Benarlah hidayah itu milik Allah dan Dia akan memberikan kepada sesiapa saja yang Dia berkehendak. Seperti itu jugalah yang boleh kita kaitkan dengan penghijrahan Joram Van Klaveren, seorang bekas ahli parlimen parti PVV dari Belanda yang dahulu anti Islam, kini menjadi saudara baru dalam agama itu.
Joram Van Klaveren dilaporkan memeluk agama Islam selepas tersentuh hati ketika sedang menulis sebuah buku yang bertujuan mengkritik agama tersebut.
Namun, sebaliknya lain pula yang terjadi apabila pandangannya berubah dan ketika detik itulah dia secara rasminya menjadi seorang muslim.
“Ketika sedang menulis, saya bertemu dengan banyak perkara yang telah membuatkan pandangan saya terhadap Islam menjadi goyah,” katanya kepada Dutch Radio.
Ads
“Jika anda percaya dengan satu tuhan dan Muhammad merupakan seorang utusan, bersama dengan Jesus dan Moses, maka anda seorang Muslim,” kata Van Klaveren yang sebelum ini merupakan penganut Kristian Ortodok bermazhab Protestant, lapor dutchnews.nl
Tindakannya itu dilapor mengikut jejak langkah Arnoud van Doorn, seorang lagi bekas ahli parlimen Parti PVV yang telah memeluk Islam sebelum ini.
Van Doorn turut menyampaikan ucapan tahniah dan pujian kepada Van Klaveren menerusi akaun Twitter.
Ads
Sepanjang tujuh tahun menjadi ahli parlimen untuk parti PVV yang anti-Islam, Van Klaveren merupakan seorang pengkritik Islam yang lantang, sering menyebut “Islam satu penipuan,” dan “Quran adalah racun,”.
Ditanya bagaimana dia berdepan sentimen anti Muslim yang pernah diciptanya dahulu, Van Kleveren mengakui kesalahannya yang lalu.
“Saya telah menyumbang di dalam mencipta dan mengekalkan imej buruk terhadap Islam, namun anda tidak boleh bayangkan bagaimana prasangka berlaku, sehingga anda berdepan dengannya sendiri,” katanya.
Siapa yang tidak mengenali pengasas bersama jenama fesyen online terkemuka, Fashion Valet, Datin Vivy Yusof. Kecemerlangan wanita kecil molek yang juga pemilik dUCk Group ini di peringkat antarabangsa memang tidak boleh dinafikan. Malah sekitar tahun 2017, beliau juga telah disenaraikan sebagai Forbes 30 Under 30 di Asia.
Dan beberapa hari sebelum menjelang Syawal, Vivy Yusof berita cukup manis apabila dilantik sebagai sebahagian ahli lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) semalam.
Dalam posting dimuat turun di laman Instagram mliknya, Vivy atau nama sebenarnya Datin Vivy Sofinas Yusof melahirkan kesyukuran diamanahkan dengan tanggungjawab besar sebagai ahli lembaga pengarah termuda UiTM.
“Meremang apabila saya melihat ini. Alhamdulillah, saya diberikan tugas yang besar daripada Kementerian pendidikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM yang paling muda, universiti yang sangat disayangi di Malaysia.
“Saya sangat menghormati pengerusi serta barisan ahli lembaga pengarah yang lain atas apa yang mereka lakukan. Biarpun tidak memiliki pengalaman yang setara dengan mereka, saya berharap dapat memberikan sumbangan.
“Sumbangan dari segi idea yang segar dan beberapa pembaharuan kepada UiTM. Semoga ia mampu memberi manfaat kepada industri pendidikan dalam pelbagai cabang,” katanya menerusi akaun Instagramnya.
Antara kejayaan beliau dalam dunia perniagaan ialah berjaya memenangi Bella Business Award 2013, Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee untuk anugerah Great Women of Time Awards 2015 dan tersenarai dalam 60 Wanita Inspirasi Nona.
Beliau juga pernah menerima Anugerah Usahawan Muda daripada Tribute To Women Malaysia dan pada April 2017 dan Vivy disenaraikan sebagai salah seorang individu daripada Forbes 30 Under 30 di Asia.
Imej yang dimuat naik itu merupakan ucapan tahniah daripada UiTM yang merangkumi Pengerusi, Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Naib Canselor, Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim dan barisan ahli lembaga pengarah serta pengurusan eksekutif universiti itu.
Pelantikan ikon bisnes fesyen berusia 31 tahun itu juga dilihat mendapat pelbagai reaksi positif daripada selebriti serta netizen yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar dan alumni institusi pengajian tinggi awam itu sendiri.
nadnisaa Wowww congratulations vivy! Im sure the students akan lebih bersemangat untuk bercita-cita tinggi dengan ada nya young & fresh figure like u on board
Niat untuk menasihati atau menegur seseorang sudah baik, tapi cara pula tidak kena dengan gaya. Bahkan, ia berubah menjadi satu perselisihan faham dan bertengkar dengan rakan anda.
Perkara ini sering terjadi jika ingin menegur seseorang tentang sesuatu perkara. Kadang-kadang kita juga sering lupa untuk ‘cermin’ dahulu diri sebelum bertindak melakukan sesuatu.
Perselisihan atau perbalahan mungkin akan terjadi jika seseorang itu tidak faham erti ‘nasihat’ dan cara melakukannya. Ada yang suka memberi hujah tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu.
Masalah yang terjadi juga akan berlarutan dari kecil sehinggalah buat sekian lamanya. Baginda pernah bersabda:
Maksudnya: Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang paling kuat bermusuhan. (Muslim No: 2668 – Status Hadis Sahih)
Dijelaskan lagi oleh Muhammad Fuad Abdul Baqi dalam Syarh Sahih Muslim, perkataan الْأَلَدُّ (Al’alad) pada penghujung ayat membawa maksud dengan permusuhan yang keras. Manakala perkataan الْخَصِمُ (Al-khosim) adalah permusuhan atau penentangan yang salah meski pun tujuannya untuk menegakkan kebenaran.
Ini membawa maksud bahawa Allah SWT turut membenci golongan yang suka menegakkan kebenaran mengikut cara yang salah. Contoh yang sering kita nampak adalah seperti menegur dengan menengking dan menggunakan perkataan yang mengguris hati seseorang.
Kebanyakan dari kita lupa prinsip asas dalam menyebarkan kebaikan adalah dengan menyantuni dengan cara yang baik. Agama Islam juga menekankan ihsan tentang melakukan sesuatu perkara dengan cara yang baik.
Ingat! Untuk menasihati orang itu tidak salah jika pada cara yang betul dan mempunyai isi yang bermanfaat. Janganlah lakukan sesuatu itu hanya kerana anda ingin dilihat baik dan mempermainkan agama.
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena seni dan hiburan tanahair, mula melakar nama sebagai juara bagi Pencarian Dewi Remaja, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Hajah Lofa kini terus relevan meski sudah tidak bergiat aktif sebagai anak seni.
Terbaharu, usahawan tersohor jenama tudung Naelofar dan Innai Nunha ini mendedahkan bahawa hampir semua impianya di dalam kehidupan telah tercapai.
Tetapi hanya ada satu hasrat lagi yang ingin dicapai oleh isteri kepada PU Riz ini, iaitu memantapkan ilmu pengajian Al-Quran dan mahu menjadi seorang tenaga pengajar yang mengajar mengaji.
Menurut Neelofa, dirinya memanjatkan rasa syukur di atas segala nikmat dan semua impiannya yang dimakbulkan Allah, dan menyimpan hasrat untuk mengajar seseorang mempelajari Al-Quran selepas membaca berkenaan perkongsian satu hadis ini.
“Alhamdulillah, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi impian tu. Tapi, yang tak tercapai lagi kalau pekerjaan yang saya nak buatlah.. sebab ada hadis yang cakap ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar Al-Quran dan mengajar.
“Dan, saya naklah reti belajar mengajar, ajar mengaji pulak. Itu impian saya,” katanya.
Tambah Neelofa, dia tidak kisah seberapa ramai pun bilangan anak murid yang sudi menjadi pelajarnya kelak, cukup sekadar untuk melunaskan sahaja impian berkenaan.
“Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar mengaji beberapa orang cukuplah, sekadar memenuhi impian itu.
“Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji. Jadi, doa-doakanlah,” Ujar Lofa.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan hasil perkongsian hidup selama 4 tahun itu, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.