Tidak dinafikan kecanggihan dunia digital tanpa sempadan ini menyebabkan ramai hijabi yang berminat untuk menjadi instafamous. Mana tidaknya, kerjaya sebagai instafamous ini membolehkan mereka memperolehi pendapatan hingga mencecah lima angka. Namun perjalanan untuk menjadi popular tidak semudah yang disangka. Seseorang itu perlu korbankan masa dan segala-galanya bagi memastikan diri sentiasa berada di puncak populariti. Hal ini diakui oleh instafamous atau influencer Syafiqah Aina yang sebelum ini cukup viral dengan pelbagai kontroversi.
Menurut Syafiqah Aina, sudah lama dia bergelar influencer dan kerjaya ini cukup sebati dengan dirinya. Walau bagaimanapun bukan mudah untuknya bertahan memandangkan sekarang ini semakin ramai influencer yang muncul dengan pelbagai karakter.
“Saya anggap itu sebagai persaingan dan rezeki itu di tangan Allah. Alhamdulillah saya masih lagi menjadi pilihan jenama (terutama fesyen) untuk dijadikan platform mempromosikan produk mereka. Dan inilah yang menjadi punca utama pendapatan saya. Jika betul-betul buat, saya mampu jana pendapatan hingga mencecah RM30 ribu.
“Memang seronok bergelar influencer ini. Maklumlah ke mana-mana sahaja orang akan perhatikan. Begitu juga dengan penampilan di media sosial. Perlu diingat follower kita akan sentiasa memerhatikan apa yang kita buat. Jadi kita memang perlu sentiasa nampak cantik dan berpenampilan menarik tidak kira di luar atau dalam media sosial,” ujar Aina yang mengakui agak sukar untuk ‘maintain’ dan menjaga penanampilan setiap masa.
Katanya lagi, kita juga perlu menjaga hati orang lain dan pastikan apa yang dibuat tidak membuatkan orang lain rasa tidak selesa atau ‘meluat’.
“Bukan sahaja penampilan, dari segi percakapan pun perlu dijaga sebaiknya. Maklumlah apa sahaja kata-kata yang keluar boleh dijadikan bahan viral di media sosial. Jadi pastikan berfikir dulu sebelum berkata-kata.
“Sebenarnya kita boleh jadi diri sendiri tapi kena bijak ‘control’ diri. Bukanlah maksudnya kena berpura-pura sepanjang masa, tetapi apa yang dilakukan harus tidak melampui batas. Tidak dinafikan ada kalanya memang stress sampai satu masa saya macam nak delete akaun IG. Tetapi bila fikir balik memang mustahil nak jaga hati semua orang sebaiknya,” ceritanya yang kini sudah mengumpul follower di IG hampir 700 ribu.
Walaupun sering dihimpit kontroversi, tetapi keperibadian Aina menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana yang mahu menjadi sepertinya. Dia bukan sahaja cantik, tetapi bijak dan juga turut memegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM.
Ketika ditanya bagaimana untuk menjadi instafamous berjaya sepertinya, Aina memberi tip di mana seseorang itu kena buat apa yang orang lain nak tengok.
“Memanglah tujuan kita jadi instafamous mahu menjana pendapatan melalui ‘paid review’. Tetapi janganlah asyik mempromosikan bisnes, sebaliknya perlu juga ‘post lifestyle’ kita. Mereka suka lihat sisi diri kita yang sebenar.
“Kita perlu buat apa yang orang suka tengok dan membuatkan mereka akan follow kita. Jangan buat posting yang menjengkelkan kerana boleh mencacatkan imej kita sebagai seorang instafamous. Apa-apa pun kita perlu jaga nama dan jangan sesekali buat apa yang orang tak suka,” tambah Aina yang ditemui ketika majlis pelancaran produk Bella Boo di MIHAS baru-baru ini. Sejak jadi popular ini, dia juga rasa terharu apabila ada peminatnya yang datang padanya mengajak bergambar.
Dia yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz yang juga sering menjadi perhatian netizen.
Selain bergelar instafamous, Aina juga kini bergelar usahawan dan sedang mempromosikan produk penjagaan wajah yang diusahakan bersama suaminya. Pada awalnya produk serum yang diusahakan ini juga turut mendapat kecaman kerana dikatakan boleh merosakkan kulit wajah. Namun sebagai usahawan baru, Aina menerima segala pandangan negatif yang dilemparkan dengan baik.
“Bagi yang tak kenal betul-betul produk ini memang tak tahu kesannya. Tetapi apabila mereka menggunakannya barulah tahu keberkesanannya. Alhamdulillah produk ini semakin mendapat sambutan dan sudah terjual lebih 40 ribu botol. Permintaaanya juga semakin bertambah dari masa ke semasa.
“Dalam hal ini kami tidak melatah dengan apa yang dilemparkan netizen di luar sana. Segala yang negatif saya simpan dan lihat apa lagi yang boleh diperbaiki. Memang dari dulu asyik kena kecam dan daripada situ saya ambil kesempatan berdoa agar terus dimurahkan rezeki. Itu juga adalah rahsia kejayaan kami,” kata Aina yang masih belum berkesempatan berbulan madu setelah beberapa bulan berkahwin kerana kesibukan bekerja.
Setiap orang mempunyai keinginan untuk melaram ala selebriti, lalu pilihan yang menjadi sasaran ramai rakyat Malaysia jenama yang tidak asing lagi dari Rizman Ruzaini.
Dalam pada menjadi pilihan ramai, RR juga terpalit dengan bualan warga maya apabila baju Melayu rekaan cekak musang yang menampilkan penyanyi Hael Husaini sebagai ‘muse’ mencecah harga RM1,499.
Pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini tampil memberi penjelasan mengenai sindiran netizen mengenai harga baju Melayu tersebut. Menurut Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil, baju Melayu terbabit berada dalam koleksi premium dan datang dengan harga bersesuaian dengan permintaan peminat.
Terdahulu, ramai dalam kalangan netizen di laman Twitter tampil membincangkan harga baju Melayu keluaran Rizman Ruzaini itu yang dijual dengan harga mahal namun telah habis dijual.
“ Baju Melayu itu telah licin dijual dalam tempoh kurang daripada dua minggu, yang bincang tu pun bukan membeli, tambahnya lagi Rizman Ruzaini ada banyak julat harga dan segmen yang sesuai dengan semua golongan. Ada Rizman Ruzaini yang memang harga mahal serta premium manakala RR by Rizman Ruzaini yang ‘sesedap rasa’ dan mampu milik.
“Jadi, pelanggan boleh memilih mengikut citarasa dan kesesuaian serta ikut kemampuan. Tak ada isu mahal pun sebab memang ada market dan pembeli. Setiap tahun pun baju Melayu yang sold out paling awal,” kata Rizman.
Tambah Ruzaini pula, rangkaian premium dan ‘luxe’ ini sangat eksklusif dan tidak dikeluarkan dengan banyak.
“Rangkaian pakaian ‘luxe’ ni tak dikeluarkan banyak kerana bersifat eksklusif. Pembeli baju beribu-ribu ringgit ini pastinya tak nak sama dengan orang lain, jadi kita buat dalam kuantiti sedikit sekitar 500 ke 1,000 pasang sahaja.
“Manakala RR by Rizman Ruzaini pula ada 70,000 helai untuk dipilih oleh pembeli dengan harga yang lebih rendah.
“Peminat Rizman Ruzaini ni ada banyak golongan, ada T40, M40 dan B40. Jadi baju-baju sedemikian ada peminat yang berbeza-beza” ujar Ruzaini pula.
Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’ yang menjadi tagline sepanjang kempen perlancaran koleksi raya Rizman Ruzaini ini benar-benar dizahirkan mereka dengan penganjuran RR Pop Up Booth di beberapa lokasi terpilih.
”Selama ini platform jualan kami lebih tertumpu secara dalam talian. Ini membataskan pengalaman RR Royalties untuk merasai, mencuba, menyentuh dan melihat secara dekat setiap produk yang ingin mereka beli.
Justeru, dengan adanya RR Pop Up Booth ini, kami mahu mereka berasa lebih dekat dengan jenama kami. Mereka boleh cuba sendiri, sentuh dan amati secara dekat produk itu sebelum membelinya. Kami sendiri sebagai pemilik jenama ini dapat bersua muka dengan pelanggan yang kami sayangi di samping berkomentar secara terus bersama mereka.”
Tujuan utama RR Pop Up Booth ini diadakan adalah untuk mendekatkan Rizman Ruzaini dengan RR Royalties yang selama ini menjadi tulang belakang keteguhan jenama ini untuk lebih 17 tahun di persada industrI fesyen.
RR Pop Up Booth akan berada di lima lokasi utama iaitu Central I-City, Shah Alam (24 Mac – 30 April 2023), Fahrenheit88, Kuala Lumpur (27 Mac – 30 April 2023), Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur (28 Mac – 30 April 2023), Komtar JBCC, Johor Bahru (31 Mac – 30 April 2023) dan Absolut Bazaar, Kuala Lumpur (14 – 17 April 2023).
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berita kelahiran anak kedua penyanyi tersohor iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti memang mengujakan seluruh rakyat Malaysia.
Selamat bersalin jam 6.21 pagi semalam, Tok Ti dan cahaya mata lelakinya seberat 3.84 kg itu kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sihat.
Alhamdulillah…Allah melapangkan satu lagi nikmat dan peluang untuk saya merasai kehamilan, melahirkan dan kini ‘anakanda’ saya sudah lahir ke dunia.
Alhamdulillah..proses melahirkan semalam baik dan lancar, saya dan bayi juga dalam keadaan baik.
Terima kasih di atas doa semua pihak selama ini, saya yakin apa jua yang saya lalui ini adalah berkat daripada banyaknya doa kalian. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih.
Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi dan mahu memastikan keadaan kami berdua akan terus sihat, dipermudahkan semuanya.
Terima kasih sekali lagi di atas setiap doa yang telah dipanjatkan buat saya dan juga ucapan tahniah di atas kelahiran anak kedua saya.🥰
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.