Kalau tak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya. Begitulah perumpamaan yang tepat bagi meraikan kejayaan dua gadis hijabi, Nor Fazrina Fazrin Hassan dan Iffah Irdina yang telah bertungkus lumus menguruskan perniagaan ‘Pulut & Kopi’ selama satu tahun.
Kedua hijabi ini memulakan langkahnya dengan ditemani sebuah van usang bersama sekaki payung comel berwarna putih, ditepi jalan di sekitar Kajang yang menjual makanan tradisi melayu iaitu secangkir kopi Arin dan Pulut Kuning Tradisi aneka lauk.
Cukup Setahun Meniaga, Rezeki Buka Kafe ‘Hipster’ Sendiri!
Hasil kegigihan dan titik peluh dua wanita muda ini yang tidak pernah mengalah dan berputus asa menghadapi cabaran, membuatkan perniagaan mereka berkembang pesat dan mengaut keuntungan di luar jangkaan.
Malah, Genap setahun mengusahakan perniagaan Pulut & Kopi, pasangan hijabi ini telah dikurniakan rezeki tak terjangka dari Allah iaitu mereka berjaya membuka kafe mereka sendiri, berbekalkan keuntungan perniagaan yang dikumpul sepanjang tempoh itu.
Terdahulu, kisah Pulut & Kopi ini tular dilaman sosial berikutan keunikan gerai jalanan mereka yang berkonsepkan ‘old school’ hingga berjaya meraih perhatian sekaligus menjadi sorotan ramai.
Memetik laporan sebuah portal infortainment, dua usahawan muda berjaya ini, Nor Fazrina Fazrin, 28, atau Arin berkata, dia dan juga rakan kongsi perniagaan yang merupakan sahabat karibnya sendiri, Iffah Irdina tidak pernah menjangkakan semua ini.
Jelasnya lagi, tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa satu hari, gerai tepi jalan yang diusahakan mereka bakal menjangkau ke tahap lebih tinggi, apatah lagi hingga berjaya memiliki kafe sendiri dalam tempoh singkat satu tahun.
“Masa mula-mula buka kafe Pulut & Kopi, sejujurnya terlintas juga perasaan takut dan bimbang di kepala saya dan Iffah. Sebab sebelum ini tak terfikir berjaya ada kafe.
“Bila dah ada kafe, semestinya komitmen pun bertambah. Memanglah orang kata, senang berniaga tepi jalan sebab tak payah bayar apa-apa komitmen. Tapi sampai bila nak berniaga tepi jalan?
“Jadi, berbekalkan keberanian, kami mencuba. Adat berniaga, turun naik mesti ada tapi apa yang kami buat adalah cuba untuk kekalkan kualiti dan rasa seperti sebelum ini,” ujarnya.
‘Renovate’ Sendiri Cafe Tanpa Khidmat Kontraktor
Apa yang lebih menarik perhatian Hijabista adalah apabila Arin memaklumkan, mereka langsung tidak mengambil khidmat kontraktor bagi tujuan merenovasi kafe mereka, sebaliknya ia adalah hasil usahasama mereka berdua dengan bantuan dua lagi rakan lelaki.
Ads
“Dari bancuh simen, ikat bata hinggalah dekorasi, semuanya kudrat kami berempat. Sejujurnya, kami tidak mengambil sebarang loan untuk renovasi.
“Guna keuntungan dari rolling gerai saja. Jadi konsep kafe ini simple dan minimalis,” kongsinya.
Bagaimanapun, mengulas berkenaan perubahan menu kafenya itu, Arin menjelaskan bahawa mereka masih mempertaruhkan menu ‘signature’ iaitu kopi dan pulut kuning.
Cuma terdapat penambahbaikan menu kafe yang memperkenalkan menu baharu bertemakan makanan tradisi Melayu.
“Untuk menu makanan, kami tambah lempeng dan nasi impit untuk dipadankan dengan rendang ayam, rendang daging atau sambal ikan bilis petai. Ada juga kuah kacang. Dan terbaharu ada kek sarang semut dan roti kukus. Semuanya menu Melayu, tiada menu masakan barat.
Ads
Sejak beroperasi di kafe pada Mac tahun lalu, Arin menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana sambutan menggalakkan yang diterima dalam tempoh kira-kira 10 bulan itu.
“Orang ramai yang mula-mula sokong sejak Pulut & Kopi bermula di rumah dan di gerai tepi jalan, masih terus menyokong sehingga ada kafe.
“Tak kurang juga, ada yang beritahu datang dari jauh selepas tahu dari media sosial.
Semua inilah yang membuatkan Pulut & Kopi sentiasa bersemangat waja untuk kekal berdiri megah meskipun terpaksa bersaing sengit dengan kafe-kafe hipster lain, yang wujud ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Sebagai rekod, Kafe Pulut & Kopi terletak di Bandar Teknologi Kajang, kira-kira 300 meter dari lokasi tapak gerai sebelum ini. Ia beroperasi setiap hari kecuali Jumaat, bermula 9.00 pagi hingga 7.00 petang.
Baru-baru ini negara digemparkan dengan kemenangan pelakon antarabangsa tanahair, Datuk Michelle Yeoh yang berjaya merangkul Anugerah Oscar sekaligus membuatkan nama Malaysia dikenali seantero dunia.
Namun, apa yang lebih menarik pada acara berkenaan adalah apabila tetamu jemputan perlu ‘berjalan’ di karpet merah sebelum memasuki gerbang Anugerah penghargaan paling berprestij, Academy Awards ke-95 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles itu.
Kehadiran Tetamu Ikonik Malala Yousafzai, Pertama Kali Jejak Kaki Ke Oscar
Malah, kehadiran teramu yang berjalan di atas karpet merah merupakan antara tradisi, untuk menghargai fesyen atau penampilan tetamu yang ‘extravagaza’ dan luar biasa ketika menghadiri majlis gilang gemilang itu.
Antara yang berjaya meraih tumpuan media dan Hijabista adalah kehadiran figura yang tidak asing lagi dikenali sebagai pemenang Nobel, Malala Yousafzai.
Malala merupakan figura yang ikonik yang sering membela nasib kaum hawa sedunia sebagai aktivis yang menjaga dan mempertahankan hak wanita.
Malah kehadiran beliau pada Anugerah Oscar kali ini merupakan kehadiran kali pertama dalam sejarah anugerah berprestij itu.
Malala Yousafzai Hadir Oscar Mengenakan Selendang Melitupi Kepala
Selain itu, penampilan Malala yang memilih untuk menggayakan busana dress berona perak jenama Ralph Lauran, serta lengkap dengan selendang melitupi bahagian kepalanya telah membuatkan dirinya tampil berbeza dari kebanyakkan pengunjung dan selebriti yang menghadiri acara tersebut.
Ketika disoal media berhubung perasaanya menyertai majlis anugerah mega ini, Yousafzai, 25, mengakui dirinya berasa sungguh teruja kerana berpeluang berada di Oscar dan menyaksikan sendiri acara berprestij itu.
“Ia seperti mimpi, ini kali pertama saya di sini (Oscar). Terlalu ramai wanita yang hebat dan menarik hadir di sini membuatkan saya tidak percaya untuk turut berada di sini,” katanya lapor salah sebuah portal berita antarabangsa.
Hijabista difahamkan bahawa, kehadiran Yousafzai di Oscar adalah menerusi tiket sebagai Penerbit Eksekutif Dokumentari Pendek berjudul ‘Stranger At The Gate’.
Namun, tanpa di sangka-sangka, dokumentari tersebut juga menjadi antara calon bagi kategori Dokumentari Terbaik Oscar.
“Karya ini adalah sebuah cerita yang sangat kuat tentang keampunan dan keinsafan.
“Saya rasa sangat terhormat kerana dapat menjadi salah seorang penggerak karya ini,” katanya.
Sekadar info, kehadiran wanita muda yang pernah ditembak di kepala oleh Taliban kerana memperjuangkan hak pendidikan pelajar perempuan di Pakistan itu disifatkan berani, apabila tampil lain daripada penampilan selebriti perempuan yang hadir apabila memakai dres lengkap selendang.
Tiada yang dapat menggambarkan perasaan teruja dan gembira apabila berpeluang meraikan bulan Ramadan bersama keluarga tercinta. Begitulah perasaan yang dirasai oleh pasangan sejoli, Ernie Zakri dan Syamel apabila kehadiran puteri sulung mereka, Nur Khawla Soleha mewarnai sambutan Ramadan pada tahun ini.
Berbicara soal sambutan Ramadan bersama puteri sulungnya, Hijabista menemu ramah secara eksklusif pelantun lagu Ku Bersuara dan Boneka, Ernie Zakri tentang pengalamannya menyambut bulan suci Ramadan ini sebagai seorang ibu.
“Pengalaman puasa yang sangat berbeza..”
Menyentuh soal pengalamannya berpuasa bersama anaknya, Ernie Zakri menyatakan bahawa ia merupakan sebuah pengalaman yang berbeza dan indah. Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anaknya, bulan Ramadan kali ini mengajar dirinya erti tanggungjawab yang sebenar.
“Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anak, ia memberi rasa keterujaan kepada diri saya. Walaupun berpuasa, saya harus memastikan anak saya mendapat bekalan susu yang secukupnya,” ujarnya gembira.
Namun, tambahnya lagi, sebagai seorang wanita yang masih baru bergelar ibu, sememangnya ia bukanlah proses yang mudah. Setiap hari pasti ada sahaja kesukaran dan cabaran yang dihadapinya, namun ia merupakan proses terbaik untuk dirinya belajar menjadi ibu yang baik kepada Nur Khawla Soleha.
“Jujurnya, ia bukanlah sebuah proses yang mudah. Saya mengalami sedikit kesukaran saat pertama kali bergelar ibu. Cabarannya lebih kepada menyusukan anak dan kadang-kala saya jadi sedikit buntu apabila anak menangis. Tak tahu sama ada dia mahukan susu atau sebaliknya.
Tetapi saya ambil pengalaman ini sebagai sebuah proses untuk saya belajar dan memperbaiki setiap kelemahan diri saya untuk menjadi seorang ibu yang baik kepada anak saya,” tambah Ernie.
“Tidak terlalu berbelanja raya untuk Nur Khawla..”
Kongsi Ernie, sambutan Ramadan kali ini amat bermakna buat dirinya dan suami. Namun, dari segi perbelanjaan raya, dia lebih selesa untuk berbelanja secara sederhana untuk Nur Khawla kerana puteri sulungnyaitu masih lagi kecil.
“Nur Khawla berusia dua tahun pada sambutan Aidilfitri tahun ini. Jadi, perbelanjaan rayanya bersederhana sahaja. Apa yang penting, kehadirannya mengubat sedikit rasa sayu apabila kami meraikan Aidilfitri nanti tanpa ibu mertua saya,” ujarnya lagi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Terang, ceria dan ceria! Itulah jawapan bagi mereka yang mahu menjalani kehidupan selepas pandemik ini, fesyen adalah tentang berseronok dan teruja untuk memilih pakaian semula!
Banyak penampilan kasual yang dipadankan dengan potongan kenyataan tidak menjejaskan keselesaan. Seronok melihat cara pereka terus bereksperimen dengan mencampurkan cetakan dan warna berani, menggabungkan barang kemas dan perincian funky dengan aksesori yang dihiasi. Jika respon itu tidak mencukupi untuk membuatkan anda teruja menjalani kehidupan harian, kami tidak tahu apa yang akan berlaku. Jom lihat idea dan tip untuk anda yang mulakan tahun baru walaupun sudah masuk ke bulan Februari.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
1. Warna menyerlah
Warna utama yang menarik! Ini termasuk keseluruhan kotak warna Crayola anda, bukan hanya merah, biru dan kuning tetapi kuning marigold, merah jambu bubblegum, hijau elektrik dan biru kobalt. Bukan sahaja trending, warna-warna ini juga dijamin menaikkan mood anda. Cuba menggayakan kepingan warna yang sama untuk rupa monokromatik, atau bermain-main dengan warna yang berbeza. Lebih berani lagi bagus.
Potongan yang kita lihat pada awal tahun ini akan kekal kerana, selepas apa yang dirasakan seperti kuarantin yang tidak berkesudahan, semua orang bersedia untuk menunjukkan potongan mereka! Pereka menampilkan bentuk potongan yang lebih dalam, labuh asimetri dan fabrik yang sesuai dengan cuaca di Malaysia. Jika anda tidak mahu mengikut cara sedia ada, penampilan potongan boleh digabungkan dengan baju kemeja putih atau blaus poplin kegemaran anda. Terdapat banyak cara untuk memakai trend ini!
3. Denim santai
Dalam dunia denim, potongan tirus ‘carrot cut’ serta seluar denim, secara amnya, gaya ini menawarkan rupa yang dikemas kini dan lebih santai daripada gaya denim potongan lurus yang menjadi kebiasaan gaya anda.
4. Bunga Retro dan Vintaj
Kebiasaan pereka luar negara melahirkan rekaan motif bunga yang bersesuaian dengan musim bunga di negara empat musim! Bunga ultra-femme dan vintaj dalam pastel cerah pastinya cetakan sesuai untuk musim ini. Melihat rekaan di pasaran ternyata penekanan yang besar pada bunga aster, menerima sepenuhnya suasana nostalgia tahun 70-an, yang lebih tampak gaya retro.
5. Blaus ala Baby-Doll
“Pakaian ala Baby Doll telah kembali! Mendambakan gaya yang lebih feminin, dengan lengan belon yang besar, fabrik tulle bertingkat, dan juga kolar yang dihiasi. Bersandar pada rupa feminin dengan tumit bertali, atau tampilkan gaya yang lebih kasual, melapisi kardigan yang dipasang di bahagian atas dengan sepasang loafer yang tebal. Nah inilah gaya yang bakal menceriakan tahun anda.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Orang yang mudah memaafkan cenderung lebih bahagia dan memiliki kesihatan mental yang lebih baik.
Memaafkan bukan bermakna melupakan, tetapi memilih untuk melepaskan perasaan negatif. Sikap...