‘Blusher’ atau pemerah pipi adalah satu item solekan yang penting. Sekiranya anda tidak suka akan alat solek yang lain, tidak mengapa. Tetapi pastikan ‘blusher’ merupakan satu alat solek ‘must-have’ untuk semua hijabi.
Ia dapat membantu memberi sedikit ‘warna’ kepada wajah anda agar anda tidak kelihatan terlalu pucat. Terdapat banyak warna ‘blusher’ di pasaran dan ia pastinya mengelirukan hijabi untuk memilihnya. Tidak semua warna sesuai untuk tona kulit anda. Ia boleh membuatkan anda tampak seperti patung cina atau badut.
Mari lihat di bawah warna ‘blusher’ yang sesuai dengan tona kulit anda:
1) Tona Kulit Cerah
2) Tona Kulit ‘Medium’
3) Tona Kulit Gelap
TIP MEMAKAI BLUSHER
1. Pakai blusher berwarna lembut semasa siang dan terang sewaktu malam
2. Pakai blusher selepas solekan terakhir. Senang nak agak ketebalan yang korang akan letak nanti.
3.Bagi yang memiliki kulit putih atau cerah, warna blusher yang paling ngam adalah pink.Either soft pink ke..brown pink kee..atau dark pink
Ads
4.Untuk kulit kuning langsat, korang boleh pakai pink yang ala ala peach color, baby pink, brown orange atau chocolate mocha
5.Kulit wanita asia iaitu sawo matang lebih sesuai pakai bronze, red plum, dark orange dan soft brown
6.Untuk si hitam manis yang tan kulitnya sesuai sangat dengan peach color, apricot,plum, coral dan deep orange.
JENIS -JENIS BLUSHER
Balls : Bentuknya menyerupai bebola kecil. Cara menggunakannya adalah memutarkan berus di atas blusher jenis berbola ini.Serbuk yang melekat di berus kemudiannya akan disapukan pada pipi.Sesuai untuk semua jenis kulit.
Ads
Krim : Memiliki tekstur lebih basah dan kurang padat. Warna yang dihasilkan bersatu secara alami dengan warna kulit. Namun jenis krim ini tidak sesuai digunakan pada kulit berminyak kerana akan menimbulkan kesan lebih berminyak.
Padat : Serbuk warna daripada blusher jenis padat ini akan menghasilkan warna yang lebih menyerlah. Jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak.
Ads
Gel : Warna bagi jenis gel ini tidak terlalu menyerlah dan sesuai digunakan setiap masa bagi menampilkan solekan yag lebih natural.Jenis ini sesuai untuk wanita berkulit kering. Guna jari saja untuk mengaplikasikannya di pipi.
Powder / Loose : menyerupai bedak tabur dan sesuai untuk sesiapa memiliki kulit berminyak.
Jadi, selepas ini pasti lagi tiada masalah untuk memilih ‘blusher’.
Sebagai rakyat biasa, pastinya kita tidak sabar menantikan detik Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini. Istimewa majlis itu nanti menyaksikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mengenakan kain Tenun Diraja Pahang sebagai persalinan baginda pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Baginda turut berkongsi beberapa keping gambar hasil tenunan itu di laman Twitter rasmi, @cheminahsayang, malam tadi.
Sementara itu dalam laporan Bernama kain tenun itu merupakan sentuhan rekaan yang diilhamkan baginda sendiri dan ia bertambah unik dan istimewa kerana tenunan khas tersebut adalah hasil kerja tangan penghuni Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima persembahan hasil kain tenunan tersebut di Istana Negara di sini, termasuk empat pasang tenunan khas sebagai persalinan Raja Permaisuri Agong pada istiadat pertabalan itu nanti.
Ketika ditemui pemberita, Tunku Azizah bertitah Penjara Penor dan Bentong dipilih untuk menghasilkan persalinan baginda pada istiadat pertabalan itu sebagai tanda penghargaan Raja Permaisuri Agong selaku Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang.
“Memang Beta mahu penjara yang buat baju untuk Beta pakai pada hari pertabalan. Beta sangat bangga untuk memakainya. Ini merupakan satu penghormatan kepada Beta dan Beta juga ingin memberi penghormatan kepada mereka.
“Ada juga rekaan tenunan yang memasukkan lambang Negeri Pahang. Dua minggu sekali Beta akan ke Penjara Penor dan Bentong untuk melihat sendiri perkembangan kerja tenunan yang dilakukan,” titah Tunku Azizah selepas majlis itu.
Baginda turut bertitah Tenun Pahang Diraja merupakan warisan seni tradisi yang dicipta rakyat Pahang sejak 300 tahun lalu.
Tunku Azizah yang mengagumi hasil kerja tenunan yang dipersembahkan itu bertitah baginda memperoleh ilham bagi rekaan tenunan itu antaranya daripada alam semula jadi dan keadaan sekeliling seperti biji kopi dan bayang-bayang pagar.
Baginda turut bertitah hasil upah menenun kain itu akan diagihkan kepada penghuni penjara berkenaan dan berharap kemahiran menenun akan dapat diperluaskan bagi memelihara warisan dan tradisi Melayu.
Puasa sunat semata-mata kerana Allah bukan kerana sakit atau ingin berdiet mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw. Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu.
Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah SAW. Sempurnakan dahulu qada beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.
Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Mereka yang ingin mengamalkan puasa sunat ini yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.
Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala Niat puasa enam syawal dalam bahasa melayu: Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari syawal kerana Allah Taala.
Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, Allah SWT berfirman (dalam hadis Qudsi) maksudnya: Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).”
(Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.”
– Muslim no: 1151
Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan kelebihan puasa sunat.
Abu Said Al-Khudri ra berkata:
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”.
– Al-Bukhari no: 2840
Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
– Muslim no: 1164
A. Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam alSyafi‟e, Imam Ahmad, Daud dan ulama‟ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).
B. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal.
Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut.
Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama‟ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut, kerana setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.
Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.”
– Al-Bukhari no: 1991
Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.
Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama ialah:
1. Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?
Ini kerana apabila Rasulullah menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.
Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amalyang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arahmendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yangdisediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
– Surah Ali Imran:133
2. Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Men-qadha Puasa Ramadan.
Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan yang belum diqadhanya?
Perbincangan ini menghasilkan dua pendapat:
Pendapat Pertama:
Boleh melakukannya
Berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya‟ban yang akan datang.
Aisyah ra berkata:
Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya‟ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw.
[Muslim no: 1146. Al-Bukhari, no: 1950]
Penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa’id
Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal.
Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadan pada bulan Sya‟ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.
Pendapat Kedua:
Tidak boleh melakukannya
Berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini.
Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”.
Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadannya. Jika ada puasa Ramadan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.
Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Ali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan.
Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.
Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan:
Qadha puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”.
-Syarah Sahih Muslim 8/22
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadan melakukan puasa sunat”.
[Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub al-Ilmiah, Beirut].
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tinjauan semalam mendapati rata-rata pengguna Facebook mengadu masih ramai yang tidak mematuhi kawalan tersebut malah masih sempat minum-minum kopi di warung dan tidak menghiraukan arahan yang dikeluarkan.
Berikutan arahan Pedana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pengerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara. Seorang pengguna facebook yang juga juru foto sempat mengambil gambar di beberapa tempat sekitar bandar Ampang. Suasana lenggang menunjukan warga Ampang mematuhi perintah kawalan tersebut.
Beliau merakamkan keadaan sekitar Ampang, Di bawah ini suasana sekitar Ampang.
Setelah kerajaan mengeluarkan arahan, ternnyata warga Ampang mendengar kata dan patuh arahan. Jom rakyat Malaysia contohi warga Ampang, hanya kita mampu mengawal kerajaan menangani gejala ini. Jadilah warga Malaysia yang prihatin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.