Kemurungan akibat tekanan perasaan, merupakan tanda-tanda yang menunjukkan seseorang individu itu mempunyai masalah kesihatan mental pada peringkat awal. Malah, hari ini ramai hijabi diluar sana yang menghidap depresi, anxiety kerana dihimpit pelbagai tekanan dalam kehidupan.
Sehubungan itu, Hijabista berkesempatan bertanyakan pandangan bidadari kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida Mohd Rashid tentang bertapa pentingnya kesihatan mental ini kepada wanita khususnya Hijabi di luar sana.
Kecantikan Dan Kesihatan Mental Mana Lebih Penting?
Ketika ditanya, adakah penting bagi wanita mengekalkan keterampilan sentiasa cantik meskipun sebenarnya dia sedang dying inside kerana terbeban dek tekanan hidup, ini penjelasan Datin Shahida.
“Bagi saya sebenarnya kesihatan mental lah lebih penting, kalau cantik pun tapi mental tak betul tak berguna juga kan? Sebab serius zaman-zaman sekarang ni banyak orang yang mengalami masalah mental.
“Bukan sebab diorang gila, tapi kerana tekanan mungkin kadang-kadang mereka, khususnya wanita depress sebab kita penat kerja, jaga anak lagi, nak masak lagi, jaga rumah tangga lagi,” ujarnya.
Tambahnya lagi, wanita sering dibebani dengan pelbagai tugasan harian. Itu belum masuk menguruskan kerjaya dan sebagainya. Lebih buruk lagi, apabila seorang wanita mula dihimpit tekanan tiada support system yang membantu meredakan tekanan ini.
“Kadang-kadang mungkin suami tak sedar kita (isteri) kemurungan. Kadang-kadang kita pun tak sedar yang kita sebenarnya ada masalah mental seperti kemurungan, depresi, suka bersendirian melayan rasa sedih,” katanya lagi.
Bila Depresi, Cari ‘Support System’ Untuk Luahkan Rasa!
Oleh itu, adalah penting bagi wanita dan juga hijabi diluar sana, sekiranya ada mula merasa tekanan atau depresi. Jangan simpan atau pendam seorang diri
Ads
“Jadi sebenarnya kepada orang-orang terdekat seperti ahli keluarga, suami kalau nampak isteri-isteri tu kemurungan ataupun nampak dia macam tiba-tiba sedih.
“Ataupun kita sendiri yang rasa macam tu. Kena ambil tindakan sewajarnya. Mungkin boleh bawa pergi bercuti ke. Kena mendengar masalah dia ke dan sebenarnya kesihatan mental penting.
“Sebab pada saya, bila mental sihat automatik kita punya badan pun sihat, muka pun cantik, macam tu lah. Kiranya, kecantikan itu akan datang from within. Sihat mental, maka terserlahlah kecantikan seoramg wanita itu,” jelasnya.
Ads
Betul kata Datin tu, kalau kita depresi jangan bertangguh lagi, segera cari tempat atau orang yang dipercayai untuk luahkan perasaan. Biar rasa lega dan tenang je nak jalani kehidupan ni. Baru lah Hijabi dapat kekalkan kecantikan luar dan dalam sebagai seorang wanita!
Nama pengacara serta personaliti TV Hawa Rizwana bukan lagi satu nama asing dalam industri hiburan tanahair.
Malah, Hawa merupakan salah seorang selebriti yang bukan sahaja sering menghasi kaca televisyen sejak mengambil alih tempat Neelofa sebagai pengacara program MeleTOP namun si cantik manis ini juga aktif dalam sukan berbasikal dan aktiviti sukan lasak.
Jika lihat di ruang akaun Instagram miliknya, setiap satu hantaran yang dimuat naiknya pastinya terselit tentang aktiviti-aktiviti melibatkan kecergasan ini.
Menurut Hawa yang ditemubual secara eksklusif menerusi HIJABISTA Show, hobi berbasikal sudah mula timbul semenjak dirinya masih kecil lagi.
“Waktu saya di Perlis dahulu, ketika saya masih berada dalam tahun 2 hingga 6, aktiviti berbasikal merupakan aktiviti wajib saya.
“Jadi ia merupakan salah satu gaya hidup sihat dipraktikkan dalam kehidupan harian saya,” katanya.
Namun, tambahnya, apabila sudah berpindah ke Kuala Lumpur, dia tidak berpeluang untuk melakukan aktiviti berbasikal kerana faktor kesibukan jalan raya yang merbahaya.
“Apabila saya dan keluarga mula berpindah ke Kuala Lumpur, ibubapa saya tidak membenarkan saya untuk berbasikal di kawasan Kuala Lumpur atas faktor keselamatan.
Tambahan pula saya seorang sahaja anak perempuan jadi, mereka lebih berhati-hati dalam hal ini,” jelasnya lagi.
Ibu bapa saya yang terlalu menjaga sehinggakan saya nak sertai bola jaring dan boling pun tidak dibernarkan. Jadi, semasa di sekolah menengah, saya banyak menghabiskan masa dengan aktiviti menari sahaja.
Kongsinya lagi, dia kembali melakukan aktiviti berbasikal apabila dia sudah bekerja dan sudah mempunyai kenalan-kenalan yang turut sama melakukan aktiviti berbasikal.
Bagaimanapun, bermula dari tahun 2019, dia mula mengaktifkan dirinya dengan berbasikal di merata tempat termasuklah di kawasan Kuala Lumpur International Airport dan juga Desaru.
“Sejak 2019, bila dah ada kawan-kawan yang suka berbasikal, saya mula berkayuh di area Kuala Lumpur. Jadi, sebenarnya, minat berbasikal ini sudah lama ada di dalam diri sejak kecil lagi,” ujar Hawa.
Selain berbasikal, kini Hawa dilihat semakin sinonim dengan aktiviti sukan seperti Marathon, Bola Jaring dan aktiviti sukan lasak seperti menawan puncak gunung dan Hiking sejak menyertai program Real Men Malaysia: Wira Merah.
Patutlah, tengok Hawa ni sentiasa cergas dan bertenaga walaupun tak menang tangan menguruskan kerjaya. Kuncinya, adalah amalan gaya hidup sihat dan rajin bersenam agar badan kita bertambah stamina dan semakin cerdas!
Hijabi yang mahu kekal aktif dan cergas, boleh la buat aktiviti senaman di waktu senggang seperti Hawa ni ya!
Solat Subuh yang hanya dua rakaat mempunyai hikmah yang tersendiri jika direnungkan dalam perspektif ilmu sains khususnya sains biologi dan fizik.
Rasulullah SAW memberitahu bahawa mereka yang taat dalam mendirikan solat Subuh bakal dikurniakan cahaya yang terang pada hari kiamat kelak.
“KEGEMBIRAAN WAKTU SUBUH – JANGAN TINGGALKAN 10 PERKARA”
Kita sebagai umat Rasulullah ﷺ diberi banyak keistimewaan dengan ganjaran pahala yang tidak diberikan kepada umat terdahulu…betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita.
Waktu subuh mempunyai ganjaran yang begitu besar jika seseorang itu mengetahui kelebihannya. Kita wajib mensyukuri dan akan ketahui akan nikmatnya ketika menutup mata, berada di Padang Mahsyar dan di hari Kiamat kelak.
JANGAN TINGGALKAN 10 PERKARA
1. Solat sunat sebelum subuh (selepas fajar sadiq)
#Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Riwayat Abu Daud, Muslim dan al-Nasa’i)
Malah disebabkan nilainya yang begitu tinggi, disunatkan mengqada solat sunat fajar itu sekiranya terlewat waktunya, sama ada setelah selesai solat Subuh atau setelah terbit matahari.
2. Ketika solat sunat fajar isi dengan bacaan surah
Saiyidina Umar ketika bertamu di rumah Rasulullah ﷺ “aku selalu mendengar Rasulullah ﷺ membaca surah al Kafirun (rakaat pertama) dan al-Ikhlas (rakaat ke-2). Surah ini berkaitan dengan aqidah, maka hendaklah dipasakkan dalam diri agar dapat mengukuhkan keimanan kita.
Di samping itu, boleh juga baca surah al Insyirah dan al Fiil sebab ulama berkata “tidak akan terkena padanya yang menyakitinya hari itu.” Membaca kedua-dua surah tersebut sebagai pendinding di awal pagi.
3. Solat subuh (samada berjemaah atau tidak)
Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin, maka dia akan masuk syurga.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban). Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah solat Subuh dan Asar.
Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya Nabi ﷺ bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]
5. Sesiapa yang solat Subuh berjemaah kemudian berdoa,
اللهم زقنا الإستقامة
“Allahumma zugna istiqamah”
Ya Allah rezekikan kami istiqamah
Umpama beribadah sepenuh malam mulai daripada waktu Maghrib hingga Subuh.
5. Selepas memberi salam solat Subuh, jangan dirongkai kaki (duduk tawaruk) dan jangan bercakap lalu membaca zikir tersebut.
Rasulullah ﷺ bersabda, sesiapa yang membaca zikir berikut 10 kali sesudah solat Maghrib dan Subuh:
Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya,
Bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, ditangan-Nya kebaikan,
Yang menghidupkan dan mematikan serta Dia berkuasa membuat segala sesuatu.
Maka akan dicatat baginya ganjaran untuk setiap kali bacaan 10 pahala, dihapuskan 10 dosa, diangkat 10 darjatnya, di samping itu menjadi perlindungan dari syaitan.
6. Jangan tinggalkan membaca:
اَللّهُمَّ اَجِرْنَا مِنَ النَّارِ (×7)
Siapa yang selesai solat Subuh dan Maghrib lalu membaca “Allahumma ajirna minannar (Ya Allah, lindungilah kami dari api neraka)” 7 kali, jika meninggal pada malam itu nescaya Allah menulis baginya perlindungan dari api neraka.” (HR Nasa’i dan Abu Dawud dari al Harist bin Muslim)
Dengan membaca doa ini, api neraka akan berkata kepada Allah, “Ya Allah, jauhilah orang itu daripada aku Ya Allah.”
7. Sebelum ke masjid/surau, selepas solat sunat Subuh, rebahkan badan di rusuk sebelah kanan lalu baca doa “Allahumma robba Jibril wa robba Mikail wa robba Israfil wa robba Muhammad, ajirna minnar ”
“Ya Allah, Rabb Jibril, Mikail, Israfil dan Muhammad, lindungilah kami dari api neraka.”
**Perbuatan merebahkan badan sebagai 1. Sunnah Nabi 2. Kedudukan badan dalam kubur 3. Kedudukan jantung 4. Menunjukkan betapa lemahnya kita tidak mampu melaku kan apapun tanpa kekuatan dari Allah.
8. Jangan lupa bawa dan masukkan duit dalam tabung masjid/surau
Jika tidak sempat sediakan “Tabung Subuh” di rumah, dikumpulkan setiap hari dan disedekahkan kepada masjid/surau.
Dari Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
“Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada orang yang suka berinfak.” Malaikat yang kedua berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebinasaan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).” (HR. Bukhari dan Muslim)
9. Jangan tinggal selepas solat Subuh membaca zikir ini dengan ucapan “Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi, wa ridhoka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi ” (HR Muslim).
Maknanya: Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘Arasy-Nya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (HR Muslim)
10. Baca ” …innama sana’uu kaidu saahir wa ka yuflihus saahiru haithu ataa” Surah Taha: 69
“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana ….sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.
Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang memuliakan waktu Subuh.
Apabila anda mempunyai kulit berminyak, mencegah kilauan di wajah yang secara praktikal memang menakutkan kerana masalah ini tidak dapat dielakkan. Pembaikan cepat mengatasi masalah ini seperti kertas pelekap dan serbuk penetapan yang terbaik. Jika anda benar-benar ingin mengurangkan minyak di wajah selain pembersih dan pelembap, toner mungkin bermanfaat.
“Toner biasa mendapat review buruk kerana generasi sebelumnya merosakkan kulit dengan bahan-bahan yang mengandung alkohol, mengikut pandangan pakar dermatologi. Ini menjejaskan penghalang kulit, menyebabkan kerengsaan, kekeringan, jerawat, dan lebih banyak minyak diproduksi. Tetapi hari ini, toner memberi tumpuan untuk menghidupkan kembali kulit anda, terutamanya jika kulit muka anda berminyak atau mudah berjerawat. Toner moden biasanya menyokong pergantian kulit yang lebih sihat dan mempersiapkan kulit untuk menerima bahan aktif lain yang digunakan selepas toning.
Cari bahan utama: Cari asid beta-hidroksi (BHA), asid alfa-hidroksi (AHA), atau asid poli hidroksi (PHA) – seperti asid salisilik, glikolik, atau laktik – dalam kepekatan yang lebih rendah, kerana bahan ini mampu mengelupaskan kulit, membersihkan liang pori dan mengurangkan pengeluaran sebum, kata pakar dermatologi yang diperakui.
Sulfur juga mempunyai sifat anti-radang dan pengatur minyak. Sulfur berguna untuk jenis kulit berminyak dan rawan jerawat. Untuk memastikan toner yang anda pilih tidak akan terlalu kering, pastikan bahawa, selain pejuang minyak ini, ia mengandungi bahan-bahan yang menenangkan seperti lidah buaya, niacinamide dan antioksidan.
Jauhi bahan tambahan yang keras: Elakkan toner yang tinggi alkohol atau astringen lain, kerana ini akan menyebabkan kekeringan dan mencetuskan lebih banyak pengeluaran minyak. Mana-mana toner yang mengiklankan bahan-bahan seperti alkohol atau which hazel yang tinggi atau memuliakan sifat astringen dan pengelupasan harus dielakkan. Wangian sintetik yang boleh menyebabkan kegatalan, perlu dielakkan.
Perhatikan masalah kulit yang lain: Sekiranya anda mempunyai jerawat dan kulit berminyak, anda tidak mahu menggunakan toner banyak yang menyebabkan pengelupasan dan mengeringkan kulit juga mendorong pengeluaran minyak. Kulit berminyak tetapi juga menderita rosacea, anda perlu elakkan which hazel dan jangan gunakan asid glikolat atau benzoil peroksida yang berlebihan, kerana ia boleh mencetuskan kemerahan pada wajah.
Perlu mencuba: Dengan hanya melihat label atau kandungannya, mustahil untuk mengetahui toner terbaik untuk kulit anda, pembungkusan itu tidak akan memberi anda petunjuk betapa kuatnya bahan yang terkandung sehingga anda mencuba terlebih dahulu.
Akhirnya, hanya menggunakan produk yang memberi manfaat pada kulit wajah anda dan memberi kesan terbaik. Di bawah ini, pakar dermatologi berkongsi toner yang mereka cadangkan untuk kulit berminyak, dengan pilihan untuk setiap titik harga dan anda akan rasa perubahannya apabila mencuba.
Toner ini mengandungi asid glikolat, AHA yang menghilangkan lemak berlebihan, menghapuskan sel-sel kulit mati dan membuat kulit terasa lebih halus. Bahan terkandung seperti lidah buaya untuk menghidrat dan menenangkan, sementara bahan lain ginseng memberikan kesan pencerahan. Jangan takut dengan kata kunci “bercahaya” di sini. Kulit anda akan kelihatan segar, dan tidak terlalu lembab.
AcneFree’s Witch Hazel Mattifying Toner mengandungi gabungan ramuan yang hebat. Witch hazel mengecilkan pori-pori, asid glikolik dan laktik untuk sementara waktu secara perlahan-lahan mengelupas dan membuang lebihan minyak, lidah buaya dan gliserin hidrat dan menenangkan, dan chamomile menenangkan keradangan.
Toner ini bebas alkohol, paraben dan bebas wangian. Malah engandungi bahan-bahan yang menenangkan seperti ginseng dan lidah buaya untuk menenangkan kulit ketika asid glikolik berkerja menangani masalah minyak.
Toner bebas alkohol ini menggunakan bahan berkualiti tinggi yang bersumber dari alam semula jadi, 100% cruel free dan tidak menggunakan ramuan haiwan (kecuali lilin lebah). Which hazel organik yang ditanam sendiri, astringen semula jadi yang menjadi terdapat dalam bahan utama toner ini termasuk kelopak mawar, air kelapa, lavender dan timun.
Toner ini mungkin sesuai untuk semua jenis kulit, tetapi Neutrogena’s Pore Refining Toner sangat bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak. Ia mengandungi asid alfa dan beta-hidroksi, yang membantu kurangkan minyak dan mengelupaskan kulit dengan lembut.
Selain bebas alkohol dan wangian, toner ini hanya mengandungi tiga bahan untuk memerangi kulit berminyak, dan sesuai untuk mereka yang berada di hujung spektrum sensitif. Toner ini yang sangat serba boleh kerana anda boleh menyemburkannya di wajah anda setelah membersihkannya untuk menyerap minyak dan menganjalkan kulit, tetapi anda juga boleh menyemburkannya untuk kekalkan solekan anda sepanjang hari kerana bahan-bahan yang terkandung seperti air, garam, dan zink sulfat tidak akan menyebabkan kerengsaan.
Bahan seperti stellar trifecta of salicylic, lactic, and glycolic acids dalam toner ini adalah impian untuk kulit yang berjerawat. Terlebih lagi, ia juga mengandungi which hazel untuk membantu mengetatkan liang, serta minyak botani seperti teh hijau, kayu putih, algae, dan Irish moss untuk semburan hidrasi dan antioksidan.
Toner ini mengandungi asid glikolik dan salisilik untuk membantu mengurangkan pengeluaran minyak, sekaligus membersihkan kulit dan membantu melawan jerawat. Bahan yang menenangkan adalah kayu putih, yang menenangkan kulit,” kata pakar dermetologi. Bebas wangian dan paraben, tetapi mengandungi alkohol.
Glossier mengandungi gabungan tiga kumpulan asid yang baik untuk kulit berminyak (alpha-hydroxy, beta-hydroxy, dan polyhydroxy acid). Ia menyahkan sel-sel kulit mati dan membantu memperbaiki penampilan pori-pori yang membesar, kemerahan, dan noda.
Formula toner La Mer diselitkan dengan tambahan alga yang secara signifikan mengurangkan lebihan minyak dan mengimbangi kulit menjadi kegemaran mereka yang mempunyai kulit berminyak yang terlampau.
Mencuci: Penyegar tidak boleh digunakan untuk membersihkan kulit sendiri, melainkan digunakan sebaik sahaja anda membersihkan. Semakin lama anda menunggu, semakin kering kulit anda dan keberkesanan toner akan berkurang.
Geser ke atas: Dengan menggunakan swab atau alas kapas, sapukan toner anda dengan menepuk lembut ke kulit. Jangan lap terlalu keras atau gosok kerana gerakan ini boleh menyebabkan produk menguap daripada menyerap ke dalam kulit.
Cari frekuensi yang tepat: Seberapa kerap anda menggunakan toner bergantung pada ramuan yang terdapat di dalamnya, dan juga ramuan dalam produk penjagaan kulit lain yang anda gunakan.
Sekiranya toner anda mengandungi bahan-bahan yang menghidrat dan menenangkan, atau jika produk penjagaan kulit anda yang lain tidak terlalu keras, maka dua kali sehari harus melakukan rutin ini. Tetapi jika ramuan dalam toner anda dan produk penjagaan kulit yang lain lebih sukar, mungkin menjengkelkan untuk menggunakan toner anda lebih dari sekali sehari. Sesuaikan kulit anda dan sesuaikan dengan sewajarnya.
Peringatan: Asid alfa dan beta-hidroksi dapat menyahaktifkan retinoid, jadi jika anda menggunakan retinoid pada waktu malam, jangan menggunakan toner dengan bahan-bahan ini sebelum menggunakan retinoid. Selesaikan dengan pelembap – bahkan kulit berminyak memerlukan penghidratan untuk mengelakkan minyak berlebihan sepanjang hari.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.