Bila berbicara mengenai kecantikan, pasti ramai yang ingat cantik itu haruslah berkulit putih gebu, tinggi, kurus dan sebagainya. Ini adalah tafsiran yang ternyata salah. Seperti yang dikatakan oleh Yang Mulia Che Puan Khaleeda, sebenarnya kecantikan itu datang dalam pelbagai bentuk, rupa dan yang paling penting sekali mestilah hati yang baik!
Kecantikan bukan hanya terletak pada rupa paras sahaja.
Yang paling penting, bersyukurlah pada Tuhan.
Sewaktu membesar, saya sering diberitahu yang saya hitam, ada telinga yang besar, terlalu kurus, mempunyai hidung yang besar dan rupa saya hanya ‘biasa-biasa’ sahaja. Nasihat saya untuk semua wanita di luar sana, setiap orang itu berbeza dalam caranya yang tersendiri. Belajar untuk SAYANG, JAGA dan MENGHARGAI diri sendiri. YA saya hitam, YA saya ada telinga yang besar, YA saya ada hidung yang besar. Saya bercakap sebegini untuk menunjukkan bahawa saya suka dengan apa yang Tuhan telah jadikan saya dan bersyukur dapat belajar menghargai diri saya pada usia seperti ini. Saya bersyukur dapat melihat, mendengar, bau dan menjalani kehidupan dengan sepenuhnya. Saya tak mahu sia-siakan peluang yang ada ini. Jangan pernah biarkan masyarakat meletakkan definisi sebenar cantik itu kerana kecantikan datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Dengan hati yang ikhlas dan tingkah laku yang baik, kecantikan itu akan datang dengan sendirinya dan seperti yang telah saya katakan tadi, ‘apa yang telah kita berikan, pasti akan datang kembali pada kita.’
Ads
#SELFLOVE #haveyourowndefinitionofbeauty
Ads
Putih tak semestinya cantik, hitam tak semestinya hodoh.
Ads
Selepas baca kata-kata daripada Yang Mulia Che Puan Khaleeda, pasti hijabi rasa terus positif kan? Jangan hiraukan apa yang orang nak kata, bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan kerana kita semua cantik dalam cara tersendiri.
Nama Najwa Latif mula mencipta fenomena menerusi lagu Cinta Muka Buku dan Carta Hati. Selepas kemunculan Najwa Latif, semakin ramai penyanyi muda yang berani menonjolkan bakat mereka. Najwa Latif ibarat benchmark dan lagunya memang menjadi siulan anak muda. Disebabkan itulah Najwa Latif mampu kekal lama di dalam industri kerana dia punya bakat yang cukup luar biasa.
Tetapi sejak kebelakangan ini, nama Najwa Latif semakin sepi dan seakan sudah tidak kedengaran lagi selepas dia menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Rupa-rupanya, Najwa kini telah pun bergelar seorang pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) sejak beberapa bulan lalu.
Bukan itu sahaja, difahamkan juga bahawa Najwa juga sedang menyambung pelajaran di Universiti Malaya (UM) dalam peringkat Sarjana. Disebabkan itulah Najwa terpaksa memperlahankan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dek kerana tuntutan tugas yang lain.
Katanya kepada Utusan, “Memang agak penat kerana terpaksa lakukan beberapa kerja dalam satu masa. Bila sudah jadi tenaga pengajar, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terutama tumpuan terhadap pelajar. Dalam masa yang sama, saya tidak boleh ambil mudah dengan pengajian sendiri dan kerjaya seni. Sebab itu saya masih lagi cuba seimbangkan semuanya.”
Najwa turut melahirkan rasa gembira kerana impiannya untuk bergelar pensyarah muda tercapai. Diberi peluang untuk belajar Bahasa Inggeris, Najwa gembira kerana dapat berkongsi ilmu dengan para pelajar. Walaupun masih muda, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengajar kerana mereka menghormati Najwa sebagai seorang pensyarah walaupun mereka mengenali siapa dirinya.
Berbicara soal kerjaya seni, Najwa akui populariti bukanlah titik utama dia berkecimpung di dalam industri hiburan tanah air. Baginya, cukup sekadar dirinya diterima ramai. Itu sudah dikira sebagai satu kejayaan. Malah dia bersyukur kerana lagu-lagunya masih lagi dimainkan di corong-corong radio meskipun dihimpit dengan kemunculan penyanyi baru yang muda dan berbakat. Tambahnya, kemunculan penyanyi muda merupakan petanda bahawa industri muzik semakin berkembang pesat.
Bertuah sungguh Biduanita Negara kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila ulang tahun kelahirannya yang ke-46 tahun dirai dalam sebuah majlis yang cukup meriah dan mewah baru-baru ini.
Majlis tersebut dihadiri ramai barisan selebriti dan insan-insan ternama tanah air.
Salah seorangnya ialah Datuk Faridah Hanim Haron atau terkenal dengan panggilan Ibu Hanim. Beliau terkenal sebagai ‘guru’ kepimpinan dan organisasi yang banyak mendidik para usahawan dan peneraju pelbagai cabang empayar niaga menggapai kejayaan.
Malah, figura yang berusia hampir 60 tahun ini turut menitipkan kata-kata bermakna buat Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Ibu Hanim memuat naik satu video pendek bersama kata-kata bermakna itu di Instagramnya.
“Selamat ulang tahun kelahiran, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, permata seni yang tiada tandingan. Dalam perjalanan hidup ini, Ibu menyaksikan keindahan yang Dato’ Sri bawakan, bukan sekadar suara yang menyentuh jiwa, tetapi akhlak yang menyentuh hati.”
Ibu Hanim turut menganggap Dato’ Sri Siti Nurhaliza seorang wanita istimewa kerana sentiasa merendah diri biarpun namanya kini berada di puncak kegemilangan.
“Meski nama meniti setinggi langit, wanita istimewa ini tetap merendah ke bumi, mendekati insan dengan kasih sayang dan rendah hati. Inilah keindahan sejati biduanita negara, bersinar tanpa melukai, menyinari tanpa menghilangkan cahaya orang lain.”
Titip bu Hanim buat Dato’ Sri Siti Nurhaliza agar terus menghasilkan karya terbaik yang menyentuh jiwa semua.
“Semoga Allah terus melimpahkan rahmat dan kasih Nya, memberkati usia yang bertambah ini dengan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan. Teruskan menyentuh hati kami semua dengan karya yang tulus dan jiwa yang ikhlas.”
Di akhir posting, Ibu Hanim menitip doa buat artis nombor satu negara ikesayangan ramai itu.
“Ibu mendoakan agar setiap langkah Dato’ Sri diberkati, setiap impian tercapai dan setiap usaha menjadi asbab kebaikan kepada semua.
“Selamat hari jadi, bidadari seni tanah air. Semoga langit terus memeluk doa-doa baikmu.”
Untuk info, lebih 20 tahun menimba pengalaman dalam bidang pembelajaran dan pembangunan organisasi, Ibu Hanim meraih pengiktirafan selaku fasilitator profesional bertauliah yang berperanan menyelesaikan isu kompleks di dalam sesebuah syarikat.
Beliau memiliki kelulusan dalam Master in Business Administration (MBA) in Entrepreneurship dari Australian Institute of Entrepreneurship.
Kemampuan Ibu Hanim bukan sebarangan kerana berdasarkan latar belakang karier terdahulu, beliau satu-satunya Pakar Pembangunan Organisasi dan Pengurusan Perubahan yang berjaya melakukan pelbagai perubahan kepada beberapa anak syarikat PETRONAS.
Usai tamat perkhidmatan di PETRONAS, Ibu Hanim dilantik sebagai Penasihat Pembangunan Kepimpinan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membina kualiti pemimpinnya.
Atas komitmen yang ditunjukkan, beliau menerima pengurniaan darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, pada tahun 2017.
Enggan berhenti menabur bakti kepada masyarakat dan mahu memartabatkan anak bangsa di persada dunia, Ibu Hanim menubuhkan syarikat organisasi dan kepimpinan miliknya iaitu Annems Leadership Solution (ALS) Sdn Bhd pada 4 Ogos 2015.
Selama tujuh tahun dalam industri, ALS berjaya melahirkan ratusan usahawan berjaya dan berilmu menerusi program Business Sustainability Solution (BSS).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Musim-musim covid-19 ni hand sanitizer dan juga topeng muka ibarat goreng pisang panas. Tiada stok! Namun usahlah terlalu bimbang jika tiada stok hand sanitizer. Sebenarnya membasuh tangan dengan menggunakan sabun dan air pun sudah mencukupi.
Berikut perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari
Doktor, saya kerap cuci tangan tapi sekadar guna sabun biasa dan air je sekarang ni, okay ke?
Orang duk sebut pasal hand sanitizer tapi saya tengok harganya boleh tahan. Stok pun tak banyak dekat kedai kebelakangan ni.
Basuh tangan pakai sabun dan air pun cukup bagus sebenarnya. Malah ia lebih digalakkan. Hand sanitizer selalunya kita guna waktu tiada air dan sabun.
Kirei Kirei, yang bermaksud “Bersih Bersih”, sabun buih pembersih tangan ini adalah Jenama Pembersih Tangan No. 1 di Jepun dan boleh didapati di kebanyakan negara Asia seperti Korea, Singapura dan Thailand di mana ia turut menduduki tempat pertama bagi kategori pembersih tangan di pasaran masing-masing.
Dilancarkan pada 1997, Kirei Kirei telah dihasilkan selepas beberapa siri wabak keracunan makanan yang berleluasa di Jepun akibat bakteria patogenik E.coli menjadikannya isu sosial yang besar pada tahun 1996. Selain menghasilkan produk yang menangani penyebaran bakteria, jenama ini turut menjalankan misi sosial untuk memupuk tabiat membersih tangan bagi melindungi kanak-kanak daripada virus.
Oleh sebab tabiat ini dapat dipupuk dengan panduan ibu bapa dan guru-guru di rumah dan di sekolah, dan bukan melalui disiplin tegas dan paksaan, Kirei Kirei membuat keputusan untuk menyelitkan elemen keseronokan sewaktu membersih tangan agar kanak-kanak dapat melakukannya dengan gembira bagi menjaga kebersihan setiap masa!
Salah satu keunikan Kirei Kirei ialah busa atau buih halus yang banyak dan berkrim yang disukai oleh kanak-kanak! Oleh sebab buihnya mempunyai 12 kali** lebih isi padu berbanding cecair pembersih tangan yang biasa, ia lebih mudah berbuih tanpa air dan dapat meliputi seluruh bahagian tangan dari tapak tangan hinggalah ke hujung jari. Sabun ini juga mudah dibilas. Secara asasnya, sabun pembersih tangan dengan busa atau buih halus ini mudah digunakan ini memberikan ibu bapa ‘alat’ yang sempurna untuk melatih kanak-kanak membersih tangan. Aktiviti membersih tangan bersama ini dapat mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan dan memupuk tabiat kesihatan yang berguna sepanjang hidup.
Jika kalian nak tahu, permukaan membran virus tu terbentuk daripada lapisan lemak dan protein. Bila sabun jumpa lemak-lemak macam tu, memang seronok teruklah, hancur lebur terus struktur virus tu masa kita cuci tangan guna sabun.
Alah, kan biasanya jika tangan berminyak lepas makan, atau baru selesai buat kerja repair kenderaan ke, kita semua akan cari sabun. Dan ianya efektif benar untuk bersihkan kesan minyak tadi.
Haa, lebih kurang begitulah sabun akan singkirkan kuman dari tangan.
Produk pembersih tu selalunya dah tersedia dengan bahan antimikrob tambahan seperti benzalkonium klorida, alkohol dan bahan-bahan antibakteria lain.
Mungkin antara hikmah berlaku wabak sekarang ni, kita semua jadi lebih pembersih. Kalaulah kita boleh nampak kuman-kuman yang berselerak dekat tangan, entah-entah boleh jadi kita terus tak ada selera nak makan, apatah lagi nak sentuh-sentuh muka.
Ikutkan kajian daripada Universiy of Colorado, rupa-rupanya secara purata tangan manusia ni mengandungi 3,200 bakteria daripada 150 spesis berbeza weh!
Haa, yang kami duk ulang-ulang suruh kerap cuci tangan sebab nak elak sebaran penyakit berjangkit beginilah. Tak kiralah kat hospital ke, di rumah ke, inilah antara cara paling bagus dan efektif untuk kita semua lawan virus tak nak bagi tersebar. Tonton video ini untuk lebih faham, kemudian klik #share supaya lebih ramai yang dapat amalkan benda ni.
Orang lain pun tak pasal-pasal geli nak bersalaman dengan kita kalau nampak kuman dekat tangan ni. Huhu. #sebarkanlah info penting ni pada ahli keluarga kita juga ya. Harap-harap makin ramai yang cakna pasal hal ni.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.