Ayah,bapa,baba,abah atau apa jua gelaran lain yang dipanggil adalah seorang insan yang sangat bermakna, tanpa mereka siapalah kita didunia ini. Mereka adalah sesosok badan yang sanggup berkorban apa saja untuk anaknya.
Baru-baru ini, tular di laman Tiktok tindakan seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang melindungi anaknya daripada terkena hujan sebelum memasuki kereta. Video tersebut telah membuatkan ramai tersentuh.
Hantaran video itu dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok @sitilatifahmutalib yang dipercayai isteri kepada lelaki tersebut, memaparkan tindakan suaminya dengan penuh kasih sayang melindungi anak mereka daripada kebasahan ditimpa hujan.
Video sayu tersebut lengkap dengan kapsyen yang ditulis ‘Terima kasih suami selalu jaga anak dan isteri dengan baik. Love you’.
Di awal video, dapat dilihat si bapa melindungi kepala anaknya dengan memasukkan kepalanya ke dalam bajunya.
Kemudian, dia bersama anaknya berjalan bersama ke arah kereta dengan keadaan si bapa yang bertongkat pada ketika itu. MasyaAllah, benar kata orang; kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa jarang diperkata, namun nilainya tetap tiada tandingannya.
Ads
Si isteri yang merakamkan video tersebut turut mengatakan seandainya dia ditanyakan mengenai manusia paling baik di dunia semasa di akhirat kelak, dia ingin sekali menjawab manusia itu ialah suaminya sendiri.
Menjengah ke ruangan komen TikTok tersebut, rata-rata netizen tersentuh kerana walaupun si bapa mengalami kekurangan, dia tetap menggagahkan dirinya untuk anaknya itu. Ramai yang turut memuji tindakan tersebut serta mendoakan keluarga mereka.
“Sedangkan suami yg sihat walafiat belum tentu nak jaga anak begitu..asyik takde masa”
“Saya doakan akak & family sentiasa dalam lindungan Allah. rezeki yg melimpah ruah. bahagia till jannah”
Ads
“Semoga dimurahkan rezeki yang tidak putus2 untuk insan hebat ini.Aamiinn”
“Berair mata baca caption si Isteri. semoga ikatan kasih sayang sis Dan suami hingga ke syurga ya sis.aamiinn”
“Alhamdulillah…syukran Ya Allah ..cukup indah ciptaan MU melengkapi kekurangan …Masyallah….semoga bahagia kalian”
Setelah mendapat komen positif dan doa yang tidak putus daripada netizen, pemilik akaun tersebut juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih dan turut berharap doa yang dikirimkan berbalik kepada semua.
Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 545K tontonan, 69.7K tanda suka dengan 714 perkongsian dan 815 komen daripada netizen.
Bukan mudah untuk bangkit membina ekonomi keluarga, kebanyakan usahawan wanita B40 adalah daripada golongan terkesan oleh pandemik Covid19 yang ingin kembali. Pasti masih tercari-cari cara untuk menjana pendapatan dengan bijak.
Elak padah ditipu orang sekeliling, mujur platform khas yang disediakan bagi membantu usahawan wanita luar bandar khususnya golongan B40, melindungi dan membantu agar perniagaan mereka selari dengan arus perniagaan semasa yang berasaskan digital.
Pihak Usanita Sdn Bhd (USANITA) berani mengambil langkah untuk mendedahkan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negara, ke pasaran lebih luas. Ramai yang masih tidak tahu kewujudannya, dengan mengajak mereka menjadi usahawan perintis USANITA, sekali gus mempromosi dan mengangkat kelebihan IKS di mata dalam dan luar negara.
Justeru itu, terhasilnya Usanita Mall sebagai platform e-dagang atau market place yang mensasarkan peniaga dan pengguna online di seluruh Malaysia dengan objektif utamanya bagi memberi pendedahan perniagaan usahawan B40 dan M40 secara digital.
Kewujudan Usanita Mall adalah salah satu cabang bantuan untuk mengembangkan perniagaan mereka. Dalam satu sessi temubual di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri USANITA di Hotel Pullman, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan menjelaskan, selari dengan arus digitalisasi kini, setiap usahawan perlu mengubah kaedah dan strategi perniagaan sesuai dengan corak pembelian masa kini.
“Kalau nak dihitung market place yang ada hari ini, memang tidak terkira hingga wujudnya persaingan tetapi saya melihat dari aspek positif di mana platform ini telah membuka ruang kepada usahawan-usahawan untuk berdagang dan memperkenalkan produk mereka kepada umum,” kongsinya.
Platform ini dibuka secara percuma kepada semua peniaga yang ingin membuka akaun di Usanita Mall dengan syarat perlu berdaftar sebagai perintis terlebih dahulu. Tambahnya lagi, paparan Usanita Mall yang ringkas dan mudah difahami ini sesuai untuk penggunaan setiap lapisan masyarakat.
“Lebih banyak ruang untuk usahawan berniaga, bermakna lebih besar peluang untuk mereka mendapatkan jualan serta menjana pendapatan yang akhirnya mendorong kepada pertumbuhan ekonomi negara” katanya.
Menolak dawaan bahawa platform ini seperti lambakan produk di pasar malam, malah menyifatkan perkata itu tidak diketahui secara jelas selagi tidak melayari platform e-dagang berkenaan.
“Di USANITA Mall bukan rojak, tapi kita eksklusif, kita sendiri buat ‘branding’ mereka, kita buat pembukusan baharu, kita tak akan bagi mereka (perintis) lakukan sendiri. Jadi, kita tak akan ada lambakan produk macam di pasar malam.
Pihak USANITA perlu menjaga visual produk mereka supaya nampak kemas dan lebih menarik, memberi tunjuk ajar bagaimana visual yang baik dapat membantu penjenamaan mereka ketika berada di platform dalam talian. Tiada lagi packaging ikat getah!
Usaha murni ini juga turut membawa Datuk Rosyam Nor sebagai ikon perniagaan yang membantu para usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dari segi penjenamaan dan pemasaran produk bagi memastikan ianya mampu menembusi pasaran pada masa kini sekali gus meningkatkan jualan.
“Saya membantu secara percuma kepada lebih 50 produk usahawan IKS sebagai duta tanpa sebarang kos bayaran. Mereka yang berada dibawah program Usanita ini, boleh menggunakan gambar saya di pembungksan produk sebagai duta kepada peroduk mereka sendiri, secara tidak langsung membantu meningkatkan jualan dan ini terbukti sehingga penjualan produk mereka mencapai RM300,000 sebulan” katanya.
Rosyam turut menambah, usaha murni sebagai duta produk secara percuma ini diberikan selama satu tahun. Tarikan utama Usanita Mall ialah senarai ‘VIP Merchants’ yang juga merupakan rakan strategik Usanita Sdn Bhd seperti Rizman Ruzaini, Awal Ashaari, Fiziwoo, Fazs Faozi dan ramai lagi. Dengan adanya senarai ‘VIP Merchants’ ini dapat membantu menarik lebih ramai pengunjung ke platform ini.
Selain itu, Usanita turut keudara dalam program Usahawan Masterclass Buletin FM, melibatkan pengisian khas, Biz Spot di mana usahawan-usahawan daripada Perintis Usanita akan dijemput untuk membuat perkongsian menerusi segmen Santai Siang bersama Marsila Hassan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berkongsi hantarannya di media sosial baru-baru ini, selebriti tersohor Indonesia Mulan Jameela dipuji cantik macam Barbie oleh wargamaya setelah tertarik dengan gayanya dalam rona terang.
Biarpun aktif sebagai ahli politik, selebriti jelita dari Indonesia Mulan Jameela masih memenuhi undangan nyanyian. Mulan juga masih tampil menawan pada usianya yang kini mencecah 45 tahun.
Baru-baru ini, Mulan memuat naik satu hantaran di Instagram peribadinya. Mulan kelihatan sangat gorgeous ketika membuat satu persembahan pentas.
Apa yang menarik perhatian warga maya ialah pakaiannnya. Memilih pakaian berwarna cerah dan terang, Mulan kelihatan awet muda! Isteri kepada Ahmad Dhani ini juga tampil dengan solekan yang berani.
Mulan mengoleskan gincu berwarna merah terang di bibirnya sehingga menyerlahkan sisi ‘hot’ dan tegasnya seorang wanita.
Mulan Jameela tampil anggun dengan pakaian elemen batik yang diubah menjadi fesyen kontemporari.
Gaun berlengan panjang yang dipakai Mulan Jameela ini diperbuat daripada kain batik. Mulan turut menggunakan kain khas sebagai tali pinggang.
Elemen tradisional Indonesia turut dapat dilihat pada bajunya yang dipadankan dengan skirt labuh berwarna hijau terang sehingga mencetuskan mood ceria pada penampilannya.
Sementara solekannya pula menyerlahkan lagi kecantikan Mulan Jameela. Apatah lagi bibirnya yang dioles dengan gincu merah terang.
Kemunculan Mulan Jameela turut meraih pujian daripada warga maya. Malah, Mulan Jameela turut digelar Barbie dek kerana rupa parasnya yang sangat cantik!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila dunia teknologi dan kecantikan terus berinovasi, gembar-gembur yang semakin meningkat mengenai alat dan peranti penjagaan kulit di rumah telah melonjak. Sebelum ini dianggap sebagai gimik yang tidak berkesan dan mahal.
Alatan di rumah masih tidak akan memberikan hasil yang sama seperti SPA, tetapi faedahnya tidak dapat dinafikan. Alat penjagaan kulit di rumah adalah cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan dan penampilan kulit anda dan menyasarkan kebimbangan khusus. Masukkan alat ke dalam rutin anda akan membantu mencegah tanda-tanda penuaan dan meningkatkan kesihatan kulit anda dalam jangka panjang.
NUDESKIN X BEAUTY MAGNET ialah alat penjagaan kulit profesional bermagnet 4-dalam-1 yang belum dipatenkan. Koleksi yang mengandungi Rose Quartz Face Roller, De-Puffing Eye Roller, Comedone Extractor dan Precise Tweezer. Ia dicipta sebagai penyelesaian yang sangat ringkas tetapi seperti rawatan di SPA professional. Alat penjagaan kulit yang perlu anda miliki, cara menggunakan alat ini dengan mudah untuk hasil yang berkesan dan selamat.
Pakar penjagaan kulit terkemuka bersetuju alat penjagaan kulit direka untuk membantu menjadikan rutin penjagaan kulit berfungsi dengan lebih baik, membantu memperbaharui penampilan kulit dengan menyediakan urutan penjagaan diri yang diinspirasikan oleh spa! Sama seperti anda memerlukan berus untuk mekap, apa yang anda perlukan ialah alat penjagaan kulit untuk menjadikan rutin penjagaan kulit wajah lebih berkesan!
NUDESKIN X BEAUTY MAGNET ialah set alat muka ala profesional yang mengandungi setiap alat yang anda perlukan bagi meningkatkan prestasi penjagaan kulit terbaik harian, mencergaskan dan menyegarkan kulit, membersihkan pori-pori tersumbat dan juga mengandungi penjepit yang sempurna untuk mengekalkan kening yang rapi dan menghilangkan bulu yang bersepah. Bahagian terbaiknya? Keempat-empat alatan dalam set kompak ini bermagnet, mudah alih dan sesuai dengan satu sama lain supaya anda tidak tersalah letak!
Direka untuk membantu kontur wajah serta-merta, nyah kedutan di kulit muka dan leher. Batu kuarza mawar yang cantik ini membantu menyokong saliran limfa dan kekal sejuk pada kulit untuk membantu mengurangkan penampilan bengkak dan kedutan. Batu kuarza mawar direka dengan aksen emas mawar lambang cinta dan kemewahan setiap urutan muka penjagaan diri setiap hari di rumah.
Fungsinya: Rose Quartz Face Roller membantu menegangkan rupa kulit melalui urutan lembut, merangsang saliran limfa di seluruh muka, garis rahang dan leher untuk melegakan dan menghilangkan tekanan kulit. Penggelek Muka ini memberikan kesan penyejukan yang lebih tahan lama daripada penggelek jed biasa.
Penggelek Mata ialah alat yang direka untuk mengurut di sekitar kawasan mata yang halus dengan kesan penyejukan memanjakan yang membantu mengurangkan bengkak, memperbaiki saliran limfa dan membantu meningkatkan penembusan serum dan krim mata kegemaran anda.
Fungsinya: DE-PUFFING EYE ROLLER mengurut perlahan-lahan kawasan bawah mata dan membantu menggalakkan saliran semula jadi. Yang mudah dibersihkan hujung logam menawarkan sensasi penyejukan yang menyegarkan pada kawasan mata sambil menyediakan beberapa penjagaan diri di rumah untuk tekanan bawah mata yang letih.
Bye Bye kepada pori-pori tersumbat! Pengekstrak Komedo ini mampu menyahkan komedo atau pori-pori yang degil dan menghilangkan noda yang tersumbat. Salam kepada kulit yang lebih bersih dengan ‘Comedone Extractor’, alat pengekstrakan di rumah yang selamat dan lembut menghilangkan bintik-bintik hitam dan whiteheads.
Fungsinya: Pengekstrak ini ialah alat keluli tahan karat ringkas yang direka untuk membantu anda dengan selamat dan mengekstrak cela secara bersih tanpa menggunakan jari untuk mengorek cela kulit.
Langkah dandanan yang sangat disukai oleh kebanyakan wanita untuk membuang bulu yang tidak diingini dari muka dan badan dengan tepat dan obsesif. Ia juga merupakan alat yang sempurna untuk mencipta bentuk kening yang tepat dan menyediakan penyelenggaraan kening yang cepat dan mudah di rumah.
Apabila anda melihat rambut yang tidak diingini, dan sangat perlu membuangnya dengan segera! Dengan Penjepit Tepat dilekatkan secara magnetik pada Alat Magnet Kecantikan, alat berkualiti anda akan kekal bersih, teratur dan tidak akan tersalah letak atau rosak apabila diperlukan!
Fungsinya: Precise Tweezer ialah alat kening yang mudah dan pelbagai fungsi yang bukan sahaja membolehkan anda mencipta bentuk kening yang sempurna dan menyediakan penyelenggaraan kening yang mudah, tetapi juga akan membuang dengan cepat sebarang bulu yang tidak diingini pada muka dan badan.
ARAHAN: Nyah kuman setiap alat sebelum dan selepas setiap penggunaan dengan menyembur secara bebas isopropil alkohol atau hidrogen peroksida dan biarkan selama 60 saat. Bilas dengan air panas sebelum mengelek pada kulit. Pastikan pembasmian kuman optimum berlaku sebelum dan selepas menggunakan alat, membiarkannya kering sepenuhnya sebelum disimpan.
Gunakan setiap pagi dan malam setiap hari atau mengikut keperluan untuk menyah dan meremajakan kulit. Urut kulit anda ke atas dan ke luar ke arah pelipis untuk pengaliran limfa
LANGKAH 1: Membersihkan dengan NUDESKIN GENTLE HYDRA-GEL FACE CLEANSER atau CITRUS CLEAN BALM & MAKEUP MELT.
LANGKAH 2: Gelek ke arah keluar
Urutan di bawah mata yang bengkak pada waktu pagi untuk membantu pengaliran limfa.
LANGKAH 1:
Bersihkan kulit dan nyah kuman roller sebelum dan selepas digunakan.
LANGKAH 2:
Sapukan serum mata atau krim mata kegemaran anda. Mulakan di sudut dalam kedua-dua bawah mata urut ke luar.
LANGKAH 3:
Sapu CITRUS-C MASK & PELEMBAP HARIAN.
Keluarkan bintik hitam dan bintik putih tanpa menggunakan jari untuk nyahkan blackhead dan whitehead cela kulit.
LANGKAH 1:
Membersihkan kulit dua kali ganda dengan NUDESKIN CITRUS CLEAN BALM & MAKEUP MELT diikuti oleh NUDESKIN GENTLE HYDRA-GEL FACE CLEANSER.
LANGKAH 2:
Gunakan alatan ini untuk menekan bintik hitam dengan perlahan. Untuk whitehead, tunggu sehingga noda telah pecah terbuka kemudian perlahan-lahan tekan alatan di atasnya untuk mengeluarkan serpihan dari liang.
LANGKAH 3:
Sapukan NUDESKIN 5% BUAH CITRUS & GLYCOLIC GLOW TONER.
Buang sebarang bulu yang tidak diingini pada muka dan badan.
LANGKAH 1:
Membersihkan Kulit dan membasmi kuman alat dengan isopropil alkohol sebelum dan selepas tweezing.
LANGKAH 2:
Gunakan bahagian yang condong untuk mencukur rambut dan membentuk kening.
LANGKAH 3:
Gunakan bahagian mata untuk kerja ketepatan seperti menanggalkan bulu halus.
Magnet & Pembungkusan:
Nah semudah a,b,c! NUDESKIN mudah dibawa ke mana-mana sahaja, terima kasih kepada pembungkusan minimalis yang mesra alam dan semasa dalam perjalanan yang memastikan barangan di dalam selamat dan mesra perjalanan. Magnet yang kuat menyimpan alatan kegemaran anda bersama-sama supaya anda boleh melakukan perjalanan tanpa kekecohan! Semuanya dalam 100% karton biodegradasi yang membantu melindungi planet kita.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.