Seperti kata pepatah, “Mata adalah tingkap kepada dunia.” Pepatah ini benar kerana kita boleh melihat dunia dengan mata kita. Oleh itu, kesihatan mata haruslah dijaga agar penglihatan kita kekal baik.
Selain mengehadkan masa tontonan skrin, penjagaan dalaman adalah sama pentingnya untuk kesihatan mata. Ini adalah makanan yang boleh anda makan untuk mengekalkan penglihatan yang baik.
Paprika atau lada benggala mengandungi vitamin C, A dan E, yang baik untuk kesihatan mata dan mengurangkan risiko katarak.
2.Sayuran Hijau
Sayur-sayuran seperti kangkung, bayam dan sayur kolard mengandungi vitamin C dan E yang tinggi. Ia juga mengandungi karotenoid luteion dan zaexanthion, bentuk vitamin A berasaskan tumbuhan yang membantu mengurangkan risiko penyakit mata jangka panjang.
Ads
3.Salmon
Retina memerlukan asid lemak omega-3 dalam bentuk DHA dan EPA untuk berfungsi dengan baik. Tahap ini biasanya terdapat dalam ikan berlemak seperti salmon dan tuna.
4.Buah dan Sayuran Warna Oren
Ads
Warna oren buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi. Vitamin A yang terkandung di dalamnya dapat meningkatkan keupayaan mata untuk melihat dalam gelap. Ia biasanya terdapat dalam lobak merah, tembikai, mangga, ubi keledek dan aprikot.
5.Kacang Buncis
Buncis, peas dan kacang merah kaya dengan zink, yang boleh menyuburkan retina. Bersama-sama dengan kacang ayam, kacang dalam tin juga boleh memberikan nilai pemakanan yang sama.
Usai menjalani kuarantin selama 14 hari, Dayah Bakar akhirnya bertemu suaminya, Muhammad Hanif bersama anak mereka iaitu Achbar Muhammad Fahri di Australia.
Sebelum ini, Dayah terpaksa berjauhan dengan suaminya disebabkan bertugas di perantauan. Pandemik Covid-19 juga menyukarkan lagi peluang mereka sebelum ini untuk bertemu.
Menerusi laman instagram peminat @dayahlova, foto-foto momen keluarga kecil ini bersatu telah dimuat naik di situ.
Berikutan itu, warganet meluahkan rasa terharu mereka dan turut tumpang gembira apabila melihat senyuman keluarga ini selepas bertemu kembali.
Menghargai momen yang ada, Dayah mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia pengacaraan kerana dia dan Fahri akan menetap di Australia selama setahun bersama Hanif.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kurma sangat berkhasiat dan dianggap ‘superfood’ apabila ia penuh antioksidan dan serat yang baik untuk kesihatan. Apabila kurma dijadikan milkshake dengan mencampurkannya dengan susu, ia memberikan gabungan hebat nutrisi susu dengan kebaikan buah kurma.
Bukan sahaja lazat dinikmati tetapi juga khasiat berganda untuk badan serta minda.Ia juga dapat menghindarkan badan daripada hidrasi dan memberi tenaga sepanjang hari, sekali gus membantu kekal cergas serta fokus.
Bagi yang suka minum milkshake, boleh cuba resipi ini.
Bahan-bahannya : (untuk 1 jug @ 5-6 gelas)
1 kotak besar Full cream milk
4-5 biji kurma
1-2 biji buah tin (tak Letak pun boleh)
Pistachio (cincang)
Sedikit gula (ikut suka nak manis ke tak)
Ice cube
Cara-Caranya:
– blendkan semua bahan
– masukkan dalam cawan atau jug taburkan pistachio
Atau
– blendkan semua bahan kecuali ice dan pistachio
– masukkan ice dalam cawan atau jug taburkan pistachio
KHASIAT kurma, buah tin @ pistachio
1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah.
2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas pemikiran
6. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”
7. Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”
8. Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal
10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.
Buah tin kering terkaya akan serat, tembaga, mangan, magnesium, kalium, kalsium, dan vitamin K, relatif diperlukan terhadap kebutuhan tubuh manusia.
Buah tin kerana itu buah tin sangat sesuai mengatasi masalah berat badan.
Buah tin juga kaya dengan vitamin A dan B serta kadar tertentu dari vitamin C. Dan mengandung garam pokok seperti: Kalsium, fosfor, zat besi yang membangun pertumbuhan badan dan pembangkit tekanan darah.
Kandungan-kandungan buah tin seperti serat, kalium, dan magnesium dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengontrol tekanan darah tinggi.
Kacang Pistachios nih banyak kebaikannya dan yang penting 90% lemak yang ada dalam Pistachios adalah mono dan polyunsaturated yang sihat. Pistachios juger sumber baik serat atau fiber
Ada tak yang disini lambat nak memahami subjek kira-kira seperti Matematik? Bila orang suruh ‘congak’ dan mengira, mulalah menggelabah dan ‘panic’. Untuk pengetahuan anda semua,penyakit ini merupakan sebahagian daripada ‘learning disability‘. Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini dan juga perkongsian daripada salah seorang pesakit diskakulia yang tular di TikTok.
Mungkin ramai yang cakna dengan ‘disleksia’ namun tidak ‘diskalkulia’. Kedua-duanya merupakan masalah pembelajaran. Disleksia merupakan kesukaran kemahiran pembelajaran seperti menulis, ketepatan ejaan, kelancaran pembacaan dan pemahaman ayat. Manakala diskalkulia ini lebih kepada kesukaran untuk mengira dan mengenal angka. Diskalkulia dan ‘calculation‘….memang berkait rapat! Tambahan itu, penyakit diskalkulia ini tidak boleh dirawat tapi boleh dikawal.
Diskalkulia ini adalah gabungan bahasa Greek “dys” yang bermaksud kesukaran, dan perkataan Latin “calculia” bermaksud “pengiraan”. Jadi dyscalculia ditakrifkan
sebagai masalah pembelajaran khusus seperti matematik. Penghidap diskakulia ini sering menghadapi masalah untuk memahami konsep nombor yang mudah, kurang kefahaman dengan nombor dan juga cara menggunakan formula. Sebagai contoh, 4+5=9 tetapi mereka tidak dapat mentafsirkan dan tidak yakin dengan jawapan tersebut. Bahkan, ada yang baru melihat nombor pun jadi pening.
Simptom-simptom Diskalkulia
Menurut perkongsian daripada Iluminasi,terdapat lapan tanda-tanda seseorang itu menghidap diskalkulia. Berikut adalah diantara tanda-tandanya:
Lemah dalam pengiraan yang spontan.
Susah mengenal nombor dan simbol-simbol asas dalam matematik seperti +, -, x dan ÷.
Sukar untuk menentukan nilai mana yang lebih besar dan kecil. Contohnya, tidak dapat mengenal pasti nilai yang terbesar antara 69 dan 96.
Mengira sifir 2 atau 5 dalam turutan menurun.
Lemah dalam mengira wang atau melihat masa.
Sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti nilai, saiz, jarak atau cecair.
Kurang kesedaran tentang kedudukan, arah dan lain-lain disebabkan tidak pandai membaca peta atau jadual.
Payah menggunakan peraturan matematik dan prosedur. Oleh itu, mereka tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik.
Terdapat juga beberapa punca terjadinya diskalkulia ini. Antara punca berlakunya penyakit ini adalah daripada genetik (disebabkan ahli keluarga yang turut mengalami masalah diskalkulia), kecederaan otak, pendedahan matematik yang terlalu awal (terdapat sesetengah ibu bapa yang mendesak anak mereka untuk belajar matematik ketika masih kecil) dan juga faktor pengajaran di sekolah.
Penghidap diskalkulia yang tular menerusi TikTok
Sebelum ini pernah tular satu video mengenai wanita yang dikatakan penghidap diskalkulia. Dia telah berkongsi dan memberi kesedaran mengenai penyakit ini dan telah berjaya menarik perhatian netizen. Iya lah, rata-rata masyarakat tidak tahu mengenai penyakit ini dan ia merupakan sesuatu yang baharu. Video yang tular itu juga telah mendapat kesukaan sebanyak 18.1K.
Wanita yang senang disapa sebagai Fija ini telah berkongsi bahawa dia tergerak hati untuk membuat penilaian(assesment) secara online selepas membaca mengenai penyakit ini di internet. Menerusi perkongsiannya bersama Mstar, Fija berkata dia mengunjungi sebuah pusat penilaian dan membuat ujian berkaitan soalan Matematik selama dua jam, sebelum didiagnos dengan masalah Diskalkulia pada awal tahun ini.
“Sepanjang dua jam membuat soalan berkaitan pengiraan, ada seorang pakar akan observe dan monitor. Selepas buat ujian, mereka keluarkan keputusan dan sememangnya saya didiagnos dengan Diskalkulia.”
Tambahnya lagi, selepas didiagnos individu tersebut kebiasaannya disarankan untuk meneruskan dengan rawatan terapi, khususnya mereka yang masih bergelar pelajar.
“Namun saya tak buat terapi kerana kekangan waktu disebabkan tuntutan kerja.”
“Walaupun agak lambat mengesan situasi ini, namun saya lega akhirnya dapat juga tahu jawapan mengenai situasi yang saya hadapi ini,” tambahnya lagi.
Bercerita serba ringkas mengenai masalah tersebut ketika berada di bangku persekolahan, Fija berkata dia mengambil masa yang lama untuk memahami topik dalam subjek Matematik yang diajar oleh gurunya.
“Saya pernah tanya cikgu untuk minta dia ajar lebih jelas, tapi masih tak faham… saya segan juga sebab orang lain senang faham.”
“Jadi saya akan bertanya kepada kawan-kawan. Merekalah yang mengajar saya walaupun struggle juga nak bagi saya faham.”
“Jadi setiap kali ujian atau peperiksaan besar, saya akan bangun awal pagi untuk buat latihan dan ulangkaji. Boleh dikatakan hampir setiap pagi. Alhamdulillah, untuk subjek lain saya tiada masalah untuk skor,” ujar Fija sambil menambah, keputusannya untuk subjek Matematik bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agak memuaskan hasil usaha kerasnya itu.
Wanita ini juga telah berkongsi bahawa dia telah diagnosis di Dyslexia Genius Titiwangsa Centre. Dia sempat berpesan kepada ibu bapa terutamanya agar lebih cakna dengan perkara ini kerana ianya mampu memberi kesan dalam kehidupan harian. Bayangkan, kalau kita mahu membeli barangan atau makanan pun kita kena pandai kira-kira kerana takut kalau ditipu. Ini kerana jika perkara ini tidak ditangani lebih awal, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental kerana ianya berkait rapat dengan keyakinan diri.
Komen daripada warganet
“Apabila saya share, ramai yang bertanya mengenai lokasi di mana saya buat assessment. Dan ada yang komen, situasi tersebut sama macam yang dialami oleh anak muridnya.
“Kadang ada yang fikir, seseorang pelajar tu lemah sebab malas. Tapi sebenarnya pelajar tu struggle dengan masalah ini.” katanya lagi.
Langkah gadis ini menyebarkan kesedaran kepada masyarakat wajar dipuji. Kalau tidak, sampai bila-bila masyarakat tidak tahu mengenai penyakit Diskalkulia. Segeralah melakukan dignosis dan dapatkan rawatan sekiranya anda ada tanda-tanda diskalkulia. Risau penyakit ini akan memberi kesan dalam kehidupan seharian anda. Kalau anda mendapatkan rawatan dan berjumpa pakar, anda akan belajar cara untuk menangani masalah ini.
Ratu Rock negara, Ella terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dengan memilih bidang fesyen Muslimah.
Memiliki labelnya sendiri iaitu RockQueen yang ditubuhkan sejak tiga tahun...