Setiap wanita memang begitu menjaga kecantikan kulit wajah. Pantang terlihat sebiji jerawat dan mulalah tangan gatal untuk memicitnya dan dari situ terus merebak hingga mengakibat masalah breakout. Namun jika kena cara penjagaan dan produk bersesuaian, masalah kulit wajah akan dapat diatasi dengan mudah. Seperti perkongsian gadis ini yang pernah mengalami masalah kulit wajah tetapi cepat mengatasinya dengan pemilihan produk bersesuaian.
Berkongsi thread rutin penjagaan kulit wajah di laman twitter menggunakan nama akaun @ShuhadahAzman turut menasihat gadis di luar sana agar tidak terlalu stress mencari penyelesaian untuk atasi kulit wajah.
Tambahnya ambil masa dan jangan sesekali give-up hinggalah dapat mencari produk bersesuaian dengan kulit kita.
Setelah sebulan barulah boleh sembuhkan kulit wajah perkongsian dari mereka yang pakar dalam bab ini.
Inilah produk digunakan dan banyak membantu untuk penjagaan kulit wajah.
Ads
Untuk double cleansing, sesuai untuk kulit yang berminyak.
Untuk cleanser pula pakai produk ini dan banyak bantu kurangkan masalah minyak dan membuat kulit lebih cerah.
Manakala produk ini digunakan untuk atasi masalah jerawat, boleh mengecutkan.
Ads
Ini pula untuk serum dan membantu untuk kulit jadi lebih glowing.
Penyegar ini pun sangat best, segar dan bau wangi.
Ads
Pelembap yang paling digemari menjadikan wajah bermekap lebih smooth dan glowing.
Semalam merupakan hari bersejarah kerana berlakunya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Tepat jam 8 pagi semalam, pintu 8,958 pusat mengundi di seluruh negara dibuka dan lebih 20 juta pengundi mempunyai masa 10 jam sehingga 6 petang untuk memilih wakil rakyat.
Rakyat Malaysia juga sudah selesai menjalankan tanggungjawab untuk mengundi semalam. Kira-kira 70% pemilih berdaftar sudah menunaikan tanggungjawab mereka, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Untuk pengetahuan anda, banyak sejarah telah tercipta pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antaranya ialah jumlah calon wanita yang bertanding. Ianya berjumlah 187 orang; 127 untuk kerusi Parlimen dan 60 di peringkat Dewan Undangan Negeri. Jumlah calon wanita bagi kerusi Parliman kali ini lebih ramai kali ini berbanding PRU-14 yang hanya merekodkan 72 orang.
Menurut Harian Metro, seramai 32 calon wanita daripada 127 orang yang bertanding di kerusi Parlimen berjaya mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) seramai 15 daripada 60 lagi calon yang bertanding di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah berjaya memenangi kerusi masing-masing.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah memenangi kerusi di Parlimen Bandar Tun Razak dengan majoriti 9,817.
Teo Nie Ching, Teresa Kok dan Hannah Yeoh masing-masing berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kulai, Seputeh dan Segambut.
Mantan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri yang bertanding di kerusi Parlimen di Santubong memperoleh undi majoriti sebanyak 19,485.
Datuk Rubiah Wang berjaya mempertahan kerusi Parlimen Kota Samarahan dengan kemenangan majoriti 29,445 undi.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menang di Parlimen Parit Sulong, selepas memperoleh 25,740 undi.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said juga terus mempertahankan kerusi Parlimen Pengerang apabila berjaya meraih sebanyak 21,738 undi
Ketua Wirawati Warisan Isnaraissah Munirah Majilis yang menjadi calon tunggal wanita yang memenangi kerusi Warisan sekali gus mempertahankan kerusi Parlimen Kota Belud dengan majoriti 4,582 undi.
Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah yang dimenangi dalam PRU-14 selepas memperoleh 25,604 undi.
Dr. Siti Mastura Muhammad mencipta kejutan terbesar di kerusi Parlimen Kepala Batas apabila menewaskan calon pilihan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dengan majoriti 2,867 undi.
Calon muka baharu, Rodiyah Sapiee turut menang besar di Parlimen Batang Sadong dengan majoriti 14,893 undi.
Sebelum ini model Muslimah antarabangsa, Amena Khan mengambil keputusan menarik diri dari menyertai kempen satu produk popular gara-gara tweet yang pernah dibuatnya beberapa tahun lalu. Dan terbaru penyanyi berhijab kacukan Perancis Syria, Mennel Ibtissem pula menarik diri dari rancangan realiti The Voice.
Mennel, 22 tahun dikatakan tidak tahan dengan cemuhan netizen selepas satu statusnya di twitter dua tahun dikaitkan seolah-olah dia menyokong keganasan.
Netizen mula memberi pelbagai reaksi terhadap status Mennel itu berkaitan dengan serangan keganasan di Nice pada 14 Januari 2016 yang mengakibatkan 86 orang maut dan ratusan tercedera.
“Perkara itu bagus kerana menjadi rutin, seminggu satu serangan! Dan sentiasa kekal setia ‘keganasan’ merupakan identiti dia. Apabila kamu merancang tindakan kotor, kamu pasti tidak akan lupa identiti kamu,” tulis Mennel di laman media sosial pada hari tersebut.
Peserta berhijab pertama yang menyertai pertandingan peringkat antarabangsa itu mengumumkan penarikan dirinya dari The Voice menerusi media sosialnya di Facebook.
Walaupun niatnya memasuki rancangan realiti itu hanyalah untuk menyatukan orang ramai dan membuka minda. Bukan bertujuan memecah belahkan atau menjadikan mereka insan yang jumud.
Menurutnya sebagai penyany dia percaya dengan nilai kemanusian dan kebaikan manusia. Mennel percaya juga masa depan harus dibina dengan cinta, keamanan dan toleransi.
Beliau yang tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa, malah mesej dan tujuannya telah disalah anggap sehingga menyakitkan dirinya dengan begitu dahsyat.
Walaupun telah menarik diri, Mennel tetap akan membina karier muzik yang diminatnya biarpun dirinya berhijab. Dia akan terus manfaatkan peluang yang ada untuk terus menyebarkan mesej dan niat sebenarnya.
Dalam usia 30 tahun sepatutnya matlamat kewangan yang kukuh sudah dicapai bagi menjamin kehidupan yang lebih selesa. Perbelanjaan harus setimpal dengan pendapatan dan gaji bulanan yang diterima. Golongan anak muda perlu lebih prihatin dalam soal pengurusan kewangan.
Dalam hidup kita mesti ada matlamat. Jika kita tiada matlamat, kita tiada hala tuju. Ibarat memanah tanpa sasaran. Kita akan buat kerja sia-sia tanpa matlamat dan target.
Usia muda kita sangat berharga. Apa yang kita buat di usia muda akan memberi kesan kepada kita di usia tua kelak. Orang hipster dan urban macam kau cakap, “Alahh, rilek la, kita muda lagi. Enjoylah puas-puas. Jom travel dulu. Tengok dunia”
Enjoy biar berpada-pada ye. Jangan sampai berhutang sakan. Masuk umur 40 tahun mula la nak menyesal. Baru nak kenal erti penyesalan.
10 perkara di bawah bolehlah dijadikan sebagai panduan untuk mencapai matlamat kewangan sebelum kau berusia 30 tahun:
1. MEMPUNYAI SUMBER PENDAPATAN SENDIRI
Tak kiralah apa pun pekerjaan kau yang penting kerja yang halal dan sah di sisi undang-undang. Kau sudah ada kerja yang kau suka. Kau boleh hadapi tekanan kerja. Kau ada pendapatan yang baik dan tetap.
Apa yang penting usaha. Usaha cari pendapatan dan stabilkan keadaan ekonomi kau. Bukan hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.
2. MENGURUSKAN KEWANGAN DENGAN BAIK
Tidak kiralah apa pun kerja kau sama ada kau bekerja sebagai kejuruteraan pam minyak ataupun kejuruteraan cashier, kau mestilah sudah mahir menguruskan hal ehwal kewangan sendiri. Kau dapat bezakan yang mana kehendak dan keperluan. Kau tahu aliran keluar masuk wang kau. Ini tidak, bila dapat gaji, duit kau terus pupus tak tahu ke mana.
Buat bajet kewangan. Bila dah dapat gaji, rancang apa yang perlu dibayar, apa yang perlu dibeli dan sebagainya. Barulah kewangan kau akan lebih terurus.
3. MEMPUNYAI TABUNG SIMPANAN
Mempunyai beberapa tabungan. Buatlah tabung simpanan, tabung kecemasan, tabung pelaburan, tabung umrah, tabung percutian dan pelbagai tabung untuk kegunaan kau. Tabung/dana kecemasan ini sangat penting di saat kau menghadapi ujian atau masalah. Sediakan tabung kecemasan sekurang kurangnya 3-6 bulan gaji kau.
Kalau kau tak dapat simpan banyak, cubalah simpan dengan nilai yang sedikit terlebih dahulu. Asalkan menyimpan.
4. MEMBELI SEKURANG-KURANGNYA SEBUAH RUMAH SEBAGAI ASET
Membeli sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai aset. Ya. Rumah. Sudah mula bekerja sila setkan minda membina tabung untuk membeli rumah. Jika kau membeli rumah sebelum umur 30 tahun, ansuran bulanan menjadi rendah disebabkan boleh ambil tempoh pembiayaan yang panjang. Rumah mahal? Tak mampu simpan untuk deposit rumah? Teruskan menggali ilmu hartanah ni. Jangan duk main Facebook je.
5. MEMPUNYAI PELAN PELABURAN
Melaburlah dengan bijak. Jauhi skim cepat kaya, skim yang membawa keuntungan cepat. Realiti kekayaan tiada jalan pintas. Kalau berjaya kaya cepat pun, tak kekal lama. Banyak pelaburan di Malaysia yang dijamin kerajaan contohnya ASB. Simpan di tabung haji pun boleh juga asalkan tetap dan berterusan dan lebih 10% gaji setiap bulan.
Keupayaan melabur sebenarnya bergantung kepada keupayaan kau mengawal kehendak diri sendiri. Jangan cakap tak mampu sebelum mencuba. Tak mampu melabur banyak, melaburlah dalam nilai yang kecil terlebih dahulu.
6. MEMPUNYAI PERLINDUNGAN PELAN TAKAFUL
Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai. Jadi, sediakan tabung untuk pembiayaan masa kau sakit nanti ataupun ditimpa kemalangan. Ambil takaful masa muda. Takaful itu penting.
7. MEMPUNYAI KENDERAAN BERSESUAIAN DENGAN KEMAMPUAN GAJI
Beli kereta tak salah. Yang salah adalah membeli kereta yang tidak sepadan dengan gaji. Gaji ciput tapi beli Honda City susah la. Habis separuh gaji buat bayar ansuran kereta. Nak makan pun duk pinjam kawan. Makan megi takpe, janji kunci kereta ada huruf H.
Ukur baju di badan sendiri. Beli kereta yang bersesuaian dengan pendapatan kau. Ini tidak, tak nak kalah dengan kawan yang pakai Honda City. Tengok la dulu. Gaji dia berapa dan gaji kau pula berapa.
8. BELANJA MENGIKUT KEMAMPUAN
Tak perlu bergaya hidup mewah sekadar nak menunjuk ke kawan-kawan kau. Padahal dalam bank kau simpanan tak sampai empat angka pun. Just be yourself. Belanja dan bergaya ikut kemampuan kau.
9. BEBAS DARIPADA HUTANG JAHAT
Kau bijak memilih untuk berhutang. Kau tak berhutang demi perkahwinan yang gilang gemilang. Kau kau bijak menolak hutang iPhone 7, kau tak buat hutang sofa dekat Courts. Jauhi hutang peribadi untuk perkara-perkara yang tidak penting.
10. MULA MEMBINA KELUARGA
Saya percaya dengan adanya keluarga, kau mampu berubah daripada tak reti uruskan kewangan menjadi orang yang reti uruskan kewangan. Sebab kau ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Isteri, anak-anak, mak dan ayah.
Ye la, lagipun ada seseorang yang boleh membantu kau dan memberi kau sokongan. Carilah teman hidup yang membuat kau bahagia. Senyuman dia kebahagiaan kau. Cewah. Sesungguhnya perkahwinan itu membuka banyak pintu rezeki.
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.