Tular baru-baru ini perkongsian pelakon tempatan Aaron Aziz mengenai status dia digugurkan sebagai pelakon filem The Original Gangster.
Membuat satu hantaran di Instagram, Dato’ Aaron Mustapha Aziz menjelaskan percubaannya dalam menurunkan berat badan demi membintangi filem arahan Syamsul Yusof itu.
Tidak berdiam diri, isteri kepada pelakon terkenal itu, Datin Diyana Halik membuat satu hantaran khas untuk menyuarakan ketidakpuasan hatinya ekoran statement yang diberikan tentang tubuh badan suaminya.
“Selepas menenangkan diri sempena bulan suci Ramadan, saya ingin membuat satu pesanan. Perasaan bercampur-baur melihat apa yang terjadi di media sosial,
“Hati saya sedih melihat suami saya (Aaron Aziz) di hina secara terbuka,
Ads
“Selama ini saya tidak pernah terfikir untuk meluahkan sesuatu yang peribadi di sosial media. Tetapi kali ini tidak lagi dan saya ingin melindungi hak suami saya.” tulisnya.
Katanya, apa yang menjadi kepentingan sekarang adalah soal maruah suaminya apabila ramai mempersoalkan tentang perubahan badannya itu.
“Saya lihat usaha suami saya untuk menjayakan projek ini. Bukanlah ingin menyoal tentang rezeki yang ‘ditarik’ malah lebih kepada ingin menegur cara yang ‘tidak menghormati’ pihak lain, SubhanaAllah,
“Berjurai air mata saya demi projek ini. Pertama kali dalam hidup saya sebagai pengurus terpaksa lalui perkara sebegini,
“Sebagai pengajaran, biarlah kita berpada-pada. Berbudi bahasa sangat penting. Terima kasih Allah SWT kerana lindungi suamiku dari projek ini. Allah SWT lebih mengetahui apa yang baik.” katanya lagi.
Sekadar info, Aaron Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa dia terpaksa menurunkan berat badan mengikut ideal yang diingini pengarah, Syamsul Yusof. Dia juga terpaksa lalui beberapa suntikan untuk berusaha dapatkan badan yang digambarkan itu.
Sumber: Instagram @Diyanahalik
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masalah biasa yang sering dialami pada kulit wajah adalah kehadiran jerawat pasir yang tumbuh di pipi hingga meninggalkan parut. Parut ini memang agak sukar dihilangkan dan mengambil masa yang lama. Perkongsian dari gadis ini @eswanmaryam yang mengikut tip disarankan oleh Youtuber popular dari Korea, Liah Yoo cara bagi menghilangkan jerawat pasir yang tidak meninggalkan parut.
Menurutnya ada lapan step yang ditunjukkan tetapi tidak mengikut semua step yang dicadangkan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semua manusia di dunia ini mengimpikan untuk masuk ke syurga, biar apa pun amalan kita di dunia hanya satu impian untuk masuk ke jannah. Syurga diciptakan oleh Allah bagi memberi balasan yang baik kepada hamba-hambaNya yang sentiasa berusaha dalam mencari reda Allah.
Syurga adalah satu tempat yang penuh kesejahteraan, kesenangan, kenikmatan, kebahagiaan serta kemuliaan. Mereka yang masuk ke dalam syurga akan kekal abadi di dalamnya. Ada 8 pintu yang membenarkan amalan kita untuk kita menjadi ahli syurga.
Firman Allah di dalam Surah Furqan ayat 16: Mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki, mereka pula kekal di dalamnya. Balasan yang demikian adalah satu janji yang dijamin oleh Tuhanmu, lagi yang dipohonkan dan dituntut (dalam doa masing-masing).
Allah menyediakan nikmat yang sungguh besar bagi mereka yang sentiasa menjaga iman dan mengerjakan amal soleh. Kenikmatan itu bukan sahaja mereka akan dapat di syurga bahkan di dunia lagi mereka akan menikmatinya dengan jiwa yang tenang dalam setiap ujian Allah.
Para alim ulamak membahaskan nama-nama pintu syurga yang disediakan oleh Allah seperti mana yang terdapat dalam hadis nabi. Sabda baginda Rasulullah: Dalam syurga itu ada lapan pintu. – [HR Bukhari 3257].
Namun bagaimanakah cara kita untuk masuk ke lapan pintu syurga, dan ini Lapan pintu syurga yang diimpikan:
Ia di sediakan bagi mereka yang sentiasa mengerjakan ibadah solat termasuklah solat fardu dan solat-solat sunat.
Ia disediakan kepada mereka yang berjihad di jalan Allah bagi menegakkan kalimah Allah.
Ia disediakan kepada mereka yang suka berpuasa sama ada puasa wajib dan juga puasa-puasa sunat.
Ia disediakan kepada mereka yang suka bersedekah kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira waktu. Bulan ramadan ini peluang kita untuk memasuki syurga pintu sedekah.
Keempat-empat pintu yang di sebutkan di atas berdasarkan sabda Baginda Rasulullah: Sesiapa yang menginfaqkan sepasang dari hartanya (iaitu berjumlah dua seperti jika ia penternak kambing maka ia menginfaqkan dua ekor kambing) di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga; (lalu dikatakan kepadanya): “Wahai hamba Allah, inilah kebaikan (dari apa yang kamu amalkan).
Maka barang siapa dari kalangan ahli solat dia akan dipanggil dari pintu solat dan barang siapa dari kalangan ahli jihad dia akan dipanggil dari pintu jihad dan barang siapa dari kalangan ahli puasa dia akan dipanggil dari pintu Ar-Rayyan dan barang siapa dari kalangan ahli sedekah dia akan dipanggil dari pintu sedekah”.
Lantas Abu Bakar: “Demi ayah dan ibuku (sebagai tebusan) untukmu wahai Rasulullah, jika seseorang dipanggil diantara pintu-pintu yang ada, iaitu sebuah kepastian, namun apakah mungkin seseorang akan dipanggil dari semua pintu?” Baginda Rasulullah menjawab: “Benar, dan aku berharap kamu termasuk diantara mereka.” – [ HR Bukhari 1764].
Ia disediakan kepada umat islam yang tidak dihisab amalannya. Mereka yang di sebutkan Allah golongan kanan yang mana golongan kanan kebiasaanya berkat. Jika kita lihat dalam hadis-hadis nabi maka nabi menyukai belah kanan dan akan memulakan belah kanan dahulu. Firman Allah didalam Surah Al-Waqiah ayat 8: Iaitu puak pihak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu.
Sabda Rasulullah: Lalu dikatakan, “Wahai Muhammad, masukkanlah dari umatmu orang yang tidak ada hisab bagi mereka ke babul aiman (pintu paling kanan) dari salah satu pintu syurga, mereka bersama dengan manusia pada selain pintu itu.” – [HR Bukhari 4343].
Ia disediakan kepada mereka yang dapat mengawal kemarahan, emosi dan tidak mengikut hawa nafsu. Pintu ini juga disediakan kepada mereka yang dapat memaafkan orang lain dengan penuh keikhlasan.
Sabda Rasulullah: Sungguh Allah memiliki satu pintu di dalam syurga yang tidak ada orang yang memasukinya kecuali orang yang memaafkan suatu kezaliman. – [HR Ahmad 6908].
Ia disediakan kepada orang yang selalu mengerjakan ibadah taubat dan sentiasa beristighfar kepada Allah. Sabda Rasulullah: “Mahukah aku tunjukkan kepadamu satu pintu daripada pintu-pintu syurga?” Jawabku:Tentu. Baginda bersabda: “La Haula Wala Quata illa Billah (Tidak ada daya dan upaya kecuali milik Allah).” – [HR Tarmizi 3505].
Ia disediakan kepada mereka yang sentiasa mengasihani, menghormati dan membantu ibubapa dalam apa jua keadaan mereka.
Sabda Rasulullah: Ibu bapa (orang tua) merupakan pintu tengah syurga, maka jagalah kedua ibubapa kamu atau tinggalkan. [HR Ibn Majah 3653]
Maka seharusnya kita merebut peluang yang ada di Bulan Ramadan untuk sentiasa melayakkan diri untuk masuk ke dalam syurga Allah dengan amal ibadah penuh keikhlasan kepadaNya. Perkara yang paling kita risau ialah di mana pintu-pintu syurga tidak memanggil nama kita tetapi yang akan memanggil adalah pintu-pintu neraka. Nauzubillah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan industri nyanyian di Malaysia pasti mengetahui lagu “Tanpamu” nyanyian Farawahida yang sehingga kini masih lagi didengari dan masih dinyanyikan. Wanita berkulit hitam manis ini mendapat perhatian media dan orang diluar sana.
Penyanyi berwajah manis ini berhijrah memakai tudung beberapa tahun lalu membuatkan dirinya berasa yakin dengan penampilan bertudung. Malah bertudung sambil menyanyi buat Farawahida tidak menghalangnya untuk bergaya dengan lebih elegan.
“Perubahan diri saya ini adalah kerelaan diri sendiri tanpa paksaan dan bukan semata-mata mengikuti trend” penjelasan Farawahida
Meskipun mempunyai kehidupan yang lebih terbuka sebelum ini tetapi menurut Farawahida dia tidak merasakan kekok apabila memakai tudung. Selain itu, Farawahida juga sangat aktif orangnya. Pada masa lapang, Farawahida mengikuti ahli kelab badmintonnya untuk kekal cergas dan bersemangat.
Selepas perpisahan bersama bekas suaminya, pada tahun lepas penyanyi Farawahida melangsungkan perkahwinan kali kedua bersama dan dia sangat menginginkan cahaya mata. Tetapi rezeki masih tiada. Walau bagaimanapun, dia tidak berputus asa dan yakin pada ketentuan Allah S.W.T
Senangnya apabila suami kepada Farawahida bekerja dalam bidang perubatan. Suami Farawahida juga menegaskan bahawa untuk tidak mengambil sembarangan ubat-ubatan atas tujuan kesihatan dan memantau Farawahida dan memastikan ianya tidak berisiko terutama sekali untuk Farawahida kekal sihat yang boleh memudahkan dirinya untuk mengandung.
“Saya tidak terlalu fikir soal ingin cahaya mata kerana itu akan membuatkan diri saya tertekan jadi saya ikutkan rezeki sahaja” katanya
Mungkin rezeki anak belum sampai waktunya lagi tetapi rezeki buat dirinya yang mempunyai single terbaru bertajuk “Aku tak Sempurna” yang menjadi OST drama Demi merupakan salah satu daripada rezeki buat dirinya.
Apa pun, tiada yang sempurna di dunia ini dan yang sempurna itu hanyalah Allah S.W.T. Sama-sama kita doakan buat Farawahida agar dikurniakan cahaya mata dan kekal beristiqomah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.