Islam memang agama yang mudah dan tidak akan menyusahkan penganutnya. Seperti yang kita sedia maklum, solat lima waktu merupakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh setiap individu yang beragama Islam. Sempena cuti Tahun Baru Cina yang bakal menjelang ini, tentu anda ada rancangan untuk berjalan-jalan bersama ahli keluarga kan?
Tetapi, sekiranya anda sedang berada dalam perjalanan yang jauh atau sedang bermusafir, tahukah anda bahawa anda sebenarnya boleh melakukan solat jamak? Jamak bermaksud menghimpunkan dua waktu solat dalam satu waktu. Contohnya jika anda mahu solat Zohor, anda himpunkan solat Asar dalam waktu Zohor sekali.
Jamak pula terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takhir. Jamak Taqdim ialah menghimpunkan dua waktu solat dalam waktu pertama manakala Jamak Takhir pula menghimpunkan dua waktu solat dalam waktu yang kedua.
Jangan pening-pening kerana seorang ustaz iaitu Ustaz Abdullah Khairi telah berkongsi cara solat jamak yang betul. Ya, memang solat jamak ini memudahkan perjalanan tetapi anda perlu tahu cara yang betul. Jangan tersalah solat pula. Ayuh baca perkongsian Ustaz Abdullah Khairi menerusi akaun Facebooknya.
Betul ka cara kita solat jamak sebelum ni?
Ads
Jom check balik..
Hari ini saya nak share cara solat jamak untuk memudahkan perjalanan kita.
Sebelum itu, solat Jamak dan Qasar hanya apply untuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Okay, Jamak bermaksud menghimpunkan 2 waktu solat dalam satu waktu. Jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takhir. Jamak Taqdim ialah menghimpunkan 2 waktu solat dalam waktu pertama.
Ads
Ads
Contoh Jamak Taqdim ialah Solat Zuhur dan Asar dihimpunkan dalam waktu Zuhur dan Solat Maghrib dan Isyak dihimpunkan dalam waktu Maghrib. Manakala Jamak Takhir ialah menghimpun dua waktu solat dalam waktu yang kedua iaitu solat Zuhur dan Asar dalam waktu Asar serta solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak. Rasanya jelas kan part ni?
Qasar pula bermaksud memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat. Maknanya, qasar tak apply untuk Solat Maghrib dan Subuh. Hanya untuk solat Zuhur, Asar dan Isyak.
Kebelakangan ini seluruh negara digemparkan dengan berita yang membuatkan para isteri tak senang duduk dan ‘panas hati’ apabila tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pempengaruh TikTok, yang dikenali sebagai Abang Tesla apabila dia mengumumkan bahawa dirinya sudah berbini dua.
Lebih membuatkan wargamaya tidak puas hati khususnya kaum hawa apabila, isu poligami ini seolah dijadikan sebagai kandungan (content) di aplikasi TikTok, malah rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pempengaruh itu yang dilihat seakan ‘bangga’ meskipun berjaya mendapat restu dari isteri pertamanya, tiga jam sebelum menikah satu lagi.
Justeru, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan semula satu potongan video berhubung poligami yang di sampaikan oleh penceramah dan perunding motivasi terkenal, Dr. Robiah Kulop Hamzah yang membincangkan isu ini menurut perspektif Islam.
Poligami Adalah Perkara ‘Harus’ Yang Dibenarkan Tertakluk Beberapa Syarat!
Mengulas berhubung isu ini, Dr Robiah dalam ceramah berkenaan menjelaskan bahawa hukum berpoligami adalah diharuskan dengan beberapa syarat di dalam Islam. Namun, ia bukanlah satu perkara yang digalakkan.
“Poligami merupakan benda yang dibenar bukan digalak. Dibenar pun dengan syarat.
“Satu, gila. Kedua, kusta. Ketiga, sakit tak boleh sembuh. Keempat, tak ada anak. Kelima, meroyan. Ertinya apa? Ertinya semua kes-kes yang saya sebutkan itu tadi semuanya kes-kes besar,” katanya.
Poligami Harus Bagi Lelaki Mampu Harta, Dan Mampu Bimbing Para Isteri Ke Syurga!
Jelasnya lagi, Poligami tidak hanya bersangkut paut dengan kemampuan dari segi harta, nafkah zahir dan batin sahaja, tetapi seorang suami haruslah mampu serta mempunyai keupayaan untuk membimbing kesemua isterinya menuju syurga Allah.
“Bukannya sekadar cakap, ‘Alah saya mampu’. Bukan mampu itu dengan sekadar kata-kata tetapi mampu tak nak bawa isteri-isteri tu masuk syurga?
Selain itu, Dr. Robiah berkata, kaum adam yang mengamalkan poligami ini juga tidak akan terlepas dari dihisab dan dipersoalkan di akhirat kelak, jika mereka gagal menjalankan tanggungjawab dan berlaku adil kepada isteri-isteri mereka.
“Sebab itu kalau dia (suami) tak adil, esok (di akhirat) tersungkur dia di sana.
“Tak adil nafkah, tak adil dalam memberi nasihat, tak adil dalam memberi ilmu. Oh letih, jangan main-main.
“Sebab itu saya pesan pada orang yang nak berpoligami, awak belajar dulu. Saya tak kata awak tak boleh kahwin tapi belajar dulu apa ada dalam poligami,” tegasnya.
Fenomena air laut pasang besar berlaku di kampung Tinusa Dua dan kampung Forest telah menyebabkan lebih 100 rumah roboh dipukul ombal. Sebanyak lebih 200 mangsa terjejas kira-kira jam 10 malam semalam.
Mengambil kesempatan ini, pelawak Atu Zero serta isterinya, Shafeeqa Johari, sentiasa menjadi antara individu yang terawal untuk menghulurkan bantuan. Tidak membazirkan masa mereka terus mengwar-warkan di media sosial untuk mengumpul dana bantuan.
Tidak mahu menutup mata, Sharid Kunal Doli Sharif atau lebih dikenali sebagai Atu Zero bersama isterinya, Shafeeqa Johari, sudah mula mengutip dana untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa di Sabah.
Apabila melihat gambar perkongsian di Instagram Shafeeqa Johari, kelihatan banyak rumah di Kampung Forest dan juga Kampung Tinusa Dua yang hancur dipukul ombak. Rata-ratanya tinggal rangka dan musnah sepenuhnya.
Niat mereka untuk meminta bantuan juga dimulakan dengan permohonan maaf kerana sering meminta sumbangan dari orang ramai. Namun, niatnya hanya untuk menyalurkan kepada mereka yang memerlukan.
“Terlebih dahulu saya memohon maaf jika saya selalu sangat meminta bantuan. Kami bukan siapa-siapa. Kami hanya ingin membantu saudara-saudara Islam kita disana,
“Memahami situasi mereka kerana Atu sendiri juga pernah mengalami situasi yang sama. Saya mencuba nasib jika ada diantara followers dan orang semenanjung yang mahu membantu mereka,
“Tidak mereka meeminta, kami yang mahu membantu. Tidak ke laut mencari rezeki, dah sememangnya kehidupan mereka susah dan hilang tempat berteduh. Saya berseorangan tidak mampu untuk bantu semua.” katanya di sekeping foto dalam hantaran itu.
Menurut laporan di Sinar Harian, dianggarkan juga 500 rumah turut terancam akibat fenomena air pasang yang menjejaskan kawasan berkenaan. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan pusat pemindahan sementara (PPS) antaranya Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2 telah dibuka untuk menjadi tempat tumpangan mangsa-mangsa.
Jumlah mangsa yang terlibat seramai 162 orang dari 29 ketua isi rumah (KIR) di Kampung Forest telah dikenal pasti dan selamat dipindahkan ke PPS. Kami dari Hijabista juga mengharapkan agar ramai menghulurkan bantuan untuk bantu memudahkan urusan mereka yang menghadapi bencana ini.
Semua orang ada masalah, tinggal bagaimana seseorang itu mampu ‘menguruskan’ masalah dengan baik. Setiap orang pasti ada masalah. Orang yang bermasalah, pastinya dia akan memiliki masa-masa sukar dalam hidupnya. Di luar saja mereka kelihatan gembira sedangkan tiada orang tahu apa yang tersirat di dalam hati mereka. Salah satu punca diri berasa tertekan kerana merasakan hanya diri kita saja yang sedang diuji hakikatnya setiap manusia berhadapan dengan masalah masing-masing.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sungguh, kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Berikut 15 tip ketika menghadapi masalah. Moga-moga masalah itu tidak terus membelenggu diri dan akhirnya menjadi ‘racun’ dalam diri.
1. Pertama sekali, terus paksa diri untuk ambil air wuduk dan solat. Boleh rujuk surah Al Baqarah ayat 45. Allah s.w.t sendiri bagi tips terbaik, mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan solat.
2. Bila ada masalah, tika air mata mengalir. Saat itu satu saja yang boleh selesaikan masalah kita. Sedarilah bukan duit, bukan orang, bukan apa-apa melainkan Allah.
3. Selalu masalah datang dari pelbagai arah. Bertalu-talu. Kita tidak perlu fikir solusi, strategi atau pening nak buat apa. Jawapannya ketika timbul masalah adalah banyakkan Istighfar. Istighfar dulu. Solusi Allah akan bagi.
Minta ampun pada Allah. Kurangkan dosa kita. Diantara penyebab hidup kita selalu ada masalah, ini kerana kita kurang rahmat Allah dalam hidup atas akibat dosa kita.
4. Tarik perhatian Allah. Jemput rahmat Allah melalui mulakan menjaga amalan wajib. Solat 5 waktu saja tidak cukup, kalau boleh solat awal 5 waktu. Tambahkan dengan amalan-amalan sunat terutama Tahajud.
Lihat saja surah Al Isra dan Muzammil, betapa Allah tidak sebut solat sunat nafilah atau sebagai ‘tambahan’ selepas solat fardhu melainkan bangun malam.
Tunjukkan pada Allah, yang kita benar-benar mahu masalah kita selesai.
5. Banyak hutang, masalah rumahtangga, belum ada jodoh, belum ada rezeki anak, belum ada kerja dan bisnes down. Bangun Tahajud. Luahkanlah perasaan kita pada Allah ketika semua orang sedang tidur.
6. Jangan hanya baca doa yang kita hafal. Ajak berbicara dengan Allah dalam doa. Allah suka dengar hambaNya mengadu padaNya. Dia suka. “Ya Allah, saya ada itu dan ini..”
Ceritakan masalah kita dari awal. Seperti bercerita dengan kawan rapat. Luahkan semuanya.
7. Allah uji tanda sayang. Bila masalah datang, dan terlalu banyak sampai kita tak mampu nak buat apa-apa. Sebutlah, “Innalillahi wa innalillahi rojiun”.
Kita tak boleh buat apa-apa. Jawapannya adalah Redha. Ya redha dulu dengan apa yang dah berlaku. Redha kita dalam situasi tersebut. Kita bukan tuan apatah lagi Tuhan. Reda.
.
8. Nabi Sulaiman alaihi salam juga pernah alami situasi sejatuh-jatuhnya. Boleh rujuk kisahnya surah Sod ayat 33 hingga 36. Biasanya kita sering dengar orang sebut,
“Ya Allah, tolonglah bantu aku bayar hutang kali ni saja. Aku cuma nak hutang aku lunas.”
“Ya Allah, aku ada masalah besar. Lepaskan aku dari masalah ini ya Allah.”
SubhanaAllah, Nabi Sulaiman a.s ketika down, dia tak minta hanya selesaikan masalah dia saja. Kerajaan dia hilang. Justeru, Nabi Sulaiman a.s meminta pada Allah,
“Qala rabbi ighfir li wahab li mulkan la yanbaghi liahadin min ba’aadi innaka anta alwahhab.”
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya.”
Maksudnya, ketika ada masalah. Jangan bersedih, istighfar dan mintalah yang besar-besar dari Allah.
Contoh, “Ya Allah selesaikanlah masalah hutangku dan bagi aku kemampuan ya Allah untuk selesaikan masalah hutang orang lain.”
“Ya Allah aku redha dengan apa yang dah hilang, gantikanlah aku yang baru, yang jauh lebih baik dan ubahkanlah hidupku ya Allah.”
9. Sentiasa zikir “La haula quwwata billah”. Biasakan baca selawat. Ini kerana selawat akan meleraikan segala masalah. Amalkan selawat Syifa dan Tafrijiyyah.
10. Jumpalah orang yang soleh. Minta nasihat dari mereka. Orang yang baik ada cahaya dalam percakapannya. InshaAllah akan buat hati kita tenang bila dekat dengan orang yang dekat dengan Tuhan.
11. Minta maaflah. Rendahkan ego kita untuk minta maaf jika ada buat salah pada manusia terutama pada emak ayah. Salam dan ciumlah tangan dan dahi mereka, minta doakan kita.
12. Bersedekahlah. Ya sedekah. Semakin banyak masalah, semakin perlu banyak kita bersedekah. Allah akan menggantikan hingga 10 kali lipat. Sekaligus menjaga kita dari bala musibah.
.
13. Hidup ini untuk menyelesaikan masalah. Life is to solve problem. Itulah kata-kata mutiara barat, tapi kita ubah sikit, “Hidup ini untuk menyelesaikan ujian.” Kita gantikan perkataan masalah kepada perkataan ‘ujian’.
Masalah itu adalah ujian, tapi ujian bukan masalah. Ini kerana kita tahu segala ujian datang dari Allah.
14. Iringi masalah kita dengan taat pada Allah dulu. Mula jaga Quran. Baca dan fahami. Sekaligus praktikkan dalam hidup kita. Kuncinya adalah, “Semakin banyak masalah, semakin taat pada Allah.”
15. Tenangkan hati dulu dengan ingat pada Allah. Selepas itu baru usaha dan ikhtiar. Imbas semula kesusahan kita yang lepas, kita sangka kita tak dapat lepas ujian itu tapi ternyata hari ini kita masih hidup.
Allah selamatkan kita. Yakinlah, kali ini juga Allah pasti selamatkan kita. Bersyukur bila ada masalah, Allah masih sayang kita dan mahu mengangkat darjat kita.
Sumber: Faresh Mael
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kini kita dapat melihat ramai golongan selebriti khususnya yang berhijab bergelar usahawan. Malah, mereka ini berjaya mengorak langkah dalam bidang perniagaan.Nycta Gina antara salah...