Siapa sahaja yang tidak mengenali chef selebriti, pelakon dan pengacara iaitu Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail.  Baru-baru ini, beliau telah memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya yang terpaksa menolak tawaran untuk menjadi hos bagi beberapa buah program televisyen disebabkan kesihatan bonda tercinta, Cik Ani. 

Chef Wan merupakan nama yang sangat besar dan terkemuka dalam bidang masakan. Bukan sahaja hebat dalam masakan, malah beliau mempunyai restoren sendiri. Figura ini juga sudah menceburi dunia kulinari lebih 30 tahun.

Beliau pernah mencipta fenomena tersendiri suatu ketika dahulu. Setiap kali ada penampilannya dalam rancangan masakan, penonton khususnya golongan ibu-ibu pasti ternanti-nanti di depan televisyen.

“Duit Boleh Di Cari, Ibu Tiada Ganti” – Chef Wan Tolak Tawaran Travelog Luar Negara, Fokus Jaga Kesihatan Cik Ani
Sumber gambar dari Media Hiburan

Peminat Chef Wan pasti cakna dengan keadaan ibu Chef Wan yang mengalami dementia serta disahkan menghidap kanser payudara.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Mahu Buat Dia Ketawa Siang & Malam’-Ibu Hidap Kanser, Chef Wan Nekad Jaganya Hingga Nafas Akhir

Untuk pengetahuan anda, Ibu Chef Wan iaitu Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani yang berusia 90 tahun itu turut tinggal bersamanya. Pun begitu, chef selebriti ini tidak mengeluh malahan menjalankan tanggungjawab dengan sangat baik dalam menjaga ibunya itu.

Terbaru, Chef Wan telah mendedahkan bahawa dirinya menerima tawaran untuk menjadi hos bagi beberapa buah program televisyen berkaitan kulinari dan travelog. Namun begitu, program yang ditawarkan itu memakan masa yang lama bagi proses penggambaran serta memerlukan komitmen yang tinggi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Direktor Astro Prima mahukan saya mengacarakan progam 22 episod dan disiarkan pada bulan Ramadan. Mereka memerlukan waktu saya selama enam minggu. Januari hingga Febuari menjelajah dalam satu negeri sahaja (Will need 6 weeks of time Jan/Feb travelling in one state sahaja).”

Tambahan itu, beliau turut menyatakan bahawa tawaran tersebut diberikan lanjutan ramai yang rindu untuk melihat kemunculannya di televisyen dan turut mendapat tawaran lain daripada pihak penaja.

“Pihak penaja mahukan saya juga sebab dah hampir tiga tahun saya tidak menjadi hos untuk program raya. Beberapa hari kemudian, datang pula satu lagi tawaran.”

“Mereka mahukan saya muncul di sebuah program komedi travelogue di Jepun. Mereka perlukan dua minggu waktu saya untuk lapan episod. (We need 2 weeks of CW time for 8 episodes). Ketika itu saya tidak berikan sebarang jawapan sebab saya masih perlu menyemak jadual,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Namun, Chef Wan akui dia tidak tega untuk menerima tawaran tersebut apatah lagi bila mengetahui tentang penyakit kanser ibunya yang semakin mudarat.

In my head terfikir juga. How to travel to Central Asia to film my Food on the silkroad serie juga in January at least 3 to 4 weeks shoot itu.” (Saya asyik berfikir macam mana nak menjelajah ke tengah-tengah Asia untuk merakamkan program ini sekurang-kurannya tiga hingga empat minggu?)”

2 days ago when i found out my mom cancer cell has spread and grew bigger i had to make decision not to accept any of those show i mentioned di atas.” (Dua hari lepas, saya baru diberitahu yang penyakit kanser ibu saya sudah semakin merebak. Saya terpaksa mambuat keputusan untuk tidak menerima tawaran-tawaran di atas).”

“Program jelajah ke Asia itu saya perlu tunda ke bulan May. I can’t commit myself to my work in the event my mom will fall ill and need serious medical treatment and i need to be there for her. (Saya tidak boleh berikan komitmen pada program tersebut. Ibu saya akan sakit dan memerlukan rawatan yang serius. Saya perlu ada disampingnya),” kongsinya lagi.

Imagine when i am abroad and my mom fell sick mcm mana la boleh senang hati nak berkerja kan. (Bayangkan kalau saya ke luar negara dan ibu saya jatuh sakit, macam manalah saya boleh senang hati nak bekerja kan?) Jika dekat macam sejam dua penerbangan, boleh la balik.

“Jadi, saya fikir, keputusan yang terbaik adalah untuk tidak mengacarakan program tersebut demi menjaga ibu saya. Saya juga minta pihak Astro untuk menangguhkan siri jelajah saya ke bulan May atau Jun. Which they have agreed. Alhamdulilah.

“Ibu kita ni lah satu-satunya. Duit bila-bila boleh cari jika rajin dan berkemampuan tetapi masa berharga saya dengan ibu, tidak boleh dibeli lagi,” tulisnya sebagai penutup.

Ramai tak putus doakan

Melihat ke ruangan komen, ramai yang memuji dan turut mendoakan kesihatan ibunya itu. Ada juga netizen yang turut sebak kerana dapat merasai kesedihan dan mempunyai pengalaman yang sama sepertinya.

Mashaallah Chef Wan you mmg anak mithali Tabarakallah Alhamdulillah.. u didnt accept n reproposed.. they accept your postponement.. Allahu Akhbar.. u still get the job kerana rezeki tak salah alamat dan berkat kebaikan you terhadap ibu you.. Subhanallah Aamiin”

Moga Allah SWT merahmati chef wan..pekerjaan paling mulia adalah menjaga ibu bapa kita..bahagia ibubapa adalah bahagia kita dunia dan akhirat”

Sekaya mana pon kite, bila org tua sakit, dia tak nak org asing yg diupah utk jaga mereka. Semoga jadi contoh kepada masyarakat.”

“Betul DCW..insyaAllah,your good deeds to ur mum will be rewarded dgn izin Nya.Aamiin.smuga dimudahkan urusan perubatan ur mum.Aamiin”

“Awak anak yang soleh chef wan. Inshahallah Allah SWT beri chef rezeki yang lain dan ada hikamah nya saya tabik pada chef yang setia menjaga ibu, ini satu contoh yang baik menjadi tauladan pada kita semua. Semoga puan Ani diberi kekuatan. Aamiinx3”

Artikel Berkaitan: Hasil Elak Makanan Manis & Hanya Berbuka Dengan 1 Lauk, Chef Wan Berjaya Turun Berat Badan

MasyaAllah, sesungguhnya jasa ibu takkan terbalas; bak peribahasa ‘kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan’. Namun, sebagai anak, kita pasti akan berusaha sehabis baik untuk berbakti. Hijabista turut mendoakan agar diberi kesembuhan kepada ibu Dato’ Chef Wan dan dipermudahkan urusan di masa hadapan.

Sumber: Instagram Chef Wan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI