Hanya dengan mencuci muka, memberus gigi dan memakai buih mandian, adakah anda yakin tubuh anda sudah benar-benar bersih? Jangan terlalu pasti, sebaliknya anda perlu mengambil sedikit masa untuk melakukan perkara-perkara lain untuk kebersihan tubuh yang lebih optimum.

Sebagai wanita tentunya anda ingin kelihatan sempurna daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. Untuk kelihatan cantik, kebersihan diri harus diutamakan. Bukan sekadar perawatan kulit wajah, penjagaan kulit tubuh juga harus diberi keutamaan.

Photo by Pixabay from Pexels

Berikut lima rutin yang perlu anda praktikkan ketika mandi agar anda sentiasa kelihatan berseri-seri.

DRY BRUSHING
Sebelum mandi anda digalakkan melakukan dry brushing menggunakan berus lembut khusus untuk kulit. Kemudian baharulah mandi seperti biasa.

BERUS KUKU TANGAN DAN KAKI
Bahagian kuku tangan dan kuku kaki sering dipandang remeh ketika mandi. Kedua-dua bahagian ini juga penting dan perlu dijaga. Untuk membersihkan kuku, gunakan nail brush untuk memberus kuku tangan dan kuku kaki.

Photo by cottonbro from Pexels

GUNAKAN KRIM SKRUB TUBUH
Amalkan krim skrub bagi mendapatkan kulit tubuh yang halus dan mulus. Jika mahukan kulit yang cerah dan gebu, lumurkan kulit tubuh dengan krim skrub berasaskan susu kambing. Amalkan setiap hari bagi mendapatkan kulit tubuh yang cerah, bersih dan lembut.

IKLAN

LUMUR RAMBUT DAN KULIT KEPALA DENGAN MINYAK ZAITUN
Anda boleh menyapu minyak zaitun pada keseluruhan rambut dan kulit kepala. Biarkan seketika. Kemudian baharulah cuci rambut dengan syampu dilanjutkan dengan pemakaian perapi rambut. Hasilnya rambut anda lebih lembut, sihat dan bersinar.

SKRUB KAKI
Seringkali bahagian kaki diabaikan lantaran perhatian hanya ditujukan di bahagian wajah sahaja. Jangan lupa untuk menggunakan skrub kaki agar kulit tumit kaki sentiasa lembap dan sihat selain terhindar daripada masalah kulit tumit kaki yang kasar dan merekah.

Photo by Valeria Boltneva from Pexels

Air mineral bukan sekadar untuk diminum tetapi boleh digunakan untuk membilas wajah. Namun jika anda ingin berjimat, rendam kapas muka dalam air mineral kemudian bersihkan wajah. Anda juga boleh menyimpan air mineral dalam botol. Apabila hendak digunakan, hanya sembur pada wajah.

IKLAN

Setelah mencuci dan membersihkan wajah, lanjutkan dengan mengoleskan kapas atau sembur wajah dengan air mineral. Saat wajah dalam keadaan hampir kering barulah pakai pelembap wajah. Ini adalah cara jimat dalam menggunakan air mineral yang dapat membantu untuk mendapatkan tampilan kulit wajah yang lebih baik.

GUNAKAN BERSAMA DENGAN TONER
Anda boleh mengoptimumkan pemakaian toner dengan terlebih dahulu membasahkan kapas dengan air mineral secukupnya. Dengan cara ini, anda tidak perlu menggunakan banyak toner kerana kapas sudah basah dengan air mineral.

GUNAKAN DENGAN MASKER WAJAH BUATAN SENDIRI
Jika anda suka membuat sendiri masker wajah dari bahan alami, daripada menggunakan air paip, lebih baik gunakan air mineral kerana manfaatnya yang sudah jelas terbukti. Sebelum mengaplikasikan masker pada wajah, setelah wajah dicuci, semburkan dulu air mineral atau oleskan dengan kapas yang telah dibasahi air mineral.

IKLAN
Photo by Shiny Diamond from Pexels

GUNAKAN SEBAGAI FACIAL SPRAY
Jika anda selesa menggunakan facial spray untuk menjaga kelembapan wajah sepanjang hari, maka mulai sekarang anda boleh gunakan facial spray daripada bahan air mineral. Sebagai saranan, gunakan air mineral bersoda (sparkling mineral water).

GUNAKAN DENGAN MEKAP WAJAH
Ramai wanita selalunya gemar mengaplikasikan foundation atau eyeshadow dengan membasahinya terlebih dahulu. Jika anda salah seorang yang mengamalkannya, lupakan membasahinya dengan air biasa. Beralihlah pada air mineral kerana ia memiliki manfaat yang lebih baik untuk kulit.

Photo by Ekaterina Bolovtsova from Pexels

GUNAKAN SEBAGAI SPRAY RAMBUT
Air mineral bukan sahaja baik untuk kecantikan wajah tetapi juga bagus untuk kecantikan rambut. Rambut yang dahulunya terlihat agak kusam, akhirnya kembali sihat setelah memakai air mineral sebagai spray rambut setelah mencuci rambut. Semburan air mineral pada rambut menjadikan rambut lebih sihat, kuat dan rambut kelihatan segar bermaya.

Sumber kredit: Photo by cottonbro from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI