Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena seni dan hiburan tanahair, mula melakar nama sebagai juara bagi Pencarian Dewi Remaja, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Hajah Lofa kini terus relevan meski sudah tidak bergiat aktif sebagai anak seni.
Terbaharu, usahawan tersohor jenama tudung Naelofar dan Innai Nunha ini mendedahkan bahawa hampir semua impianya di dalam kehidupan telah tercapai.
Tetapi hanya ada satu hasrat lagi yang ingin dicapai oleh isteri kepada PU Riz ini, iaitu memantapkan ilmu pengajian Al-Quran dan mahu menjadi seorang tenaga pengajar yang mengajar mengaji.
Ada Satu Hasrat Dan Impian Lofa Yang Belum Dicapai?
@nunha.co MasyaAllah semua cita cita dah tercapai! Tapi ada satu lagi, nak jadi guru ajar mengaji. InsyaAllah one day tercapai cita cita @neelofa ♬ original sound – Innai Nunha HQ
Ads
Menurut Neelofa, dirinya memanjatkan rasa syukur di atas segala nikmat dan semua impiannya yang dimakbulkan Allah, dan menyimpan hasrat untuk mengajar seseorang mempelajari Al-Quran selepas membaca berkenaan perkongsian satu hadis ini.
“Alhamdulillah, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi impian tu. Tapi, yang tak tercapai lagi kalau pekerjaan yang saya nak buatlah.. sebab ada hadis yang cakap ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar Al-Quran dan mengajar.
Ads
“Dan, saya naklah reti belajar mengajar, ajar mengaji pulak. Itu impian saya,” katanya.
Tambah Neelofa, dia tidak kisah seberapa ramai pun bilangan anak murid yang sudi menjadi pelajarnya kelak, cukup sekadar untuk melunaskan sahaja impian berkenaan.
Ads
“Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar mengaji beberapa orang cukuplah, sekadar memenuhi impian itu.
“Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji. Jadi, doa-doakanlah,” Ujar Lofa.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan hasil perkongsian hidup selama 4 tahun itu, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Sweet betul kisah seoang guru praktikal yang membantu seorang pelajar Cina pendiam dan selalu tenung meja hingga terpaksa diabaikan oleh guru lain yang berputus asa dengannya. Walaupun dia hanya guru praktikal, tetapi usaha murninya melayan dan mencari punca kenapa murid ini berkelakan begini memang patut dipuji. Malah siapa sangka murid itu akhirnya mampu tersenyum dan berinteraksi dengannya sebelum dia menamatkan latihan mengajarnya di situ.
Malah kisahnya yang begitu memberi insipirasi ini membuatkan ramai netizen terharu dan menangis. Rata-rata bangga dengan usaha yang dilakukan oleh cikgu ini yag berusaha untuk membentu sikap pelajar berkenaan.
Perkongsiannya di laman twitternya ini mendapat hampir 69 ribu retweet dan 48 ribu like. Malah komen yang diberikan cukup positif.
Bukan itu sahaja ada juga yang mahu menjadikan kerjaya guru sebagai profesionnya untuk masa depan setelah membaca perkongsian cikgu ini.
Ada juga yang berharap agar semua guru di Malaysia bersikap seperti dirinya dan ia boleh menarik minat pelajar yang dikategorikan tidak berminat belajar untuk datang ke sekolah.
Baca perkongsiannya yang begitu panjang lebar.
Aku ada seorang student Cina yang pendiam dan pemalu sangat. Nak dengar suara dia, susah sangat. Nama dia Yip Kah Shzen.
Tengok muka dia dalam gambar ini pun boleh bayangkan dia jenis macam mana, kan? Haha! First masuk kelas 4Einstein, memang tak perasan langsung pelajar ini sebab dia sangat pendiam dan kelas dia pula huru-hara bising gila.
Then bila aku mula nak tanya nama seorang demi seorang dan sampai giliran dia, dia senyap, duduk dan pandang meja. Tak bergerak langsung. Tanya berkali-kali, tak jawab.
Kawan dia kata, “Cikgu, dia memang macam tu. Pemalu.”
Okey. Tak apalah. Aku tanya kawan dia, nama dia siapa.
Next class, masa aku mengajar, memang kelas itu huru hara. Nak semak satu-satu memang tak sempat. Cuma yang aku perasa, Kah Shzen ini tak bergerak dan cuma tenung meja. Selepas aku ambillangkah untuk mengubah kedudukan kelas dan susunan meja, aku letakkan Kah Shzen di depan, senang nak pantau.
Semenjak itu, aku buat denda tabung untuk siapa yang tak bawa buku dan kalkulator. Setiap kali kelas, aku periksa setiap seorang. Sampai giliran Kah Shzen, dia masih tenung meja. Aku tanya, dia senyap. Aku tanya kawan sebelah dia, selalu macam mana cikgu lain ajar dia.
“Cikgu lain biarkan saja sebab memang dia takkan bercakap. Dia tenung meja saja,” kata rakannya.
Balik ke bilik guru, aku berfikir apa yang perlu aku buat. Aku berjumpa dengan guru kelas dia, a.k.a cikgu matematik dia sebelum ini. Cikgu itu cuma cakap, “Dia memang dah tak boleh buat apa. Biar je, terpaksa abaikan”.
Aku rasa macam tak adil buat begitu. Aku ambil langkah tutur dalam bahasa Cina, mungkin dia tak faham bahasa Melayu. Aku tanya mana buku dan kalkulator. Dia menggeleng kepala. Aku tanya, tak bawa ke memang tak ada? Dia jawab perlahan saja dan sepatah, “Tak ada”.
Mungkin dia orang susah. Aku nak denda pun tak sampai hati. Tapi kalau tak denda, jadi tak adil pula. Aku pun pergi berjumpa panitia maths. Pinjam buku lebih dan pinjamkan kepada Kah Shzen. Bagi pinjam kalkulator setiap kali kelas.
Aku mengajar seperti biasa. Dalam masa yang sama aku cuba memantau dan cuba bercakap dengan dia. Setiap kali kelas, aku cuba mendekati dia.
Satu hari itu, aku semak buku dia. Rupa-rupanya selama ini dia tulis dan salin setiap calit marker yang aku tulis di whiteboard. Setiap benda. Allah. Semenjak ada buku, homework dia hantar. Apa yang aku suruh, dia buat. Kiranya selama ini bukan dia tak nak buat apa-apa, tetapi dia tak ada bahan.
Sejujurnya kelas dia memang hyper. Kalau kelas lain aku boleh ajar empat perkara dalam satu masa. Tetapi kelas dia, cuma sempat satu sahaja.
Walau bagaimanapun, aku cuba juga mencuri sedikit masa untuk pergi pada dia seorang. Tidak lama selepas itu, bila aku ajar sambil tanya dia, 80% dia boleh jawab dengan betul. Maksudnya dia bukan dung, cuma dia perlukan perhatian lebih dan aku pun teruskan beri perhatian pada dia.
Setiap apa yang aku cakap di dalam kelas, aku akan cakap semula pada dia secara peribadi agar dia tak terlepas.
Satu hari, aku borak dengan guru seni dia. Aku tanya cikgu itu, bagaimana Kah Shzen dalam kelas?
“Oh, dia tu selalu tunduk tenung meja saja dalam kelas. Saya selalu panggil dia tak ada kepala. Tak boleh buat apa dah dia tu,” katanya.
Aku pun tunjukkanlah buku latihan Kah Shzen kepada cikgu itu. Dia terdiam bila tengok buku Kah Shzen yang penuh dengan latihan.
Kah Shzen mula berani nak berinteraksi dengan aku. Dia WhatsApp aku dan tanya tentang pembaris. Terkejut jugalah, tetapi aku happy gila.
Tak kisahlah Google Translate pun, asalkan aku nampak usaha dia. Dia bukan useless.
Aku selalu buat note kat buku latihan dia. Suruh dia senyum sebab memang susah nak tengok dia buka mulut dan senyum. Tapi aku teruskan.
Minggu last aku, kitorang plan nak buat farewell party. Kelas 4 Einstein ini memang banyak sangat beri pengajaran dan pengalaman pada aku. Jadi aku berharap sangat mereka semua datang dan berjumpa buat kali terakhir. Aku pun pergi pada setiap seorang dan tanya mereka datang atau tak.
Sampai giliran Kah Shzen, aku kata, “Saya harap awak datang,” sebab dia adalah pelajar yang mengajar aku erti kesabaran dalam mendidik.
Sebelum aku keluar kelas masa tu, kawan dia bagi sehelai kertas dan katanya Kah Shzen yang beri. Aku pun pandang Kah Shzen dan kata ‘Xie xie’ (Terima kasih). Dia terus tunduk.
Aku buka kertas itu. Dia cuma tulis satu ayat, “Thank you, teacher”. Allahu, walaupun nampak ayat itu simple tetapi bagi aku besar maknanya.
Then pada hari jamuan itu, aku dapat rasa yang dia tak datang. Sebab pelajar chinese kan, susah sikit nak approach. Tapi tiba-tiba dia WhatsApp. Happy sangat.
Dan masa seisi bergambar, aku minta dia senyum sebab aku cakap, “Ini last day saya, please give me a smile” and he was trying.
Okay last, masa nak balik, kawan dia ada buat lawak. Then aku ternampak dia senyum. Aku suruh kawan dia ulang semula. Then dia bagi senyuman yang paling manis. Walaupun dia tak cakap senyum itu untuk aku, tapi aku rasa dah reward diri sendiri sebab tak pernah putus asa.
Thank you Yip Kah Shzen and 4 Einstein sebab bagi saya pengalaman dan pengajaran yang bermakna dalam hidup saya! Will miss you all so much.
Yang baik jadikan pengajaran, yang tak baik jadikan sempadan. Sekian. Lot of love.
Namun begitu tindakannya yang memuat turun status dilaman sosial seakan tidak menghormati dan seperti merendah-rendahkan usaha guru lain di sekolah berkenaan. Ada yang kurang senang catatan yang dimuat turut di laman twitternya itu.
Menyedari isu itu menjadi viral, guru ini kemudiannya bertidak memohon maaf atas perbuatannya itu. Tujuannya bukan untuk memalukan sesiapa tetapi hanyalah untuk berkongsi pengalamannya berhadapan dengan pelajar sedemikian.
Ini permohonan maaf dari guru yang menggelar dirinya sebagai Orked di laman sosial.
ASSALAMUALAIKUM
Saya minta maaf banyak-banyak jika ada yang terasa hati atau tersalah faham dengan cerita saya. Saya tidak berniat untuk memburukkan sesiapa. Saya cuma nak berkongsi pengalaman saya pada laman Twitter saya sendiri. Tidak lebih dari itu.
Ya, saya guru praktikal yang hanya mengajar selama empat bulan sahaja di sekolah tersebut. Saya menganggap setiap insan yang ada di sekolah itu banyak berjasa pada saya dalam mempelajari menjadi seorang guru. Jadi, sikit pun saya tidak berniat untuk menjatuhkan air muka sesiapa.
Saya mengaku silap saya, terlalu seronok bercerita sehingga terlepas pandang dengan ayat saya berkenaan dengan ‘cikgu…’ itu. Saya memang bersalah, maafkan saya.
Di sini, saya ingin menjelaskan semula agar tiada yang salah faham.
Saya tahu cikgu itu sudah cuba pelbagai inisiatif. Cuma Kah Shzen tetap sama. Tambahan, Guru Tetap mengajar jauh lebih banyak kelas dan waktu berbanding guru praktikal, jadi itu adalah kekangannya.
Guru Tetap juga mostly dah berkahwin. Mereka perlu uruskan rumahtangga dan anak-anak juga. Jadi, saya rasa tidak adil kalau saya yang lebih banyak masa terluang ini tak gunakan masa tersebut untuk membantu pelajar yang terlepas.
Tambahan, saya pernah belajar bahasa mandarin. Jadi saya gunakan peluang ini untuk mendekati pelajar cina, memupuk minat belajar maths sebelum saya habis praktikal. Sebab kebanyakkan mereka lemah sebab tidak faham Bahasa Melayu. Bukannya cikgu mengajar tak bagus.
Untuk yang ini pula,
Tentang tak ada kepala itu sebenarnya, cikgu itu buat lawak saja sebab dia memang jenis yang kelakar. Sama seperti semua cikgu, dia sudah berusaha untuk mendekati setiap pelajar termasuk Kah Shzen. Tetapi mungkin Kah Shzen tidak faham Bahasa Melayu, jadi kekangan buat cikgu berkenaan.
Saya highlightskan kata-kata cikgu tersebut sebab saya rasa ayat mereka inilah yang menjadi cabaran untuk saya ubah Kah Shzen.
“Kalau mereka dah tak boleh buat, apa salahnya saya cuba buat”
Itu maksud saya. Cuma silap saya sebab saya cuma highlightskan kata-kata mereka, tapi tak menjelaskan dengan lebih terperinci sehingga ada yang salah faham.
Seikhlasnya, saya tiada niat nak menjatuhkan mana-mana pihak. Saya minta maaf.
Pelajar berkenaan juga sudah saya maklumkan yang saya cerita tentangnya. Dia tiada masalah tentang apa yang saya ceritakan.
Dan sejujurnya saya seronok berpraktikal di sekolah tersebut sebab semua kakitnagan, pentadbir dan guru sangat-sangat banyak membantu saya. Jauh di sudut hati saya nak menjatuhkan mereka. Tapi saya dah buat silap dalam penulisan ayat sehingga ada yang salah faham. Saya mohon maaf.
Admin puji tindakannya yang memohon maaf (walaupun apa yang dilakukan tu tidak menyalahi undag-undang) agar perkara ini tidak meuding jari mana-mana pihak. Kalaulah ada 1000 lagi guru begini, rasanya pelajar yang mempunyai masalah begini pasti akan terasa keseronokannyaa untuk pergi ke sekolah.
Sepanjang hari ini cukup hangat perbincangan di laman sosial kisah pelakon, pengacara dan usahawan, Neelofa yang dikecam netizen gara-gara melancarkan koleksi baru Naelofar Hijab di sebuah kelab malam. Isu ini menyaksikan pelbagai golongan cendikiawan seperti Profesor, Ustaz/Ustazah ataupun Imam Muda yang memberikan teguran. Masing-masing memberikan pandangan mereka tersendiri. Namun paling dinantikan adalah penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berhubung hal ini.
Sejak posting di laman facebook menunjukkan Datuk Zulkfli sedang menulis surat terbuka kepada Neelofa, ramai tidak sabar untuk mengetahui isi kandungan surat terbuka berkenaan.
Dallas posting yang dimwit turut tiga sejam lalu, inilah rupanya isi kandungan surat terbuka kepada pelakon yang bergelar Hajjah dalam usia muda ini. Posting ini juga telah mendapat hampir 6 ribu butang share dari netizen.
Jika orang lain menegur pelakon in dengan cara yang amat kasar dan sedikit menyentuh jiwa. Tetapi teguran dilemparkan Mufti Wilayah Persekutuan, ini lebih beradab, sangat halus dan begitu diplomatik.
Beliau tidak menyalahkan Neelofa 100 peratus, sebaliknya teguran berkenaan lebih kepada seperti mendidik dari seorang ayah kepada anaknya.
Ada 10 point yang ditulis dalam surat terbukan berkenaan buat perhatian Neelofa.
Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur. Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini.
1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.
2. Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.
3. Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impikan, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?
4. Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.
5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.
6.Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.
7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.
Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan
Retinol telah lama menjadi bahan unggul penjagaan kulit apabila ia datang untuk mencerahkan dan melicinkan kulit, tetapi kini bakuchiol membuat perbandingan dengan derivatif vitamin A.
Menariknya, ramuan penjagaan kulit semulajadi berasaskan tumbuhan tidak mengeringkan atau merengsakan kulit seperti retinol, jadi ia selamat digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif malah digalakkan oleh pakar dermatologi.
Bakuchiol diekstrak daripada daun dan biji tumbuhan babchi (psoralea corylifolia) yang tumbuh di benua kecil India dan telah digunakan secara sejarah dalam rawatan penyembuhan Cina dan Ayurveda. Malah bahan ini diperakui oleh pakar, bersifat anti-radang dan antibakterianya menenangkan dan memulihkan kulit.
Memandangkan ia diperoleh daripada tumbuhan babchi, ia sering dilabelkan sebagai vegan atau alternatif semula jadi kepada retinol. Tetapi menurut pakar, adalah tidak tepat untuk memanggilnya vegan atau retinol semula jadi.
Pakar menjelaskan bahawa bakuchiol berkelakuan pada kulit dengan cara yang serupa dengan retinol, yang sangat mantap dan superstar penjagaan kulit, tetapi secara kimia, ia tidak serupa sama sekali, jadi tidak betul untuk mengatakan bahawa bakuchiol ialah ‘retinol’ semula jadi.
Dalam intipati kimia, pakar menerangkan bahawa retinol dan bakuchiol sama-sama meningkatkan pengeluaran. Dalam erti kata lain, kedua-duanya mengubah cara kulit menghasilkan kolagen, yang menghasilkan kulit yang lebih gebu, cerah dan mengurangkan garis halus dan kedutan.
Seperti retinol, anda akan menemui bakuchiol dalam pelbagai jenis produk penjagaan kulit, daripada pelembap kepada krim mata kepada minyak muka dan banyak lagi.
Bakuchiol boleh digunakan sendiri, atau bagi mereka yang boleh bertolak ansur dengan retinol, ia boleh dipasangkan dengan bahan anti-penuaan dan pakar mengatakan ia adalah idea yang baik untuk berbuat demikian. Bakuchiol boleh membantu menstabilkan retinol, yang boleh menjadi sangat tidak stabil dan sukar untuk dirumuskan, pendapat pakar.
Menggunakan bakuchiol dan retinol pada masa yang sama boleh membantu anda mencapai kulit yang lebih sihat, kelihatan lebih segar, dengan menggunakan kedua-duanya secara bersama-sama membantu dengan pencegahan kedutan, dan merangsang pengeluaran kolagen.
Jika anda menggunakan retinol dan bakuchiol dalam rutin anda, pakar mencadangkan anda menggunakan produk bakuchiol pada waktu siang, kerana ia tidak akan membuatkan kulit anda sensitif kepada matahari dan produk retinol pada waktu malam. Dan jika anda bertukar hari apabila anda menggunakan produk retinol, boleh menggunakan bakuchiol pada hari anda tidak menggunakan retinol untuk terus menerima faedah meningkatkan kolagen.
Seperti kebanyakan produk, konsistensi adalah kunci, dan pakar mengatakan anda akan mula melihat hasil ketara menggunakan bakuchiol selepas enam hingga 12 minggu kerap menggunakan penjagaan kulit bakuchiol.
Daripada krim mata yang disasarkan kepada pelembap setiap hari, temui senarai produk bakuchiol yang patut dicuba di bawah:
Serum hari berkuasa AHA dan bakuchiol dari OleHenriksen ini adalah salah satu pilihan pakar. Asid glikolik dan laktik yang lembut menghaluskan kulit, manakala bakuchiol mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan tanda-tanda penuaan yang lain. Oleh kerana AHA, anda pasti mahu memakai SPF pada siang hari.
Pilihan yang berpatutan, serum penggalak ini boleh dicampur dengan pelembap atau penjagaan kulit lain untuk menambah manfaat penapisan kulit bakuchiol.
Bakuchiol dan peptida menggebukan kulit dan memperbaiki rupa kedutan tanpa kerengsaan retinol dalam serum berasaskan tumbuhan ini.
Asid hyaluronik dan niacinamide membantu menggebukan dan mencerahkan kulit di samping sifat anti-penuaan bakuchiol dalam serum harian ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.