Cantik dan terpesona melihat kulit Syifa Melvin yang sering menjadi perhatian orang ramai. Siapa sahaja yang tidak mahu mendapatkan kulit yang mulus sepertinya tambahan pula ingin tampak ‘glowing’ di kala hari lebaran!
Syifa Melvin juga ada berkongsi cara penjagaan dirinya ketika bulan Ramadan. Dia juga mendedahkan ‘kunci’ utama dalam rutin kecantikannya untuk tampak segar sentiasa walaupun berpuasa.
Ketika ditemu bual, Nur Syifa Athirah binti Amirol Melvin atau lebih dikenali sebagai Syifa Melvin amat pentingkan pengambilan air yang mencukupi buat tubuh badan. Menurutnya, kekal hidrasi banyak membantu bukan sahaja kecantikan malah kesihatan tubuh badan.
“Nak kekal cergas ini mudah untuk kita cakap tetapi susah kita lakukan, iaitu minum air secukupnya. Tidak dinafikan bulan Ramadan pula kita kurang minum air,
Ads
“Bagi Syifa, bermula dari buka puasa sehingga sahur adalah masa yang terbaik yang perlu kita manfaatkan untuk minum air masak dengan banyak,
“Syifa sendiri boleh alami sakit kepala jika kurang minum air masak. Jadi petua yang penting untuk semua adalah pengambilan air masak yang mencukupi.” ujarnya.
Bagi mereka yang tidak tahu bagaimana nak set masa supaya kita mampu mengambil air secukupnya dalam sehari ketika bulan Ramadan. Ini adalah beberapa cadangan masa yang boleh anda ikuti:-
Ads
Selepas azan Maghrib
Selepas selesai solat Maghrib
Selepas makan
Selepas solat Isyak
Selepas solat Terawih
Sebelum tidur
Selepas bangun dari sahur (sebelum makan)
Selepas habis makan sahur
Untuk lebih mudah anda boleh sediakan segelas atau satu botol air tidak kira berapa liter bersama dengan anda. Jika sudah tiba masanya, anda boleh sahaja terus minum tanpa melengahkan masa.
Sekdar info, Syifa Melvin telah selamat diijabkabulkan bersama Pemain Bola Sepak Sayap JDT, Safawi Rasid hanya dengan sekali lafaz sahaja pada 28 November 2022.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Al-Quran merupakan satu panduan hidup buat umat Islam untuk mempunyai satu landasan yang benar. Ternyata, Al-Quran juga merupakan perantara terjadap suruhan Allah SWT kepada umatnya.
Baginda nabi Rasulullah SAW telah menerima al-Quran al-Karim dan menjadikannya sebagai ketua bagi para Nabi AS serta ditanda sebagai mukjizat kerasulannya. Ia merupakan salah satu kalam dari Allah SWT yang akan di jaga hingga ke hari kiamat.
Justeru, umat Islam dianjurkan untuk mendampingi kitab suci ini dengan membacanya sebagai amalan harian kerana ia mempunyai banyak fadhilat jika seseorang itu beriman kepada Al-Quran sepertimana hijabi yang dikenali sebagai Dian Karisma Mohd Japar agau lebih mesra disapa sebagai Dian.
Meski baru berusia 18 tahun, Dian mendedahkan bahawa dia menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup dan mengaji sebanyak 12 hingga 15 juzuk setiap hari untuk memperbaiki bacaan hafazanya untuk bertanding dalam acara hafazan Al-Quran pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 baru-baru ini.
Hijabi yang berasal dari negeri di bawah bayu ini berkata, tujuan dia melakukan demikian adalah untuk mengekalkan dan melancarkan hafazan yang dilakukan. Malah, Dian juga sentiasa memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada gurunya supaya ia dapat diperbaiki.
“Saya akan mengulang bacaan sebanyak 12 hingga 15 juzuk sehari. Kebiasaaanya akan khatam 30 juzuk dalam tiga ke empat hari.”
“Di maahad memang sepenuh masa mengaji sahaja, hanya rehat untuk makan, solat dan tidur.” katanya lapor portal berita AlHijrah Online.
Lebih mengagumkan Hijabista, apabila Dian menjelaskan bahawa dia sudah mulai menghafaz Al-Quran sejak di bangku sekolah rendah pada darjah tiga lagi, iaitu ketika dia berusia 9 tahun.
Dian mula menghafaz Al Quran sejak di Maahad Al-Faizin, Tawau dan mengambil masa lima tahun untuk mengkhatamkan hafazan Al-Quran sepenuhnya iaitu sebanyak 30 juzuk.
“Hafal darjah tiga, khatam pada 2018 dan saya mengambil masa dalam lima tahun untuk melengkapkan hafazan 30 juzuk Al-Quran di Maahad Al-Faizin,” ujarnya.
Semoga kita semua direzekikam oleh Allah SWT untuk rajin menghafaz Al-Quran dan menjadikanya sebagai pedoman serta teman karib sepanjang kehidupan!
Sejak dilahirkan, inilah kali pertama Mat Dan secara terangan memperlihatkan wajah anak lelakinya di media sosial. Bayi yang dinamakan dengan nama cukup indah, Muhammad Zayne baru berusia sebulan lebih. Sebaik muat turut di laman instagramnya, ruangan komen mula dibanjiri ucapan tahniah. Macam-macam usikan nakal dilemparkan pada keluarga kecil ini. Antaranya Mat Dan disuruh ajar anak ‘pan asian’ ini makan budu dan ikan kukus.
Untuk pengetahuan bayi Zayne ini dilahirkan dengan selamatnya pada May lalu di sebuah hospital swasta di ibu kita.
Sebaik dilahirkan, tidak seperti personaliti lain yang terus muat turun gambar terbaru anak mereka, tetapi Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler ini memilih bersikap ‘low profile’.
Malah lelaki yang sudah menetap di sini lebih lapan tahun juga tidak terlalu kerap muat turun foto anaknya itu biarpun tahu popularitinya juga setanding selebriti lain.
Bagi yang mengenali Mat Dan, dia merupakan mualaf atau saudara baru yang sudah lama menetap di Malaysia. Memilih Terengganu sebagai rumah nombor duanya hinggalah bertemu jodoh dengan isterinya, Nadifa Adnan.
Selepas setahun berkahwin, kehidupan mereka berdua menjadi lebih bermakna dengan kehadiran bayi lelaki. Ia sebagai penyambung zuriat dan bagi mengukuhkan silaturrahim pasanga suami isteri berlainan agama dan budaya ini.
Semua manusia di dunia ini mengimpikan untuk masuk ke syurga, biar apa pun amalan kita di dunia hanya satu impian untuk masuk ke jannah. Syurga diciptakan oleh Allah bagi memberi balasan yang baik kepada hamba-hambaNya yang sentiasa berusaha dalam mencari reda Allah.
Syurga adalah satu tempat yang penuh kesejahteraan, kesenangan, kenikmatan, kebahagiaan serta kemuliaan. Mereka yang masuk ke dalam syurga akan kekal abadi di dalamnya. Ada 8 pintu yang membenarkan amalan kita untuk kita menjadi ahli syurga.
Firman Allah di dalam Surah Furqan ayat 16: Mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki, mereka pula kekal di dalamnya. Balasan yang demikian adalah satu janji yang dijamin oleh Tuhanmu, lagi yang dipohonkan dan dituntut (dalam doa masing-masing).
Allah menyediakan nikmat yang sungguh besar bagi mereka yang sentiasa menjaga iman dan mengerjakan amal soleh. Kenikmatan itu bukan sahaja mereka akan dapat di syurga bahkan di dunia lagi mereka akan menikmatinya dengan jiwa yang tenang dalam setiap ujian Allah.
Para alim ulamak membahaskan nama-nama pintu syurga yang disediakan oleh Allah seperti mana yang terdapat dalam hadis nabi. Sabda baginda Rasulullah: Dalam syurga itu ada lapan pintu. – [HR Bukhari 3257].
Namun bagaimanakah cara kita untuk masuk ke lapan pintu syurga, dan ini Lapan pintu syurga yang diimpikan:
Ia di sediakan bagi mereka yang sentiasa mengerjakan ibadah solat termasuklah solat fardu dan solat-solat sunat.
Ia disediakan kepada mereka yang berjihad di jalan Allah bagi menegakkan kalimah Allah.
Ia disediakan kepada mereka yang suka berpuasa sama ada puasa wajib dan juga puasa-puasa sunat.
Ia disediakan kepada mereka yang suka bersedekah kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira waktu. Bulan ramadan ini peluang kita untuk memasuki syurga pintu sedekah.
Keempat-empat pintu yang di sebutkan di atas berdasarkan sabda Baginda Rasulullah: Sesiapa yang menginfaqkan sepasang dari hartanya (iaitu berjumlah dua seperti jika ia penternak kambing maka ia menginfaqkan dua ekor kambing) di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga; (lalu dikatakan kepadanya): “Wahai hamba Allah, inilah kebaikan (dari apa yang kamu amalkan).
Maka barang siapa dari kalangan ahli solat dia akan dipanggil dari pintu solat dan barang siapa dari kalangan ahli jihad dia akan dipanggil dari pintu jihad dan barang siapa dari kalangan ahli puasa dia akan dipanggil dari pintu Ar-Rayyan dan barang siapa dari kalangan ahli sedekah dia akan dipanggil dari pintu sedekah”.
Lantas Abu Bakar: “Demi ayah dan ibuku (sebagai tebusan) untukmu wahai Rasulullah, jika seseorang dipanggil diantara pintu-pintu yang ada, iaitu sebuah kepastian, namun apakah mungkin seseorang akan dipanggil dari semua pintu?” Baginda Rasulullah menjawab: “Benar, dan aku berharap kamu termasuk diantara mereka.” – [ HR Bukhari 1764].
Ia disediakan kepada umat islam yang tidak dihisab amalannya. Mereka yang di sebutkan Allah golongan kanan yang mana golongan kanan kebiasaanya berkat. Jika kita lihat dalam hadis-hadis nabi maka nabi menyukai belah kanan dan akan memulakan belah kanan dahulu. Firman Allah didalam Surah Al-Waqiah ayat 8: Iaitu puak pihak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu.
Sabda Rasulullah: Lalu dikatakan, “Wahai Muhammad, masukkanlah dari umatmu orang yang tidak ada hisab bagi mereka ke babul aiman (pintu paling kanan) dari salah satu pintu syurga, mereka bersama dengan manusia pada selain pintu itu.” – [HR Bukhari 4343].
Ia disediakan kepada mereka yang dapat mengawal kemarahan, emosi dan tidak mengikut hawa nafsu. Pintu ini juga disediakan kepada mereka yang dapat memaafkan orang lain dengan penuh keikhlasan.
Sabda Rasulullah: Sungguh Allah memiliki satu pintu di dalam syurga yang tidak ada orang yang memasukinya kecuali orang yang memaafkan suatu kezaliman. – [HR Ahmad 6908].
Ia disediakan kepada orang yang selalu mengerjakan ibadah taubat dan sentiasa beristighfar kepada Allah. Sabda Rasulullah: “Mahukah aku tunjukkan kepadamu satu pintu daripada pintu-pintu syurga?” Jawabku:Tentu. Baginda bersabda: “La Haula Wala Quata illa Billah (Tidak ada daya dan upaya kecuali milik Allah).” – [HR Tarmizi 3505].
Ia disediakan kepada mereka yang sentiasa mengasihani, menghormati dan membantu ibubapa dalam apa jua keadaan mereka.
Sabda Rasulullah: Ibu bapa (orang tua) merupakan pintu tengah syurga, maka jagalah kedua ibubapa kamu atau tinggalkan. [HR Ibn Majah 3653]
Maka seharusnya kita merebut peluang yang ada di Bulan Ramadan untuk sentiasa melayakkan diri untuk masuk ke dalam syurga Allah dengan amal ibadah penuh keikhlasan kepadaNya. Perkara yang paling kita risau ialah di mana pintu-pintu syurga tidak memanggil nama kita tetapi yang akan memanggil adalah pintu-pintu neraka. Nauzubillah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.