
Personaliti ini mula dikenali sejak memanagi pertandingan Nona Manis dan seterusnya menjadi pengacara bagi rancangan popular di TV3, Nona.
Kepetahannnya mengacarakan rancangan berbentuk kewanitaan itu dan pandai beraksi depan lensa kamera berjaya menyerlahkan bakatnya sebagai penyampai popular.
Setelah bebarapa tahun di situ, Uyaina Arshad mengembangkan bakatnya pula apabila ditawarkan mengacarakan rancangan Wanita Hari ini. Sejak menjadi ‘public figure’, penampilan Uyaina sering menjadi perhatian.
Dia bukan sahaja bijak, tetapi berpenampilan menarik. Memiliki kulit yang cantik dan seorang yang aktif menjadikan Uyaina antara hijabi yang agresif. Apa agaknya rahsia dia kekal cantik aktif dan bertenaga ini.
Ketika ditemui dalam satu majlis Uyaina tidak lokek memberitahu rahsia dia kekal sihat, cantik dan bertenaga ini. Menurutnya, dia berkongsi rahsia kecantikannya itu dengan petua diberikan kakaknya.
Dia akan minum jus dari kisaran buah oren, tomato, limau dan timun setiap hari. Dia akan amalkan dua tiga kali seminggu akan dapat hasil kulit lebih glowing dan sihat.
Selain itu, dia turut sukakan aktiivi lasak, antaranya kick boxing, lari atas treadmill. Menurut Uyaina jika kita sentiasa mengamalkan amalkan gaya hidup sihat, pengambilan air minum secukupnya, lakukan senaman ditambah pengambilan jus sihat berkenaan menjadikan diri kita akan lebih sihat, cantik dan kekal bertenaga sepanjang hari.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM UYAINA ARSHAD
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Menantu Kiriman Tuhan’, Tak Lokek Kudrat Bantu Isteri Jaga Ibu Lumpuh, Buka Mata Netizen!

Isi Kandungan
ToggleMempunyai seseorang untuk berkongsi bebanan yang ditanggung bersama selama lapan tahun dan tidak berkira kudrat untuk bersama menguruskan ibu yang diserang strok sehingga lumpuh seluruh badan merupakan satu kelegaan buat Nurfatin Amira Abdul Razak.
Menurut Fatin, lelaki yang dikahwininya, Muhammad Syaamil Sabarudin ibarat ‘menantu kiriman tuhan’ kerana sudi menerima dirinya dan keluarga seadanya serta sabar membantu menguruskan kedua ibu bapa, tanpa pernah mengeluh sedikitpun.
Anggap Mertua Seperti Ibu Bapa Sendiri!
@xxmeeraxx9 Menantu dan ibu mertua 🤲🏽 . Ya allah Perlihara lah mereka berdua , rahmati lah mereka selalu 🤲🏽❤️ amin #suami #syurga #ibu ♬ original sound – Putri Fieyna
Ketika ditanya kepada Syamil, apa yang membuatnya sabar dan sanggup berkongsi bebanan dengan isterinya meskipun telah mengetahui kepincangan keluarga sebelah isteri sebelum bernikah lagi, ini respon yang diberikan.
“Saya sudah anggap emak mentua sama seperti ibu sendiri malah tiada beza taraf kedua-duanya.
“Jadi macam mana jaga ibu bapa kandung, begitulah saya jaga mentua,” kata Muhammad Syaamil Sabarudin lapor media tempatan.
Mengulas lanjut, Syaamil berkata apa yang membuatkan dirinya tertarik dan akhirnya mengambil keputusan untuk menikahi isterinya selain atas dasar cinta, adalah kerana sifat empati melihat wanita yang dicintai itu bertungkus lumus menguruskan ibunya seorang diri.
Justeru, selepas lapan tahun mengenali hati budi masing-masing Syaamil mengambil keputusan untuk menikahi Nurfatin Amira pada Januari tahun lalu.
“Saya berkenalan dengan isteri pada 2015 ketika ibunya sihat sebelum diserang strok tahun berikutnya, akibat darah tinggi serta kencing manis.
Artikel Berkaitan: Gagal Sediakan ‘Mas Kahwin’ Bernilai RM 21,000 Ikut Adat! Pihak Lelaki Dihalau Keluar Dari Rumah, Batalkan Majlis Kahwin
“Jadi, sebelum berkahwin lagi, saya sudah melihat susah payah isteri dan kasihan melihat dia menguruskan sendiri semuanya memandangkan emak (ibu mentua) terlantar, tidak dapat bercakap malah matanya juga kabur.
“Oleh kerana itu, saya tiada masalah untuk bawa sekali ibu mentua tinggal bersama selepas berkahwin kerana selagi terdaya, saya akan bantu isteri.
Malah, Syaamil menjelaskan sejak kecil dia pernah melihat ibunya menjaga nenek sejak kecil lagi, sehubungan itu dia memahami kepayahan serta kesusahan menguruskan orang sakit.
Menurutnya lagi, cabaran terbesar untuk menguruskan pesakit yang kronik lumpuh seluruh badan, bukanlah satu perkara yang mudah, serta memerlukan kesabaran yang tinggi.
Tambahan pula, ibu mertuanya tidak boleh bercakap dan mereka mengalami kekangan komunikasi kerana perlu mengambil masa untuk memahami apa yang dimahukan ibu mertuanya itu.
“Cabarannya mesti ada lebih-lebih lagi apabila menjaga pesakit terlantar yang tidak boleh bercakap kerana ada kalanya kita tidak faham apa dia mahu.
“Tambahan, emak tidak boleh bercakap dan apabila sakit, dia akan tunjuk perasaan dan memberontak hingga isteri pernah beberapa kali tertekan.
“Bagaimanapun, saya dan isteri perlu banyakkan sabar dan cuba faham emosi emak. Daripada segi tugas pula, isteri lebih banyak menjaga ibunya namun saya akan bantu lakukan kerja berat seperti angkat dan alihkan daripada katil ke kerusi roda untuk duduk atau mandi,” ujarnya.
Bersyukur Dijodohkan Dengan Lelaki Ikhlas Seperti Suami
@xxmeeraxx9 dulu kawan , kaple dan skrg selepas 7tahun kini kita bergelar suami&isteri syg ❤️alhamdulillah #kahwin #fyp #foryoupage #foryou ♬ suara asli – siskajp
Sementara itu, isterinya, Nurfatin Amira menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang ikhlas dan boleh menerima ibunya daripada awal perkenalan hingga kini.
“Daripada awal perkenalan lagi saya sudah cakap dengan dia (suami) yang emak saya sakit jadi tiada masa untuk keluar ‘dating’ kerana perlu jaga emak sepenuh masa.
“Saya pernah meminta suami untuk mencari orang lain sebagai pengganti kerana kalau berkahwin mungkin tidak boleh fokus sepenuhnya padanya (suami) kerana perlu bahagikan masa tetapi dia tetap setia dan tunggu saya.
“Jujurnya saya tidak yakin pada mulanya dan risau jika dia malu dengan keadaan keluarga saya.
“Lama kelamaan, saya nampak keikhlasan suami terima emak serta sikapnya yang lebih dahulukan ibu bapa dan pada masa sama beri layanan baik kepada saya,” dedahnya.
Sekadar info, video Syaamil yang membantu menguruskan ibu mertuanya itu tular di laman sosial setelah di muatnaik oleh isterinya sendiri menerusi laman Tik Tok akaun @xxmeeraxx kini telah ditonton seramai 999.3k dengan 94.8 tanda suka.
Sumber: Tik Tok @xxmeeraxx & Harian Metro
Artikel berkaitan: Lelaki Ini Kongsi ‘Rahsia’ Kulit Licin Bak Telur! Cuma Perlu Dua Bahan Je – “Pakai Hari Ini Esok Confirm Jerawat Kecut!”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Piala Dunia Qatar Jadi ‘Saksi’ Enam Sekeluarga Peluk Islam Seikhlas Hati

Piala Dunia Qatar yang berlangsung sejak 20 November lalu bukan setakat gelanggang perlawanan bola sepak bagi pasukan bola bagi setiap negara berentap menonjolkan kekuatan pasukan masing-masing.
Menariknya, Piala Dunia 2022 yang dianjurkan di Qatar itu menjadi medium kepada ratusan orang bukan islam untuk memeluk agama suci Islam termasuklah sebuah keluarga dari Brazil.
Masuk Islam Dengan Rela Hati Tanpa Paksaan
Family from #Brazil accepts #Islam during #FIFAWorldCupQatar2022. Read more at https://t.co/sbPuDhJfA0 pic.twitter.com/VM41qTYTzy
— Free Press Journal (@fpjindia) November 27, 2022
Memetik laporan Free Press Journal, keluarga yang terdiri seramai enam orang itu, dengan rela hati telah memeluk agama Islam di sebuah masjid semasa Piala Dunia 2022 di Qatar sedang berlangsung.
Moment penuh bersejarah itu, telah direkodkan dalam sebuah video memaparkan pasangan suami isteri dan empat orang anak mereka telah melafazkan Shahadah yang dibacakan oleh seorang pendakwah.
Ketika ditanyakan apakah perasaan setelah memeluk Islam, ini respon mengejutkan dari keluarga itu
Artikel berkaitan: Dua Hari Setelah Peluk Islam, Aktres Perancis Marine El Himer Jejak Kaki Ke Tanah Suci Tunaikan Umrah
“Saya tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.
“Ia satu perasaan yang menenangkan hati saya,” katanya.
Tambahnya lagi, keinginan mereka untuk memeluk agama Islam adalah secara sukarela tanpa paksaan dari mana-mana pihak mahupun individu.
“Tiada seorang pun orang Islam memaksa kami memilih agama ini,” jawab anak perempuan keluarga tersebut.
Untuk rekod, menurut beberapa ciapan di akaun Twitter, lebih 500 penyokong bola sepak telah memeluk agama Islam sejak kejohanan itu bermula.
Manakala pada hari kedua Piala Dunia berlangsung terdapat seorang lelaki warga Mexico telah memeluk Islam di sebuah masjid di perkampungan budaya Katara di Doha.
Sumber: Twitter Free Press Journal & Free Press Journal
Artikel berkaitan: “Ada Sebab Kukuh Kenapa Allah SWT Suruh Menutup Aurat,” – Bekas Ratu Cantik Filipina Peluk Islam, Kini Tampil Berhijab
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minum Guna Straw Boleh Jadikan Gigi Kekal Putih? Inilah Sebabnya Yang Perlu Anda Tahu!

Senyuman yang menawan merupakan bonus bagi kita semua! Untuk memiliki senyuman yang menawan, salah satu faktornya ialah dengan memastikan gigi sentiasa putih bersih berseri!

Tahukah anda, penggunaan ubat gigi pemutih boleh menghakis gigi di dalam jangka masa yang panjang. Oleh sebab itu, kami ada alternatif semula jadi untuk anda mendapatkan gigi yang putih berseri!
Makan Makanan Rangup

Memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sepert epal, lobak, saderi atau pir boleh membersihkan serta memutihkan gigi secara semula jadi. Kandungannya yang berasid membantu memutihkan gigi dan kerangupannya merupakan pembersih gigi yang baik. Menggigit epal atau lobak adalah jauh lebih baik untuk gigi daripada memotongnya atau meminum jusnya.
Tambahkan Tenusu Ke Dalam Diet

Semua orang tahu, susu, keju atau yogurt adalah penyumbang kalsium dan fosforus terbaik untuk badan. Tetapi tidak ramai yang sedar, pengambilan kalsium yang cukup turut memperbaiki struktur dan keadaan gigi itu sendiri. Kalsium dan fosforus memperbaiki enamel dan menjadikan ia kuat dari akar dan cantik pada permukaannya.
Makan Lebih Strawberi

Strawberi mengandungi asid malic yang mampu menanggalkan kekuningan pada permukaan gigi secara semula jadi. Tekstur strawberi itu sendiri mampu memperbaiki enamel, menjadikan gigi lebih putih dan berstruktur lebih licin. Untuk menjadikannya lebih berkesan, lenyekkan strawberi dan campurkannya dengan setengah sudu serbuk penaik sebelum diletakkan di atas permukaan gigi. Biarkan selama lima minit dan lakukannya seminggu sekali.
Minum Menggunakan Straw

Setiap minuman, kecuali air masak, mampu meninggalkan kesan kepada permukaan gigi dan melunturkan warnanya. Gunakan straw setiap kali anda minum air berperisa untuk mengelak ia daripada terkena permukaan gigi anda, sekali gus untuk memelihara keputihan gigi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI