Alangkah indahnya jika dapat merasai suasana percutian di luar negara dengan pemandangan yang indah dan memukau. Dalam masa yang sama, kita dapat melupakan seketika segala stress dan masalah yang berlegar-legar di minda.   

Jika anda mahu percutian yang menenangkan, apa kata pergi bercuti ke Sydney dan New Zealand. Tidak dapat dinafikan, Sydney dan New Zealand memiliki pemandangan yang cukup indah dan sesuai untuk anda yang suka berselfie.

IKLAN

Kalau anda tak tahu nak mulakan dari mana, boleh cuba lihat itinerary yang dikongsi oleh wanita bernama Fana Farhana menerusi akaun Facebooknya. ‘Trip’ perjalanan selama 10 hari yang cukup lengkap dan sempurna. Fana Farhana juga turut berkongsi info dan tips penting untuk anda sepanjang berada di sana. Semoga bermanfaat untuk anda!

IKLAN
Foto: Facebook Fana Farhana

DAY 1

SYDNEY
  • Kuala Lumpur to Sydney by AirAsia X
  • Check in Airbnb at Arncliffe
  • Town Hall & Paddy’s Market
  • Darling Harbour (Cruise ride to Circular Quay)
  • Naji’s charcoal chicken & kebabs at Arncliffe
Foto: Facebook Fana Farhana
Foto: Facebook Fana Farhana

DAY 2

CHRISTCHURCH
  • Sydney to Christchurch by Emirates
  • Apex Car Rental
  • Maihan Supermarket (Grocery store & Halal Butchery)
  • Christchurch Botanic Garden
  • Cathedral Square & Restart Mall
  • Pak N Save (Grocery shopping)
  • The Afghan Restaurant
  • Check in Airbnb at Roydvale Avenue, Christchurch

IKLAN

DAY 3

CHRISTCHURCH TO GREYMOUTH VIA ARTHUR’S PASS (370 KM)
  • Springfield
  • Lake Lyndon
  • Castle Hill
  • Lake Pearson
  • Otira Viaduct Lookout
  • Greymouth
  • Pancake Rocks and Blowhole, Punakaiki
  • Hokitika Beach
  • Check in Airbnb at Hokitika
  • Glow Worm Dell, Hokitika
Hokitika Beach, NZ
Christchurch to greymound via Arthur’s Pass
Lake Lyndon

DAY 4

HOKITIKA TO TWIZEL (463 KM)
  • Rakaia Gorge
  • Lake Tekapo
  • Twizel
  • Check in Rathlin Cottage at Twizel
Rakaia Gorge
Lake Tekapo
Lake Tekapo

DAY 5

MOUNT COOK NATIONAL PARK TO QUEENSTOWN VIA LINDIS PASS (330 KM)
  • Trekking at Hooker Valley Track
  • Lake Pukaki
  • Lake Ruataniwha
  • High Country Salmon, Twizel
  • Lindis Pass
  • Jackson Orchard, Cromwell
  • Roaring Meg Lookout
  • Arrowtown
  • Check in Copthorne Hotel & Apartments, Queenstown
Hooker Valley Track, Aoraki Mount Cook
Lake Pukaki

DAY 6

QUEENSTOWN TO TE ANAU (265 KM)
  • Shopping at Queenstown
  • Glenorchy Wharf
  • Te Anau
  • Check in Te Anau Lakeview Holiday Park & Motels

DAY 7

MILFORD SOUND TO WANAKA VIA CARDRONA (461 KM)
  • Milford Sound
  • Stop by scenic area (Eglinton Valley, Mirror Lake etc)
  • Te Anau Lake
  • Crown Range Summit
  • Wanaka
  • Check in Airbnb at Wanaka
Milford Sound

DAY 8

WANAKA TO OAMARU VIA ROXBURGH (384 KM)
  • Lake Wanaka
  • Wanaka Lavender Farm
  • Cromwell
  • Lake Dunstan
  • Clyde Dam
  • Lake Waihola
  • Dunedin (Baldwin Street)
  • Ali Baba Barbecue Restaurant, Dunedin
  • Check in Airbnb at Oamaru
Wanaka Lavender Farm
Cromwell

DAY 9

OAMARU TO CHRISTCHURCH (249 KM)
  • Caroline Bay, Timaru
  • Aylesbury Road, Christchurch
  • Return car
  • Christchurch to Sydney by Emirates
  • Check in Airbnb at Sydney Olympic Park

DAY 10

  • Sydney to KL by AirAsia X

MEALS

  • Arncliffe, Sydney – Naji’s charcoal chicken & kebabs (Kebab on plate-lamb sedap sangat)
  • Di NZ, kami banyak order lauk frozen dari Encik Rahimi Ahmad, salah seorang rakyat Malaysia yang bekerja kat sana. Sampai Christchurch, En Rahimi hantar makanan tu dekat rumah kami. Semua masakan sedap-sedap sangat and bertahan sampai hari terakhir di NZ. Recommended untuk yang nak travel ke Christchurch. Makanan frozen tu kami simpan dalam cool bag dan letak ice pack. Sampai airbnb/hotel masukkan dalam freezer, panaskan mana yang nak makan je.
  • Nak beli fresh salmon, boleh ke High Country Salmon, Twizel / Mount Cook Alpine Salmon. Salmon scrap boleh dapat NZD5 sahaja satu plastik. Tapi masa kami pergi, staff inform kena pre-order sehari sebelum (maybe sbb peak season, ramai orang).
  • Halal beef,lamb dan sosej kami beli di Maihan Supermarket di Christchurch.
  • Nak beli ayam halal pun boleh cari dekat supermarket Pak N Save/ Fresh Choice. Cari jenama Brinks, Tegel, Turks.
  • Dekat Dunedin pun banyak pilihan restoran halal. Sebab ada yang teringin nak makan steak, so kami ke Ali Baba Barbecue Restaurant.
  • Puhoi Valley Chocolate Milk. Wajib rasa susu ni kalau ke NZ!
Lunch nasi putih berlaukkan daging masak kicap yang kami order dari En Rahimi di tepi Lake Dunstan. Fuhh layan!
Susu coklat fav!

INFO & TIPS

  • Trip kali ni pergi berenam. 4 dewasa, 1 baby, 1 kanak-kanak.
  • Suhu sekitar 12-25 celcius masa kami dekat sana. Sejuk + berangin tapi terik matahari. Pakai lah sunblock kalau tak nak sunburn.
  • Kami sewa Hyundai iMax dari Apex Car Rental + roadside cover + zero excess insurance + baby/booster seat. (kanak-kanak bawah 7 tahun wajib guna baby/booster seat)
  • Navigation bergantung penuh dengan Google Maps. Download offline map siap-siap. Alhamdulillah selamat sampai semua tempat.
  • Harga minyak berbeza ikut tempat dan stesen. Hampir setiap hari jugak la kami kena isi minyak disebabkan jarak perjalanan yang jauh. Average dalam NZD100-130 setiap kali isi. Ambil AA Smartfuel Card dekat Countdown Supermarket, dapat diskaun 6cent per litre kalau isi minyak dekat BP & Caltex. Minimum isi NZD40 per receipt.
  • Hooker Valley Track. 11km return trip, melalui 3 suspension bridges, Hooker river dan dikelilingi pemandangan gunung dan tasik yang superb cantik! Alhamdulillah mission accomplished dengan sorang budak dalam stroller dan baby dalam carrier mak nya. Kami ambil masa 4 jam trekking pergi dan balik. Banyak sangat berhenti ambil gambar.
  • Milford Sound Cruise kami book dari Jucy. NZD45 untuk trip paling awal, 8.50 pagi. Kami bertolak dari Te Anau Lakeview pukul 6.30 pagi, sampai Milford Sound 8.15 pagi.
  • Tempat tinggal banyak book dari Airbnb. Semua rumah bersih dan cantik sangat2 especially rumah di Oamaru. Pakai airbnb travel credit, so banyak jgk boleh jimat compare to hotel/hostel. Sesiapa yang nak travel credit RM105, boleh sign up Airbnb guna link ni: www.airbnb.com/c/ffarhana7
  • Musim buah paling banyak time summer. Kalau nak buat aktiviti fruit picking boleh ke area Cromwell, contohnya di Jackson Orchards. Ceri paling sedap kami beli dekat farm tepi jalan area Roxburgh kalau tak salah.
  • Beli simkad dari https://hello1010.my/. Simkad boleh digunakan di Australia dan New Zealand. (RM149, 4GB unlimited & coverage pun ok sgt). Simkad ni bertahan sampai hari ke-6, then beli simkad Spark (NZD29, 1.5GB) dekat Queenstown.
  • Setiap makanan yang dibawa kena declare. Kami print gambar makanan dengan ingredients dalam kertas, then sampai sana tunjuk dekat imigresen.
  • The Warehouse Shopping Centre di Frankton, Queenstown. Banyak jugak barang murah kat sini seperti kasut, toys. Coklat Whittaker’s pun kami beli kat sini.
  • Souvenir banyaknya beli dekat kedai DF Souvenir, Queenstown. Windbreaker & sweater pun cantik2 dan murah jugak.
  • Australia kena apply visa, NZ tak perlu.
Airbnb di Christchurch
Airbnb kami di Hokitika
Copthorne Hotel & Apartment, Queenstown
DF Souvenir

Sumber: Facebook Fana Farhana

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI