Sumber gambar dari SHEIN, Bazzibatul, dan Mawso3at Hawa

Ramai orang yang sering mempunyai masalah untuk bergaya tetapi tidak mahu keterlaluan dan menonjol. Tambahan lagi, tren terkini sering menunjukkan gaya yang minimal atau bersederhana tapi mahu tampak bergaya dan elegan.

Padanan baju yang sederhana seperti baju t kosong yang berwarna, cardigan, serta sepasang seluar atau kain yang simple, sudah pasti anda akan kelihatan seperti tidak bersiap dan tampak selekeh. Tambahan pula padanan kasut yang serba tidak kena. Jadi bagaimana hendak ubah?

Gaya simple tapi tampak elegan

Gaya ini sebenarnya mengikut kehendak masing-masing dan juga gaya yang mereka inginkan. Kadangkala, kita hanya ingin nampak simple tetapi sofistikated dan berstail tanpa perlu aksesori atau corak yang keterlaluan.

Kasut adalah satu aksesori dalam gaya anda yang mempengaruhi secara menyeluruh pakaian anda. Ramai yang tidak tahu dan peka mengenai penggunaan kasut dalam pakaian yang anda gayakan. Yelah, ia hanya berada di sarung pada kaki, tak semua tengok.

Tanggapan anda itu salah kerana kasut memainkan peranan yang sangat besar dalam pakaian anda. Anda tidak mahu di pandang lucu kerana warna padanan kasut yang tidak serasi dengan pakaian anda.

Artikel berkaitan: Panduan Pandanan Warna Baju, Agar Muka Tidak Kelihatan Pucat Dan Bosan

Melalui perkongsian itsvarmg di TikTok, kasut putih mempunyai satu daya tarikan yang cukup menarik untuk membuatkan pakaian dan gaya anda tampak lebih sofistikated dan elegan. Tambahan pula, ianya boleh di padankan dengan apa-apa jenis pakaian.

@itsvarmg The 10 shoes every woman needs #capsulewardrobe #shoes #fashionadvice ♬ original sound – Vmg

IKLAN

“Mempunyai kasut putih membolehkan gaya pakaian anda menjadi lebih sofistikated dan memberikan perincian yang sangat besar walaupun tidak terlalu keterlaluan.

“Gaya yang anda padankan akan tampak lebih menarik dengan kasut putih walaupun hanya sekadar pakaian anda untuk ke gim.” katanya lagi.

Namun, ramai yang beranggapan bahawa kasut putih sinonim dengan pemakaian pakaian seragam sekolah. Tambahan pula, ada yang cuba mengelakkan penggunaan kasut putih kerana susah di jaga dan cepat kotor.

Ada sebab anda harus ada kasut putih!

Kami sangat mengsyorkan anda untuk mempunyai sepasang kasut putih. Kasut putih mempunyai potongan yang cantik dan minimal dan harganya juga berpatutan. Kadangkala, gaya pakaian anda yang nampak simple boleh berubah tampak lebih ‘mahal’. Jadi ini adalah sebab-sebab kenapa anda perlu ada kasut putih di rumah:-

1. Menonjolkan lagi gaya pakaian anda

IKLAN

sumber Pinterest

Padanan kasut putih dalam pakaian sangat membantu dalam menyerlahkan apa baju atau seluar/kain yang anda pakai. Kadangkala, padanan warna yang seakan-akan menyebabkan pakaian kita kurang menyerlah, jadi dengan padanan kasut putih, ia mengimbangkan lagi warna serta kontra kepada corak-corak abstrak yang anda gayakan.

2. Tidak perlu pening untuk sarung kasut apa

Kasut putih sangat versatil kerana ia boleh menyenangkan kerja anda tanpa perlu berfikir rumit mengenai padanan warna kasut atau jenis. Hanya perlu sarung sahaja kasut putih, jimat masa anda dan ia sangat mesra dengan pelbagai gaya.

Tiada lagi simple walaupun ke kedai runcit ataupun pasaraya, anda bakal kelihatan minimalis dan menarik dengan imbangan warna yang serasi. Kasut putih kini merupakan kasut yang sesuai dengan semua gaya.

3. Kasut putih ini sangat berbaloi

IKLAN

Tidak di nafikan jualan kasut putih yang berjenama seperti Balenciaga, Gucci, ataupun jenama yang seangkatan boleh mencecah sebanyak RM800.00 hingga RM3,000.00 keatas. Hakikatnya, pasaran bagi kasut putih sangat tinggi dan meraih permintaan yang ramai.

Kasut putih juga tidak perlu untuk membeli di kedai yang berjenama kerana tanpa jalur, potongang yang minimal, dan tiada logo membuatkannya tampak sofistikated. Tumpuan utama ramai orang kepada kasut putih adalah kasut itu tersendiri bukannya jenama.

4. Tampak cantik walaupun dalam keadaan kotor

Sudah tentu memiliki kasut putih kerap membuatkan anda untuk bersihkan ia. Malah, ia jadi satu tabiat yang baik kerana anda menjadi lebih peka untuk jaga kebersihan kasut. Tetapi sebenarnya ia tidak menjadi satu kesalahan jika kasut putih anda itu cepat kotor. Proses membersihkan kasut itu juga dianggap sebagai perkara yang terapeutik.

Jadi pemilihan jenama kasut itu terpulang buat anda tapi kami sarankan untuk membeli kasut yang diperbuat oleh kulit atau pvc kerana lebih senang di sental menggunakan berus atau sponge. Pastikan anda yakin dalam padanan gaya yang anda suka dan harus kekal berani!

Artikel berkaitan: ‘Smart Casual’, Kod Pakaian Yang Multi Fungsi. Jangan Sampai Tersalah Padanan!

Sumber: SE Asia

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI