Impian setiap umat Islam di seluruh dunia pastinya dapat menghafaz al-Quran sehingga 30 juzuk, iaitu keseluruhan isi kitab suci tersebut. Tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mudah.

Menghafal Al-Quran merupakan amalan yang dapat membimbing jiwa dan fikiran seseorang, kerana jika mampu menjaga hafalan maka akan menjadi ibadah yang berkekalan. Untuk menghafal keseluruhan isi kitab suci al-Quran, seseorang itu memerlukan keazaman dan pengorbanan yang sangat tinggi.

Amalan menghafal keseluruhan isi kitab suci al-Quran ini sangat ditakuti Iblis, sekaligus merupakan senjata paling ampuh melawan serta melumpuhkannya. Allah SWT juga telah menjanjikan kelebihan bagi mereka yang menghafal Al-Quran.

Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Mas’ud r.a.:

“Bacalah Al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkannya dia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al-Quran maka hendaklah dia bergembira.”

Artikel berkaitan: Berjaya Khatam Al-Quran Untuk Tahun 2022, Fouziah Ghous Luah Rasa Syukur

Menghafal 30 juzuk al-Qur’an

Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL, RCMP) menerusi laman Facebook mereka telah membuat satu hantaran kejayaaan salah seorang pelajarnya yang berjaya mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran.

IKLAN

Dalam hantaran tersebut, pihak universiti telah menyampaikan ucapan tahniah dan syabas terhadap Saudari Nur Aisya Binti Abdul Aziz atas kejayaannya menghafal 30 juzuk al-Qur’an menerusi kaedah hafazan dan talaqqi musyafahah.

“Tahniah & Syabas diucapkan kepada Saudari Nur Aisya Binti Abdul Aziz atas kejayaaan mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran secara Hafazan dan Talaqqi Musyafahah pada dengan bimbingan Ustaz Muhammad Asyraf”

Difahamkan, Saudari Nur Aisya Binti Abdul Aziz merupakan mahasiswa Tahun 5 dari program MBBS (Perubatan dan Pembedahan) di UniKL RCMP. Selain itu, menurut hantaran universiti tersebut; hijabi ini juga berjaya membahagikan masa untuk mendalami Al- Qur’an walaupun perlu menghadapi jadual kehidupan yang padat sebagai pelajar perubatan di sana.

IKLAN

“Beliau merupakan mahasiswa dari program MBBS Tahun 5, UniKL RCMP. Meskipun perlu melalui kepadatan jadual pembelajaran setiap hari, beliau berjaya membahagikan masa untuk Al-Quran.”

Allahu, walaupun sibuk dengan kehidupan sebagai seorang pelajar, hijabi ini membuktikan bahawa ianya tidak menjadi penghalang. Menjengah ke ruangan komen laman facebook UniKL RCMP, ramai netizen yang turut mengucapkan tahniah dan bergembira atas kejayaannya itu.

“Tahniah. Mmg hebat. Semoga terus berjaya!”

“Alhamdulillah…tahniah”

IKLAN

“MasyaAllah..tahniah…”

“Alhamdulillah.. hebat”

Artikel berkaitan: Syahid Di Bumi Syria, Wanita Ini ‘Pergi’ Di Atas Ribaan Suami Ketika Khatam Al-Quran

Tabarakallah…semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agamaNya, menjadikan kita tergolong dalam golongan orang yang mencintakan al-Quran. Sesungguhnya, menghafal Al-Quran merupakan bekal terbaik di akhirat kelak. Semoga suatu hari nanti kita juga dapat mengikuti jejak langkah hijabi ini. Tahniah dan diharapkan perkongsian ini menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana.

Sumber : Facebook UniKL RCMP 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI