena Gomez
Artikel berkaitan: Selena Gomez Dedah Rutin Penjagaan Kulit Wajahnya Tak Sampai RM200, Kecuali Krim Mata. Drugstore Sahaja!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI