Bagi yang gemar berlari, kasut adalah komponen penting dan pemilihan kasut yang sesuai mesti berpandukan kriteria seperti jenis atau bentuk kaki serta gaya berlari.
Ini kerana, kasut untuk sukan berlari direka khusus bukan saja untuk memantapkan teknik larian, tetapi bagi mengurangkan impak pada kaki, lutut dan jari kaki seterusnya mengelakkan pelbagai masalah sakit kaki serta kecederaan daripada berlaku.
Jika anda seorang yang gemar bersukan, pasti anda akan sedar bahawa kasut yang telah digunakan lebih daripada setahun tidak lagi selesa untuk dipakai. Hal ini kerana, setelah berlari lebih daripada 400 hingga 500 kilometer, kusyen pada kasut tersebut akan mula hilang dan menipis.
Ads
Perkara ini juga akan memberi kesan sampingan kepada kaki seperti mengalami sakit sendi dan tapak kaki. Tempoh setahun adalah masa yang paling sesuai untuk anda menukar kepada kasut sukan baru.
Ads
Walau bagaimanapun betulkah sebenarnya kasut pun ada expired date terutamanya kasut sukan? Sebenarnya tidak kira apa sahaja jenama kasut sukan yang mahal, semua kasut sukan ada tamat tempoh. Sebab itulah selalunya ada acara pelepasan stok untuk kasut sukan. (jual murah)
Ads
Tidak kiralah sama ada kita memakainya atau pun tidak, atau kita hanya simpan kasut di dalam almari sepanjang masa (orang bilang masih bau kedai), selepas masa tertentu (mungkin 2-4 tahun), gam kasut akan mula tidak kuat/mula terbuka dan kasut tertanggal dengan sendiri.
Tanpa disedari ramai di kalangan kita yang mengalami kemurungan atau depresi. Ada yang mengalami kemurungan tahap biasa dan ada juga sampai kritikal hingga perlu menjalani rawatan secara berterusan di hospital.
Selain dari menjalani rawatan di hospital, terdapat juga ikhtiar yang boleh dilakukan seseorang yang mengalami kemurungan dengan cara Islam.
perkongsian di laman sosial Facebook dengan cara mengamalkan beberapa ayat Al-Quran yang sesuai untuk membantu mengatasi masalah ini daripada berlarutan. Juga cara bagaimana seseorang itu boleh belajar melawan kemurungan.
Antara adalah dengan membaca surah Al-Quran dicadangkan, berkawan dengan mereka yang positif dan jangan lupa untuk solat.
Dan ini pula antara ayat-ayat Al-Quran boleh diamalkan sebagai ketahanan diri melawan masalah kemurungan ini.
Jika diamalkan setiap hari, insya-Allah akan membuatkan jiwa kita kuat dan tenang dalam berdepan situasi getir ini.
Turut dikongsi juga adalah doa yang boleh diamalkan ketika bersedih.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah tak cuba pelbagai jenis cara untuk menurunkan berat badan, namun masih gagal? Sebenarnya, anda tidak perlu berlapar dan menahan diri daripada mengambil makanan atau minuman yang sedap-sedap untuk tujuan menurunkan berat badan. Ada satu cara yang dipercayai sangat bagus dalam usaha anda untuk berdiet iaitu pengambilan jus sayuran.
Jus sayuran adalah sejenis minuman yang mudah, murah dan cepat dalam usaha mendapatkan nutrisi ekstra ke dalam tubuh badan yang sangat diperlukan. Bahkan, jus sayuran sebenarnya lebih bagus untuk diet berbanding dengan jus buah. Memetik dari ‘Eat This Not That!’ pakar diet Sue Heikkinen, berkata jus sayuran adalah sumber kalium dan vitamin C yang baik dan mengandungi gula yang jauh lebih rendah daripada jus buah.
Jus sayuran rendah natrium 5.5 oz (seperti jenama jus V8) hanya mempunyai 30 kalori. Jadi, sememangnya jus sayuran boleh menjadi alternatif buat anda yang ingin menurunkan berat badan. Berikut merupakan beberapa jus sayuran yang sesuai buat anda:
Kubis biasanya dicampur ke dalam sup sayur-sayuran dan tumis. Ianya juga sering dijadikan salad. Selain dijadikan makanan, kubis juga boleh dijadikan sebagai minuman. Ia mungkin kedengaran pelik, tetapi manfaat kesihatan jus kubis adalah setanding dengan jus buah-buahan lain.
Jus kubis mengandungi pelbagai khasiat penting yang memudahkan penyerapan tubuh. Selain itu, jus kubis juga mampu membantu anda menghilangkan lemak serta menurunkan berat badan. Ini kerana, kubis mengandungi serat makanan yang tinggi dan rendah kalori, hanya 34kcal!
Timun sering dihidangkan sebagai pelengkap ulam-ulaman, acar atau dijadikan penambah dalam masakan. Timun adalah sayur yang kaya dengan air dan serat makanan. Rasanya yang segar dan mengandungi banyak air bukan saja sesuai diolah sebagai makanan tetapi juga minuman.
Kalau anda nak tahu, jus timun amat baik untuk penghadaman dan membantu penurunan berat badan. Membuat jus timun juga sangat mudah. Hanya perlu tambah air dan kisar. Kalau nak lagi sedap, anda juga boleh menambah jus lemon!
Jus ubi bit merahterkenal dengan pelbagai khasiat dari sudut kesihatan. Malah di Malaysia, anda boleh mendapatkannya dengan mudah. Bukan itu sahaja, pengambilan minuman jus bit boleh memberi kesan yang baik kepada berat badan anda.
Ubi bit rendah kalori, tinggi antioksidan, mineral dan serat, jadi sebarang kombinasi bit sangat bermanfaat untuk proses penurunan berat badan anda. Jadi tidak hairanlah jus ubi bit adalah salah satu minuman yang sesuai untuk diambil semasa diet!
Jus sayuran hijau adalah satu lagi jus yang baik buat hijabi yang nak kurus. Sayuran hijau seperti saderi, bayam, dan lain-lain dipercayai bagus untuk turunkan berat badan. Ini kerana sayur-sayur hijau ini adalah rendah gula, tinggi serat dan kaya dengan sifat anti radang serta antioksidan yang bagus untuk tubuh badan anda.
Sayur-sayuran hijau ini boleh diolah menjadi berbagai jenis hidangan, seperti sup atau salad, dan juga dijadikan jus. Anda boleh membuat jus hijau dengan menambahkan saderi dan epal hijau.
Lobak merah memang kaya dengan vitamin A. Kandungan ini boleh membantu anda menurunkan berat badan, terutamanya apabila ia berkaitan dengan memecahkan lemak perut.
Selain itu, lobak merah juga mengandung retinol, beta-karotena, likopen, serta antioksidan yang dapat meningkatkan metabolisme. Ianya jugasangatmudahdibuat,hanyablenddenganpengisar.Andajugabolehmenambahorenataulimaupadajuslobakmerahuntuk menjadikannya lebih enak.
Bayam adalah sayuran yang murah dan berkhasiat. Sayuran berdaun hijau ini bagus untuk penurunan berat badan dan penurunan lemak perut.
Antara khasiat bayam adalah sangat rendah kalori dan padat dengan serat, zat besi, asid folik dan vitamin E. Anda boleh campurkan jus bayam dengan epal, limau, timun atau nanas untuk rasa yang lebih lazat. Dan, jangan lupa tambahkan madu juga!
Untuk memastikan kulit kita sihat, licin dan bersih, kita bukan sahaja perlu mencuci dan membersihkan muka, tetapi juga mengelupas kulit secara berkala.Walaupun selepas mengekalkan rutin penjagaan kulit harian, terdapat sel kulit mati yang terlepas. Di sinilah pengelupasan kulit anda menjadi penting.
Pengelupasan adalah proses mencungkil kotoran yang lebih dalam di dalam kulit anda, untuk mengelakkan bintik hitam, bintik putih, jerawat dan untuk melicinkan tona kulit anda. Sekarang persoalannya, adakah anda perlu menghubungi kedai atau hanya melihat ke dapur anda untuk membuat skrub pengelupasan yang sempurna sendiri? Jika anda ingin menghasilkannya dengan bahan semulajadi, berikut ialah beberapa idea skrub muka buatan sendiri terbaik untuk dicuba di rumah.
Lentil merah atau masoor dal adalah salah satu bahan rumah yang sangat berkesan untuk membuang sel-sel mati dari kulit anda. Ia membersihkan, melembutkan dan mencerahkan kulit anda dan menjadikannya bebas minyak untuk mencegah jerawat.
Campurkan semua bahan yang disebutkan di atas dan sapukan pada muka dan badan. Gosok perlahan-lahan dalam pergerakan bulat selama kira-kira 4 hingga 5 minit. Basuh dengan air sejuk. Gunakan skrub ini sekali dalam seminggu untuk hasil terbaik. Skrub ini paling sesuai untuk kulit berjerawat berminyak.
Kulit oren adalah kebaikan kepada kulit kerana ia merawat jerawat, jeragat dan menanggalkan sel-sel mati. Oat mengeluarkan kotoran dan minyak dari pori-pori dan membaiki kulit yang rosak akibat pencemaran.
Bahan-bahan:
Cara membuat dan menggunakan:
Kisar semua bahan dalam pengadun atau pemproses makanan. Sapukan skrub pada muka anda dan biarkan selama 10 minit, kemudian basuh dengan air sejuk. Gunakan skrub muka lembut ini untuk kulit lembut dan anjal. Skrub muka buatan sendiri ini paling sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering. Yogurt mengandungi asid laktik yang menenangkan dan meratakan warna kulit.
Madu adalah skrub muka yang menghidratkan dan mempercepatkan proses pengelupasan. Gula mengelupas pembentukan sel kulit mati.
Bahan-bahan:
Cara membuat dan menggunakan:
Campurkan bersama 1 sudu kecil gula, minyak zaitun dan madu. Untuk ini, tambahkan 1 sudu kecil jus lemon., kacau kuat-kuat untuk seketika. Sapukan pada muka anda dan gosok selama beberapa minit sebelum dibasuh dengan air sejuk. Gunakan skrub ini sekali dalam 2 minggu. Skrub ini boleh membantu mewujudkan penampilan kulit yang lebih licin dan bercahaya.
Tepung gram adalah bahan popular untuk mengurangkan minyak, sebum berlebihan dan kotoran. Ia membersihkan dan mengelupas kulit anda.
Campurkan tepung gram, susu dan kunyit. Urut ke seluruh muka dan badan anda semasa mandi. Biarkan selama 2 minit, kemudian basuh dengan air. Jangan gunakan sabun, pencuci badan atau gel mandian. Gunakan pek ini sekali dalam seminggu. Ia akan membuatkan tekstur kulit anda terasa licin.
Teh hijau padat dengan antioksidan yang melawan bakteria, bertindak sebagai pengelupasan yang akan membantu menghilangkan minyak berlebihan, mengecilkan pori-pori dan merawat jerawat sederhana.
Campurkan 1 sudu kecil serbuk teh hijau, 1 sudu kecil yogurt. Sapukan pada muka anda secara merata dan gosok perlahan-lahan. Biarkan selama 10 minit dan kemudian basuh dengan air. Gunakan skrub ini sekali dalam seminggu untuk hasil terbaik. Ini berfungsi sebagai pengelupasan lembut yang membuang sel kulit mati kerana tekstur daun hijau kering.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.