Pernah tak cuba pelbagai jenis cara untuk menurunkan berat badan, namun masih gagal? Sebenarnya, anda tidak perlu berlapar dan menahan diri daripada mengambil makanan atau minuman yang sedap-sedap untuk tujuan menurunkan berat badan. Ada satu cara yang dipercayai sangat bagus dalam usaha anda untuk berdiet iaitu pengambilan jus sayuran. 

Jus sayuran adalah sejenis minuman yang mudah, murah dan cepat dalam usaha mendapatkan nutrisi ekstra ke dalam tubuh badan yang sangat diperlukan. Bahkan, jus sayuran sebenarnya lebih bagus untuk diet berbanding dengan jus buah. Memetik dari ‘Eat This Not That!’ pakar diet Sue Heikkinen, berkata jus sayuran adalah sumber kalium dan vitamin C yang baik dan mengandungi gula yang jauh lebih rendah daripada jus buah.

Jus sayuran rendah natrium 5.5 oz (seperti jenama jus V8) hanya mempunyai 30 kalori. Jadi, sememangnya jus sayuran boleh menjadi alternatif buat anda yang ingin menurunkan berat badan. Berikut merupakan beberapa jus sayuran yang sesuai buat anda:

6 jenis jus sayuran buat ‘pejuang diet’

#1 Jus Kubis

Kubis biasanya dicampur ke dalam sup sayur-sayuran dan tumis. Ianya juga sering dijadikan salad. Selain dijadikan makanan, kubis juga boleh dijadikan sebagai minuman. Ia mungkin kedengaran pelik, tetapi manfaat kesihatan jus kubis adalah setanding dengan jus buah-buahan lain. 

Jus kubis mengandungi pelbagai khasiat penting yang memudahkan penyerapan tubuh.  Selain itu, jus kubis juga mampu membantu anda menghilangkan lemak serta menurunkan berat badan. Ini kerana, kubis mengandungi serat makanan yang tinggi dan rendah kalori, hanya 34kcal!

Artikel berkaitan: Jus Campuran Pegaga, Epal Hijau, Lemon & Madu, Perfect Untuk Anda Yang Nak Jadi Awet Muda

#2 Jus Timun

IKLAN

Timun sering dihidangkan sebagai pelengkap ulam-ulaman, acar atau dijadikan penambah dalam masakan. Timun adalah sayur yang kaya dengan air dan serat makanan. Rasanya yang segar dan mengandungi banyak air bukan saja sesuai diolah sebagai makanan tetapi juga minuman. 

Kalau anda nak tahu, jus timun amat baik untuk penghadaman dan membantu penurunan berat badan. Membuat jus timun juga sangat mudah. Hanya perlu tambah air dan kisar. Kalau nak lagi sedap, anda juga boleh menambah jus lemon!

#3 Jus Ubi Bit

Jus ubi bit merah terkenal dengan pelbagai khasiat dari sudut kesihatan. Malah di Malaysia, anda boleh mendapatkannya dengan mudah. Bukan itu sahaja, pengambilan minuman jus bit boleh memberi kesan yang baik kepada berat badan anda.

Ubi bit rendah kalori, tinggi antioksidan, mineral dan serat, jadi sebarang kombinasi bit sangat bermanfaat untuk proses penurunan berat badan anda. Jadi tidak hairanlah jus ubi bit adalah salah satu minuman yang sesuai untuk diambil semasa diet!

IKLAN

#4 Jus Sayur Hijau

Jus sayuran hijau adalah satu lagi jus yang baik buat hijabi yang nak kurus. Sayuran hijau seperti saderi, bayam, dan lain-lain dipercayai bagus untuk turunkan berat badan. Ini kerana sayur-sayur hijau ini adalah rendah gula, tinggi serat dan kaya dengan sifat anti radang serta antioksidan yang bagus untuk tubuh badan anda.

Sayur-sayuran hijau ini boleh diolah menjadi berbagai jenis hidangan, seperti sup atau salad, dan juga dijadikan jus. Anda boleh membuat jus hijau dengan menambahkan saderi dan epal hijau.

#5 Jus Lobak Merah

Lobak merah memang kaya dengan vitamin A. Kandungan ini boleh membantu anda menurunkan berat badan, terutamanya apabila ia berkaitan dengan memecahkan lemak perut. 

IKLAN

Selain itu, lobak merah juga mengandung retinol, beta-karotena, likopen, serta antioksidan yang dapat meningkatkan metabolisme. Ianya juga sangat mudah dibuat, hanya blend dengan pengisar. Anda juga boleh menambah oren atau limau pada jus lobak merah untuk menjadikannya lebih enak.

#6 Jus Bayam

Bayam adalah sayuran yang murah dan berkhasiat. Sayuran berdaun hijau ini bagus untuk penurunan berat badan dan penurunan lemak perut.

Antara khasiat bayam adalah sangat rendah kalori dan padat dengan serat, zat besi, asid folik dan vitamin E. Anda boleh campurkan jus bayam dengan epal, limau, timun atau nanas untuk rasa yang lebih lazat. Dan, jangan lupa tambahkan madu juga!

Artikel berkaitan: Selebriti Ini Amalkan 5 Resipi Jus Sihat, Hasilnya Kulit Flawless. Cubalah Pasti Tak Mengecewakan!

Sumber info dan gambar: Beautynesia dan Canva

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI