Kes Covid-19 di Malaysia semakin berleluasa dan menyebabkan rasa bimbang dikalangan kita semua. Hal ini turut dirasai oleh pelakon serta usahawan terkenal, Wawa Zainal apabila dirinya disahkan positif Covid-19.
Berita ini dikongsikan oleh Wawa ataupun nama sebenar Nur Hawa binti Zainal Abidin, 30, menerusi laman Instagramnya baru-baru ini. Menurut Wawa, Covid-19 yang dihidapinya membuatkan tekak dan sendinya berasa sakit dan tidak selesa.
Assalamualaikum semua. Semoga sesiapa yang sedang diuji Covid-19 terus kuat melawan. Covid-19 yang Wawa rasa sekarang ini, dia serang tekak dan sendi ya. Ya Tuhan, sakit tak boleh bawak bincang..
Tambahnya lagi, ia menyifatkan rasa sakit tekak yang menyerang dirinya diibaratkan seperti di siat-siat sebilah pisau. Aduhai, sakitnya! Wawa juga turut meminta orang ramai untuk berkongsikan sebarang tip untuk menghilangkan kesakitannya itu.
Ads
Korang ada tip tak nak hilangkan sakit tekak yang macam di siat-siat pisau ini?
Ternyata rakyat Malaysia ialah sebuah rakyat yang bertanggungjawab apabila ramai yang memenuhi ruang komen dengan berkongsikan segala macam tip yang boleh dicuba dan dilakukan oleh Wawa untuk menghilangkann rasa sakit tekaknya itu. Ada yang menyuruh Wawa mencuba sup ketam nipah, dan ada juga yang menyarankan Wawa untuk minum air kelapa. Wah, bagusnya rakyat Malaysia! Saling bantu-membantu!
Ads
Team Hijabista mendoakan agar Wawa Zainal diberikan kesembuhan secepatnya dan dipermudahkan segala urusan..InsyaAllah Amin YRB!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memahami kesulitan yang dialami pesakit diabetes bukan mudah apatah lagi dalam penjagaan menyediakan hidangan harian yang bersesuaian.
Sempena kempen For Your Sweetheart bekerjasama dengan Chef Selebriti, Nik Michael Imran yang popular menerusi rancangan Masterchef Malaysia 2011 mencipta satu siri resipi terdiri daripada hidangan fusion dan tempatan yang boleh disediakan dalam tempoh kurang daripada 20 minit. Resipi ini dicipta dengan hasil rundingan bersama Cik Poh Kai Ling atas kapasitinya sebagai Ahli Majlis Diabetes Malaysia (DM) serta bekas Ahli Jawatankuasa Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES).
Adalah penting untuk memahami semua fakta tentang diabetes supaya pesakit dan penjaga boleh membuat keputusan yang tepat tentang pemakanan sihat bagi pesakit diabetes. Beberapa mitos yang wujud terutamanya bagi pesakit dan penjaga yang baru didiagnosis termasuklah melewatkan waktu makan bagi mengawal paras gula darah yang turun naik, pengambilan produk ‘bebas gula’ atau digantikan dengan gula gantian, serta mengelakkan diri dari pengambilan kentang, keledek, labu dan jagung.
ARTIKEL BERKAITAN
Cik Poh berkata, “Melewatkan waktu makan atau kurang makan tidak semestinya membantu dalam mengurangkan paras gula dalam darah. Adalah dinasihatkan untuk makan bila terasa lapar, dan bila badan memerlukannya. Mengabaikan tanda-tanda kelaparan hanya akan meningkatkan selera makan yang bertambah hingga menyukarkan bagi individu tersebut untuk mengawal pengambilan makanan dalam hidangan berikutnya. Membaca label makanan juga penting bagi memahami kandungan nutrisi dengan lebih baik, kerana tidak semua produk bebas-gula adalah bebas-karbohidrat.”
Kentang, keledek, labu dan jagung adalah sebahagian daripada kumpulan makanan karbohidrat. Ya benar, pengambilan karbohidrat akan meningkatkan paras gula dalam darah. Walau bagaimanapun, sayur-sayuran berkanji ini juga sangat berkhasiat dan mengandungi pelbagai vitamin, mineral, antioksidan dan serat yang penting untuk tubuh kita. Pengambilan makanan jenis ini tidak sepatutnya dielakkan. Yang penting adalah mengawal saiz hidangan.
Menurut Cik Poh, diet bagi pesakit diabetes tidak perlu terlalu ketat, membosankan dan sukar untuk dinikmati. Menghidap diabetes tidak semestinya mengehadkan pilihan makanan seseorang. Pemakanan sihat untuk penghidap diabetes tidak banyak bezanya dengan yang lain. “Apa yang penting ialah makan dalam jumlah yang terkawal dan hanya mengambil sebahagian hidangan yang kaya dengan karbohidrat. Salah satu caranya ialah dengan mengambil tahu Indeks Glisemik (GI) makanan tersebut. GI ialah nilai bagi mengukur kadar seberapa cepat karbohidrat dalam makanan mampu meningkatkan glukosa dalam darah. Secara ringkasnya, makanan yang GI rendah (antara 0-55) dianggap karbohidrat yang baik dan makanan GI tinggi (70-100) dianggap karbohidrat yang tidak baik. Semakin tinggi nilai GI, semakin besar kesan ke atas paras gula dalam darah. Memahami GI makanan boleh membantu kita dalam mengawal diabetes dan secara serentak dapat mengira pengambilan karbohidrat.
Kerjasama antara Chef Nik dan Cik Poh dalam penyediaan resipi e-book Simple Healthy Cooking ini adalah bagi memastikan hidangan disediakan untuk pesakit diabetes bukan sahaja menyeronokkan dengan pelbagai variasi untuk citarasa berbeza, tetapi ia juga ringkas, mudah disediakan malah sesuai untuk penghidap diabetes. Hasilnya, pelbagai resipi yang seimbang dimana pesakit diabetes dapat menikmati hidangan ala restoran yang lazat lagi menyihatkan, dengan kadar GI yang bersesuaian. “Saya telah mencuba kesemua 10 resepi dan ianya sungguh lazat. Tahniah Chef Nik! Hidangan kegemaran saya ialah Pasta Perang Alla Puttanesca, Krep Kalapa dan Tenzaru Soba,” tambah Cik Poh.
Berkongsi pengalamannya dalam menghasilkan perlbagai resipi untuk kempen ini, Chef Nik berkata, “Ia merupakan satu perjalanan yang amat bermakna bagi saya secara peribadi. Ayah saya, seorang chef yang sukakan makanan yang lazat, baru-baru ini dia telah didiagnosis menghidap diabetes. Saya memahami perasaan para penjaga yang pasti ingin memberikan yang terbaik buat orang tersayang yang menghidap diabetes. Itulah yang mendorong saya untuk mencipta sepuluh resipi ini. Saya cuba mengekalkan rasa yang sedap sambil mengubah suai pengambilan nutrien mereka tanpa membuatkan pesakit merasakan mereka tiada pilihan lain dalam diet mereka. Saya harap ramai orang akan mencuba resipi ini dan menikmati detik istimewa bersama orang tersayang semasa mencubanya .”
ARTIKEL BERKAITAN: Obesiti Punca Sakit Jantung Dan Kencing Manis, Ini Cara Terbaik Untuk Merawatnya!
Kajian menunjukkan bahawa 1 daripada 5 orang dewasa di negara ini² menghidap diabetes, satu penyakit kronik jangka panjang yang memerlukan penjagaan dan pengurusan jangka panjang. Tahap glukosa yang tidak sihat dalam darah boleh menyebabkan komplikasi kesihatan jangka panjang dan pendek, di mana akan menjejaskan jantung dan buah pinggang. Itulah sebabnya Cik Poh kini berusaha untuk mendidik dan membongkar mitos tersebut, kerana pemakanan yang betul boleh membantu dalam mengurangkan risiko komplikasi berkaitan diabetes seperti penyakit jantung dan buah pinggang.
Malaysia kini mencatatkan kadar diabetes tertinggi di Asia, iaitu 17.5% dengan lebih 3.5 juta rakyat Malaysia hidup dengan keadaan ini. Manual Pendidikan Diabetes 2020 yang diterbitkan oleh MDES melaporkan bahawa berdasarkan trend semasa, dianggarkan tujuh juta orang dewasa Malaysia berkemungkinan menghidap diabetes menjelang 2025¹.
Melihat pada statistik ini, impian Malaysia untuk bergelar negara yang bebas-diabetes nampaknya sudah tersasar jauh. Maka, trend inilah yang mendorong Kempen For Your Sweetheart diteruskan sejak 3 tahun yang lalu. Sebarang usaha untuk memperlahankan trend ini adalah lebih baik daripada tiada langsung. Kempen ini menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk ‘Think Diabetes Think Heart’ dan salah satu inisiatifnya adalah menerusi pengesanan awal.
Rakyat Malaysia yang berisiko tinggi atau mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidapi diabetes digalakkan untuk menjalani ujian pengesanan awal, Kempen For Your Sweetheart menyediakan Pemeriksaan Diabetes HbA1c PERCUMA di klinik yang mengambil bahagian di seluruh negara. Usaha Pemeriksaan Diabetes Percuma ini disokong oleh Boehringer Ingelheim dengan kerjasama Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES) dan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM).
Layari https://www.foryoursweetheart.my untuk mendapatkan Saringan Diabetes Percuma anda hari ini. Saringan Diabetes HbA1c PERCUMA For Your Sweetheart kini sedang berlangsung sekarang sehingga 31 Disember 2022.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anugerah Meletop Era 2021 (AME21) yang berlangsung semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan pelbagai gaya fesyen selebriti yang unik, menarik dan menawan.
Antara gaya fesyen yang menjadi bualan ramai dan menarik perhatian netizen ialah busana Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti yang direka khas oleh pereka tersohor Rizman Ruzaini. Busananya yang bertukar dalam masa lima saat itu ketika sedang membuat persembahan membuatkan ramai yang teruja dengan transformasi itu.
Menurut Tok Ti dalam perkongsiannya menerusi akaun Instagram, busana itu sudah lama disiapkan namun oleh kerana AME21 ditangguhkan untuk beberapa bulan, akhirnya semalam merupakan hari yang paling dinanti-nantikan untuk disarungkan. Rekaan dari Rizman Ruzaini itu merupakan sebuah rekaan yang dihasilkan khas untuk mengikut gimik yang sudah dirancang awal.
Anugerah Meletop Era pada awalnya dijadualkan beberapa bulan lalu, apabila ditangguhkan, saya masih menyimpan baju rekaan Rizman Ruzaini kerana baju ini dibuat mengikut gimik yang saya mahu persembahkan.
Tambahnya lagi, biarpun AME21 ditukarkan ke tarikh yang baru, Tok Ti masih mahu mengekalkan konsep persembahan yang diinginkannya iaitu bertukar baju selama lima saat untuk persembahan yang berdurasi hampir lima minit itu.
Saya mahu lagu berdurasi hampir lima minit itu ada impak tersendiri dalam masa lima saat dipersembahkan.
Hantaran yang dimuatnaik itu juga turut mendapat perhatian warganet dengan memberi pujian dan teruja dengan persembahan tersebut. Malah barisan artis juga turut memberi komen positif pada hantaran tersebut.
Anugerah Meletop Era 2021 (AME21) yang berlangsung semalam merupakan edisi yang kelapan bersama dengan tema busana Glam Legend menerusi tagline #YangFreshYangLegend.
Baru-baru ini penampilan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang berhijab sewaktu menyampaikan sumbangan sebanyak RM 29,000 kepada Masjid Al-Imam Al-Ghazali mencuri perhatian.
Ahli Parlimen Segambut itu, terlihat begitu manis dan mempersona dalam persalinan baju kurung bertanah hitam berbunga merah dan mengenakkan tudung dalam rona tanah atau sand beige.
Hijabista difahamkan tujuan Hannah memberi sumbangan kepada masjid tersebut adalah untuk meringankan sedikit beban yang dipikul oleh pihak pengurusan masjid bagi membeli sebuah lagi van jenazah.
Memetik laporan Awani, Hannah berkata sumbangan berkenaan adalah penambahan kepada dana sedia ada yang telah dikumpulkan oleh pihak masjid bagi tujuan berkenaan.
“Saya telah dimaklumkan oleh pihak masjid mengenai keperluan mendapatkan sebuah van jenazah dan difahamkan mereka telah mengumpulkan dana tetapi masih tidak mencukupi.
“Saya sudah lihat kertas permohonan mereka dan saya telah menyalurkan RM29,000 untuk mencukupkan peruntukan itu.”
“Saya percaya van jenazah ini akan memanfaatkan penduduk Segambut yang memerlukan kerana penyewaan sebuah van biasa agak mahal,” ujarnya.
Tambahnya lagi, dia berharap agar perkara sama dapat dilakukan oleh mana-mana wakil rakyat lain yang turut memimpin di bawah tampuk pemerintahan Kerajaan Perpaduan.
Tegasnya, ini demikian agar kebajikan rakyat dikawasan pimpinan wakil rakyat itu dapat dijaga tanpa mengira kaum dan agama, walaupun berbeza budaya dan bangsa.
“Apabila permohonan (dana) masuk, saya tak lihat agama ini kena bagi berapa dan sebagainya, kalau ada apa sahaja keperluan kita akan salurkan mengikut kemampuan. Saya turut berterima kasih kepada penderma dana yang telah membantu membolehkan pembelian van ini,” jelas Hannah.
Selain, sumbangan yang diberikan, penampilan Hannah Yeoh yang sopan berbaju kurung dan mengenakan tudung kerana menghormati masjid turut menjadi bualan dikalangan warga maya.
Malah, dapat dilihat keayuan dan persona Hannah Yeoh begitu terserlah sewaktu mengenakan pakaian tradisi melayu itu.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Hannah tampil ke masjid dengan memakai pakaian sopan dan mengenakan hijab.
Terdahulu, pada 30 November Hannah Yeoh pernah turun padang untuk menyantuni penduduk di dalam masjid sama dengan penampilan berhijab penuh dan berbaju kurung, persis wanita Melayu.
Hijabista mendoakan agar, satu hari nanti Hannah Yeoh memperoleh hidayah dan dapat berhijrah kearah yang lebih baik.
Terima kasih kerana menjadi wakil rakyat yang membantu rakyat tanpa ‘pilih kasih’, diharapkan usaha murni Hannah Yeoh ini kekal istiqamah dan menjadi teladan buat pemimpin lain.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.