Penyanyi muda yang sedang meningkat naik, Iman Troye meluahkan rasa terujanya apabila wajahnya kini terpampang di papan iklan New York City Times Square, Amerika Syarikat.

Rasa sangat bersyukur, pemilik nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, itu juga berasa seronok kerana diberi peluang  untuk mewakili negara Malaysia dan Indonesia bagi iklan Spotify tersebut.

mama muka adik kat billboard! 🥺❤️ Alhamdulillah! so glad to be featured on Equal, representing Malaysia & Singapore on New York City Times Square!✨ terima kasih semua!!! @spotifyasia <3

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas penghormatan ini. Ini satu kejayaan besar buat saya yang masih agak baru dalam industri muzik tempatan.

“Apatah lagi sebagai seorang penyanyi wanita berhijab, ia sesuatu yang diharap memberi inspirasi. Moga ini juga menjadi penyuntik semangat untuk saya terus berkongsi bakat.

IKLAN

“Selain itu, saya turut berterima kasih atas segala doa dan sokongan yang tidak pernah padam daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat saya,” jelas penyanyi lagu Nang itu.

Dihujani ribuan komen, ramai peminat dan rakan artis yang turut mengucapkan tahniah buatnya termasuklah Sherry Alhadad dan Sarah Suhairi.

IKLAN

Buat pengetahuan semua, Iman Troye merupakan artis tempatan keempat yang menghiasi papan iklan itu selepas Yuna, Layla Sania dan juga kumpulan Dolla.

IKLAN

sumber: Kosmo

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI