Penyanyi yang pernah terkenal dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem telah selamat melahirkan sepasang cahaya mata kembar semalam di Shah Alam, Selangor.
Bersyukur segala berjalan dengan lancar dan dapat melahirkan secara normal, Ainan berharap anak-anaknya ini bakal membesar menjadi insan yang bakal berbakti pada orang ramai di masa hadapan.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta para tabi’in yang mengikut jejak langkah baginda hingga ke hari kiamat.
Ainan telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar yg soleh dan solehah pada hari Jumaat hari yg barakah, 18 Disember di Hospital Salam Shah Alam pada pukul 11.52am dan 12.11pm. Alhamdulillah Ainan direzekikan untuk melahirkan kedua mereka dengan selamat secara normal delivery.
Semuanya dengan izin Allah dan asbab memilih untuk melahirkan dengan Dr Siti Mariam yang sangat handal dalam mengendalikan kelahiran kembar. Terima kasih sangat kepada Dr Siti dan nurse2 yg banyak membantu di Hospital Salam.
Semoga kedua bayi ini akan menjadi daie dan daieyah, hafiz dan hafizah, mukmin dan mukminah, penyejuk hati Ainan dan Ariff dan berbakti pada semua orang. Aamiin Ya Mujib 🌸
Di ruang komen, ramai rakan artis termasuklah para peminatnya yang mengucapkan tahniah kepadanya di atas kelahiran ini sekaligus mendoakan yang terbaik buat Ainan dan keluarga.
Ainan telah mendirikan rumah tangga dengan Ariffudin Mohammad Swaimi, 29, pada 6 Januari 2017.
Pasangan itu sebelum ini dikurniakan cahaya mata sulung, Ainan Salsabiela pada 2018 yang kini berusia dua tahun.
Sekarang ini pemakaian sudah menjadi kebiasaan bagi kita dan bakal menjadi sesuatu yang wajib bermula 1 Ogos ini.
Namun, menjadi norma yang baharu juga apabila ramai yang meletakkan topeng muka di dagu sewaktu sedang makan, mengambil wudhu atau ketika mahu bercakap.
Sebenarnya ia akan lebih mengundang risiko bagi virus untuk tersebar ke anggota tubuh badan yang lain.
Jika anda ingin membuka topeng muka buat sementara waktu, seeloknya letakkanlah topeng muka di dalam satu plastic khas atau beg kertas terlebih dahulu.
Jangan letakkannya di merata-rata tempat contohnya poket atau beg tanpa sebarang perlindungan.
Selepas menggunakannya, bersihkan bahagian dalam plastik dengan menggunakan hand sanitizer. Tidak susah pun untuk kita mengamalkannya kerana kebersihan adalah aspek penting yang perlu kita jaga bagi menentang wabak covid ini. Sama-samalah kita melawannya!
Aplikasi yang wajib ada di dalam peranti anda wajib bagi rakyat Malaysia untuk memuat turun MySejahtera. Namun menjadi masalah yang bakal dihadapi apabila anda menukar peranti mahupun peranti hilang lain mahupun peranti baharu.
Masalah akaun MySejahtera lama yang menggunakan nombor telefon dan email yang tidak aktif dan juga sebagainya. Sekiranya berlaku kes sebegini, jangan gusar! Anda boleh mendaftar akaun baharu namun akaun MySejahtera yang lama haruslah di padam atau dihapuskan. Ikuti cara ringkas ini untuk memudahkan semua urusan anda kemudian hari:
Cara Pindah Maklumat Tanggungan ke MySejahtera Sendiri
1. Padam Nama Sebagai Dependent Pada Telefon Orang Lain
Pertama sekali, anda perlu buka MySejahtera yang terdapat nama anda sebagai tanggungan tak kira ibu, suami atau anak-anak dan seterusnya padamkan nama anda sebagai dependent.
Langkah-langkahnya:
Buka Aplikasi MySejahtera
Klik COVID-19 Vaccination
Klik ‘Remove Dependent’
2. Muat turun MySejahtera di Telefon Sendiri
Setelah selesai memadamkan maklumat tanggungan di telefon individu lain, muat turun MySejahtera di telefon sendiri dan daftar akaun MySejahtera semula.
3. Sahkan Maklumat Di Telefon Baru
Setelah berjaya mendaftar akaun MySejahtera di telefon sendiri, sahkan maklumat dengan ikuti:
Buka Aplikasi MySejahtera
Klik COVID-19 Vaccination
Klik Vaccine for ……..
Semak Maklumat Nama, No. IC & No. Telefon
Sahkan dengan klik butang Confirm dan OK
4. Jawab Soalan MySejahtera
Seperti biasa MySejahtera akan mengeluarkan soalan-soalan berkaitan vaksinasi:
Pilih ya jika anda bersetuju atau jawapan yang betul bagi soalan tersebut.
Setelah selesai menjawab klik ‘Submit’
Sahkan dan Klik butang ‘OK’
Paparan pendaftaran selesai akan ditunjukkan, tidak perlu risau anda bukan daftar semula untuk divaksin, rujuk langkah seterusnya.
5. Semak Sijil Digital Vaksin Di MySejahtera Sendiri
Selepas itu, anda boleh terus semak sijil digital vaksin di aplikasi masing-masing:
Buka MySejahtera
Klik COVID-19 Vaccination
Klik Vaccine for ……..
Klik ‘Click here to view your COVID-19 vaccination digital certificate’
Selesai proses pindah maklumat tanggungan ke telefon sendiri. Cara ini sememangnya merupakan cara yang betul seperti yang dimaklumkan melalui helpdesk MySejahtera
Cara Padam Akaun MySejahtera Lama Kerana Telefon / Emel Tak lagi digunakan
Sekiranya anda ada masalah nak daftar akaun baharu MySejahtera kerana akaun lama menggunakan nombor telefon atau e-mail yang tidak lagi aktif dan ada juga yang telah terkeluar atau logout dari akaun tersebut, apa yang perlu anda buat adalah padam atau ‘delete’ dahulu akaun lama sebelum mendaftar baharu.
Langkah yang perlu dibuat adalah seperti dibawah:
Buka Helpdesk MySejahtera seperti pautan berikut di Pelayar Internet (Chrome, Safari dan lain-lain)
https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/
Klik Mula
Baca soalan yang disediakan (kemungkinan pilihan berubah dalam sistem), pilih jawapan C (rujuk gambar)
Tiba di soalan seterusnya, pilih jawapan ‘Saya ingin memadamkan akaun saya’
Masukkan ID Pengguna MySejahtera (Yang Lama) sama ada mengunakan nombor telefon yang tidak lagi aktif ataupun e-mail yang tak lagi digunakan. Pastikan isi alamat e-mail untuk dihubungi yang aktif kerana ‘respon’ akan dihantar ke emel tersebut.
Paparan ‘Terima kasih’ akan ditunjukkan dan e-mail akan dihantar pada alamat e-mail yang telah diberikan.
E-mail notifikasi akan dihantar dan tunggu e-mail ‘Berjaya Dipadamkan’ dihantar pula dalam beberapa minit atau beberapa hari.
Buka MySejahtera & log masuk atau daftar menggunakan nombor telefon yang baru atau emel yang baru. Jika perlu jawab semua soalan lain boleh teruskan.
SUMBER: portalinfo
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Setiap ibu pasti ada cara tersendiri untuk menggembirakan anak masing-masing. Walaupun kadang-kadang permintaan itu sangat sukar untuk dituruti dan seperti tidak logik, namun sebolehnya seorang ibu itu akan berusaha juga untuk menunaikannya.
Seorang pengguna Facebook, Karinda Warsito telah berkongsi pengalaman lucu menghantar anaknya yang autism ke sekolah. Menurutnya, anaknya mengugut untuk tidak pergi ke sekolah jika dia tidak menjadi Ultraman!
Demi seorang anak, ibu relakan jua!
Perkongsiannya mendapat ribuan reaksi daripada pengguna Facebook lain. Mereka ternyata terharu melihat kesungguhan ibu ini yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...