Kehilangan insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Lebih-lebih lagi insan tersebut adalah ibu ataupun ayah kita sendiri. Mereka merupakan insan yang tiada galang-gantinya. Bayangkan, jika kita kehilangan mereka di saat terpenting dalam hidup.
Situasi ini merupakan apa yang dilalui oleh seorang graduan dari Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESOL) iaitu Syed Muhammad Afifi Syed Md Ridzuan.
Meskipun diuji dengan kehilangan bapa tercinta ketika sedang berjuang di tahun akhir pengajian, namun ia tetap tidak mematahkan semangatnya. Anak kelahiran Kuala Ketih Kedah ini bukan sahaja berjaya mendapatkan segulung ijazah, malah turut menerima Hadiah Pingat Emas Universiti Sains Malaysia (USM).
Foto Syed Muhammad Afifi Syed Md Ridzuan bersama keluarga
Walaupun telah ‘diuji’, graduan ini mengatakan dia dan keluarga amat berbangga dengan pencapaian atas usaha kerasnya sepanjang empat tahun pengajian di USM.
“Meskipun diuji dengan kehilangan insan yang sentiasa mendorong saya untuk terus berjaya, akan tetapi saya menganggap ujian ini adalah pembakar semangat untuk saya capai ke tahap ini.
“Dan ijazah serta anugerah ini saya dedikasikan buat arwah bapa saya yang meninggal pada bulan Mei yang lalu,” katanya kepada Sinar Harian.
Ads
Dianugerahkan Hadiah Pingat Emas USM
Untuk pengetahuan anda, Hadiah Pingat Emas USM ini dianugerahkan kepada pelajar tahun akhir yang terbaik dalam segala lapangan bagi kategori “HEBAT USM”. HEBAT USM menekankan nilai H iaitu, E iaitu Entrepreneur, B iaitu Balance, A iaitu Articulate dan T iaitu Thinking yang perlu ada dalam diri setiap mahasiswa USM.
Ketika ditemubual oleh Sinar, graduan ini mengatakan dia tidak menyangka usahanya membuahkan hasil. Tidak hanya dari segi akademik, dia juga telah banyak memerah keringat dan melibatkan diri dari segi kokurikulum.
“Antara pencapaian dan sumbangan yang saya telah berikan adalah sebagai ahli USM Response Team sewaktu negara dan kampus mengalami pandemik Covid-19.
“Selain itu, saya juga pernah mengetuai projek sukarelawan membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) serta memberi sumbangan ke Tabung Covid-19 USM,” ujarnya lagi.
Ads
Syed Muhammad Afifi sempat berpesan untuk tidak meratapi sesuatu pemergian serta redha dengan ketentuan Allah SWT. Sebaliknya, jadikan kehilangan tersebut sebagai dorongan untuk mencapai kejayaan.
“Jangan terlalu meratapi sesuatu pemergian, kerana hidup perlu diteruskan.
“Anggaplah setiap dugaan dan cabaran sebagai dorongan untuk capai lebih banyak kejayaan,” tambahnya.
Ads
Anak ketiga dari enam beradik ini juga berharap agar anugerah yang diterima menjadi contoh buat adik-adiknya yang lain di samping dapat mengubah nasib keluarga.
Sekadar info, Hadiah Pingat Emas USM ini telah disampaikan kepada graduan-graduan yang terlibat bersempena Majlis Perasmian Ekspo Konvokesyen (ConvEx USM) 2022 kali ke-60 serta telah disempurnakan oleh Pro-Canselor, Tan Sri Datuk Dr Zulkefli A.Hassan.
Sumber info dan gambar: Sinar Bestari
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai ahli politik, agenda Dr Zaliha Mustafa sentiasa mengenai isu penjagaan kesihatan. Ahli parlimen Sekijang itu sebenarnya memulakan karier politiknya beberapa ketika dahulu, menyertai PKR dan memegang pelbagai jawatan dalam parti sejak 1999.
“Amanah yang dipertanggungjawab tentulah suatu yang mencabar. Namun dengan sokongan, harapan, dan motivasi daripada seluruh warga KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA serta seluruh rakyat Malaysia, saya akan laksanakan sebaik mungkin,” kongsinya dalam media sosial.
Dilahirkan pada 28 Jun 1964, beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga sederhana di Johor Baru dan bersekolah di Sekolah Perempuan Sultan Ibrahim sebelum menerima tawaran untuk menghadiri Maktab Rendah Sains Mara Kota Baru di Kelantan.
Keputusan cemerlang yang diperoleh anak sulung daripada lapan beradik bagi Sijil Pelajaran Malaysia melayakkannya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Walaupun pelbagai tawaran diterima untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia memilih untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara di Universiti Kebangsaan Malaysia dan dianugerahkan ijazah Doktor Perubatan (MD).
Dr Zaliha memulakan kerjayanya sebagai doktor di Hospital Sultanah Aminah di Johor Baru dari 1989 hingga 1990 dan kemudiannya berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Daerah Pekan di Pahang selama 10 bulan.
Beliau juga pernah bekerja sebagai pegawai perubatan di Hospital Daerah Taiping selama lebih dua tahun, sebelum kembali ke Johor pada 1995 dan bekerja di sebuah klinik swasta di bawah Kumpulan Perubatan Penawar. Kemudiannya membuka klinik sendiri di Bandar Putra Kulai. Dr Zaliha dilantik sebagai menteri kesihatan baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada
Wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa yang pernah menjadi Setiausaha Politik Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, dikurniakan empat cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Dr Ahmad Azlan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Adakah anda mengalami insomnia? Mungkin anda minum terlalu banyak kopi? Mungkin anda mempunyai banyak pemikiran yang memastikan otak anda sentiasa berjaga-jaga? Selain daripada dua perkara ini, salah satu sebab lain untuk insomnia adalah kekurangan vitamin.
Dibebaskan daripada kesibukan, badan memerlukan vitamin dan mineral bukan sahaja untuk mengekalkan kesihatan anda, tetapi juga untuk membantu anda tidur lena.Kekurangan unsur vitamin dalam badan boleh menyukarkan anda untuk tidur lena. Apakah vitamin yang badan anda kurang apabila anda sukar tidur?
Kajian 2011 yang diterbitkan dalam Penyelidikan Pemakanan mendapati bahawa kira-kira 41% rakyat Amerika kekurangan vitamin D. Kemudian meta-analisis penyelidikan 2018 yang diterbitkan dalam Nutrien mendapati bahawa kekurangan vitamin D dikaitkan dengan gangguan tidur dan tahap rendah vitamin D dalam badan boleh meningkatkan risiko gangguan tidur.
Oleh itu, berjemur secara meluas amat disyorkan untuk mendapatkan vitamin D daripada matahari. Sebagai alternatif, anda boleh makan makanan yang merupakan sumber vitamin D yang baik atau mengambil suplemen tambahan.
Selain melawan selesema, vitamin C boleh merendahkan tahap hormon tekanan dan melawan gejala tekanan seperti penyakit dan masalah tidur. Kajian 2015 yang diterbitkan dalam Jurnal Sains Fisiologi Nigeria mendapati bahawa vitamin C boleh mengurangkan tahap kortisol (hormon tekanan), menggalakkan toleransi tekanan dan melawan gangguan tidur. Anda boleh mendapatkan vitamin C daripada makanan sihat seperti oren, kangkung, brokoli, lada dan strawberi.
Para ahli mengatakan kalau kalsium yang rendah berkaitan dengan kesulitan tidur. Ini dapat terjadi karena kalsium membantu otak menggunakan asam amino triptofan untuk membuat melatonin, hormon tidur. Sebuah penelitian tahun 2015 yang dalam Journal of Sleep Research menemukan kalau orang dengan tingkat kalsium normal lebih mudah tidur ketimbang mereka yang mengalami kekurangan kalsium.
Kondisi ini dapat disebabkan kalsium menurunkan tekanan darah. Kalsium membantu meningkatkan produksi melatonin. Karena itu, mungkin menjelaskan alasan makanan seperti susu, dapat membantumu tidur lebih nyenyak.
Kekurangan vitamin B12 telah dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan, termasuk insomnia, kemurungan dan gangguan tidur. Kekurangan vitamin B12 juga boleh menyebabkan keletihan.
Pada asasnya, sumber vitamin B12 adalah makanan yang berasal dari haiwan. Jika anda seorang vegetarian atau vegan dan mengalami gejala seperti kurang tidur atau mudah keletihan, cuba tutup pengambilan vitamin B12 anda dengan mengambil suplemen tambahan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pasti ramai yang terkesima melihat seorang wanita yang malu-malu ketika sarung cincin, hati pasti terdetik ‘waa momen yang memberi seribu debaran, pastinya si mempelai pandai menjaga batasan sebelum bernikah….’ Namun apa yang dibualkan ianya seperti trend dan menjadi ikut-ikutan.
Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh bagaimana berpandangan sebaliknya.
Saya rasa, macam semakin trending pula video ‘pengantin malu-malu’ untuk sesi pembatalan air wuduk dan kemudian diviralkan dengan caption yang menunjukkan ‘betapa muslimah’ dan ‘betapa sucinya’ pengantin perempuan yang menjadi bukti dia tak pernah disentuh mana-mana lelaki sebelum ini. Lagi advanced aksi gelabah malu yang ditunjukkan, lagi tinggi darjat dan kesucian wanita itu di mata orang.
Ada yang menggeletar waktu nak salam suami sambil tergelak-gelak meliuk lintuk badannya ke kiri dan ke kanan. Mula-mula tunjuk menggeletar, lepas tu main tarik-tarik tangan, cuit-sentuh sikit-tarik tangan macam kena renjatan elektrik, lepas tu gelak-gelak lagi, lepas tu main cuit tarik cuit tarik – sampai penonton semakin galak mengusik dan suasana pun menjadi riuh rendah.
Sesi sarung cincin yang ringkas dan sepatutnya berlangsung selama 10 saat dengan ucapan alhamdulillah selepas selamat menyarung cincin ke jari masing-masing, akhirnya menjadi satu sesi nakal yang kadangkala diselang seli dengan usikan lucah dan memalukan dari penonton dan memakan masa lebih lama, lantas meletakkan pengantin perempuan yang konon sedia malu itu dalam situasi memalukan yang jauh lebih panjang.
Saya teringat Syeikh saya di Syria dulu pernah berpesan,
“Real muslimah when they feel shy, it shows on their faces and not their inappropriate action. But people know. And people respect them out of knowing that. Just like the story of Musa with daughters of Nabi Syuib alaihissalam…”
Pesanan akhir beliau,
“…. If you really feel shy, you wont giggle out of your shyness. Shyness is an act that uplift a woman. Giggling out of shyness (gedik) just makes women a target for bad and unappropriate jokes..”
Ya, begitulah. Wanita muslimah yang benar-benar malu untuk acara sarung cincin, takkan tergedik tunjuk malu dan membiar diri menjadi bahan gelak dan usikan ramai orang. Yang betul-betul malu, akan kaku (tetapi tetap matang dan mampu memberi kerjasama) lantas menyegerakan proses sehingga tak mengundang apa-apa usikan dan imaginasi liar terhadap mempelai.
Kita ibu yang ada anak perempuan ni, nasihatkan anak-anak gadis kita yang bakal berumahtangga kelak. Jika benar-benar malu dan tak selesa, tangguhkan acara dan jadikan ianya sesi tertutup saja. Simple. Bukan meneruskan acara buat tatapan umum sehingga jadi satu sesi usikan yang menggores maruah wanita. Saya yang lihat, terasa jauh lagi malu. Percayalah, tak sweet pun begitu.
Wanita yang high class adalah wanita yang setiap gerak gerinya terpandu dan membuatkan dia mendapat lebih banyak penghormatan dari orang. Bukan jadi bahan usikan-usikan galak orang sekeliling.
Saya sayang kalian, adik-adik muda yang bakal berumahtangga. Kerana itu saya menulis. Supaya trend ini tak semakin galak dan kian diviralkan. Simpan malu-malu kalian di depan suami dalam saat peribadi kalian. Biar kalian saja yang menikmati saat-saat malu itu. Jangan pertontonkan kepada kami secara percuma. Ianya menggores kemuliaan kalian.
Gemuruh itu normal. Semua orang akan berasa gemuruh. Gemuruh yang akan membuatkan kita ‘alert’ dengan sesuatu. Sebab fikiran kita hanya tertumpu pada satu benda yang dirisau-risaukan. Gemuruh ini adalah ketika kita berasa risau dan takut dengan apa yang akan terjadi. Jadi ada banyak cara nak hilangkan perasaan gemuruh. Antaranya adalah doa.
Ya hayyu ya Qayyum, birahmatikas taghis
Maksudnya: Wahai Tuhan yang Maha Menghidupkan, yang berdiri sendiri tidak memerlukan sesuatu dengan rahmatMu, aku mohon pertolongan
Doa ini merupakan satu sabda Rasulullah daripada Anas Bin Malik. Sebelum apa-apa, kita mohon pertolongan daripada Allah terlebih dahulu untuk memudahkan kita supaya semuanya berjalan dengan lancar. Apa jua perkara yang kita nak hadapi selepas itu.
Allahumma la sahla illa ma ja ‘altahu sahla. Wa anta taj ‘alul hazna iza shikta sahla.
Maksudnya: Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau mudahkan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya
Ini merupakan hadis daripada Anas Bin Malik.
Selepas kita memohon pertolongan daripada Allah untuk keseluruhan proses membuat sesuatu yang kita takut-takutkan, maka kita mohon pula Allah permudahkan supaya semuanya tenang dihadapi oleh kita sendiri.
Nabi Musa pun berdoa: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku
Ini diambil daripada Surah Taha ayat 25-28.
Menurut tafsir, ayat ini menceritakan kisah Nabi Musa yang nak menghadapi Firaun, raja yang paling kejam dan tidak mengenali Tuhan selain dirinya sendiri. Nabi Musa sangat nervous untuk hadapi Firaun. Maka, dibacanya baginda ayat di atas.
La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazholimin
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim
Doa ini terdapat di dalam Surah Al-Anbiya ayat 87.
Banyak riwayat daripada At-Tirmidzi, An-Nasaie, Ahmad dan lain-lain menyampaikan yang Rasulullah pernah bersabda, barangsiapa membaca doa ini, maka Allah akan kabulkan permintaannya. Maka mintalah ketenangan jiwa dan kemudahan untuk melakukan apa yang ditumpukan.
Daripada Abu Hurairah RA, “Ketika Rasulullah risau tentang sesuatu, baginda akan pandang (dongak) ke langit dan berkata ‘subhanallahil azim’.
Ini adalah sunnah daripada baginda sendiri ketika risaukan sesuatu. Kalimat ini merupakan antara dua kalimat yang Rasulullah sebutkan ringan di mulut tetapi berat di timbangan amal, menurut hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Maka ucapkanlah kalimat ini dengan lazim.
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Kelapangan hati itu hanya dikurniakan oleh Allah. Maka, bila nak buat sesuatu dan hari pun tidak tenteram, maka kembalikanlah urusan itu kepada Allah. Surah ini mengingatkan kepada kita yang tatkala kesusahan pun adanya kesenangan. Berimanlah dengan ayat Al-Quran. Sedikit sebanyak dapat melegakan kerisauan yang sedia ada.
Sumber:Aku Islam
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.