Setiap orang diberikan hidayah untuk melakukan penghijarahan dalam jangka masa yang berbeza-beza. Bagi penyanyi dan pelakon yang berasal dari Johor ini, Amira Othman mengakui mula berhijab sejak usianya 17 tahun. Waktu itu dia cukup takut mendengar azab bagi mereka yang tidak memakai tudung yang disampaikan oleh seorang ustaz ketika dalam kelas Pendidikan Islam. Mendengar azab kubur akan dipenuhi ular dan kala jengking menimbulkan rasa takut dalam dirinya lantas mengambil keputusan berhijab sehinggalah sekarang. Sudah 9 tahun sejak peristiwa itu dan dia tetap kekal istiqomah.
“Saya masih ingat lagi dengan cerita ustaz itu yang memberitahu azab bagi mereka yang tidak memakai hijab. Antara azab yang saya dengar di mana kubur seseorang itu akan dipenuhi ular dan juga kala jengking. Saya jadi takut mendengar cerita ustaz dan sejak itu saya mula memakai hijab.
“Walaupun ustaz itu bercerita dengan nada yang lembut, tetapi secara tidak langsung menyebabkan kita automatik mahu berhijab. Sehingga hari ini saya memang terhutang budi pada ustaz berkenaan,” jelas Amira atau nama penuhnya Nadia Amira ketika ditemui sewaktu pelancaran Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton X Amyra Rosli di Bangi baru-baru ini.
Menurutnya juga kebetulan ketika itu Johor sedang berkabung selama tujuh hari kerana kemangkatan Almarhum Sultan Johor (ketika itu) dan semua perlu memakai tudung. Daripada situ dia terus pakai dan kekal sehingga ke hari ini.
Walaupun setelah dia berkecimpung dalam dunia glamour, tetapi Amira tetap berpegang teguh dengan penghijrahannya. Tidak terlintas langsung di fikiran untuk membuka tudung yang membaluti mahkotanya.
Ads
“Alhamdulillah sudah 9 tahun saya berhijab dan terus kekal istiqomah. Setakat ini tidak ada pula perasaan nak buka atau tutup tetapi masa mula-mula berhijab dulu memang ada dengar suara sumbang yang mengatakan rugi bertudung awal-awal. Lagipun sukar nanti untuk menjadi seorang penyanyi.
“Tetapi saya percaya apa yang disampaikan oleh ustaz di mana rezeki itu tidak bergantung pada penampilan seseorang. Saya beritahu keluarga dan mereka memberi sokongan tidak berbelah bagi sewaktu saya mula-mula mahu berhijab,” tambahnya yang memakai tudung adalah disebabkan kehendak diri sendiri bukan disebabkan oleh desakan keluarga.
Melihat trend sekarang Amira memberitahu dia gembira melihat ramai wanita di luar sana yang sudah berhijab.
“Kalau dulu memang ramai beranggapan jika berhijab itu akan mengganggu banyak perkara tetapi sebenarnya berhijab juga boleh membuatkan seseorang itu berpenampilan cantik dan menarik. Apa yang penting pandai menjaga batas susila sebagai seorang wanita Muslimah.
“Sejak berhijab memang saya dapat rasai kesan positifnya di mana kita akan lebih bersikap berhati-hati dengan setiap perbuatan yang dilakukan. Sebelum lakukan sesuatu kena fikir baik dan buruknya perbuatan itu,” ceritanya lagi yang kini muncul dengan single terbaru ‘Mimpi Indah’.
Melihat pada penampilannya yang walaupun berhijab, tetapi gaya masih lagi dalam batas menjaga aurat. Misalnya Amira selesa memakai stoking tangan (jika baju pendek) dan tudung yang digayakan juga melepasi labuh bawah dada.
“Dalam hal ini saya akui ibu bapa saya memang jenis monitor anak-anaknya. Misalnya jika memakai pakaian sedikit ketat, mereka akan beritahu tidak begitu manis untuk berpenampilan begitu. Tetatpi teguran disampaikan dengan cara lembut.
“Kemudian barulah kita fikir memang ada baiknya teguran mereka dan bagi saya, mata orang tua lebih elok untuk meihat penampilan anak-anaknya tetap mentup batas aurat,” katanya lagi. Ditanya penampilan bagaimana menjadi pilihannya, Amira mengakui sukakan yang elegan, sut atau korporat.
Ads
“Saya sukakan gaya kemas dan ‘corporate look’. Tetapi bergantung juga pada majlis yang akan dihadiri. Atau jika tak sempat dan kebetulan ada di sini, saya akan try mix & match baju apa yang ada dalam almari untuk digayakan,” jelas Amira yang turut menitipkan pesanan buat hijabi yang baru berjinak-jinak memakai hijab.
“Kalau kita ada dengar suara di sekeliling yang cuba bercerita itu ini, anggaplah ia satu cabaran untuk kita melakukan kebaikan. Maklumlah untuk berbuat baik itu bukanlah satu kerja mudah. Tetapi jika kita buat ada banyak ganjaran yang akan kita peroleh.
“Jadi apabila kita lihat seseorang itu yang cantik tidak memakai tudung, itu adalah lumrah seorang perempuan. Kita akaan kata ‘cantiknya rambut dia’ . Sebenarnya kita juga boleh buat rambut cantik begitu, tetapi hanya untuk tatapan suami sahaja,” akhirinya. Selain sibuk mempromosikan ‘single’ baru, Amira juga bakal muncul dalam filem bersama penyanyi Mawi dan beberapa rakan artis lain.
Siapa tak kenal dengan pelakon filem tanah seberang, Acha Septriasa yang namanya meledak dengan filem Heart dan Love Is Cinta yang pernah menjadi fenomena hingga ke Malaysia.
Baru-baru ini, pelakon gandingan serasi dan juga bekas kekasih penyanyi dan aktor kacak Irwansyah itu, berkongsikan berita gembira bahawa dia kini sedang hamil untuk kali kedua dan dijangka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Acha menerusi satu hantaran foto di laman Instagram miliknya.
Foto berkenaan memaparkan pelantun suara lagu Berdua Lebih Baik yang kini menetap di Australia memperlihatkan ‘baby bump’ dan riak teruja, Bridgia yang tak sabar menanti kelahiran adiknya.
Mengulas berkenaan perasaan apabila mengetahui dia berbadan dua, Acha memaklumkan bahawa dirinya amat bersyukur apabila diberi rezeki sekali lagi untuk memiliki seorang lagi cahaya mata.
Malah, dalam masa yang sama kehadiran anak kedua ini bakal menjadi teman buat puteri sulungnya, Bridgia Kalina Kharisma yang kini sudah pun berusia lima tahun.
“Terharu dan bersyukur kerana peluang kedua untuk menjadi ibu bapa… Bridgia tak lama lagi akan menjadi seorang kakak,” katanya.
Sekadar Info, Acha berkahwin dengan Vicky Kharisma pada 11 Disember 2016 di Jakarta. Pasangan ini bertemu sewaktu sama-sama belajar di Universiti Limkokwing di Cyberjaya, Malaysia.
Ahamdulillah semalam terlerai segala teka-teki apabila penyanyi No 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza disahkan hamil anak sulungnya. Beliau yang mengucapkan syukur atas anugerah ‘agung’ ini setelah hampir 11 tahun menanti. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan membenarkan apa yang dihebohkan di media sosial baru-baru ini.
Heboh sebelum ini di laman sosial di mana sekeping gambar Datuk Siti yang mencemar duli menerima kunjunganKebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah di kediamannya seperti menampakkan ‘baby bump’.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah pada beliau dan ada yang membuat andaian, kandungan Siti kini sudah masuk 2 bulan.
Peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan Siti turut mendoakan kesejahteraannya yang ketika ini ditinggalkan suami tercinta, Datuk K yang mengerjakan ibadah haji di Mekah.
Biarpun pelbagai komen dan ucapan tahniah diberikan, namun tiada kenyataan balas dari Siti dan hanya membiarkan peminatnya bermain teka teki.
Walau apa pun, memang Siti nampak sedikit berisi tetapi beliau masih lagi cantik dan comel. Kalau betul penyanyi no 1 kini hamil, memang inilah dikatakan seri ibu mengandung.
Sebelum ini, Siti pernah hamil tetapi keguguran apabila usia kandungannya 2 bulan. Diharap kandungan kali ini akan membesar sihat dan Siti melalui frasa kehamilan hamil dengan penuh keseronokan.
Mendirikan rumah tangga pada 2006, mungkin inilah hadiah terindah sempena sambutan ulang tahun ke 11 mereka Ogos lalu.
Kalau Betul Foto-foto Inilah Bukti Dikatakan Seri Ibu Mengandung
Kulit wajah memang perlu mengeluarkan minyak atau sebum untuk melindungi dan melembabkan kulit. Tetapi jika pengeluaran sebum berlebihan sehingga tidak boleh terkawal, perkara tersebut boleh menjadi masalah.
Penggunaan kosmetik yang tepat harus disesuaikan agar tidak memburukkan keadaan wajah berminyak. Anda juga perlu mengetahui bagaimana kriteria produk yang tepat.
Pastikan bedak tersebut mempunyai label non-comedogenic atau non-acnegenic. Kedua jenis bedak ini akan membantu mencegah wajah mengalami blackheads bahkan jerawat. Selain itu, bedak jenis ini juga dapat mengurangi minyak berlebih di wajah dan tidak menyumbat pori-pori. Alternatif lain, Anda untuk kulit berminyak dan berjerawat dengan formula matte translucent. Pastikan setiap bedak tersebut tidak mengandung bahan dasar minyak (oil free).
Cara memilih bedak untuk kulit berminyak
Trik memilih bedak terbaik untuk kulit berminyak. Apakah poin-poin penting yang perlu diteliti ketika membeli produk? Berikut panduan sebelum anda membeli!
Pilihlah Bedak yang dapat mengawal Minyak
Anda yang berkulit berminyak sangat sesuai menggunakan bedak tabur, kerana partikel serbuk bedak bertindak mengikut keperluan kulit wajah berminyak dengan melakukan covering secara menyeluruh. Serbuk bedak tabur dapat menyebar dengan rata dengan membantu menyerap minyak yang membuat mekap luntur dalam waktu singkat.
Di samping berdaya coverage lebih baik untuk keperluan wajah berminyak, bedak tabur juga mengandung mineral yang baik untuk kulit. Sediakan juga berus untuk bedak tabur yang bersaiz besar terbaik untuk aplikasikan bedak tabur.
Utamakan yang berformula ringan dan memiliki label non-comedogenic
Keluhan paling umum yang dilontarkan oleh hijabi yang kulit wajah berminyak adalah sulitnya menghindari jeragat dan jerawat. Masalah pembentukan bintik yang mengganggu tampilan wajah ini wajar kerana kumpulan minyak lama-kelamaan mengundang bakteria yang penyebab jerawat. Untuk itulah penting bagi anda memilih bedak berstatus non-comedogenic.
Bedak non-comedogenic tidak tersusun dari bahan-bahan yang mendorong penyumbatan pori-pori wajah. Selain label non-comedogenic, cari bedak berjenis non-acnegenic khusus membantu pencegahan jerawat yangparah. Belilah bedak yang mudah diaplikasikan dan selama penggunaan tidak membeku.
Jika ingin menggunakan bedak padat, pilihlah yang mengandung formula oil control
Walau bedak padat kurang ideal untuk kulit berminyak, anda tetap boleh memilih bedak padat dengan syarat faktor formulanya mengawal minyak dan tidak dilengkapi bahan foundation. Bahan-bahan oil control akan mencegah minyak menembus lapisan riasan dan merosaknya, serta membuat wajah terlihat halus dan matte. Kemudian, ketiadaaan komponen foundation akan membuat mekap Anda tetap natural dan tidak tebal.
Untuk mengatasi kebingungan ketika memilih, anda disarankan mencari bedak padat yang mengabungkan keterangan “matte” atau “no-sebum” pada nama produk. Jangan lupa untuk menyemak ketahanan produk dengan membaca review dari pengguna lain, ya!
10 Cadangan Bedak Terbaik untuk Kulit Berminyak
Pelbagai pilihan jenama lokal mahupun antarabangsa yang tersedia ada di pasaran. Apabila anda belum menemukan produk yang tepat, kami sarankan melihat cadangan bedak untuk kulit berminyak terbaik yang disenaraikan di bawah ini.
1. MAC Studio Perfecting Powder
Loose powder dengan kemasan matte – memberi hasil full coverage
Loose powder dari jenama MAC yang serbaguna ini boleh dipakai sebagai asas solekan mahupun begitu sahaja. Dengan agen perlindungan khusus, ia memberi penjagaan dan daya tahan yang tiada tandingan pada kulit anda sepanjang hari. Dihasilkan dengan tekstur yang lembut, ia mampu mengawal minyak, menyembunyikan tompok kering, kesan capuk serta garis halus.
Sesuai buat kamu yang sedang baru berjinak dengan penggunaan make up kerana ia tidak akan memberi kesan retinol, pengelupasan atau iritasi pada kulit wajah. Hanya sapukan pada T-Zon menggunakan berus lembut, kulit anda akan tampak lebih bermaya.
2. Innisfree No Sebum Mineral Powder
Mengendalikan sebum tanpa menghilangkan kelembapan kulit
Anda memerlukan loose powder untuk kegunaan rutin harian? No Sebum Mineral Powder dari Innisfree ini dapat mengawal pengeluaran sebum berlebihan atau kesan peluh pada wajah bagi memastikan solekan kekal lebih lama. Ia diperkaya dengan ekstrak Green Tea, Birch, Rumex serta Crispus agar wajah anda tidak kelihatan melekit walaupun sedang melakukan aktiviti luar.
Dengan mengandungi kandungan tinggi Vitamin E, bedak loose ini akan memastikan kesegaran serta kelembapan wajah, biarpun mengenakan solekan tebal. Kini, anda tidak perlu risau lagi tentang timbulnya kesan cela.
3. Laura Mercier Loose Setting Powder
Sempurna untuk menutupi kekurangan pada wajah
Meskipun mahal, Laura Mercier Loose Setting Powder tetap laku di pasaran. Laure Mercier Loose Setting Powder juga mempunyai formulasi ringan yang dapat sebati secara menyeluruh pada kulit wajah. Hasil yang ditampilkan setelah pemakaian bedak ini adalah matte dengan sentuhan sheer. Bagi anda yang sudah didatangi dengan tanda-tanda penuaan seperti garis halus, kerutan wajah, atau bentuk ketidaksempurnaan warna kulit juga boleh menggunakan produk ini. Tingkat coverage yang sangat baik dari Laura Mercier Loose Setting Powder akan menyamarkan kekurangan pada wajah. Dengan begitu sahaja, maka kepercayaan diri anda akan kembali!
4. MARY KAY Translucent Loose Powder
Loose powder dengan kesan translucent, sesuai untuk teknik baking
Translucent Loose Powder khas dari jenama Mary Kay adalah serbuk mesra dan lembut pada kulit menjadikan garis halus, kedutan serta ketidaksempurnaan tidak lagi kelihatan. Ianya tahan lama serta mudah untuk digunakan, memberi hasil kemasan natural atau semula jadi yang menawan.
Diuji secara klinikal, translucent powder ini sesuai bagi semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif. Diformulasi dengan bebas minyak, wangian, serta paraben, ia membantu meneutralkan nada kulit bagi memberi kesan penampilan kulit bebas minyak sepanjang hari.
5. Nars Soft Velvet Loose Powder
Mengantongi formula pengawal minyak yang kuat
Setelah menggunakan foundation kegemaran, jangan lupa untuk melanjutkan proses touching mekap dengan Nars Soft Velvet Loose Powder. Tujuannya agar alas bedak boleh bertahan lebih lama di wajah. Bedak untuk kulit berminyak dan jerawat dari Nars ini bukan hanya mampu bekerja sebagai setting foundation, tetapi juga menawarkan kesan anti aging seperti menyamarkan tampilan garis halus dan pori-pori wajah besar. Kemampuan tersebut hadir dalam teknologi soft focus finish dari produk ini.
Pada keadaan cuaca yang cukup ekstrim, bedak tabur dari Nars ini sangat membantu menjaga riasan wajah terhadap tampilan kilap akibat minyak yang tak terkawal. Keunggulannya, tentu tidak ada alasan lagi untuk anda melangkau kosmetik untuk wajah berminyak ini.
6. Revlon Touch & Glow
Wajah halus dengan rona sekata
Kulit normal,berminyak atau kombinasi, gunakan saja Revlon Touch & Glow ini. Dituntut sebagai bedak tabur yang dapat menghapuskan kilap, membuat wajah anda tampak sempurna pada mata orang lain. Tekstur yang halus dengan formulasi bahan yang terjamin kualitinya, Revlon Touch & Glow sangat ringan di wajah. Bahkan, anda akan terasa seperti tidak menggunakan mekap!
Bedak untuk kulit berminyak dan kusam dari Revlon ini menawarkan sejumlah performa seperti meratakan warna rona kulit. Formulanya istimewa menjadikan produk ini dapat mengawal minyak sekaligus melembabkan kulit wajah dalam jangka waktu cukup lama. Produk ini juga punya kandungan khusus yang dapat meningkatkan kecerahan kulit wajah anda. Revlon Touch & Glow tersedia dalam 3 varian warna, iaitu creamy beige, creamy ivory, dan soft beige.
7. TOO FACED Peach Perfect Mattifying Loose Setting Powder
Loose powder dengan ekstrak Peach, menutup kesan jerawat
Hanya dengan 1 atau 2 sapuan, Too Faced Peach Perfect Loose Powder ini mampu menutup segala kesan cela sedia ada seperti jerawat dan jeragat serta meninggalkan kulit tampak sempurna bak sutera. Bukan sahaja ia membantu mencerahkan kulit, malah diformulasi dengan ramuan ekstrak buah Peach dan Ficus Carica, meninggalkan kulit anda dengan haruman menyegarkan.
Tambahan pula, formulanya ringan tidak akan menyumbat liang pori, membantu meningkatkan tekstur kulit serta memberi liputan sempurna sehingga 14 jam. Dengan pilihan 3 tona berbeza, anda kini mampu menyembunyikan kesan ketidaksempurnaan wajah.
8. Clinique Stay-Matte Sheer Pressed Powder
Boleh digunakan tanpa foundation
Tanpa paraben, phthalates atau pewangi tiruan serta bersifat 100% bebas alergi, Clinique Blended Face Powder ini telah dihasilkan demi kesesuaian semua jenis kulit. Dirumus dengan campuran mineral, loose powder ini membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan serta merawat kondisi kulit akibat kesan penuaan dari sinaran terik matahari.
Telah diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, loose powder ini secara efektif memberi penghidratan serta kesempurnaan berpanjangan. Jangan risau, bedak eksklusif dari jenama Clinique ini boleh digunakan bersama atau tanpa foundation, ikut kesesuaian anda.
9. Palladio Rice Powder
Bedak tradisi turun-menurun menutup garis-garis halus!
Produk harga mampu milik ini boleh diaplikasikan dengan spons atau berus, menambah nilai praktik dari pemakaian produk ini. Bedak ini sebenarnya bukan hanya boleh untuk kulit berminyak, malah kesemua jenis kulit wajah.
Untuk kulit yang kering kelihatan garis halus, bedak ini boleh menyamarkan kekurangan tersebut sehingga kulit wajah jadi kelihatan mulus. Meskipun murah, Palladio Rice Powder termasuk salah satu produk yang cukup sulit dicari di gerai-gerai atau drugstore terdekat. Oleh kerana itu, anda disarankan untuk membeli produk ini secara online.
10. MAYBELLINE Fit Me! Loose Finishing Powder
Loose powder tampil bebas kilat selama 24 jam
Bersifat bukan komedogenik, Maybelline Fit Me! Loose Finishing Powder ini telah terbukti berkesan buat yang mempunyai kulit cenderung minyak. Ianya memberi hasil kemasan matte yang mampu menutup segala cela serta memberi pengawasan minyak selama 24 jam. Dengan teksturnya ringan, loose powder ini secara intuitif menyembunyikan kesan jerawat, bintik hitam serta menjadi kanvas terbaik pada solekan.
Tambahan pula, ia mengandungi serbuk baldu mikro bagi penyerapan minyak yang pantas. Didatangi dalam 8 tona pilihan, kulit anda akan tampak lebih sempurna.
Tip mekap tahan lama pada kulit wajah berminyak
Sekiranya anda sudah bertemu dengan loose powder yang sesuai, langkah berikutnya penting untuk anda ketahui bagaimana membuat riasan tahan lebih lama di wajah yang berminyak.
Bersihkan wajah agar mekap tidak cepat luntur
Sebelum mengaplikasikan bedak, terlebih dahulu bersihkan kulit wajah anda dari minyak yang melekat. Caranya dengan memakai pembersih wajah yang diformulasi bahan khusus untuk mengangkat minyak dan kotoran, biasanya berbentuk facial foam dengan buih yang melimpah.
Kompres Seluruh Wajah dengan ais
Kulit wajah sudah bersih dan terasa kesat? Oleskan dengan ais batu secara merata ke seluruh wajah anda. Proses ini bertujuan mengencangkan dan mengecilkan pori-pori wajah yang kemudian memberi impak pada terkawalnya minyak wajah. Lakukan memampatkan ais batu maksima 3 – 5 minit, ratakan ais batu secara perlahan.
Aplikasikan primer dan pelembap pada area yang berminyak
Selepas memampatkan wajah dengan ais batu, berikutnya anda perlu siapkan kulit wajah dengan mengaplikasikan mekap primer. Mekap primer tidak hanya efektif mengendalikan minyak, tetapi juga membantu pengecilan pori, meningkatkan kesan matte pada kulit berminyak, dan membuat foundation lebih tahan lama. Penggunaan primer di daerah terdedah minyak seperti Zona T akan membantu mekap tetap stay untuk tahan lebih lama.
Gunakan Foundation Bebas Minyak untuk Tampilan Matte
Ingin riasan lebih sempurna di wajah? Gunakan pelembap yang akan menjaga mekap lebih tahan lama. Gunakanlah pelembap bertekstur ringan dan bahan dasar air atau oil free formula secara nipis. Setelah itu, barulah terapkan foundation yang berformula khusus melembapkan kulit dan oil free. Hindari pemakaian foundation dengan hasil akhirnya satin, shimmery, atau efek serupa yang menyebabkan wajah berkilau.
Kunci Mekap dengan Setting Spray
Setelah disapukan secara merata, akhiri rangkaian mekap dengan menyembuhkan setting spray yang berfungsi mengunci seluruh layer riasan tidak mudah rosak. Pakailah setting spray berjenis mattifying supaya tampilan wajah anda lebih matte dan tidak berkilau, ya!
Sebelum mengaplikasikan bedak pastikan wajah dalam keadaan bersih terlebih dahulu. Pada area-area yang mempunyai lebihan minyak, seperti dagu, hidung, dan dahi dibersihkan dulu menggunakan kertas minyak, air hangat, atau toner. Disarankan saat memakaianya juga jangan berlebihan, cukup pada area wajah yang berminyak saja sebagai set mekap atau touch up.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Clean outfit menjadi trend sepanjang zaman yang memberikan kekemasan, keanggunan, dan kesederhanaan. Gaya pakaian ringkas namun stylish ini semakin popular terutama di kalangan selebriti.yang...