Ramai yang ingin melakukan satu pembedahan memotong usus untuk mengurangkan berat badan. Tambahan pula, kebanyakan yang telah menjalani pembedahan ini tampak berbeza dari sebelumnya.
Pernah memendam hasrat, Dato Seri Vida, dia telah pun membayar RM33,000 untuk memotong usus pada enam tahun yang lalu. Dia akui itu semuanya terkubur apabila takut di saat untuk melakukan pembedahan itu.
Tidak menafikan pernah berniat untuk memotong usus, Dato Seri Vida sememangnya ingin melakukan pembedahan bariatrik itu. Semuanya berlaku sewaktu enam tahun yang lalu di mana wang pendahuluan sebanyak RM33,000 telah diberikan.
Menurut mStar, DSV sebenarnya banyak terpengaruh dengan rakan-rakannya yang ingin melakukan prosedur itu. Namun, hasratnya terkubur disaat akhir kerana sangsi dengan pembedahan yang bakal dilakukan itu.
“Ketika itu saya terlibat sebagai penaja program Gegar Vaganza, rasa nak kurus nak cantik sampai sanggup melakukan pembedahan potong usus. Saya sudah bayar wang pendahuluan untuk prosedur tersebut,
Ads
“Syukur Allah SWT masih sayang. Saya jadi takut di saat-saat akhir dan batalkan niat tersebut. Ada seorang doktor juga maklumkan saya tidak perlu lakukan pembedahan sebegitu,
“Sebelum ini juga saya terpengaruh dengan kawan-kawan yang melakukan pembedahan tersebut membuatkan saya mahu mencuba.” katanya.
Kata DSV lagi, dia hanya mengamalkan untuk menggunakan produk keluaran syarikatnya sendiri untuk menurunkan berat badan. Dia juga turut menyatakan pengusaha produk pelangsingan yang menjalani pembedahan bariatrik umpama menganiaya pelanggan.
Ads
“Kalau mereka yang betul-betul ada masalah kesihatan disebabkan berat badan dan mendapat nasihat doktor untuk pembedahan bariatrik teruskanlah,
“Cuma bagi saya mungkin tidak sebab melihat betapa sukarnya rakan-rakan tanggung sakit selepas pembedahan. Ada yang terpaksa ulang-alik dari hospital untuk rawatan susualn,
“Saya hanya amalkan produk sendiri. Tak perlu nak bedah. Kepada rakan-rakan usahawan, janganlah ambil kesempatan tipu pengguna. Kalau mereka kurus buat pembedahan itu sudah dikira aniaya pengguna.” ujarnya lagi.
Sumber: mStar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai jenama kosmetik no.1 yang dipilih oleh wanita dan kebanggaan Indonesia, Wardah komited untuk mencipta inovasi produk dengan piawaian global.
Kembara team HIJABISTA #getToKnowWardah kagum dengan proses pembuatan semua produk kecantikan dan penjagaan kulit malah jenama ini sudah mula mendapat tempat dihati pengguna tempatan.
Bertanggungjawab untuk mencipta inovasi produk dengan piawaian global yang mempromosikan konsep kecantikan hijau halal dengan proses yang bagus, bebas kekejaman, dan memastikan tiada bahan berbahaya untuk pengguna. Jenama pilihan no 1 mesra wuduk ini menjadi pilihan utama wanita muslim.
Disebabkan Wardah merupakan jenama kecantikan dari Indonesia, peranan wanita sangat besar dalam membangunkan inovasi produk di Wardah. Di Wardah sentiasa mendengar pendapat, ulasan, dan keluhan wanita Indonesia. Dengan cara itu, Wardah juga boleh mempersembahkan penyelesaian kecantikan yang bermula daripada idea.
Idea itu diproses semula sehingga ia matang sepenuhnya, kemudian dibangunkan oleh pasukan penyelidik di makmal inovasi Wardah. Di sini, prototaip produk akan dibuat yang kemudiannya akan diuji secara dermatologi dan oftalmologi untuk memastikan keselamatan, keberkesanan dan kualiti produk.
Nah lihat sahaja kembara HIJABISTA, #getToKnowWardah melawati setiap proses yang mereka lalui bagi menghasilkan sesuatu produk seperti Kahf, Emina, Make Over, Crystallure, Wonderly, Instaperfect, Putri, Biodef, Tavi dan Labore.
Ternyata produk yang terawal dihasilkan di ParagonCorp pada tahun 1985 menjadi perintis jenama kecantikan halal yang memberikan kebaikan untuk para pengguna dan alam sekitar.
Tenanglah hijabi, semua produk Wardah telah didaftarkan oleh BPOM, mempunyai sijil halal. Seperkara lagi yang paling penting, produk Wardah telah melepasi beberapa siri ujian keberkesanan, supaya dakwaan produk yang dipasarkan sesuai dengan khasiat produk!
Di sebalik inovasi yang Wardah persembahkan bagi terus menarik minat pengguna terhadap produk kosmetik halal, terdapat Pusat Penyelidikan dan Inovasi yang memainkan peranan penting.
“Strategi kami kekalkan inovasi produk terlebih dahulu. Wardah mempunyai Pusat Penyelidikan dan Inovasi, sebagai salah satu strategi kami untuk bersaing dengan pasaran dan trend yang pantas,” kata Pak Bahrun Afriansyah, naib presiden pemasaran ketika melawat Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Tangerang.
Kawasan bangunan mempunyai keluasan 2304 m2. Terdapat empat makmal utama sebagai lokasi membuat formula dan percubaan produk iaitu makmal serbuk produk serbuk seperti bedak tekan, bedak tabur dan pembayang mata.
Kemudian, makmal semisolid, untuk produk semisolid seperti gincu, pemerah pipi, concealer, balm bibir dan pembayang mata. Selain itu, makmal emulsi untuk produk emulsi air dan minyak seperti krim malam dan pagi, krim BB, asas cecair, krim bibir dan maskara.
Akhir sekali, terdapat makmal surfaktan cecair sebagai lokasi untuk membuat formula dan menguji produk cecair dan surfaktan seperti syampu, pencuci muka, air micellar, pencuci muka, pencuci badan dan EDT.
“Kami mengubah lokasi kerana semua produk mempunyai kelayakan tertentu. Alatnya juga berbeza. Jadi kami membezakan penyediaannya,” kata penyelia Penyelidikan dan Pembangunan, PT Paragon Technology & Innovation.
Selain itu, terdapat juga empat makmal sebagai lokasi ujian tambahan untuk produk sebelum pelancaran, bermula daripada ujian kestabilan fizikal dalam keadaan biasa dan ekstrem.
Kemudian, ujian keberkesanan untuk memastikan keselamatan produk untuk memeriksa tahap aktif bahan mentah dan bahan siap. Pusat Penyelidikan & Inovasi telah menjadi dapur kepada penyelidik dan kakitangan pakar untuk mencipta produk dalam masa yang agak singkat (speed to market), supaya berdaya saing tinggi dan dapat memenuhi harapan pengguna.
Terdapat kira-kira 80 orang di bawah pasukan Penyelidikan & Inovasi. Rata-rata mereka terdiri daripada golongan milenial yang datang dari pelbagai latar belakang pendidikan, dari farmasi hinggalah ke mikrobiologi, dari pelbagai universiti.
Pelbagai produk yang menjadi tunjang utama Wardah ketika ini seperti rangkaian produk penjagaan badan dan muka seperti C-Defense Serum, syampu hinggalah kosmetik harian seperti krim bibir, pelapik mata, bedak tekan dan body mist.
“Terlaris untuk hiasan masih lipcream, two way cake, eye liner optimum. Kemudian, seri pencerahan. Masyarakat Indonesia lebih berminat dengan produk pencerahan,” kata Senior Scientist di Paragon iaitu Anita Fajrin.
Tidak jauh dari bangunan Pusat Penyelidikan & Inovasi, terdapat sebuah kilang yang menjadi tempat pengeluaran, menyemak standard kualiti hingga ke pembungkusan produk. Terdapat lebih 10 ribu pekerja bekerja di kilang yang telah ditubuhkan sejak tahun 1998. Di sana mereka menghasilkan 135 juta produk setiap tahun.
“Kami menerapkan konsep halal di semua kawasan kilang yang menghasilkan pelbagai rangkaian produk kami, daripada alat solek, penjagaan muka sehinggalah kepada penjagaan rambut,” kongsinya lagi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masalah biasa yang sering dialami pada kulit wajah adalah kehadiran jerawat pasir yang tumbuh di pipi hingga meninggalkan parut. Parut ini memang agak sukar dihilangkan dan mengambil masa yang lama. Perkongsian dari gadis ini @eswanmaryam yang mengikut tip disarankan oleh Youtuber popular dari Korea, Liah Yoo cara bagi menghilangkan jerawat pasir yang tidak meninggalkan parut.
Menurutnya ada lapan step yang ditunjukkan tetapi tidak mengikut semua step yang dicadangkan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejarah telah tercipta apabila Lt. Maysaa Ouza melaporkan diri di Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force) pada awal bulan ini sebagai pegawai Air Force’s Judge Advocate General’s Corps pertama yang memakai hijab.
Seperti yang dilaporkan oleh US Department of Veteran Affairs, “Becoming the first to wear hijab in the Air Force”, siaran oleh NBC News.
Lt Ouza yang merupakan graduan undang-undang dari University of Toledo telah membuat rayuan kepada pihak atasan tentera udara bagi mendapatkan pertimbangan khas agama (religious accomodation). Alhamdulillah, urusannya dipermudahkan apabila tentera udara meluluskan permohonan tersebut dan beliau menyertai latihan dan berkhidmat dengan mengenakan hijab.
Menurut ACLU, sebelum ini tentera udara telah memberikan kelulusan yang sama kepada pegawai Sikh. Selain itu, tentera udara juga telah mengambil langkah-langkah ke arah meluluskan dan melaksanakan polisi bagi memudahkan pegawainya memohon pertimbangan khas agama.
Berdasarkan laporan Air Force Times, Lt Ouza merupakan pegawai yang cemerlang dan telah dianugerahkan “Airman of the Week” oleh rakan sejawatannya dan pegawai latihan beliau. Kata mereka, beliau merupakan pemimpin sejati yang menyumbang kepada kejayaan tentera udara.
Lt Ouza yang berasal dari keluarga imigran Lebanon di Dearborn, Michigan mahu menyumbang kepada negara melalui kerjayanya dalam tentera udara. Lt Ouza akan melaporkan diri untuk latihan lanjutan di Alabama pada Julai ini. Apabila tamat latihan, beliau akan dinaikkan pangkat sebagai Kapten.
Dengan perkembangan sebegini, pasukan tentera udara Amerika Syarikat telah melakukan satu pembaharuan dan lembaran baru kerana meraikan diversiti tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Tahniah diucapkan!