Pertandingan ratu cantik merupakan sebuah pertandingan yang bertujuan untuk memperkasakan wanita dan juga memberi peluang kepada pesertanya untuk membawa nama negara ke tahap yang lebih tinggi.
Jika dahulu pertandingan ini lebih terarah kepada mereka yang tinggi lampai dan kurus seperti model. Namun saban tahun standard kecantikan sudah berubah kurus, gemuk, tinggi dan rendah bukan lagi menjadi ukuran. Sebaliknya, personaliti, misi kemanusiaan dan juga cara pembawaan diri menjadi pilihan selain penampilan yang menarik.
Kini, memecah tembok dunia ratu cantik, gadis berhijab dari Somalia, Khadija Omar menjadi peserta berhijab pertama yang mewakili sebuah negara dalam pertandingan ratu cantik berprestij iaitu Miss World. Tahun ini pertandingan tersebut diadakan di Puerto Rico dan malam finale akan dilangsungkan pada 16 Disember 2021.
“Saya tidak percaya saya adalah Miss World Somalia yang pertama. Sesiapa yang mengenali saya, tahu berapa lama saya berhasrat untuk bertanding dalam pertandingan dan mewakili gadis berhijab di seluruh dunia.
Ads
“Saya harap ini memberi inspirasi kepada gadis-gadis muda berhijab dan mengingatkan mereka bahawa mereka boleh bermimpi setinggi yang mereka cita-citakan. Saya tidak sabar untuk mencipta sejarah di Puerto Rico. Menunjukkan kepada dunia betapa cantiknya Somalia dan sekaligus membanggakan negara,” kongsi wanita anggun berusia 20 tahun ini.
Khadija bersama peserta Miss World 2021 yang lain di Puerto Rico.
Sedikit maklumat mengenainya, Khadija merupakan seorang jurusolek dan sekarang merupakan pelajar dalam jurusan psikology di York University Kanada. Sebelum berpindah ke Kanada, dia pernah tinggal di Kem Pelarian Nairobi, Kenya. Walaupun sudah tinggal di negara asing, kecintaannya kepada Somalia tidak pernah padam.
Ini dibuktikan menerusi projek ‘Beauty with a Purpose’ yang menjadi satu kewajipan bagi peserta Miss World kendalikan. Khadija akan bekerjasama dengan UNHCR dan Somali Youth Action dalam mewujudkan program pendidikan mata pencarian dan iklim terutamanya untuk wanita dan kanak-kanak.
Sebelum ini sudah ramai wanita berhijab yang memasuki pertandingan seperti Miss Universe dan Miss World di peringkat negara mereka, namun masih belum ada yang berjaya mewakili negara masing-masing ke peringkat antarabangsa.
Semoga Khadija berjaya mencipta sejarah dan ini menjadikan lebih ramai wanita berhijab menjadi wakil negara mereka. Membuktikan yang hijab bukan halangan dan beban sebaliknya satu simbol kekuatan.
“Pulut Panggang ni kuih yang terlalu nostalgik untuk saya, memang kalau makan, terus akan dibawa ke zaman Mama Daddy meniaga tepi jalan jual kuih & nasi lemak.
“Maybe sebab takde masa lain Mama akan buat pulut panggang ni. Sampai sekarang dah tak makan dah sebab memang Mama takde buat dah. Cuma time nak meniaga dulu tu je. Dan Mama buat memang sedap sungguh sungguh.
“Tapi yang ni bukan Mama buat. Thank you pulun berusaha besarkan kami dalam kesempitan. Kami tak rasa kekurangan bila kenangkan kesusahan tu, yang ingat cuma memori kita satu keluarga bahagia bersama @nanirostam,” tulis Hanis.
Selepas berkongsi kisah, ramai pengikut laman sosialnya yang turut berkongsi rasa dengannya serta memuji Hanis kerana tidak pernah melupakan asal usul walaupun kini sudah mengecapi kejayaan dalam hidup.
Untuk rekod, Hanis Zalikha merupakan seorang penulis blog, model, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau pernah dicalonkan untuk anugerah Most Influential Blog Award pada tahun 2011.
Hanis mula memperlahankan kegiatan seninya untuk memberikan fokus dan perhatian kepada keluarga, membesarkan anak-anak dan perniagaan mesra muslim miliknya dibawah jenama Cakenis.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Selain daripada membaca Al-Quran ataupun mengerjakan solat sunat selepas solat, amalan membaca doa juga amat disarankan supaya kita mendapat ganjaran pahala dari-Nya serta dapat mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.
Pilihan doa dibawah ini merupakan pilihan doa yang mudah dan ringkas untuk dibaca dan diamalkan selepas menunaikan solat fardhu.Tidak kira bila dan dimana, pilihan doa pendek ini memiliki kebaikannya tersendiri. Semoga amalan ini diterima oleh-Nya dan selalu diberkati oleh Allah S.W.T. Selamat beramal!
“Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.”
“Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.”
“Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.”
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.”
“Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.”
“Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
“Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid.”
“Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”
Bacaan Rumi:
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalam ‘ala saiyyidil mursalin wa imamil muttaqin, wa ‘ala alihi ahli baitihi wasohbihi ajmain.
Allahumma inna nas aluka salamatan fiddin wa afiyatan fil jasad, wa ziyadatan fil ilmi wabarakatan fil rizki, watau batan qoblal maut warahmatan indal maut, wa magfiratan ba’dal maut.
Allahumma hauwin alaina fil sakaratil maut, wannaja ti minannar wa afwa indal hisab.
Rabbana laa tuzig kulubana ba’ da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah, innaka antal wahhab.
Allahhuma ahyina bil imaan, wa amitna bil imaan, wa adkhilnal-jannata ma’al imaan.
Allahumagfirlana zunubana waliwa-lidaina war hamhumma kama robbayana soghri-ro.
Allahummahtim lana bi husnil-khotimah, wala tahtim alaina bi suu-il-khotimah.
Wassalallhu ‘ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wa sohbihi wassalam, walhamdulillahi robbil alamin.
Maksud Doa:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi Muhammad), serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.”
“Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab). Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.”
“Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.”
“Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil.”
“Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab api neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam.”
Doa yang keempat adalah doa ringkas yang anda boleh membaca selepas solat Maghrib.
Bacalah “Allahumma Ajirnii Minan-nar “ sebanyak 7 kali.
Maksud doa:
“Ya Allah, lindungilah aku daripada api neraka” sebanyak 7 kali. Sesungguhnya apabila engkau mengucapkannya kemudian engkau mati malam itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka. Dan ucapkan juga selepas solat subuh. Sesungguhnya jika engkau mengucapkan kemudian engkau mati pada hari itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka.”
(Riwayat Abu Daud)
Doa selepas solat kelima iaitu doa yang terakhir juga merupakan doa yang anda boleh membaca selepas solat Maghrib.
Anda boleh membaca “Laa Ilaha Illallahu Wahdahu Laa SyariiKalah, Lahul-Mulku Walahul-Hamdu, Yuhyi Wayumitu Wahuwa ‘Ala Kulli Syai’in Qodir “ sebanyak 10 kali.
Maksud doa:
Siapa yang membaca, “Tiada tuhan yang patut disembah selain Allah semata yang tiada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” sebanyak 10 kali selepas Maghrib, pasti Allah akan mengirimkan sepasukan malaikat bersenjata yang menjaganya daripada syaitan sehingga pagi hari, Allah akan memberikan 10 pahala yang menghantarnya ke syurga, menghapuskan 10 dosa yang mencelakakannya, dan bacaan itu sama nilainya dengan memerdekakan 10 orang hamba mukmin.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masih ramai di antara sebenarnya yang tidak tahu bagaimana caranya untuk menyiang ikan. Iyelah, sekarangkan sudah banyak ikan di pasaraya yang sudah siap disiang bagi memudahkan urusan anda memasaknya.
Tapi, tak salah pun jika anda mahu belajar menyiang ikan malah lebih bagus kerana dapat meningkatkan kemahiran anda bila di dapur. Senang je sebenarnya caranya.
Ikut sahaja cara menyiang ikan yang telah dimuat naik oleh Sumaiyah Nasri di laman Tik Tok ini. Mudah je tau!
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan terima kasih di atas perkongsiannya yang sangat bermanfaat itu selain ada juga yang mengusiknya mengatakan berbaloi jika nilai hantaran perkahwinannya tinggi disebabkan kemahiran yang dimiliki. Hehe!
Ramai yang pandai siang tetapi akui belum pernah cuba teknik sepantas ini, dengan pengalamannya meniaga ikan di pasar, hijabi ini senang berkongsi ilmu dan rata-rata terkesima dan akui teknik yang diajarnya memudahkan cara. Tiada alasan lagi tak pandai siang ikan ya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.