Selebriti yang juga usahawan terkenal, Datin Fouziah Gous menzahirkan rasa syukurnya apabila berjaya khatam bacaan Al-Quran yang pertama untuk tahun 2022 ini.
dengan izin ALLAH SWT selesai khatam yang pertama untuk tahun 2022😢🤲 ( simpan untuk kenangan ) #fgkhatam
Berikutan perkongsiannya itu, ramai yang mengucapkan tahniah dan berkongsi rasa syukur termasuklah selebriti seperti Neelofa, Siti Fazurina dan Zarina Zainuddin.
Ads
Ads
Pada tahun lepas, Fouziah juga telah memberi inspirasi kepada orang ramai apabila berjaya khatam sebanyak dua kali sewaktu bulan Ramadhan.
Ads
InsyaAllah, kita juga boleh sama-sama khatam bacaan Al-Quran tahun ini seperti beliau. Yang baik kita jadikan teladan. Marilah kita berusaha untuk menjadi muslimah yang lebih baik dari hari semalam. Jom!
Siapa yang tidak mengenali pelakon jelita dan berbakat besar, Hannah Delisha yang mulai popular menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer bersama Syafiq Kyle yang berjaya meledakkan namanya suatu ketika dahulu.
Pada tahun 2020, jelitawan asal Singapura ini mengumumkan tentang niat untuk bertudung dan berkongsi berita penghijrahan dalam laman Instagram miliknya. Kini empat tahun sudah berlalu, Hannah bersyukur kerana masih istiqamah menutup aurat dan berhijab.
“Jika diikutkan, saya sudah terdetik untuk memakai tudung agak lama juga. Namun, saya perlu habiskan penggambaran drama Cinta Sekali Lagi. Kalau nak tahu, watak saya sebagai Amani dalam drama itu yang membuatkan saya rasa lebih ingin bertudung.
“Saya cakap kepada diri saya, ini masanya untuk saya memakai tudung kerana niat hati saya dah semakin hari semakin kuat,” katanya.
Sebelum ini, dia juga tidak terlepas daripada rasa tertanya-tanya samada penampilan baharunya ini akan memberi kesan kepada kariernya yang sedang melonjak naik ketika ini.
“Pernah terlintas dalam fikiran, selepas saya bertudung, bagaimana dengan urusan kerja? Mungkin ada kerja tertentu yang saya terpaksa tolak. Namun, saya yakin bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Jadi, tak perlu timbul rasa risau kerana saya sentiasa serahkan bab rezeki kepadaNya,” jelasnya.
Selepas bertudung, Hannah juga menjelaskan dia kini semakin tenang menjalani kehidupannya.
“Saya tak perlu lagi risau mengenai rezeki dan sebagainya kerana semuanya sudah diatur dengan baik oleh Allah. Sejujurnya, kehidupan saya kini juga menjadi lebih tenang dari semua sudut,” luahnya.
“Walaupun kini saya sudah bertudung, itu tidak menjadi penghalang untuk saya terus berlakon dan menerima watak antagonis. Dalam dunia realiti, kita semua sedia maklum bahawa ada juga orang yang bertudung, tetapi memiliki hati yang jahat.
“Sekiranya lakonan watak yang saya bawakan itu mampu memberi pengajaran kepada penonton, tentunya saya akan terima. Apa pun, semuanya berbalik kepada skrip. Sekiranya skrip itu menarik dan saya minat, tentunya saya akan teruskan,” katanya.
Terdapat banyak dalil yang menunjukkan bahawa solat hari raya ini hukumnya adalah sunat dan bukannya wajib. Antaranya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Talhah bin ‘Ubaidillah R.A beliau berkata: Seorang lelaki telah datang bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan bertanyakan tentang Islam.
Kemudian Rasulullah S.A.W menjawab:
خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ
Maksudnya: (Kamu perlu) melaksanakan solat lima waktu sehari semalam. Kemudian lelaki itu bertanya : ‘’Adakah menjadi kewajipan ke atasku solat selainnya?”
Maka Nabi S.A.W menjawab:
لا، إِلاَّ أَنْ تَطَوَّعَ
Maksudnya: “Tidak, kecuali kamu ingin mengerjakan solat sunat.” Riwayat Al-Bukhari (46) dan Muslim (11)
Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Ibn Al-Somit R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Allah SWT mewajibkan lima solat ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya tanpa meninggalkan sedikit pun kerana meringan-ringankannya, Allah S.W.T menjanjikannya masuk syurga. Manakala sesiapa yang tidak melakukannya, Allah tidak menjanjikan apa-apa kepadanya. Sekiranya Allah kehendaki, Dia akan mengazabnya dan sekiranya Allah kehendaki, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga.’’ Riwayat Abu Daud (1420)
Justeru, berdasarkan beberapa riwayat di atas jelas menunjukkan bahawa selain dari solat fardhu lima waktu, solat-solat yang lain itu adalah termasuk dalam bahagian solat sunat dan antaranya juga adalah solat hari raya.
Secara asasnya, solat hari raya dituntut untuk dilakukan di tanah lapang supaya ia dapat dihadiri oleh ramai umat Islam, seterusnya menzahirkan syiar bagi agama Islam. Oleh yang demikian, dituntut bagi semua umat Islam untuk menghadiri solat hari raya sama ada di tanah-tanah lapang mahupun di masjid-masjid dari kalangan orang lelaki dan perempuan, kanak-kanak, bahkan anak-anak dara, wanita berpurdah, serta wanita haid juga turut digalakkan menghadiri solat hari raya bagi menyaksikan pelaksanaannya.
Ini seperti yang diriwayatkan oleh Ummu ‘Atiyyah R.Anha beliau berkata:
أَمَرَنَا – تَعْنِي النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم – أَنْ نُخْرِجَ فِي الْعِيدَيْنِ الْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ وَأَمَرَ الْحُيَّضَ أَنْ يَعْتَزِلْنَ مُصَلَّى الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: “Rasulullah S.A.W memerintahkan kepada kami (orang perempuan) untuk mengeluarkan anak-anak gadis dan wanita-wanita berpurdah pada dua hari raya serta baginda arahkan wanita haid agar menjauhi tempat solat umat Islam” Riwayat Muslim (890)
Disebabkan keadaan semasa sekarang ini iaitu penularan wabak Covid 19, solat hari raya dilakukan di rumah memandangkan solat hari raya di masjid, terhad jemaahnya. Berikut beberapa pendapat fuqaha’ berkenaan isu melaksanakan solat hari raya di rumah. Imam Al-Nawawi berkata :
Maksudnya: Pendapat mazhab seperti yang dinaskan di dalam kitab-kitab yang baharu kesemuanya menyatakan bahawa solat hari raya disyariatkan bagi seorang individu di rumahnya atau di tempat selainnya. Rujuk Raudhah Al-Thalibin, Al-Nawawi (2/70)
Maka berdasarkan kenyataan di atas, antara faedah yang boleh diambil adalah dua perkara iaitu:
2. Demikian juga dibolehkan untuk dilakukan solat hari raya itu di rumah atau di tempat-tempat yang lain.
Apabila seseorang itu melaksanakan solat hari raya secara bersendirian, adakah dia dituntut untuk membaca khutbah juga ? Maka berikut adalah kenyataan dari Imam Al-Nawawi yang menyebut:
Maksudnya: “Dan apabila kita berpegang dengan pendapat mazhab (bahawa dibolehkan untuk solat hari raya itu dilakukan secara seorang diri), maka seseorang yang melakukannya secara sendirian tidak perlu untuk berkhutbah mengikut pendapat yang sahih.” Rujuk Raudhah Al-Thalibin, Al-Nawawi (2/70)
Manakala berkenaan dengan pelaksanaan solat hari raya secara berjemaah di rumah pula, kami menyatakan bahawa hukumnya adalah sama seperti solat secara sendirian juga. Iaitu dibolehkan untuk dilakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah.
Keharusan ini diambil dari keumuman hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya seafdhal-afdhal solat seseorang itu adalah di rumahnya, melainkan solat fardhu. Riwayat Al-Bukhari.
Maka hadis ini secara umumnya menunjukkan bahawa solat-solat sunat termasuk solat hari raya adalah dibolehkan untuk dilakukan di rumah. Meskipun begitu, sekiranya keadaan tidak seperti dalam suasana penularan wabak, maka yang afdhalnya solat hari raya itu dilakukan di tanah-tanah lapang dan juga masjid-masjid secara berjemaah kerana ia merupakan bahagian dari syiar umat Islam.
Justeru, apabila kita mengatakan bahawa dibolehkan solat hari raya secara berjemaah di rumah, adakah perlu juga untuk mereka yang melakukannya untuk membaca khutbah raya ? Maka dalam hal ini, kami katakan bahawa mereka dituntut juga untuk berkhutbah dalam erti kata hukumnya adalah sunat bagi salah seorang mereka untuk membacakan khutbah hari raya.
Maksudnya: Dan dibacakan khutbah selepas keduanya (iaitu setelah dua rakaat solat hari raya) sebanyak dua khutbah bagi (solat hari raya yang dilakukan) secara berjemaah dan tidak (perlu berkhutbah) bagi yang melakukannya secara bersendirian. (Khutbah ini) adalah sama seperti dua khutbah Jumaat pada rukun-rukun (khutbah) dan juga sunatnya, dan tidak pada syarat-syarat (khutbah Jumaat). Rujuk Al-Iqna’, Al-Khatib Al-Syarbini
Berikut dikongsikan berkenaan tatacara pelaksanaan solat hari raya di rumah:
Umat Islam digalakkan untuk bertakbir bagi hari raya puasa (Aidil Fitri) bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya sehinggalah ketika imam keluar untuk mendirikan solat hari raya.
Maksudnya: Orang ramai bertakbir pada hari raya puasa ketika hilangnya matahari pada malam raya secara bersendirian dan juga secara berjemaah dalam setiap keadaan sehinggalah imam keluar untuk mendirikan solat hari raya, kemudian mereka berhentikan takbir. Rujuk Al-Umm, Al-Syafi’e (1/275)
Manakala sighah (bentuk) takbir hari raya pula adalah seperti yang diketahui umum iaitu seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi :
Waktu solat hari raya adalah antara tempoh terbitnya matahari sehinggalah kepada tergelincirnya matahari atau secara mudahnya jam 8.00 pagi ke atas sehingga sebelum masuknya waktu solat zohor.
Solat hari raya dilakukan sebanyak dua rakaat dan dilakukan dengan niat solat hari raya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Umar Ibn Al-Khattab R.A beliau berkata:
Maksudnya: Solat ketika musafir itu adalah sebanyak dua rakaat, solat Jumaat adalah sebanyak dua rakaat, dan solat hari raya adalah sebanyak dua rakaat.
Riwayat Ibn Majah (1063)
Pada rakaat yang pertama, dimulakan dengan takbiratul ihram, kemudian disunatkan untuk membaca doa iftitah, kemudian dilafazkan takbir zawa’id (tambahan) sebanyak tujuh kali, kemudian dibaca surah Al-Fatihah serta disunatkan bacaan surah Al-A’la sesudahnya dan keduanya dibaca secara kuat.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Nu’man Ibn Basyir R.A beliau berkata :
كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَقْرَأُ فِي الْعِيدَيْنِ وَفِي الْجُمُعَةِ بِـ ( سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى ) وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ
Maksudnya: Nabi SAW membaca di dalam solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dan juga pada solat Jumaat dengan surah Al-A’la dan juga surah Al-Ghaasyiah. Riwayat Al-Tirmizi (533)
Manakala pada rakaat yang kedua, dilafazkan takbir sebanyak lima kali selain dari takbir perpindahan dari sujud kepada qiyam (berdiri tegak). Kemudian dibaca surah al-Fatihah serta disunatkan membaca surah Al-Ghaasyiah sesudahnya.
Bilangan takbir ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah Ibn ‘Amr Ibn Al-‘Ash R.A beliau berkata:
أَنَّ النَّبِيَّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ كَبَّرَ فِي صَلاَةِ الْعِيدِ سَبْعًا وَخَمْسًا
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi S.A.W bertakbir pada solat hari raya sebanyak tujuh kali (pada rakaat yang pertama) dan lima kali (pada rakaat yang kedua). Riwayat Ibn Majah (1728)
Bagi yang tidak menghafal surah Al-A’la dan surah Al-Ghaasyiah, boleh sahaja membaca apa-apa surah yang dihafal lagi mudah dibaca.
Disunatkan untuk membaca سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَر antara lafaz takbir yang dibaca sebanyak tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua tersebut.
Bagi yang menunaikan solat hari raya secara berjemaah pula, perlu dijelaskan bahawa tidak ada azan dan iqamah pada solat hari raya. Bahkan sebelum dimulakan solat, imam dituntut untuk menyebut الصَّلَاةُ جَامِعَة
Kemudian setelah solat hari raya selesai dilakukan, sekiranya ia dilaksanakan secara berjemaah, disunatkan bagi imam untuk membaca khutbah hari raya sebanyak dua khutbah yang sama seperti khutbah Jumaat dari sudut rukun dan perkara sunat dalam khutbah.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar R.Anhuma beliau berkata :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ يُصَلُّونَ فِي الْعِيدَيْنِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ ثُمَّ يَخْطُبُونَ
Maksudnya: Adalah Rasulullah S.A.W, Abu Bakr, dan Umar menunaikan solat dua hari raya sebelum berkhutbah. Kemudian baru mereka berkhutbah. Riwayat Al-Tirmizi (531)
Berkenaan dengan teks khutbah pula, disarankan agar boleh dapatkan teks yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi laman web mereka.
Manakala sekiranya seseorang melaksanakan solat hari raya secara bersendirian, maka tiada dituntut untuk dia membaca khutbah raya oleh kerana tidak terdapatnya manfaat yang terhasil dari hal tersebut.
Hukum menunaikan solat hari raya di rumah sama ada secara bersendirian atau secara berjemaah adalah harus dan sah. Disunatkan bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan.
Manakala tidak dituntut bagi mereka yang melaksanakannya secara bersendirian untuk berkhutbah disebabkan tidak ada faedah padanya. Meskipun begitu, sekiranya orang perempuan mendirikan solat hari raya secara berjemaah sesama mereka, maka tidak perlu untuk imam mereka berkhutbah (merujuk kepada rukun dan sunat khutbah) dan memadai sekadar tazkirah dan peringatan ringkas sahaja.
Masih menjadi tanda tanya buat rakyat Malaysia untuk ketahui siapakah bakal Perdana Menteri yang ke-10 bagi menerajui negara ini. Keputusannya masih lagi dalam teka-teki yang sukar untuk kita gambarkan.
Namun, dalam kegusaran ramai, hasrat pelakon Puteri Sarah Liyana mencuri perhatian apabila dia teringin untuk bertanding sebagai calon wakil rakyat pada pilihan raya umum yang akan datang.
Tindakan pelakon itu membuat InstaStory yang menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon wakil rakyat pada pilihan raya umum dalam 5 tahun akan datang. Perkongsian itu juga disertakan bersama undian bagi pengikutnya memberikan reaksi terhadap impiannya itu.
Sarah juga menerangkan jika dia diberikan peluang untuk bertanding, dia mahu memperjuangkan hak asasi wanita. Katanya lagi, suara wanita sering di pandang remeh dan tidak kuat di negara ini sehinggakan ada yang memperlakukan sesuatu yang teruk pada golongan ini.
“Lagi 5 year nak bertanding jugalah. Tapi nak bertanding untuk pertahankan hak wanita,
“Women’s rights sebabnya tengok women’s rights di Malaysia tak kuat. Kena ada someone yang lantang untuk speak up for the victims!” katanya.
Dalam pada masa yang sama, Puteri Sarah juga menyatakan sebelum memandang hal ini dengan lebih serius dia perlulah belajar selok belok mengenai politik. Bahkan katanya, mempunyai sijil diploma atau sarjana muda dalam bidang politik juga suatu benda yang bagus sebagai permulaan.
“So, in the meantime kena belajar dulu politics and Law. Politics that revolves around economy, health etc.Also having proper credentials like taking a diploma or degree in politics would be good too,
“Starting to know the area. See what the area needs from all aspects of eco-bio-psycho-social.” ujarnya lagi.
Sarah juga mempunyai pengalaman yang agak sulit dalam perhubungan rumah tangganya menjadikan dia lebih kuat untuk menyuarakan pendapatnya. Daripada situlah kekuatannya ada untuk mempertahankan hak wanita yang takut untuk mengambil tindakan.
Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana dan mStar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.