Berkongsi foto terbaharu di Instagram, pelakon filem Paskal, Jasmine Suraya Chin dihujani pelbagai komen positif di laman sosialnya apabila dia kelihatan sangat manis dan versatile bila menggayakan hijab bersama blazer.
Ramai yang memuji penampilan gadis yang berasal dari Sarawak ini termasuklah rakan-rakan artis iaitu Sufian Suhaimi dan Ramona Zam Zam yang mengatakan dia hampir tidak mengenalinya kerana Jasmine kelihatan begitu berbeza.
Untuk makluman semua, Jasmine merupakan seorang pelakon, pengacara dan model berbangsa Cina yang berasal dari Kuching,Sarawak. Dia terkenal dengan lakonannya di televisyen seperti drama Hero Seorang Cinderella, Alamatnya Cinta dan Adellea Sofea.
Baru-baru ini, Hijabista bersama pembaca-pembaca bertuah telah menonton tayangan perdana filem thriller, Black Christmas.
Rata-rata penonton tak senang duduk dibuatnya kerana filem ini penuh dengan babak yang mendebarkan.
Filem Black Christmas yang mula ditayangkan pada hari ini mengisahkan mengenai Riley Stone bersama sekumpulan rakan perempuannya bercadang hendak mengadakan parti sewaktu musim cuti Krismas di kolej mereka, Hawthorne College.
Namun, rancangan mereka itu bertukar menjadi sebuah tragedi yang menakutkan apabila seorang demi seorang di antara mereka hilang apabila diburu oleh pembunuh yang mengamalkan ajaran sesat.
Tidak hanya berdiam diri, gadis-gadis tidak terus mengalah dan bangkit melawan musuh mereka.
Walaupun filem ini bergerak dengan perlahan, namun efek bunyinya sentiasa mengejutkan penonton. Banyak kali jugalah penonton di dalam panggung menjerit ketakutan.
Mengangkat tema Girl Power, hijabi bolehlah belanja rakan-rakan tiket wayang bagi menonton Black Christmas bersama-sama untuk mengetahui siapakah pembunuhnya di sebalik semua kejadian menakutkan dalam filem ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kucing merupakan haiwan kesayangan ramai. Secara umumnya, Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kepada semua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut.
Buat pencinta haiwan, memelihara haiwan di rumah seolah-olah satu kewajipan. Jangan kata hanya sejenis haiwan, ada yang memelihara dua hingga tiga spesies haiwan sekaligus di rumah.
Tapi berbeza buat haiwan yang tidak bertuan, pasti susah untuk mencari makanan sendiri; selain tempat untuk berlindung. Ada kalanya mereka makan sekali sehari, dan ada juga mereka berlapar hingga berhari-hari lamanya.
Seperti yang tular baru-baru ini laman Tiktok oleh @MissApplePie, yang sempat merakam momen dia memangku seekor kucing jalanan makan di atas meja. Video tersebut kini telah meraih lebih 268.3K jumlah tontonan dan 45.9K kesukaan.
Wanita tersebut telah memberikan makanan ‘wet food’ yang dilapik dengan tisu di atas meja makan kepada seekor kucing jalanan yang sedang kelaparan tersebut.
Namun, apa yang membuat netizen terharu adalah reaksi kucing tersebut. Mana tidaknya, kucing berkenaan dilihat mengalirkan air mata apabila dapat merasa makanan, mungkin sudah berhari-hari ia dalam keadaan kelaparan.
Reaksi serta raut wajah ‘si bulus’ yang tiba-tiba mengalirkan air mata tersebut seolah-olah bersyukur dengan pemberian sambil dilihat perlahan-lahan menjamah dan menikmati makanan itu.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen turut sedih dan rasa simpati melihat raut wajah kucing tersebut. Bahkan, mereka juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut.
“Kita tak akan pernah tahu apa yg dia mengadu & memohon doa kpd Allah. Sesungguhnya haiwan juga berzikir & berdoa dgn caranya sendiri. Terima kasih org baik2.”
“Allah…air mata rasa syukur dia dapat makanan. Kesiannya…semoga awak murah rezeki..sbb dah bagi meooww makan…Aamiin”
“Terima kasih org baik.. semoga Allah permudahkan segala urusan awk..dan awk diberi rezeki seperti air sungai yg mengalir”
“Aku tak boleh tengok macam ni.. sedih.. tak sampai hati.. kadang terfikir macam mana dia hidup dengan manusia yang kejam yang kadang2 tendang2 dia”
“Allahu comelnya awak sayang.. Alhamdulillah Allah hadirkan orang yang baik untuk jumpa and jaga awak sayang”
Menerusi hantaran TikTok yang lain, wanita tersebut dilihat telah membawa kucing jalanan tersebut pulang dan memeliharanya. Bukan itu sahaja, dia sempat memberikannya nama baru iaitu Muezza.
Minggu lalu pelakon Syatilla Melvin selamat melahirkan anak keduanya, iaitu baby girl melalui pembedahan di sebuah hospital swasta. Jika orang lain akan bercerita pengalaman proses kelahiran di media sosial, tetapi lain pula bagi Tilla.
Dia telah muat turut gambarnya 10 minit sebelum bersalin di samping dua invidu yang membantunya sepanjang proses kelahiran berkenaan. Doktor yang membuatkan perutnya ternganga dan juga doktor pakar bius yang membuat dirinya tidak rasa sakit sedikitpun.
Malah doktor yang sama juga yang bertanggungjawab dalam proses kelahiran anak pertamanya Sheriv dua tahun yang lalu.
Bukan itu sahaja, Tilla juga turut muat turut gambrnya di samping jururawat yang juga turut menguruskan keperluan dirinya sepanjang proses kelahiran anak keduanya itu.
Menurutnya lagi banyak pahala mereka yang dengan ikhlas menjalankan tugas telah diamanahkan kepada mereka.
Isteri kesayangan Shaheizy Sam ini juga turut membayangkan akan bersalin lagi dan berjumpa mereka empat tahun akan datang..
Gambar lebih kurang 10min sebelum perut aku tenganga Inilah 2org doc kesayangan?dr.fauziah yg bertanggungjwab belah perut aku bok keluaq anak yg di belakang tu dr.aminah pakar bius yg bius tilla tanpa rasa sakit apa pun!cucuk kt tulang belakang kot,klu tak kena gaya mampuih dua2 doc yg sama masa tilla beranakkan syeriv.. yg nurse2 tu pulak tilla nk cakap thank u so much sebb sudi tgok perut n benda2 lain yg xsepatutnya byk pahala hampa semua,insyaallah amin jumpa 4 tahun lagi!! (harap sam baca n like) benda xboleh jangka buat apa kita jangka
Ternyata posting ini mengundang reaksi positif dari netizen. Masing-masing terhibur dengan kapsyen Tilla yang dinggap begitu sempoi dan sangat bersahaja.
Tidak kurang juga menceritakan pengalaman bersalin dengan doktor yang sama dengan Tilla. Dan ada yang mengucapkan tahniah dan selamat menjalani tempoh berpantang.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.