Mencari gaya yang sesuai merupakan satu perkara yang bukan mudah. Banyak aspek yang kadang-kadang kita sendiri terlepas pandang, mungkin pada gaya, warna yang dipadankan, dan lain-lain lagi yang boleh menjejaskan imej seseorang itu.

Sebagai hijabi, sudah tentu anda ingin mencuba suatu imej yang lain dari yang lain. Ada yang ingin cuba gaya persis wanita Arab dan sebagainya. Jadi jom kita tinjau pempengaruh dari luar negara khas buat para hijabi.

Pempengaruh hijabi cetus inspirasi baru!

Ramai selebriti hijabi di dalam Malaysia seperti Kilafairy, Neelofa, Dato’ Siti Nurhaliza, Izara Aishah, dan ramai lagi yang telah menjadi sumber inspirasi gaya mereka yang bertudung. Orang kata gaya ‘Muslim friendly‘ yang tampak manis dan ayu.

Namun, pasti anda juga ingin mencuba dapatkan inspirasi dari pempengaruh (influencer) luar negara dari gaya fesyen yang sofistikated sehingga kepada gaya solekan yang memukau. Jangan lengahkan masa, ayuh lihat senarai pempengaruh yang disenarai di Allure:

1. Zainab Hassan

Zainab Hassan terkenal dengan gaya solekan yang cantik dan mulus, dia sering tampil dengan solekan minimal tetapi memukau. Apa yang boleh disimpulkan, Zainab sentiasa mencipta gaya solekan pembayang mata yang cukup cantik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by زينب حسن (@zainabhassanxo)

Artikel berkaitan: 20 Pempengaruh Paling Legit Di Instagram Didominasi Oleh Selebriti Wanita, Siti Nurhaliza Tetap No.1

IKLAN

2. Nia Amroun

Hijabi British, Nia Amroun, merupakan seorang blogger yang sering berkongsi gaya yang lebih santai dan monokromatik. Dia sering juga berkongsi konten-konten yang berunsurkan fesyen serta kecantikan yang menjadi panduan pengikutnya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nia | نيا (@niaamroun)

3. Hani Sidow

Pempengaruh ini telah terbitkan satu buku yang menceritakan tentang gaya solekan yang menjadi bualan hangat. Tambahan pula, Hani Sidow pernah terlibat dalam 11 muka depan bagi British Glamour‘s edisi Februari 2020. Gaya yang menjadi Hani ikonik adalah solekan cat-eye yang menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by H A N I 🕊 (@hanihanss)

4. Hodan Yusuf

Hodan sering menggunakan warna-warna yang terang dan cukup berani untuk memadannya dalam pelbagai gaya dan solekan yang kelihatan tampak cantik. Ibu kepada empat orang anak itu sering menjadi tumpuan dengan gaya turban dan solekan yang mulus!

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hodan Yusuf (@hodan.ysf)

5. Aysha Harun

Cukup popular dengan rutin kecantikannya, Aysha harun tampil cantik dengan solekan dan juga tiada solekan langsung! Go Natural! Orang kata. Jika anda suka gaya soft-glam, boleh jadikan Aysha Harun sebagai panduan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AYSHA HARUN (@ayshaharun)

6. Aaliyah Jasmine Baig

Sering menggayakan gaya yang artistik dan sofistikated, Aaliyah Jasmine Baig suka untuk mengajar pengikutnya dengan gaya-gaya ini. Bukan sahaja mempamerkan malah dia juga memuatnaik video di saluran Youtube untuk pencerahan yang lebih detail!

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaliyah JM (@aaliyah.jm)

Itulah antara pempengaruh yang anda boleh ikuti bagi gaya yang baru! Mungkin lepas cuba teknik dan tip yang mereka berikan, anda akan kelihatan lebih ‘WOW!’ selepas ini. Tiadalah gaya yang sama setiap hari…

Sumber: Allure

Artikel berkaitan: Pempengaruh Teratas Di Malaysia Viral Di TikTok, Tak Sangka Mia Sara Antara 20 Yang Terhebat

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI