Personaliti media sosial, Maryam Younarae yang juga isteri kepada pempengaruh media sosial ‘Durian Kimchi’, Ryzal Ibrahim berniat untuk terus mempraktikkan pemakaian khimar di Malaysia seperti mana yang menjadi persalinan kebiasaan kebanyakan wanita di negara Timur Tengah.
Menurut Maryam, pemakaian khimar ini boleh memberikan keselesaan buat para wanita melakukan aktiviti harian dan pada masa sama memudahkan urusan ketika solat.
Katanya lagi, penggunaan kualiti kain daripada Korea Selatan juga nyata memberikan keselesaan buat si pemakai.
Khimar Lebih Selesa Dan Praktikal Berbanding Telekung
“Saya buat khimar ini untuk kegunaan seharian atau ketika berjalan-jalan. Boleh juga digunakan sewaktu solat.
“Memakai telekung untuk aktiviti harian mungkin agak tak sesuai kerana ia labuh dan kainnya tebal, tapi khimar ini sangat selesa.
“Bagi orang yang tak tahu mengenai khimar terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan saya, mereka tertanya-tanya saya tak panas ke? Selesa ke?
“Jadi, saya mahu mereka cuba sendiri. Oleh itu, saya sudah merancang untuk mewakafkan khimar ini di masjid-masjid di Malaysia dan Korea Selatan,” katanya.
Ads
Maryam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae bertempat di Lola by SeraiGroup KLGCC.
Terkilan Khimar Masih Belum Terkenal Di Korea!
Bagaimanapun, pelakon filem Mat Tudung Begins ini akui agak terkilan apabila pemakaian khimar masih belum boleh diterima ramai lebih-lebih lagi di negara kelahirannya, Korea Selatan.
“Pada Oktober lalu, saya balik ke Korea. Saya ada berkongsi video memakai khimar ketika ke pasar. Video tersebut telah viral dan menerima 12 juta tontonan.
“Orang-orang di Korea melihat saya dalam keadan pelik. Sebagai manusia, saya juga ada perasaan takut dan tertanya-tanya apa yang mereka fikirkan.
“Buat pertama kalinya, saya mengeluh kepada Allah. Kalau nak saya memeluk Islam, kenapa lahirkan saya sebagai orang Korea dan bukannya orang Malaysia? Kenapa beri saya situasi susah?,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, hal tersebut tidak sesekali melunturkan semangatya untuk berkongsi tentang keindahan Islam.
Ads
“Kemudian saya dapat jawapan. Kerana saya orang Korea Selatan dan seorang muslim, jadi, lebih mudah untuk saya mendekati mereka dan berkongsi tentang Islam.
“Saya akan terus tunjukkan perkara yang baik-baik. Sama seperti suami saya, Ryzal. Ketika dia membawa saya memeluk Islam, dia tak pernah paksa saya buat itu ini tapi dia menunjukkan contoh.
“Bila sudah terbiasa, saya pula ada keinginan untuk belajar sendiri. Setiap perkara yang berlaku ada prosesnya. Kita tak boleh terus berubah 360 darjah,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Maryam turut memaklumkan dia memulakan bisnes pakaian muslimah ini sebagai tanda untuk menghargai nikmat rezeki yang telah dikurniakan Allah.
Ads
“Ramai tahu saya peroleh rezeki yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Ada orang bila dapat rezeki, mereka hanya berterima kasih tapi tak buat apa-apa.
“Bila dapat rezeki, kita kena memanfaatkan pemberian itu. Allah nak kita memanjangkannya untuk perkara yang baik. Ini cara saya saya memanfaatkan rezeki,” akhirinya.
Untuk rekod, Maryam You Narae merupakan wanita asal Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan sebelum berkahwin dengan pempengaruh media sosial asal Malaysia, Nik Muhammad Rizal dan popular dengan Youtube ‘Durian Kimchi’, Maryam hanyalah seorang wanita biasa yang mengusahakan kedai menjual kuih walnut bersama ibunya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Selama ini ramai yang takut untuk makan telur sebagai diet harian kerana dikatakan telur mengandungi kolestrol yang tinggi.
Walau bagaimanapun admin nak kongsi Diet Telur Rebus yang merupakan salah satu diet yang boleh diamalkan jika anda ingin menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam masa dua minggu sahaja. Ahli Diet, Jill Corlene menjelaskan telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk sarapan pagi kerana ia boleh membantu dalam proses menurunkan berat badan.
Telur rebus mampu membuat perut kenyang lebih lama kerana ia merupakan sumber protein dan serat yang sihat. Selain itu, diet telur rebus sendiri juga boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan cepat. Paling penting, jika anda mengamalkan diet sihat lain selepas berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan tidak akan meningkat mendadak.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Cadangan Menu Sepanjang Tempoh 2 Minggu;
Isnin
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang
Selasa
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: sayuran hijau dan salad ayam
Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus
Rabu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
Malam: Salad dan ayam panggang
Khamis
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
Malam: Salad dan ikan panggang
Sabtu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Buah-buahan
Malam: Sayur dan ayam stim
Ahad
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang
Malam: Sayur stim
Namun begitu, anda haruslah menitikberatkan perkara lain dan mengikuti pantang ketika menjalani diet ini iaitu
Minum air kosong 8 hingga 10 gelas setiap hari.
Lakukan senaman ringan setengah jam setiap pagi.
Tidak makan makanan segera.
Kurangkan pengambilan garam dan gula.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sejak pandemik Covid-19 yang menular dalam negara dan dunia sejak lebih dua tahun lalu, pastinya para penggiat seni rindu untuk beraksi di pentas, mengalun melodi indah karya malar segar ciptaan masing-masing.
Begitu juga perasaan Ratu Rock Malaysia, Nor Zila Aminuddin atau lebih mesra disapa sebagai Ella. Malah, kemunculan dipentas seni sentiasa menjadi dambaan dan dirindui para peminat.
Tambah Ella lagi, meskipun sudah lama bergelumang dalam arena rock tanah air sebagai penghibur, Ella akui dirinya belum puas menghiburkan peminat dengan lontaran suaranya, namun semuanya berbalik kepada kehendak dan permintaan peminat.
“Saya mahu terus mewarnai industri muzik tanah air. Selain itu, saya masih terikat dengan kontrak untuk meneruskan persembahan nyanyian. Selagi peminat masih mahu, saya akan teruskan.
“Namun, kalau saya fikir mahukan masa yang lebih untuk diri sendiri dan keluarga, sudah tentu saya akan memperlahankan sedikit perjalanan karier saya,” ujar Ella.
Ella Hasrat Adakan Konsert Solo Jelajah Malaysia Tahun Ini!
Justeru, demi memenuhi hasrat sekaligus mengubati rasa rindu para peminat, pada tahun 2023 ini, Ella bercadang melaksanakan satu konsert jelajah ‘pusing Malaysia’ secara solo.
“Insya-Allah, tahun ini saya akan menganjurkan konsert solo. Saya akan buat konsert jelajah satu Malaysia.
“Sudah tentunya, Sabah dan Sarawak tidak ketinggalan. Saya rancang menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi akhir siri jelajah,” katanya lapor media tempatan.
Menurut Ella lagi, perkara yang paling dititikberatkan serta mendatangkan kebimbangan penganjur setiap kali mengadakan konsert adalah aspek penjualan tiket.
Namun, bagi Ella yang sudah merakamkan 10 album studio terdahulu katanya beliau yakin dengan kehendak peminat muzik genre rock tanahair.
“Dari segi jualan tiket, bagi saya, lebih senang ketika ini sebab beberapa tahun sebelum ini, kita terpaksa menghentikan apa sahaja aktiviti hiburan termasuk konsert akibat COVID-19.
“Ella rasa kemahuan peminat untuk menyaksikan konsert secara langsung semakin meningkat. Lihatlah bagaimana sambutan setiap konsert yang diadakan, baru-baru ini. Kehadiran peminat begitu meriah. Saya fikir tiada masalah dalam urusan jualan tiket.
“Namun, Ella berharap semuanya baik-baik sahaja,” katanya.
Justeru, demi merealisasikan projek itu, Ella dan pasukannya kini sedang giat merancang dan mengatur gerak kerja khusus agar konsert dicadangkan menjadi realiti dan dapat berjalan dengan lancar.
Bukan sahaja menambahkan rasa lazat pada menu makanan ataupun bahan tambahan sebagai pencicah, malah tomato juga memberi banyak khasiat pada kecantikan tubuh badan.
Tahukah anda tomato mampu untuk mengurangkan masalah berat badan? Ha! Banyak lagi tau kebaikan buah tomato ni. Nak tahu lebih lanjut? Jom ketahui pelbagai rahsia kebaikan tomato yang boleh anda rasai!
1. Menurunkan berat badan
Jangan terkejut ya sis! Percaya atau tidak, tomato mampu membantu anda untuk menurunkan berat badan. Ini adalah kerana ia mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol menjadikan ianya berkhasiat untuk dimakan. Mudah terasa kenyang apabila dimakan kerana tomato mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut. Anda boleh menjadikan tomato sebagai snack jika terasa lapar.
2. Elak insomnia
Oleh kerana tomato mengandungi sumber nutrisi lycopene, ia mampu untuk mengelakkan masalah tidur ataupun insomnia. Caranya, jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam atau insomnia, cuba hidangan seperti salad atau sup tomato untuk makan malam.
3. Membaiki kesihatan kulit
Kesihatan kulit dan sebiji tomato pastinya tidak mampu dipisahkan! Selain bertindak sebagai ejen mencantikkan kulit, sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit. Malah, ia mampu untuk menegangkan kulit wajah anda supaya tampak muda! Tahukah anda, memakan sos tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%? Ha jadi selalulah makan tomato ya!
4. Menajamkan mata
Bukan hanya lobak, malah tomato juga mampu membaiki kesihatan mata. Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degeneration yang menyebabkan kesukaran untuk melihat.
5. Merawat Batu Karang
Pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang. Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mempesona, solekan Nabila Razali yang mendapat sentuhan MUA Indonesia dipuji, ini caranya nak cipta Angelic Makeup Look yang tengah trending sekarang.Nabila Razali tampil anggun...