Tahukah anda, kita boleh mengumpul banyak pahala dengan hanya mengamalkan zikir yang mudah sahaja?
Haaa, jadi apa alasan kita untuk bermalasan lagi? Nyanyi boleh takkan berzikir kejap tak bolehkan? Hehe!
Photo by ali burhan from Pexels
Basahkan lidah anda setiap hari dengan membaca zikir-zikir ini. Sememangnya besar ganjarannya jika anda rajin mengamalkan amalan sunat ini setiap hari. Tak susah pun, bahkan boleh melindungi kita daripada azab api neraka kelak. InsyaAllah.
Mulakan hari anda dengan melafaz ‘Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar’
MasyaAllah, nampak kecil tapi besar manfaatnya buat kita semua. Jadikannya sebagai rutin dalam hidup dan insyaAllah kita pasti akan berasa ralat jika meninggalkannya. Sama-sama ya kita amalkan.
Islam tidak melarang manusia berusaha dan berikhtiar dengan berjumpa pakar, bomoh atau mengubati penyakit dengan pelbagai cara. Asalkan kaedah perubatan itu tidak membawa kepada unsur-unsur mensyirikkan Allah seperti penggunaan jin, sihir dan sebagainya.
Segala ikhtiar lahiriah ini harus disusuli pula oleh doa dan harapan pada Allah agar menyembuhkan segala macam keuzuran dan gejala penyakit-penyakit kerana pada hakikatNya Dialah yang Maha Penyembuh.
Apa yang menariknya dengan selawat syifa dan beberapa ayat syifa yang digunakan dalam perubatan cara Islam boeh menyembuhkan penyakit. Kita disarankan untuk mengamalkan ayat-ayat alquran mahupun zikir untuk melawan penyakit berserta dengan ubat-ubatan.
Hanya pada Engkau sahajalah kami sembah dan hanya pada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan.
— Surah al-Fatihah ayat 5
Selawat syifa biasa digunakan untuk tujuan pengubatan dan memohon kesembuhan penyakit. Selawat syifa juga dikenali sebagai selawat tib. Perkataan‘Tib’ dalam selawat Syifa adalah kata nama yang membawa makna penawar atau ubat.
Bacaan selawat syifa adalah seperti berikut:
Maksudnya:
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang merupakan ubat kepada hati-hati manusia dan penawarnya, kesembuhan bagi badan-badan dan penyembuhnya, cahaya segala penglihatan dan sinarannya, (begitu juga selawat ini dilimpahkan) ke atas ahli keluarga baginda, para sahabatnya, serta limpahkanlah kesejahteraan (ke atas mereka).
Enam ayat al-Quran ini boleh dijadikan amalan sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit.Rahsia ayat-ayat ini diperolehi oleh Syeikh Abu Qasim al-Qusairi r.a. daripada Rasulullah SAW.
Ayat-ayatnya adalah:
Dan Dialah (Allah) melegakan (menyembuhkan) hati-hati orang yang beriman”
Dan penyembuh (penawar) bagi apa yang (penyakit-penyakit yang berada) di dalam dada”
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar bagi manusia
Dan kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku”
Katakanlah: “Al-Quran itu ialah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.
Betapalah rugi kita sekiranya tidak mengamalkan surah-surah yang terdapat di dalam AlQuran. Insyallah dengan izinNya segala penyakit akan sembuh.
SUMBER: AKUISLAM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mata tak berkelip melihat tontonan video yang dilakukannya. Kepetahannya bercakap dalam loghat utara menambah keseronokan netizen untuk menonton video tutorial mekap yang dilakukannya. Lagaknya seperti seorang selebriti. Jangan terkejut dia mempunyai pengikut di laman sosial melebihi 1 juta lebih. Nur Nabila Zulyadaini, 25 tahun ini hanyalah seorang suri rumah dan dari keluarga susah sebelum menjadi viral dek kerana video tutorial mekap yang dimuat turun mendapat tontonan di luar jangkaan.
Malah anak jati Tanjung Dawai ini mengakui pernah menitiskan air mata semata-mata kerana mendapat kecaman pelbagai netizen. Namun itu semua tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjaya dalam bidang yang diminatinya ini.
Menurut wanita kacukan Turki-Melayu ini berkata dalam SINAR HARIAN ONLINE suaminya Anuar Ahmad, 29 tahun yang tak putus-putus beri semangat untuk meneruskan minat dalam bidang yang dipupuk sejak empat tahun lalu.
Bukan senang untuknya berjaya seperti hari ini. Dia yang hanya suri rumah sahaja sebelum ini mengakui dirinya pernah sedih sampai menangis kerana kecaman netizen hingga tidak berselera untuk makan. Lebih-lebih apabila dirinya difitnah solek tak cantik macam najis dan juga dikutuk disebabkan keadaan fizikal.
Namun Tuhan itu lebih mengetahui. Setelah disiasat rupanya fitnah itu datangnya dari individu yang sama bidang dengannya. Dia merasa terancam dengan kehadiran dia dalam industri solekan hingga sanggup melemparkan fitnah berkenaan.
Bella yang cukup terkenal di utara ini memberitahu minat terhadap bidan solekan muncul sejak mengandung anak pertama, Iris Alisya, 5 tahun. Tidak mahu terus berada di tahap sama, Bella turut merancang mengeluarkan jenama kecantikan sendiri 10 tahun lagi.
Dia yang belajar mekap di laman youtube sekadar suka-suka untuk menghilangkan rasa bosan di rumah. Maklumlah keluarganya orang susah dan tiada peluang belajar kelas solekan kerana kosnya yang mahal. Tetapi Bella memang meminati seni dan lukisan. Jadi dia tidak kisah untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.
Kini, Bella menjadikan bidang solekan sebagai sumber pendapatan utama apabila menubuhkan studio di Alor Setar, Kedah.Pada masa sama, wanita berusia 26 tahun ini turut dijemput mengendalikan bengkel solekan wajah di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura.
Ibu kepada dua cahaya mata ini membuat tutorial mekap sekurang-kurangnya empat kali seminggu. Dia mengakui mendapat kepuasan peribadi apabila ada pengikutnya memperoleh pendapatan sendiri dengan belajar teknik solekan selepas menonton video tutorial berkenaan.
Mengakui tiada asas dalam penggunaan alat kosmetik, namun ternyata jemarinya mempunyai sentuhan magis yang memukau. Bella juga lebih senang menggunakan produk kosmetik keluaran usahawan tempatan yang secara langsung membantu membangunkan ekonomi peniaga terbabit.
Bukan sahaja Bella yang pandai membuat tutorial, tetapi anaknya Iris Alisya yang berusia empat tahun juga mempunyai minat sama. Malah tutorial yang dimuat turun di facebook miliknya pernah mencecah 8,000 jumlah tontonan walaupun disiarkan waktu pagi.
Memang hebat sekali penangan mekap artis dari utara ini. Walaupun mencari rezeki bukan di kota besar seperti Kuala Lumpur, tetapi Bella tetap popular umpama selebriti. Setiap kali video dimuat turun personaliti media sosial itu berjaya mengumpul sejumlah besar penonton setiap kali bersiaran langsung.
Admin juga suka dan leka sekali menonton tutorial berkenaan. Nampak macam mudah solekan yang dihasilkan dan impaknya memang mengagumkan.
Tiada yang membahagiakan bagi seorang anak apabila dapat menggembirakan hati kedua ibu bapanya. Bagi pelakon Yana Samsudin, keberhasilan menyempurnakan niat untuk membawa kedua orang tuanya mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah pada tahun ini adalah sesuatu yang cukup bermakna buat dirinya.
Melalui perkongsian Yana dilaman Instagramnya, Yana berkongsi rasa gembira dan syukur kerana hasratnya untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan haji termakbul juga akhirnya. Selepas 10 tahun, akhirnya hajat itu menjadi kenyataan.
Umrah selepas mengerjakan Haji Qiran 2022. MasyaAllah , alhamdulillah… Allahuakbar..
Yana tak pernah jejak kaki ke sini, tapi Allah bagi peluang menunaikan Haji & Umrah sekaligus terus..
Benar janji Allah bila kita berbakti kepada kedua ibu bapa, kita berusaha melengkap kan rukun Islam ke 5 , berkorban membelanjakan segala harta ke jalan Nya, Allah bagi segalanya … malah lebih.
SubhanAllah.. aku telah menyaksikan semuanya…
Tiada lebih penting dalam hidup ku, hanya Allah, Muhammad, ibu bapa ku , suami ku dan keluarga ku…
Impian aku membawa mereka sebenarnya dah lebih 10 tahun. Orang cakap artis tak mampu ke? Hanya Allah lebih mengetahui. Hanya aku yang melaluinya ..
Syukur, beruntung aku juga mempunyai suami yang sangat supportif, ianya juga hadiah pinjaman berharga dari Allah.. Alhamdulillah.. terima kasih sayang atas segalanya @fadzilzahari.
Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah membantu perjalanan kami di sini @seahajjpr
Hari ini, di saat ini aku telah menyaksikan banyak perkara bahawa Allah itu Maha Esa , Maha Pemurah , Maha mengasihani & Maha mengetahui. Percayalah tiada RAGU , hanya SATU! La ilaha illAllah Muhamadurrasulullah… Semoga kalian di jemput menjadi Dhuyufurahman.Amin.